Friday 25 May 2012

Dekat Ketika Saat Diuji


Ketika aku senang,
Bergelak tawa bersama rakan-rakan,
Aku lupa akan diri-Mu,
Ketika aku sihat,
Aku abaikan dan sambil lewa untuk solat,
Ketika aku tidak pernah 'miss' masa untuk makan (3x sehari),
Aku tidak pedulikan apa tu erti kenyang yang sebenar,
Ketika aku mempunyai masa lapang,
Aku tidak mahu mengingati-Mu,
Untuk melakukan solat tahajjud,
Tidak sesekali aku sanggup bangun awal melainkan Subuh telah masuk,
Tika itu, aku jauh daripada-Mu.

Tetapi......
Ketika saat aku diuji,
Terasa aku begitu lemah,
Terasa aku bukanlah seorang perwira atau perkasa,
Disaat itu,
Aku mula lebih akrab dengan masjid,
Mula datang awal ke masjid,
Mula menghulurkan seringgit dua ke tabung masjid,
Mula merasai nikmat kenyang,
Mula menitiskan air mata bila mengingati-Mu,

Aku pelik....
Sebelum ni juga aku mengingati-Mu,
Tetapi tidak menitiskan air mata,
Juga membaca Al-Quran,
Tetapi tidak menitiskan air mata,
Juga membaca terjemahan Al-Quran,
Tetapi tidak menitiskan air mata,
Mungkin tarafnya sama membaca buku-buku fiksyen.

Tetapi kali ini terasa sangat lain...
Baru aku tersedar,
Rupa-rupaya itu semua terjadi,
Saat aku diuji oleh-Mu.
Saat aku dalam kesusahan,
Saat aku dalam kesengsaraan hidup,
Baru aku terasa Engkau ada,
Engkau Wujud,
Dan Engkau dekat dengan diriku.

Irshad Manji : Dari Pandang Sisi Seorang Ustaz


Petikan daripada: http://saifulislam.com

Kali pertama saya mendengar nama Irshad Manji, kira-kira 10 tahun yang lalu.

Nama itu tenggelam, sebagaimana datang dan perginya nama-nama seperti Astora Jabat dalam lingkungan domestik di sini.

Apabila Irshad Manji menjengah Malaysia, masyarakat kecoh. Saya didesak untuk memberikan pendapat mengenainya, tetapi saya enggan berbicara mengenai apa yang saya tidak pasti. Ia menyalahi sifat adil dalam beragama.

Menyedari akan besarnya idea yang dibawa oleh beliau, saya memaksa diri membaca buku THE TROUBLE WITH ISLAM TODAY, bagi memahami apakah yang melahirkan seorang ‘sarjana’ Muslim Refusenik bernama Irshad Manji. Saya juga mengambil peluang membaca buku ALLAH, LIBERTY AND LOVE yang dimuat turun secara percuma di internet.

Pendapat-pendapat Irshad Manji menyalahi segala usul Aqidah saya. Pendapatnya meruntuhkan banyak struktur utama beragama, walaupun mungkin tujuan asalnya adalah untuk meruntuhkan struktur institusi agama.

Sebagai Muslim saya menolak kepercayaan Irshad Manji.

Sebagai Muslim juga, saya mahu tahu mengapa kepercayaannya begitu?
Catatan ini bukanlah pendapat muktamad saya mengenai beliau dan ideanya. Ia hanya nota untuk diri saya menjelaskan apa yang berada di fikiran dan masih terbuka kepada kesimpulan-kesimpulan yang seterusnya.
MENETAPKAN SISI PANDANG

Bagi sesetengah kita, isu Irshad Manji hanyalah satu lagi intellectual discourse untuk dijadikan hidangan debat yang menjadi kegemaran kita. Tetapi saya melihat isu beliau dari sudut pandang seorang suami, bapa, ustaz, guru dan pemimpin. Ia mengkehendaki diri saya menilai perbuatan saya sebelum, semasa dan selepas ini, apakah ada tindak tanduk yang menyumbang kepada lahirnya Irshad Manji yang seterusnya.

Pihak berwajib menjalankan SOP mereka pada mengharamkan buku-buku Irshad Manji. Tetapi dengan ebook, pdf dan dunia internet yang tidak terbatas, segalanya tentang Irshad Manji kekal berada di hujung jari.

Tanggungjawab memahami masalah dan menghadapinya melalui saluran pendidikan, tidak dapat saya abaikan.

Saya mungkin berbunyi tidak cukup sarjana melalui sisi pandang sebegini, tetapi matlamat saya adalah mencari keselamatan Dunia dan Akhirat, bukan mengagungkan analytic philosophy bahawa membuktikan Irshad Manji salah, menjadikan saya betul.

SISI EMOSIONAL

Apabila saya mengajak rakan-rakan untuk meninjau sisi Male Chauvinism dalam memahami mesej Irshad Manji, ia bukan alasan atau satu format escapism.
Satu amalan biasa apabila kita membaca pemikiran seseorang, kita akan membaca biografinya. Sama ada dia itu Barrack Obama, Adam Smith, Einstein, Muhammad bin Abdullah mahu pun Irshad Manji. Tujuan kita membaca biografi, adalah untuk memahami, sejauh manakahpengalaman hidup seseorang mempengaruhi kecenderungannya dalam memahami sesuatu.

Teks adalah sesuatu.

Konteks adalah sesuatu.

Kefahaman adalah sesuatu.

Menghubungkan teks dengan konteks untuk menghasilkan kefahaman, banyak dipengaruhi oleh pengalaman sebagai salah satu input dirinya.

Apabila saya menyebut Irshad Manji sebagai ‘mangsa’ Male Chauvinism, ia adalah kerana empati saya yang mahu Irshad Manji lebih difahami oleh kita semua. Lihat sahaja komen-komen di Malaysiakini.Com. Ada yang memaki hamun, mempertikaikan dia memakai tudung atau tidak, malah mengejeknya dengan pelbagai gelaran. Malah ada yang berpendapat tidak perlu berhujah langsung kerana Irshad Manji tidak mempunyai sebarang nilai. Komen-komen itu tidak mengukuhkan Islam malah menyebabkan golongan Religious Scepticists semakin yakin bahawa ‘structured doubt’ mereka itu berasas.

Pendekatan Irshad Manji, mempunyai unsur ‘Tajdid’ iaitu mahu membebaskan Muslim daripada Institutionalized Islam. Tetapi versi yang dibawanya amat keterlaluan. Di dalam Islam, apabila ada unsur keterlaluan, biasanya di sebalik rasional ada emosional. Maka kalau rasional dibahas tanpa mengambil kira unsur emosional, kita akan berpusing-pusing pada presenting problem tanpa menyentuh langsung real problem.

‘MANGSA KELELAKIAN LELAKI’

Selalunya, seseorang yang berpemikiran seperti Irshad Manji ini mempunyai pengalaman pahit dengan lelaki. Sama ada lelaki itu adalah bapa yang abusive, suami yang mengecewakan, ustaz-ustaz yang menyakiti, hinggalah kepada ulama’ tafsir yang disyaki ‘gender bias’.

Ia mempengaruhi paradigma hidupnya hingga semua yang ditentangnya mempunyai unsur lelaki.

Sama ada ulama lelaki, ustaz lelaki, musuh lelaki, kekasih lelaki… kelelakian itu wujud secara subliminal di belakang mindanya.

Agama kelihatan hodoh di matanya kerana unsur male chauvinism.

Male Chauvinism adalah satu fitnah besar ke atas umat Islam kerana ia melahirkan manusia-manusia seperti Irshad Manji. Saya mengambil kes Irshad Manji ini sebagai peringatan kepada diri agar mempunyai empati yang lebih baik semasa berbicara tentang tanggungjawab-tanggungjawab beragama kepada bermasyarakat. Adakalanya kita boleh terlupa bahawa kita sedang berbicara dalam bahasa seorang LELAKI beragama Islam dan bukannya MUSLIM.

