Thursday, 23 May 2013

PLU & Housemate PLU


Salam.....
 
Kehidupan PLU tidak pernah sunyi daripada masalah kerana setiap masalah itu adalah ujian untuk kita. Sukar sebenarnya untuk meneka rakan-rakan kita yang PLU tetapi hanya PLU yang mengenal PLU.
 
Tetapi, bayangkan pula bagaimana kalau rakan-rakan kita yang serumah atau sebilik dengan kita adalah PLU, bukankah ianya akan memburukkan lagi keadaan? Semuanya terletak ditangan kita sama ada untuk memilih madu atau racun.
 
Setiap PLU ada pengalaman yang tersendiri. Plaing tidak pernah berhubung dengan PLU, malah mungkin pernah berjumpa dengan bersemuka. Dengan teknologi hari ini, jarak bukan lagi penghalang yang mengehadkan perhubungan antara manusia. Kita ada Skype, YM, webcam dan sebagainya. Dengan hanya berada di dalam bilik yang berinternet, kita boleh berkomunikasi, bergurau senda, dan mungkin boleh melakukan lebih daripada itu......terpulang atas kehendak sendiri.
 
Ni pulak adalah kisah pengalaman aku, pernah tinggal sebumbung dengan kawan yang juga PLU. Ceritanya bermula begini.....huhu...tapi biasa jer...
 
Aku mendapat satu pekerjaan baru sementara menunggu ujian lisan master. So terpaksa berpindah ke Bandar tersebut supaya dekat dengan tempat kerja. Dalam masa yang sama, kebetulan, member aku yang kerja satu tempat kerja dengan aku (junior aku - satu coarse masa ambik degree) tinggal disebuah rumah bersama dengan seorang lagi kawan dia bukan satu tempat kerja dengan aku.
 
Rumah sewa tersebut disewa berdasarkan harga bilik, bukan harga rumah. Kebetulan rumah itu ada 3 bilik dan 2 bilik sudah ada penghuni. So aku ambik la bilik yang kosong tu. Aku namakan kawan aku yang satu tempat kerja aku tu sebagai Azri (bukan nama sebenar) dan seorang lagi tu sebagai Faiz (bukan nama sebenar)
 
Faiz ni bekerja sebagai seorang &&&&&& di sebuah hospital kerajaan di daerah  aku bekerja tu. Dia seorang &&&&&& pelatih di situ hampir setahun la jugak. Sekarang nie dia dah nak hampir tamat sebagai pelatih dan aku tak tahu, mungkin dia akan bertukar tempat kerja lagi kalau tempoh percubaan tu dah berakhir. Aku tak nak cerita pasal Azri sebenarnya, tapi aku nak cerita pasal Faiz, sebab dia juga adalah seorang PLU....
 
Tapi macam mana aku tahu dia PLU? ........ hanya PLU yang mengenal PLU. Sebenarnya aku duduk serumah dengan dia tak lama, 6 bulan sahaja. Lepas tu, aku pindah cari rumah lain yang lebih sesuai. Dia tidak ada masalah, sebab gaji dia besar. Sekarang nie pun, aku masih berhubung dengan dia, walaupun aku dah tak duduk serumah dengan dia. Jarak rumah baru aku dengan dia tak jauh, dalam lingkungan 2 km jer.
 
Tugas Faiz yang macam tu menyebabkan dia keluar bagi balik keesokan harinya. Kadang-kadang pergi petang balik pagi. Dia nie tak de la rapat sangat dengan aku sebab masa kerja aku dengan dia tak sama. Hujung minggu pun sama. Pertama sekali, aku dapat detect dia nie PLU bila cara dia pandang aku berbeza.... kita boleh rasa dengan gerak hati bila kita diperhatikan. Keduanya, dia nie bila bercakap suka, sentuh-sentuh dan ketiganya, gaya bahasanya lebih lembut dengan nada bergurau. Mungkin apa yang aku katakana nie mungkin betul atau mungkin tidak betul pada PLU.
 
Umur Faiz nie sebenarnya dah nak masuk 30-an dan aku muda beberapa tahun dari dia. Tapi dia masih muda dan memang str8 looking...sama macam aku. Aku tambah kuat bila yakin dia nie PLU bila satu hari tu dia bawak balik sorang budak lelaki awal 20 -an kat rumah selepas keluar bersama. Cuma aku pendamkan jer dan tak berbual apa-apa dengan dia.
 
Lepas keluar dari rumah tu, aku cuba sms dia Tanya khabar sebab jarak rumah aku dengan dia pun tak jauh. Bila dia mula bersms manja dengan aku, aku just layan jer la...sebab PLU nie biasa la sms unsur manja dan gurau tu (hanya PLU je faham kot manja tu macam mana). Then, dia mula ajak aku tidur dengan dia dan buat seks. Tapi aku tolak cara baik sebagai kawan dan kita bercerita pasal kisah silam. Dia pernah buat benda tu, tapi pada aku aku cuma nak berkawan dengan dia sebgai kawan, tidak lebih dari itu.
 