Orang Religious Scepticist seperti ini, hujah INTELEKTUAL sukar dibalas dengan INTELEKTUAL. Ia hanya menambah ego. INTELEKTUAL beliau perlu dibalas dengan EMOTIONAL.

“Are you a happy human?”

Soalan untuk Irshad Manji jawab sebelum tidur di atas katilnya sendiri.

SENJATA MAKAN TUAN

Saranan saya pada mengajak masyarakat mempertimbangkan latar belakang sosial dan emosional Irshad Manji, adalah agar pendapatnya tidak ditolak secara semberono. Namun Si Wartawan Malaysiakini ‘menuduh’ saya dengan tuduhan yang bukan-bukan walaupun dia sendiri mendakwa dirinya hanya melaporkan hasil temuramah, tanpa sebarang tanggungjawab untuk membela atau menentang Irshad Manji.

PRE CONCEIVED IDEA

Mungkin golongan ‘Muslim Progresif’ begitu yakin dengan pre conceived idea mereka bahawa lebai kampung seperti saya ini tipikal.

Mereka mungkin (sekali lagi mungkin) tidak sedar bahawa ramai sahaja lebai kampung ini yang membaca buku falsafah, cakap omputeh dan selesa makan Ribeye Steak. Kepala lebai kampung saya ini mungkin berbalut ‘tuala’, tetapi progresifnya minda tidak dijamin oleh kepala yang tidak bersarung!

Mereka itu sahaja yang mungkin belum habis-habis mengaji Muqaddam Muslim Weltanschauung!

Bukan menyombong, tetapi sukar merendah diri di ‘medan perang’.

IRSHAD MANJI MUNGKIN TIDAK PENTING

Bagi sesetengah kita, nama Irshad Manji mungkin hanya salah satu nama yang keluar entah dari mana, singgah ke telinga, yang boleh ‘dibuat bodoh’ sahaja.

Tetapi Irshad Manji adalah suara besar di pesada antarabangsa.

Dia mungkin tidak penting.

Tetapi idea yang dibawanya adalah realiti.

Idea yang mencabar structured hypocrisy (al-nifaaq al-munazzam) dalam kehidupan beragama kita.

Dan jika itu pun masih tidak mampu menjadi alasan mengapa kita perlu mengambil tahu akan hal ini, cukup saya katakan, di Mont Kiara, Subang, hatta Taiping, Kemaman dan Gua Musang pun boleh ada ramai Irshad Manji tanpa hujah dan suara!
Sesungguhnya, jika saya tidak menyayangi isteri dan anak-anak, mengherdik wanita dalam lingkungan hidup saya, berlawak lucah menjadikan maruah wanita sebagai senda gurau perbualan dan ceramah, saya mesti bertanggungjawab terhadap lahirnya Irshad Manji yang seterusnya.

MERAWAT MALE CHAUVINISM

Dalam pada itu, saya rasa bersyukur dan gembira kerana kebelakangan ini, para penceramah kita semakin selesa bercerita tentang isteri dan anak-anak secara sopan dan penuh nada positif, iaitu sesuatu yang amat jarang berlaku suatu ketika dahulu.
Ini akan sedikit demi sedikit mengembalikan kita kepada Sunnah Baginda SAW yang sangat ‘family-man’ dalam kepimpinannya, malah mencegah male chauvinism yang menghasilkan Islamo-tribalis yang tidak habis-habis dirungutkan oleh Irshad Manji, merujuk kepada budaya sesetengah kaum umat Islam yang menyembunyikan selain lelaki daripada suasana beragama awam.

Saya doakan agar golongan ‘Islamik’ bermulut cabul tidak diuji memiliki anak seperti Irshad Manji kerana jika ia lahir daripada keluarga mereka sendiri, baru mereka tahu langit itu tinggi atau rendah.

Ittaqullah!

Thursday 17 May 2012

Jangan Dipadamkan Cahaya Itu



Jam di dinding menunjukkan tepat Jam 12.00 tengah malam. Aku mula menguap tetapi tidak mahu tidur dahulu sebelum aku membuka email. Mana tahu ada email baru yang masuk tambah lagi email-email itu berbentuk akademik dan perlu diambil tindakan segera. Kalau email itu datangnya daripada publisher journal, mesti diambil perhatian sebab email ini memerlukan kita menyiapkan journal yang telah direview dan pembetulannya mesti dihantar mengikut due date. Lega..... tak de pulak email daripada publisher journal. Mungkin kertas penyelidikan yang dihantar pada minggu lepas tiada kesalahan kot. Hati mula menduga.

Suasana malam itu cukup sepi. Sesekali terdengar salakan anjing liar yang menumpang berteduh di bawah apartment. Aku terus tekan butang 'log in' untuk yahoo messenger. Tengok-tengok kalau ada kawan yang belum tidur dan bolehlah 'kacau' mereka. Ding!!!!!........Ding!!!!!........Ding!!!!!..........Tiba-tiba aku disapa oleh seorang kenalan yang sekarang bekerja nun jauh di sana, Borneo. Aku kenal dengan dia pun sebenarnya masih baru. Tapi aku lebih selesa berchatting dengan dia. Tak tahu kenapa, tapi bila aku tengok raut wajahnya, aku dapat merasakan dia budak baik. Aku agak susah untuk berchatting dengan seseorang melainkan aku kenal siapa dia. Tapi, dia agak berbeza bagi aku....... tak tahu kenapa.


Aku tidak kekok dan keberatan berkongsi masalah dengan dia kerana dia juga mengalami nasib yang sama dengan aku. Tiada jodoh dan ditinggalkan oleh orang yang kita suka dan kita sayang.......ermmmm........ Ketika kami mendapat ujian itu, kami saling sokong menyokong dan memberi nasihat antara satu sama lain. Terus terang aku katakan, dia sama 'orang macam kita'. Ditinggalkan oleh seorang insan bernama wanita disaat hampir dengan sebuah perkahwinan menjadikannya seorang yang mula 'tidak selesa' dengan wanita, lantas mencari lelaki yang lebih memahami hati lelaki. Pada aku, dia juga seorang yang tidak lupakan agama. Mengimbas kembali waktu dahulu, perbualan kami sering tertumpu kepada keberkatan hidup, zakat, keluarga dan lain-lain. Azli bukan sahaja seorang yang menghormati kedua-dua orang tuanya, malah dia seorang yang mudah lembut hati. Bahkan tidak keterlaluan kalau aku katakan dia 'mudah cair' dengan pujukan orang. Suatu ketika dulu juga, dia bersekolah di sekolah agama dan hafaz banyak juga ayat-ayat Al-Quran. Tapi semenjak dia mengikut keluarganya berpindah ke negeri lain, dia memasuki sekolah biasa. Itu antara perkara yang terlintas dalam ingatan aku ketika berchatting dengannya suatu ketika dahulu.

Seketika kemudian dia menghantar mesej yahaoo messenger kepada aku

"View my webcam" dan lantas aku menekan butang OK

Dengan longgokan tisu yang banyak dan berselerak sekitar komputernya, dia membalas

"Kimi.... tolong Azli........", Air matanya bercucuran berkecai bagaikan kaca terhempas ke batu.

Aku menjadi panik dan bertanya dengan nada memujuk...."Alah.... nape nangis ni ?"

Sambil mengesat air mata bercucuran di pipinya, dia mengatakan bahawa hatinya sedih, takut dan tak tenang. Aku cuba menenangkannya dengan menyuruh dia tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan. Basuh muka supaya nampak segar.

"Aku dipaksa oleh seseorang untuk kahwin dengan dia", Mata Azli kelihatan merah dan sebak.

"Eh... kenapa pula nak kena sedih... Kan nak kahwin, OK la tu.... tak mo sedih-sedih", Aku mula menukar nada ayat kepada gurauan dengan harapan untuk mengembirakan hatinya yang sedang bersedih itu.

"Tapi, yang melamarnya adalah lelaki", Dia membalas dan diraut wajahnya penuh sugul.

Hati aku bagaikan tersentap dan aku beristigfar panjang...... Terasa tak percaya dengan apa yang diberitahu oleh sahabatku. Azli menceritakan kembali bagaimana dia dilamar oleh lelaki tersebut. Dia tidak mengenali lelaki itu sebenarnya. Tetapi, lelaki itu mengenalinya selepas Azli menambah lelaki tersebut sebagai "'list friends'nya. Lelaki tersebut sering menghubunginya melalui telefon dan Azli bingung dari manakah lelaki itu mendapat nombor telefonnya sedangkan dia tidak pernah memberinya kepada lelaki tersebut. Tambah Azli lagi, lelaki itu adalah seorang yang berbangsa Cina dan dia mempunyai kerjaya dengan gaji lebih daripada 10k sebulan. Malah dia pernah bertanya kepada Azli no akaun bank Azli supaya dia boleh memindahkan sebahagian wang kepada akaun Azli, tetapi Azli tidak melayannya. 

Aku mula menyusun kembali kata-kataku untuk mencari alternatif kepada masalah yang dihadapi oleh sahabatku. Lantas aku membalas ym tersebut.

"Jangan dilayan sangat dia tu. Lepas ni kalau dia ym dengan kau, jangan layan". Pintaku.

"Yup... aku memang offkan ym bila dia 'on'. Tapi masalahnya, dia akan telefon aku bertalu-talu. Kadang-kadang hantar sms lucah. Hantar gambar lucah. Aku tak selesa la. Dia selalu kacau aku. Dia tu macam gila seks........", rungut Azli.

Aku menjadi buntu semula.

"Bagaimana kalau kita lapor polis", Cadangku.

"Jangan!!!!!!.........Dia tu orang berkuasa dan berpengaruh. Ada duit banyak, dia boleh buat apa sahaja. Dia pun dah bagi warning . Dia akan ganggu keluarga Azli", Balas Azli dengan nada risau.

" Dia nak Azli kahwin dengan dia dan bawa Azli menetap di China", Azli berterus-terang.

"Jangan!!!!!!!!!!!!!!.........Azli, fikir tentang masa depan Azli. Fikir tentang keluarga Azli," Aku memujuk untuk menyedarkannya.

"Tapi, aku tiada pilihan", Dia membentak.

"Tak, masih ada pilihan yang jauh lebih baik. Pilihan kau bukan pilihan terbaik", Aku membalas.
Aku cuba menyedarkannya bahawa dia masih ada banyak pilihan. Tidak perlu untuk berkorban sedemikian rupa. Jangan menghancurkan hidup sendiri.
 
 
"Kenapa Azli diuji dengan ujian ini?", Soal Azli
 
 
"Bersabarlah dan banyakkan doa. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya", aku membalas.
 
 
"Azli banyak dosa. Sebab tu kena uji macam ni", Dia berkeras dengan kata-katanya.
 
 
"Jangan fikir macam tu. Sebanyak mana pun dosa kita, Allah tetap mengampunkannya kalau kita istiqamah meminta dari-Nya. Jangan putus asa berdoa dan mengharap. Bukankah doa senjata orang mukmin. Aku mula mengingatkannya kisah si pelacur dan kisah pembunuh yang telah membunuh 100 orang di mana kedua-dua mereka masuk ke syurga. Tetapi Azli perlu berniat dan bertekad untuk berubah", Nasihat aku.
 
 
"Ingat lagi tak budak Johor yang Azli cakap sebelum ini...... yang mula jadi bf Azli  bulan 1 yang lepas? ", tanya Azli.
 
 
"Ye.. ingat. Kenapa", Aku bertanya kembali.
 
 
"Dia dah putuskan hubungan dengan Azli. Dia dah ada orang lain. ", Azli berterus terang dengan nada kecewa.
 
 
Sekali lagi air matanya jatuh bercucuran bagaikan hujan lebat di musim tengkujuh. Aku tahu dengan perhubungan songsang inilah Azli menjadi lebih hanyut dengan dunia songsang. Azli pernah memberitahu aku bahawa dia pernah beronani di depan cam dengan budak Johor tersebut. Aku sekadar menasihatnya dengan nada mengugut jika dia masih mengulang perbuatan itu lagi, aku rasa nak putuskan hubungan sebagai seorang sahabat dengannya. Dia mula bimbang dan berjanji tidak akan buat lagi perkara tu. Aku terima janji Azli. Tapi aku tak tahu sama ada dia masih melakukan onani di depan cam lagi atau tidak. Hanya Allah yang mengetahui.
 
 
"Lepas ni jangan lagi mudah-mudah webcam atau melayan semua orang. Tengok... kan dah susah", aku memperlinya.Aku memperlinay atas dasar aku sangat sayangkan sahabat aku ini dan tidak mahu dia terus hanyut. Bak kata orang perli-perli sayang....
 
 
"Ye........", Jawap Azli ringkas. Mungkin dia rasa bersalah dengan tindakannya.
Ting!!!!........Ting!!........

Dua kali jam di dinding berbunyi yang menandakan tepat pukul 2.00 pagi.

Kelihatan Azli mulai tenang. Diwajahnya mula terukir dengan senyuman. Aku tidak pasti senyuman itu sekadar untuk menyedapkan mata aku melihatnya atau dalam hatinya penuh rasa gelora.

Perbualan kami terhenti di situ apabila Azli meminta untuk menamatkan masa chatting kerana dia mula rasa mengantuk.

Aku tidak mengharapkan apa-apa pada malam itu.

Cuma satu yang aku harapkan daripada Engkau ya Allah...

Jangan dipadamkan cahaya itu.

Cahaya iman yang telah berputik dalam dirinya.

Catatan dari sebuah pengalaman................



Monday 14 May 2012

Petunjuk Sebuah Isthikarah

(mungkin betul....mungkin tidak pepatah teknologi ni. [klik untuk tumbesaran])




****************Harapan Bagi Sebuah Kebahagiaan**********************

Aku pernah solat isthikarah agar Allah menunjukkan jalan-Nya untuk aku. Mungkin salah satu jalan-jalan alternatif untuk keluar daripada kecelaruan identiti yang lebih kronik. Setiap malam aku berdoa dan bersolat isthikarah. Kebetulan, pada bulan tersebut ada sebuah konferens di ibu negara. Aku akan membentangkan satu kertas kerja penyelidikan dalam salah satu slot di konferens tersebut. Aku berharap agar di konferens tersebut, aku dapat berkenalan dengan seseorang yang boleh aku jadikan peneman hidup aku. Aku mengharapkan agar dipertemukan dengan seseorang yang aku telah kenali dahulu dan lagi baik jika ianya bekas salah satu persatuan yang aku pernah join ketika di kampus.

Pada hari konferens tersebut, aku begitu teruja kerana dapat berjumpa semula dengan kenalan-kenalan lama yang terpisah. Disamping itu dapat juga berjumpa dengan rakan-rakan postgraduate daripada universiti-universiti lain termasuk pelajar-pelajar asing. Aku berjumpa semula dengan kawan-kawan lama aku ketika di sekolah menengah. Peluang yang ada aku gunakan untuk berbual dan bertanya khabar perkembangan terkini. Walaupun pada hari raya setiap tahun, kami bertemu dan berjumpa, tetapi bertemu di tempat yang jauh daripada negeri asal, ianya menjadi begitu teruja.