Dia pernah sms beberapa kali untuk jump, tapi aku jer buat bodoh..... kadang-kadang tu terserempak juga dia kat tempat awam....tapi buat macam biasa je la...macam tak de ape-ape yang berlaku..... tapi memang aku dengan dia tak pernah buat apa2 pun.......
 
Mungkin Tuhan lebih menyayangi aku dan selamatkan aku dengan pindahkan kami barulah aku dan Faiz bercerita hal yang sebenar. Aku tak tahu la, kalau aku dan dia sama-sama PLU duduk dalam rumah tu, aku rasa mungkin benda yang lebih teruk akan berlaku. Bukan senang nak elak benda nie...kalau 'rezeki' tu depan mata kita, malah dalam rumah kita pulak tue.
 
Aku rasa cara yang selamat untuk selamatkan diri kita adalah jangan berjumpa dengan PLU bersemuka, apatah lagi di tempat tertutup, tapi bataskan berhubung melalui sms sahaja, Skype, atau ym. Tapi dengan syarat tiada webcam sebab, kalau ada webcam, benda lain pulak yang berlaku.
 
Pandai-pandai la jaga diri sebab itu kehormatan dan maruah kita....

31 comments:

  1. setuju sangat bro....itu saja cara terbaik...nak buang terus naluri PLU tu mungkin susah, tapi kalau nak elak dari berlaku benda2 yang lebih haram ni, mudah sikit rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice story . . Sudi2 singgah blog saya dauuus.blogspot.com

      Delete
  2. salam bro, aku pon ada pngalamn tinggal ngan plu. mula2 tu baek giler kot, pas dua bulan baru tunjuk belang bw jantan bgai. time tu baru aku tao die gay. tp yg x sedapnya, die slalu seduce aku... sampai aku rasa meluat dan x secure.. dengan pertolongan member, aku dpt cari bilik laen dan trus kluo walaupon baru stgh bulan...

    ReplyDelete
  3. Salam bro. Keep posting more entries in your blog yea!

    tiap kali saya rasa sendiri di 'alam' ini, saya berdoa dan memohon kekuatan. posting byk membantu saya. :)

    semoga kita takkan terjerumus ke kancah yang lebih berbahaya.

    ReplyDelete
  4. Moga anda akan terus mengelak dan bertahan dengan meminta perlindungan dari Allah. InsyaAllah anda akan terus di bawah peliharaanNYA.

    ReplyDelete
  5. pergh roommate aq pon plu.naik meluat aq dduk dalam bilik sbab tu aq suka tido blik member je

    ReplyDelete
  6. betul tu..kalau dah ada depan mata , lagi hati kena kuat tahan godaan..aku ni nasib baik LDR je.klau la dy tggal dekat aku fuh tak tahu la ape yang jadi.hehe

    singgah la blog aku sayamonsterr.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. aku sebenarnya plu tapi aku tk pernh melakukan hubungn tue..
    aku nie jenis yg prefer relay jer.. adakah benda tue salah?

    ReplyDelete
  8. For sure plu pon ada male & female nye... brdsarkan pemerhatian i la.. plu male ni cri2 dy jantan... plu female cri 2dy lelaki lembut (LL)or yg being maknyah... no offence coz i LL huhu

    ReplyDelete
  9. Bagus bro. Sebaiknya jauhkan diri kita benda2 macam ni. InsyaAllah selamat dunia akhirat.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Nice story . . Sudi2 singgah blog saya dauuus.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. naz pon PLU juga tpi naz jaga tata tertib bila dgn org straight..naz xkn kacau org straight..sbb kalau kite tunjok diri kita ni PLU..ramai org yg x suka dgn kita

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dirantai digelangi rindu,..desperate sngat,aku mohon padamu

      Delete
  14. Berminat nk mngkaji pasal PLU sbb sy nk tulis novel pasal PLU yg insaf. Tma kasih atas post anda.. smoga terus tabah.. :')

    ReplyDelete
  15. Bertaubat la wahai umat Nabi Muhammad s.a.w. Tidakkah kamu mahu melihat Wajah Allah? Golongan yg mempraktikkan budaya kaum Nabi Lut dan kemudian dibinasakan oleh Allah krna perbuatan tersebut. Siapakah yg kamu sayang? Siapakah yg akan kekal abadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercakap memang senang tapi nak berubah memang susah...memang kita boleh memilih untuk membuat kebaikan daripada melakukan kejahatan..tetapi hakikatnya nafsu ini satu ujian. Mereka yang bernafsu songsang ini bukan semuanya yang mengikut cara hidup kaum nabi luth...malah ada yang lebih baik drp str8.
      Terima kasih untuk nasihat tersebut Anom..mudah -mudahan kita terhindar dari dosa.