Aku juga berjumpa dengan rakan-rakan yang menyambung pelajaran ke universiti-universiti yang lain walaupun ketika buat degree dulu adalah daripada universiti yang sama. Ditakdirkan Allah, aku telah berjumpa dengan seorang wanita daripada universiti aku yang sama, lagipun kami memang berada dalam satu persatuan yang sama ketika di universiti dahulu. Aku kerap bekerja bersama-samanya untuk aktiviti persatuan malah dia juga satu negeri dengan aku. Hati aku begitu kuat merasakan bahawa Allah telah memberikan satu petanda untuk aku mendekati dia kerana aku yakin itu adalah salah satu petunjuk hasil daripada sebuah istikharah. Ini kerana hanya dia yang paling menepati ciri-ciri yang aku maksudkan sebelum ini. Di hari pertama, kami sempat berbual seketika selepas waktu makan dan selepas itu, masing-masing berada dalam bilik pembentangan.


*************Mengapproach Si Dia*******************

Di hari terakhir konferens, kami tidak dapat berjumpa kerana slot pembentangan terlalu banyak dan masing-masing sibuk dengan pembentangan masing-masing. Konferens itu berlangsung selama dua hari dan aku membentangkan kertas kerja aku pada hari kedua. Agak memenatkan kerana sesi pembentangan bermula daripada jam 9.00 pagi berterusan dan berakhir pada jam 6.00 petang. Setibanya aku dirumah, aku mula meneliti nombor-nombor telefon yang aku simpan dan mencari-cari nama si dia. Akhirnya aku terjumpa kerana sebelum ini pun aku pernah bersms dengannya atas urusan persatuan. Aku bertanya khabar dan dia memohon maaf kerana tidak dapat berjumpa sewaktu di akhir konferens kerana kumpulan mereka harus segera bertolak ke kampus mereka nun jauh di sana.

Terus-terang, aku sms padanya dalam nada umum sama ada telah berpunya atau pun tidak. Dia membalasnya dengan menyatakan masih belum ada perhubungan. Aku memintanya alamat email agar aku boleh menerangkan dengan lebih lanjut kerana pada aku agak sukar menerangkannya melalui SMS. Aku menyatakan hasrat hati padanya. Beberapa hari kemudian, dia membalas email tersebut.

Dalam emailnya, dia seorang yang cukup berterus-terang. Dia mengakui pada dirinya ada kecacatan fizikal yang mungkin katanya aku tidak perasan. Dia begitu jujur dan aku sangat terharu. Dia benar-benar ikhlas untuk perhubungan itu dan sangat mengharap. Aku tahu, bagi seorang wanita, tiada tujuan utama untuk dia berkahwin iaitu bagi mendapatkan sebuah perlindungan. Walaupun benar, ianya untuk memenuhi tuntutan nafsu kedua-dua pihak, aku fikir perempuan lebih mementingkan sebuah perlindungan yang benar-benar selamat dari seorang lelaki bergelar suami. Dia begitu jujur menerangkan masalah dan kelemahannya, tetapi aku diserbu rasa bersalah kerana tidak jujur. Takkan aku nak cerita apa yang aku alami?

Dia menerima segala-galanya apa jua keputusan aku dan dia serahkan sepenuhnya keputusan itu pada aku. Aku membalas emailnya dan memohon agar sama-sama meneruskan solat isthikarah.  Aku kira sudah 3 bulan aku tidak menghubunginya lagi dan dalam masa yang sama aku tetap meneruskan solat isthikarah. Masih mengharapkan hidayah dan petunjuk dari-Nya. Aku buntu dan tak tahu sebenarnya apa perasaan yang sedang membelenggu aku sekarang.


**************Aku Belum Bersedia**************


Dia seorang yang sangat baik selain dia bertudung labuh. Maklumlah kami dalam sebuah persatuan yang berteraskan agama. Pada detik-detik tertentu, aku mula merasakan bahawa aku seolah-olah tidak layak padanya. Aku bertanya pada diri aku betulkah tindakan yang telah aku ambil? (Sebelum ini aku pernah approach seorang budak perempuan juga). Aku takut aku akan menyakitinya. Ketahuilah bahawa bukan niatku untuk merasa ragu dengan sebuah perhubungan ini. Cuma, aku memerlukan masa untuk memperbaiki diri. Aku lelaki yang fikirannya penuh dengan dosa dan 'kotor'. Tapi takkan aku nak menerangkan padanya keadaan diri aku yang sebenar. Aku teringin sangat mempunyai keluarga dan kalau Allah izinkan, aku ingin mempunyai anak secepatnya.

Pada ketika itu, aku mula diselubungi dengan suatu perasaan yang membuatkan aku tidak tenang. Rupa-rupanya aku bagaikan tersentak dan sedar bahawa aku belum bersedia. Belum betul-betul siap. Belum bersedia memikul beban sebagai seorang suami. Bagaimana aku ingin bersama dengannya sedangkan hal peribadi aku sendiri pun belum selesai. Aku perlu mempersiapkan diri untuk ujian lisan thesis dan dalam masa yang sama aku perlu mencari duit untuk menampung kehidupan aku di universiti. Duit tajaan juga telah tamat tempoh dan aku memerlukan sumber kewangan yang lain. Bayak perkara yang tidak dijangka berlaku dan kadang-ladang diluar jangkaan kita. Banyak lagi keutamaan lain yang harus aku tumpukan. Aku mula rasa bersalah terhadap tindakan aku 'merisik' dia dahulu.


Aku rasa, 'beban' yang aku perlu selesaikan sekarang adalah menpunyai kedudukan kewangan dan kerjaya yang stabil. Walaupun aku rasa aku tidak harus memikirkan tentang rezeki, ianya tetap mencetuskan kekacauan dalam kepala kita. Aku tahu Allah akan memberikan rezeki pada setiap makhluknya dan pasangan yang berkahwin sebagaimana Surah An-Nur Ayat 32 dan At-Talak 2-3, tetapi dalam masa yang sama, kita mesti berusaha untuk mengubah nasib kita kerana Allah tidak sesekali akan mengubah nasib hamba-hambanya jika hamba-hamba-Nya malas berusaha. Bukan bermaksud ragu tentang ayat Allah.

Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
[An-Nur, 24: 32]

...........Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.  Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
[At-Talak, 65:2-3]

Walaupun betul kita boleh meneruskan sebuah perhubungan dengan batas-batas tertentu, cuma aku rasa ianya tidak bermakna sama sekali. Aku tidak mahu bermain dengan perasaan sendiri dan bermain dengan perasaan orang lain. Cukuplah apa yang aku lalui dalam sesi 'percintaan' pertama dahulu. Aku cuma membayangkan untuk melalui sebuah perkahwinan dengan percintaan berputik selepas akad nikah. Aku rasa tidak perlu untuk bertunang lama, cukup sekadarnya sahaja. Mudah-mudahan aku mendapat wanita dan sebuah perkahwinan yang diberkati Allah. 

Isthikarah itu mesti diteruskan......


Thursday 10 May 2012

Kalau Itu Aku.........


Aku nak sangat-sangat mempunyai seorang boy friend. Akhirnya, impianku tercapai selepas usaha berpenat lelah di laman sosial. Punyalah susah nak usha dia. Kalau ada dia dalam hidup kitakan best. Ye la, dia menjadi peneman kita berkongsi segala masalah. Boleh bergurau-gurau senda. Alangkah romantiknya, semua pekerjaan atau aktiviti dilakukan secara bersama-sama. Kau suapkan aku makanan dan aku juga suapkan makanan ke mulut engkau. Minum pula dalam satu gelas... berkongsi straw. Bahagianya hidup ini.

Bila hujung minggu tidak sekali pun kita ter'miss' untuk berjumpa di Mid Valey. Pastinya kita bersama-sama menonton movie di pawagam. Dalam pawagam pun kita berpegang tangan, tapi kena berhati-hati dan 'cover line', takut kantoi. Tapi setakat ni OK je..... Aku selalu memangil engkau dengan panggilan sayang dan engkau panggil aku dengan gelaran 'babby'. Oh romantiknya. Setiap kali aku melihat wajah tampanmu... hatiku tenang... tidak terungkap dengan kata-kata. Aku betul-betul cinta dan sayang padamu.

Takkala kita berpisah dan kau mula mengambil train ke Arah Petaling Jaya dan aku mengambil train ke arah Seremban, hati mula sedih. Tak sanggup untuk berpisah dengan engkau. Rasa seolah-olah kita tidak mungkin untuk berjumpa lagi. Teringat pada hari tu... kau melambai-lambai tangan ke arah aku bila pintu train ditutup... tapi tak sampai 1 minit train bergerak kau dah pun menghantar sms rindu pada aku. Setiap malam, kau tanyakan aku sudah makan atau belum..... dan kadang-kadang kau kacau aku masa nak tidur. Tapi ianya sangat romantik sayang.

Aku teringin sekali mendakap badanmu sayang....Ingin sekali memeluk tubuhmu...dan pegang tanganmu. Aku rasa betul-betul selamat berada dalam dakapanmu dan aku tak tahu bagaimana keadaaan aku jika kau tinggalkan aku.

Aku sangat-sangat mencintaimu......

(Babak 1)

Disebalik Cerita Babak 1:

Tapi.... HAKIKATNYA.... itu hanya IMAGINASI sahaja..... Perkara tersebut hanya gambaran minda dan tidak mungkin menjadi kenyataan.

Bagi kebanyakkan 'orang macam kita', memang kita nak sangat-sangat ada orang tersayang, orang kita boleh 'bermesra-mesra' selalu. Bagi kebanyakkan 'straight' sekurang-kurangnya mereka boleh 'approach' orang yang mereka suka untuk suatu perhubungan yang terjamin. Tapi, bagi 'orang macam kita', itu adalah mustahil kerana kalau terjadi pun, atau sesayang mana pun kita kat dia, dia tetap tidak halal untuk kita sebagaimana hubungan seorang suami dan isteri. Ianya umpama kita makan daging babi sedangkan di sekitar kita ada daging halal (bukan bermaksud nak kata orang yang bernaluri songsang itu sama taraf dengan daging babi).

Perkara yang SALAH tetap salah dan tidak mungkin menjadi BETUL. Benda DOSA tetap DOSA dan tidak sesekali bertukar menjadi PAHALA. Benda yang bertentang dengan AGAMA, tetap salah dan tidak sesekali menjadi AMAL KEBAIKAN.



*************************************************************


Zaki mempunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Dia sangat sayangkan adik-adiknya. Dia menjaga adik-adiknya bagai menatang minyak yang penuh. Maklumlah ayahnya sudah lama meninggal dan dia pula anak sulung dalam 3 beradik tersebut. Umur adik lelakinya sekarang adalah 22 tahun manakala adik perempuannya 18 tahun. Pada suatu hari Zaki mengetahui bahawa adik lelakinya adalah seorang gay dan dia telah melakukan hubungan intim dengan kawan baik zaki sendiri. Zaki tak kisah sebab kejadian itu bukan berlaku pada dirinya tapi adiknya. Dalam masa yang sama, seorang kenalan adik perempuannya meminta kebenaran daripada zaki untuk berzina dengan adiknya. Zaki benarkannaya dan Zaki tidak menunjukkan apa-apa emosi luar kawalan. (emmm.... bagusnya ada abang macam ni)

(Babak 2 )

Disebalik Cerita Babak 2:
 
Cuba bayangkan Zaki itu abang kita dan si naluri songsang itu kita. Apa perasaan abang kita kalau mengetahui bahawa adiknya telah melakukan zina liwat dengan seseorang. Cuba bayangkan pula perasaan abang kita kalau adik perempuan kita telah berzina atau dirogol dengan seorang lelaki. Mesti abang kita mengamuk sakan.


Kadaang-kadang kita kena fikir melampaui batas kepentingan kita untuk mengetahui sesuatu perkara itu benar atau salah. Kalau kita hanya mengikut sesuatu tindakan hanya berdasarkan kaca mata kita sahaja, kita terperangkap dengan ruang lingkup kepentingan diri dan nafsu kita sahaja.

Kita memandang zina dan liwat itu tarafnya berbeza dan memandang zina itu adalah lebih berat daripada liwat. Mungkin sebabnya, zina akan mendatangkan masalah 'kedua' iaitu kemungkinan mengandung dan si perempuan membuang anak hatta sehingga boleh membunuh anak tersebut,  tetapi liwat tidak. Mungkin juga atas dasar suka sama suka, maka liwat itu tiada salahnya. Tapi yakinlah, sekali kita melakukannya, sampai satu saat, akan ada satu kekesalan dan kita rasa amat bersalah pada diri dan pada Tuhan.


Bayangkan pula kalau ibu kita dirogol oleh seseorang. Mahukah kita atau dapatkah kita terimanya? Kalau jawapannya tidak, begitu juga dengan orang lain. Seorang ayah juga tidak rela atau suka jika anaknya diliwat oleh orang lain.

**************************************************************

Bak kata sign board di atas:

Ikut SUKA, DUKA yang kita dapat,
Ikut RASA, BINASA diri dan keluarga,
Ikut HATI, MATI katak,
Pandulah IMAN dengan BERHATI-HATI.

Nota Berkaki:
Cerita ini mempunyai unsur-unsur sarkistik yang pada sebahagian orang tidak sesuai untuk bacaan masyarakat umum.

Wednesday 9 May 2012

Isthikarah Cinta



***************Kembali kepada Fitrah*********************
'Kembali kepada fitrah', satu ungkapan yang mudah, semudah menyebutnya, tetapi tidak semudah melaksanakannya.  Memang benar,di dalam hati kita tertarik dengan jantina yang sama jenis dengan kita. Tetapi, kita mesti melawan naluri tersebut kerana ianya adalah sesuatu yang songsang dan batil. Kita tidak dapat lari atau menafikan perasaan cinta, kasih dan sayang memang wujud dalam diri kita. Tambah lagi bila kita melihat seseorang itu menepati ciri-ciri idaman kita umpamanya hensem, kacak, penampilan menarik, peramah, pandai mengambil hati kita, pandai berjenaka dan sebagainya.  Sebelum membuat keputusan, kita mesti melihat kembali fitrah kejadian manusia. Tanya kembali pada diri kita, siapa kita?. Adakah tindakan yang kita buat itu betul?. Bagaimana kita nak tahu tindakan yang kita ambil betul atau salah?. Sama ada tindakan itu betul atau salah, ianya ada kesan dalam diri kita. Kita dapat merasainya melalui perasaan kita, dan panduan ilmu agama yang kita ada.



*****************Baik=Baik, Jahat=Jahat********************

Jodoh kita semangnya telah ditentukan oleh Allah. Tapi, jodoh itu tidak datang bergolek. Kita mesti berusaha mencari dan mendapatkannya. Tidak cukup dengan hanya berdoa dan mengharapkan kita mendapat jodoh dan berkahwin. Walaupun begitu, itu tidak bermaksud kita boleh keluar dengan mana-mana perempuan sewenang-wenangnya. Ianya sudah ada garis panduan yang digariskan agama. Juga jodoh tidak datang semudah kita bermimpi dan berkhayal dengan siapa kita nak nikahi. Semuanya memerlukan DUIT.... Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal. Semua orang mengimpikan untuk mendapat isteri yang baik. Seseorang itu, pada fasa ‘mengawan’, memang dia cuba ‘dating’ dengan sebanyak mungkin wanita. Tujuannya adalah untuk menilai siapa yang paling serasi dengan dirinya dan siapa yang paling baik.