      Delete
  16. Sekadar untuk berkongsi untuk saudara di luar sana....
    Perkenalkan diri aku sebagai Im (bukan nama sebenar), aku seorang lelaki songsang. pernah terlanjur dengan ramai lelaki. dalam pada itu aku teringin sagat untuk berubah menjadi seorang lelaki sejati. Akhirnya tuhan membuka pintu buat aku. setelah cuba mengenali beberapa gadis, akhirnya aku berkahwin dengan classmate aku. She elder then me. It just an age. aku berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Tapi aku masih bernafsu songsang. Kasihan pada isteri aku kerna aku jarang melayaninya. Untuk itu aku melakukan semua kerja rumah dari mencuci pinggan magkuk hingga melipat kain. perwatan aku agak lembut. tapi aku tetap berubah. itu serrba sedikit tentang aku. Tapi apa yang aku ingin sampaikan adalah bukanlah semudah yang disangka untuk mengubah naluri songsang ini. Sakitnya teramatlah. Aku pernah mengambil pil penenang Xinax (atas nasihat Doktor). tapi semua meleset. Namun aku tak pernah berhenti memohon kepada Tuhan untuk aku menjadi lelaki sejati....Ia bukanlah mudah seperti yang diceramah oleh orang lain. Bukanlah mudah........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Support Im...bukan mudah nak lalui semua ini...semoga Im tabah..

      Delete
    2. setuju..
      sy mira
      husband PLU
      Bila Mira dapat tahu dia PLU, terus layanan dia terhadap mira berubah. Ego mungkin. Malu mungkin.
      Mira terima & nak bantu
      Tapi dia tak nak bantu diri sndiri

      Delete
  17. Memang. Naluri mcm ni x pernah diminta tapi ia hadir dlm diri aku. Agak susah nk mengelak. Teringin nk jdi mcm lelaki normal, tapi hati ni lebih ke arah hubungan sejenis.

    ReplyDelete
  18. Saya fhm perasaan tu. saya pun sebenarnya tergolong dalam golongan songsang ini, dan saya xkata saya bangga dengan kenyataan tu. mmg saya sentiasa mencuba untuk membuang perasaan tu, tp bukan senang. salah satu faktor terjadi benda ni pun kerana saya tiada kawan sejak dari sekolah rendah. ada pun cuma kawan hai2 bye2. waktu rehat di sekolah pun makan sorang kat kantin, kdg2 xmakan pergi library duduk sorang2,kolej pun macam tu...sehingga ke alam pekerjaan saya mendapat seorang kawan aka bestfriend, mmg kitaorg rapat. saya cukup excited,seronok dapat kawan. boleh pergi jalan2, tgk wayang, shopping sama2,lepak minum,cerita masalah keluarga/tempat keje...tetapi lama kelamaan kami terlanjur. ketika itu msg2 mmg tiada niat nak buat perkara tu, tapi kebetulan ketika itu kami berdua mmg sama2 tiada kawan rapat, mungkin terlampau seronok dlm dunia berkwan sedar xsedar terlanjur..tapi tidak la timbul isu cinta..kami buat hanya atas dasar nafsu dan juga syg sbg kawan. sekarang aku masih berlawan ngan nafsu ini, tetapi pada masa yg sama aku tiada kawan jadi susah untuk aku nak melawan seorng diri.

    ReplyDelete
  19. Semoga Allah terus membimbing saudara. Nafsu sememangnya untuk di kawal bukan dituruti. Akhir zaman ini cabarannya semakin tinggi. Maka berdoalah bersungguh-sungguh. Allahul musta'an.

    ReplyDelete
  20. Semoga Allah terus membimbing saudara. Nafsu sememangnya untuk di kawal bukan dituruti. Akhir zaman ini cabarannya semakin tinggi. Maka berdoalah bersungguh-sungguh. Allahul musta'an.

    ReplyDelete
  21. aku plu dan aku pernah duduk rumah sewa dgn kawan2 str8 4 orang masa stdy dulu..

    diorang semua tak tahu aku plu..tp nk dijadikan cerita aku terlanjur ngn sorang hsemate aku walaupun dia str8 n ada awek dia yg jgk classmate aku lepas dia dapat tau aku plu..the things went into intimate situation sbb itu bukan first n last..ada beberapa siri lg sepanjang 3 tahun duk situ smpi abes degree

    ReplyDelete
  22. To achieve success in a top ranked small business, having a wide social network is of immense benefit. Top ranked online business give handsome rewards for ropin오산출장샵g more people in. With an active social media presence, you can enhance your prospects tenfold when compared to what you can do offline.

    ReplyDelete