Aku yakin dan percaya ya Allah bahawa apa yang Engkau janjikan seperti dalam surah An-Nur ayat 26 adalah benar. Engkau menjanjikan kepada hamba-hamba-Mu bahawa Engkau akan jodohkan perempuan yang keji dengan lelaki yang keji, lelaki yang keji dengan perempuan yang keji, lelaki yang baik dengan perempuan yang baik, perempuan yang baik dengan lelaki yang baik, dan Engkau akan memberikan rezeki serta memberkati kehidupan orang yang baik. Tetapi mana mungkin aku akan mendapat seorang wanita yang baik kalau aku mempunyai perangai yang buruk. Ya Allah bantulah aku untuk aku mengembara daripada jahilliyah hati yang kelam dan banyak dosa kepada seorang muslim yang awesome, yang beriman. Bantulah aku dalam melakukan reformasi dan transformasi  jiwa dan melalui jalan pentarbiyahan rohani ini. Kuatkan aku ya Allah. Menjadi lelaki yang baik itu prasyarat untuk mendapat wanita yang baik. Aku mesti mengubah diri ke arah kebaikan kerana aku percaya kata-kata Engkau yang disampaikan oleh seorang insan agung, kekasih-Mu yang  bernama Muhammad.



*********************Istikharahku**********************

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tidak berputus asa dengan sentiasa meminta kepada Allah. Aku telah pun melakukan solat isthikarah sejak lebih daripada 5 bulan yang lalu setiap malam dan akan terus melakukannya. Kebanyakkannya aku lakukan di Masjid. Ingat, bukan senang nak senang, tapi bukan susah nak susah. Benda yang bernilai semestinya sukar dan payah untuk mendapatkannya. Emas itu mahal harganya kerana sukar untuk mendapatkannya. Ianya bukan boleh dilombong di semua tempat. Hanya tempat-tempat tertentu terdapat emas yang digelar lubuk emas. Mengapa batu kelikir itu bersepah di tepi jalan dan tidak ada orang yang mengambilnya untuk dijadikan mata cincin? Ini kerana batu kelikir tidak mempunyai nilai berbanding emas atau berlian. Begitu juga wanita yang baik, ianya tiada 'di tepi-tepi' jalan, atau tempat yang tidak elok.

Setiap malam aku memperhambakan diriku untuk mengadap dan meminta kepada-Mu. Walaupun apa yang diminta itu mempunyai unsur-unsur keduniaan, tetapi ianya adalah terapi untuk aku mendekatkan diriku pada-Mu ya Allah. Aku mengadap-Mu dalam keadaan aku hinakan diriku. Aku insan yang lemah, yang tiada upaya dan tiada kuasa. Pada-Mu jualah aku berserah segala-galanya. Di sujudku yang terakhir aku memohon pada-Mu agar Engkau ampunkan segala dosa-dosaku. Ampunkan juga dosa ibu-bapaku, guru-guruku dan semua orang Islam. Disujudku yang akhir juga, aku memohon sungguh-sungguh agar Engkau hilangkan naluri songsang ini, lenyapkan dalam diriku naluri songsang ini.

Dengan penuh kerendahan dan sungguh-sungguh, aku memohon kepada-Mu. ‘Ya Allah, jadikanlah aku lelaki yang baik, jadikan aku lelaki yang paling baik, paling-paling baik, paling-paling-paling baik ya Allah’. ‘Kurniakanlah juga aku seorang wanita yang baik, wanita yang paling baik, paling-paling baik, paling-paling-paling baik ya Allah’. ‘Ya Allah, kau berkatilah aku, Kau rahmatilah aku ya Allah’. ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, Kau tetapkan aku di atas agama-Mu, dan matikanlah aku dalam keadaan yang baik, dalam keadaan orang beriman’.

‘Ya Allah, bukanlah pintu rezekiku dan cukupkanlah keperluan diriku’. ‘Sekiranya rezekiku ada di hadapanku, maka Kau datangkanlah dari arah hadapanku. Sekiranya ia ada dibelakangku, maka Kau datangkanlah dari arah belakangku, sekiranya ia ada di atasku, maka Engkau datangkanlah dari arah atasku, Sekiranya ia di kiriku, maka Engkau datangkan dari arah kiriku, sekiranya ia terletak di kananku, maka Engkau hadirkan ia dari kananku, dan sekiranya ia terletak di bawahku, maka Engkau datangkan ia dari bawahku’.‘ Ya......Allah,........Tiada tempat aku mengadu, meluahkan perasaan dan meminta selain Engkau ya Allah’. ‘Perkenankanlah doaku ini’. Inilah antara kata-kata yang aku lafazkan setiap hari di dalam hati dalam sujud terakhir istikarahku. Aku tahu Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Walaupun aku mengulang permintaan yang sama, aku yakin suatu hari nanti Allah akan tetap memperkenankan doa aku. Mungkin Allah akan perkenankannya cepat, mungkin juga lambat, mungkin Allah nak tukarkan permintaanku dalam bentuk yang lain, mungkin juga Allah ingin memberikannya di akhirat nanti.

Jika sekiranya, telah ditakdirkan untuk aku tidak merasai pengalaman bersalaman dengan kadi sambil melafazkan ‘Aku terima nikahnya.......’, aku redha ya Allah (Kita tak tahu bila kita akan mati). Cuma satu sahaja yang aku pinta pada-Mu, Jangan Engkau murka pada aku, jangan Engkau benci pada aku, jangan Engkau hilangkan keberkatan hidupku sepanjang hayat dikandung badan. Kau rahmatilah aku dan masukkan aku ke dalam syurga-Mu kerana aku tahu bila aku sudah berjaya masuk ke syurga, semua aku boleh minta kepada-Mu. Jika aku berjaya masuk ke syurga-Mu, pada ketika itu, perkara pertama yang aku nak minta adalah aku akan berdoa dan meminta kepada-Mu agar aku kembali menjadi lelaki yang normal nalurinya. Aku teringin sekali meminum arak di syurga, meminum air sungai yang mengalir di dalam syurga dan merasai semua janji-janji-Mu seperti yang termaktub dalam Kalam-Mu. Membayangkan sahaja tentang syurga sebenarnya sudah tidak terungkap dengan kata-kata (kerana nikmatnya lebih daripada apa yang digambarkan).

Jika aku tidak diberi peluang untuk mencintai bakal isteriku di dunia hingga sampai ke syurga, izinkan aku bercinta dengan-Mu di dunia hingga sampai ke syurga.

Itulah Isthikarah Cintaku....




dan jika aku jatuh cinta dan jatuh hati......





Monday 7 May 2012

Tertipu Dengan Sebuah Penghijrahan: Belajarlah Daripada PLHIV




****** Kesilapan disulami dengan Kekesalan**********


Sejarah hidup mengajar kita banyak perkara. Sejarah hidup itu adalah satu pengalaman yang kita rasai dan terokai sendiri. Satu pengalaman yang bersalut pahit dan manis. Kita akan sentiasa teringat peristiwa pahit atau manis yang berlaku dalam hidup kita kerana ianya memberi kesan kepada kehidupan kita. Pengalaman tersebut tersimpan erat dalam benak fikiran kita. Sejarah hidup mengubah kita segala-galanya. Malah boleh mengubah kita daripada seorang yang periang menjadi pendiam, seorang ‘malaikat’ menjadi ‘syaitan’, seorang ‘raja’ menjadi hamba atau sebaliknya.

Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan. Sama ada kesilapan itu kita sedar atau tidak. Sama ada kesilapan itu besar atau kecil. Bertitik tolak daripada kesilapan itu, secara fitrahnya akan muncul satu perasaan rasa bersalah dalam diri. Mungkin rasa bersalah itu datang sejurus sahaja selepas kita melakukan kesalahan itu. Mungkin juga ianya datang selepas beberapa hari kita melakukan kesalahan itu, mungkin juga ianya datang selepas beberapa bulan, hatta mungkin perasaaan bersalah itu datang selepas beberapa tahun kita melakukan kesalahan tersebut. Semuanya bergantung atas keimanan dan kepercayaan kita.

Apabila kita melakukan sesuatu kesalahan, kesilapan atau kemaksiatan, kita rasa perkara itu perkara biasa. Memang timbul satu kekesalan, tapi kita abaikan rasa kekesalan itu kerana tidak mahu memikirkan sangat hal sedemikian dan tidak mahu membebankan kepala otak sendiri. Kita abaikan kesalahan kita untuk ‘menyedapkan’ hati kita. Tanpa kita sedari, kita semakin hanyut ke arah muara sungai pengderhakaan dan bakal memasuki lautan nafsu yang memungkinkan kita jauh dengan rahmat pencipta.



***************Penghijrahan Masa dan Lokaliti**************


Bila kita tersedar..... kita mula berfikir dan terdetik untuk berubah. Walaupun kita mengambil pendekatan yang agak drastik untuk berubah dan mengambil beberapa langkah pencegahan, ianya tidak bertahan lama. Kita kembali kepada gaya hidup lama. Kita sering tertipu dengan penghijrahan tempat. Kita menyangka bahawa apabila kita berhijrah ke satu tempat yang lain, kita akan berubah. Hakikatnya... bila kita berhijrah ke tempat yang baru, kita masih lagi  dengan sikap yang lama. Kita masih lagi melakukan maksiat pada Allah. Mujahadah kita belum cukup kuat, kita kembali tewas, kembali ditawan oleh hawa nafsu.

Tidak cukup dengan kita berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain demi sebuah perubahan, kita juga turut melakukan penghijrahan masa. Kita menganggap kita telah melakukan tindakan susulan yang efektif dan sistematik untuk berubah. Terlintas dalam hati kita, sekarang aku berumur 20 tahun. Pada umur aku 23 tahun, aku nak tinggalkan semua ini. Tetapi, bila umur kita 23 tahun, kita masih lagi tidak mampu untuk melepaskan diri dari ‘belenggu’ ini. ‘Tak mengapa... kita tewas... bukankah kegagalan itu perkara biasa dalam hidup?’. Sekali lagi kita memujuk diri. Kali ini kita bertekad pula untuk berubah ketika umur kita 25 tahun. Lagi sekali, kita gagal dan terkandas dalam ‘belenggu’ yang sama.

Semuanya adalah satu penipuan terancang ke atas diri sendiri . Yang kita lakukan sebenarnya bukan penghijrahan masa, tetapi penangguhan masa yang tiada penghujung. Yang kita lakukan sebenarnya bukan penghijrahan tempat, tetapi lebih kepada merasai persekitaran yang berbeza dengan sebelumnya. Kita ingin berubah, tetapi menggunakan acuan yang sama. Gaya dan cara hidup yang sama. Bagaimana kita ingin mendapatkan ais berbentuk silinder kalau kita masukkan air ke dalam acuan berbentuk piramid?. Kalau kita mengisi air kedalam satu bekas berbentuk silinder, ais tersebut akan membentuk silinder. Kalau kita isi air ke dalam sebuah bekas berbentuk piramid, ais yang terbentuk  adalah sebuah piramid. Ianya akan mengikut bentuk bekas, akan mengikut bentuk acuan. Soalnya kita telah menggunakan acuan yang salah. 


**************Tahu Tidak Mencetuskan Mahu**************


Tahu sahaja tidak berupaya untuk mengubah diri kita daripada jahat kepada baik. Tahu yang tidak mencetuskan ‘mahu’. Lihat sahaja berapa ramai yang mendapat pendidikan agama yang cukup ketika usia keremajaan, tetapi menjadi durjana bila mencapai usia kematangan. Lihat sahaja berapa ramai perempuan yang tidak memakai tudung. Jika ditanya, adakah rambut itu aurat? Dengan tangkasnya mereka bangun berdiri dan melaungkan dengan kuat, ‘Ya.... rambut adalah aurat, dan memakai pakaian yang ketat juga mendedahkan aurat’. Tetapi berapa ramai yang masih tidak bertudung?. Buktinya lagi, bila mereka ke masjid atau mahkamah syariah, atau ada kematian, mereka akan mengenakan tudung.  Jika tiada, mereka akan berusaha membelinya. Kita juga tahu melihat aurat orang lain adalah aurat. Tetapi kita masih lagi melihat gambar-gambar atau video-video lucah. Bukankan kita tahu ianya haram?. Jawapannya.... Ya.. ia haram. Tapi tahu itu tidak mampu mengubah diri kita daripada tidak melihatnya. Pokonya, tiada kesedaran walaupun tahu. Tahu yang tidak mencetuskan mahu untuk sebuah kesedaran.


************Belajarlah daripada PLHIV*************


Mereka adalah sekelompok manusia daripada golongan kita yang telah diuji dengan satu ujian hebat. Beruntunglah mereka-mereka yang telah sedar akan hikmat disebalik ujian yang menimpa mereka. Mereka tiada beza dengan kita... bukankah yang membezakan antara manusia dengan Allah adalah iman. Pandanglah mereka dengan neraca Allah, bukan neraca manusia. Belajarlah daripada mereka kerana mereka telah atau sedang melalui pertarbiyahan rohani yang cukup hebat. Mereka hebat kerana mereka berjaya dan masih mampu mengharunginya walaupun sukar. Cuba kita bayangkan dan selami perasaan mereka. Bilamana doktor mengesahkan darah kita mengandungi virus HIV, badan kita akan rasa seram sejuk. Otak kita bagaiman ‘black-out’. Kita akan rasa hidup ini tiada erti lagi. Bagi yang belum berkahwin akan merasai tiada lagi nikmat sebuah perkahwinan. Bagi yang sudah berubah tangga, akan merasai suatu ‘beban’ yang berat akan ditanggung oleh anak atau isterinya. Kita akan merasai seoalah-olah tiada lagi ‘nikmat hidup’. Kita tidak diuji dengan penyakit ini, tetapi kita hanya mampu membayangkan. Membayangkan sahaja sudah cukup menyeramkan... apatah lagi merasainya sendiri.....

Kita hanya akan berubah apabila kita mendapat satu tekanan yang hebat. Tekanan yang boleh mencelarukan pemikiran dan stress kita. Tetapi, semuanya bergantung pada kesedaran kita. Mengapa mereka boleh berubah dan ianya mengubah 360 darjah kehidupan mereka? Ianya megubah persepsi masyarakat kepada mereka dan persepsi mereka terhadap masyarakat. Ianya mengubah cara kita menghayati agama. Ianya mengubah cara kita bersosial. Ianya mengubah sepenuhnya cara kita melayan diri. Semuanya berubah. Ya.. kerana telah timbul satu kesedaran yang benar dan sungguh-sunguh dalam diri mereka. Kita semua ingin berubah dengan mengharapkan satu lonjakan kepada perubahan itu. Tetapi bukan mendoakan kita mendapat ujian itu. Ujian yang mencetuskan aura berubah itu bukan hanya dicetuskan dengan ujian penyakit ini, tetapi ianya boleh didatangkan oleh Allah melalui pelbagai cara. Kita mesti memandangnya dengan pelbagai cara dan mengubah cara kita berfikir. Bukan lagi vertical thinking tapi lateral thinking dengan mengaplikasikan konsep berfikir Dr. Edward De Bono. Perubahan sebenar yang tercetus adalah datangnya dari dalam diri kita sendiri. Adapaun benar, persekitaran dan masa mempengaruhi perubahan itu, komponen utama adalah perubahan diri sendiri, kuasa minda dan cara kita berfikir. 




Belajarlah daripada PLHIV...................



Agak membimbangkan bila mana membaca artikel bertajuk "Impact of age at marriage and migration on HIV and AIDS epidemics in Japan" . Walupun ianya berlaku di Jepun, tetapi ambillah ibrah daripada penyelidikan di sana. Ianya satu signal bagi mereka yang berfikir. Kes PLHIV dan HIV meningkat saban tahun dan ianya banyak disumbangkan oleh mereka yang melakukan seks sesama jenis. Pada tahun 2007, terdapat 33.2 juta orang yang hidup bersama dengan HIV. Setiap hari lebih daripada 6800 orang dijangkiti virus ini. Mungkin article ini tidak dapat diakses oleh semua orang kerana ianya bahan akademik (mesti langgan dahulu). Cuba download dulu menggunakan link dibawah.


http://www.ziddu.com/download/19329576/atmarriageandmigrationonHIVandAIDSepidemicsinJapan.pdf.html


Friday 4 May 2012

Antara Nasib, Pilihan & Takdir (Bahagian 2)


................. Sambungan daripada Bahagian 1

5) Danial boleh dikatakan seorang yang mempunyai rupa paras yang agak kacak dan dia sering menjadi kegilaan ramai perempuan sejak dari sekolah menengah lagi. Bila melanjutkan pelajarannya ke salah sebuah kolej swata, lebih ramai awek-awek yang cuba mengusha dan berkawan rapat dengannya. Oleh itu, dia sering bertukar-tukar awek. Ada yang berjaya kekal selama 2 bulan, 5 bulan dan sebagainya. Daniel memang seorang yang sukakan perempuan. Bila dia melihat seorang perempuan yang lalu, tambahan lagi perempuan itu cantik dan memang 'taste' dia, jiwanya mula menjadi kacau. Seringkali dia terbayang dalam fikirannya memeluk wanita tersebut dan melakukan hubungan seksual dengan wanita itu. Daniel selalu  'mencuba' dahulu awek-aweknya kerana dia enjoy dan lagipun dia masih muda. Setiap hari, dia mencari rakan perempuan yang berbeza-beza untuk chatting dan semuanya berakhir dengan mengeluarkan air mani di depan webcam. Pada hujung minggu pula, dia selalu melakukan temujanji dengan wanita yang berbeza-beza dan setiap perjumpaan berakhir dengan aktiviti seks. Danial tidak mempunyai masalah untuk memujuk wanita-wanita yang ditemuainya di laman sosial kerana Danial mempunyai wajah yang agak tampan yang membuatkan perempuan mudah 'cair'. Tambahan pula, Danial pandai memujuk dan mengeluarkan ayat yang manis-manis di depan perempuan. Ramai perempuan yang telah terlanjur denganya tatapi tidak seorang pun pada ketika ini yang mengandung kerana dia menggunakan kondom. Kadang-kadang pula, nafsunya hanya dilepaskan ditandas-tandas ketika 'line clear'. Dia berasa tidak bersalah untuk melakukan perhubungan sedemikian kerana padanya itu bukan satu dosa. Tambahan pula ia tidak membuatkan perempuan tersebut mengandung.

Pertimbangkan juga situasi sampingan (tiada kaitan dengan naluri seksual) lain dalam kehidupan kita seperti berikut:

6) Rumah Mak Cik Temah terbakar kerana dia terlupa menutup dapur gas yang digunakan selepas menggoreng ikan.

7) Rohani dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2012 kerana dia berusaha siang dan malam bersengkang mata belajar selain selalu berjumpa dengan gurunya bila dia menghadapi masalah dalam menjawab soalan latih tubi.

8) Zainal dilahirkan dalam keadaan buta dan cacat kedua-dua belah kakinya. Namun begitu dia tekad untuk belajar dan meneruskan kehidupan seperti orang normal yang lain. Berkat usahanya, dia boleh membaca dan menghafaz Al-Quran walupun buta dan tidak pernah melihat bagaimana tulisan Al-Quran.

9) Nazri mencuba pelbagai-bagai jenis pekerjaan kerana dia mahu menjadi jutawan. Tetapi sehingga kita, dia belum bergelar jutawan.

10) Ah Long memenangi RM Sejuta ringgit setelah memasuki program realiti RM 1 Juta Money Drop dan selepas seminggu, dia mendapat RM 1 juta lagi selepas memenangi  hadiah pertama cabutan TOTO 4D.

Jadi.... apa sebenarnya yang membentuk naluri seksual kita, nasib, pilihan atau takdir?

Sebenarnya, dalam hidup kita hanya ada 2 perkara sahaja. Maksudnya terjadinya sesuatu kejadian atau peristiwa adalah disebabkan oleh pilhan kita sendiri dan disebabkan oleh takdir Allah. Tiada istilah nasib, tapi pada relaitinya kita selalu menyalahkan nasib. Kalau semuanya nasib, maknanya kita salahkan pada takdir sebab takdir yang membuatkan nasib kita jadi begitu. Kita jadi jahat dan kita salahkan nasib sebab nasib kita yang jadikan kita jahat?. Tapi sebenarnya kita yang pilih untuk jadi jahat.

Jika ditanya pada golongan naluri songsang, adakah mereka gembira dengan naluri tersebut dan jika diberi satu keajaiban, mahukah mereka menjadi normal?..... sudah pasti jawapannya mereka tak gembira dengan naluri itu dan jika boleh membuat permintaan kepada dewa naga selepas 7 biji dragon ball dikumpulkan, aku rasa golongan naluri songsang ini akan minta dihapuskan dan dilenyapkan perasaan songsang mereka.

Kalau mengikut cerita sampingan di atas, Rumah Mak Cik Temah tak kan terbakar jika dia menutup gas selepas digunakan. Kebakaran berlaku disebabkan oleh kecuaiannya sendiri. Rohani berjaya kerana dia membuat pilihan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Zainal, seorang yang kurang upaya boleh membuat sesuatu yang pada kita mustahil kerana dia mempunyai kekuatan diri yang awesome dan memilih untuk menjadi orang berilmu. Cerita Ah Long, seolah-olah ditentukan oleh nasib. Tapi sebenarnya.... dia menjadi kaya kerana dia membuat pilihan untuk masak program tu.. dan mencuba banyak kali untuk menang no ekor (bukan tujuan mempromosikan no ekor kerana berjudi dan bertenung nasib haram dalam Islam).

Hakibatnya, semua usaha mereka adalah satu PILIHAN dan pilihan yang dibuat oleh mereka menatijahkan TAKDIR oleh Tuhan.

Kita kembali kepada cerita 1-5 (cerita naluri manusia). Kita menjadi seorang yang bernaluri songsang ini bukan atas kehendak kita kerana dalam sesetengah kes, ianya hadir tanpa kita tahu dan tanpa kita sedari perasaan abnormal itu ada dalam diri kita.  Dalam sesetengah kes, orientasi naluri seksual seseorang berubah setelah terjadi sesuatu peristiwa hitam dalam dirinya. Itu semua takdir Allah. Kita pergi kepada persoalan pokok, adakah naluri songsang satu penyakit ?. Penyakit seperti penyakit jantung berlubang. Penyakit seperti penyakit leukimia, atau penyakit seperti penyakit kencing manis. Ada sebahagian penyakit berlaku disebabkan oleh faktor pemakanan dan ada disebabkan oleh genetik, dan ada disebabkan oleh keabnomalan semasa peringkat kehamilan.

Dalam kes naluri songsang ini, aku rasakan ianya adalah satu penyakit yang telah ditakdirkan Allah. Allah memilih manusia-manusia tertentu untuk diuji. Usah persoalkan kenapa kita dipilih oleh-Nya kerana Dia yang Maha Mengetahui akan atas apa yang berlaku. Mungkin ini caranya Dia menguji kita supaya kita sentiasa dekat dengan Dia. Dengan ujian ini sahaja menjadi asbab kita kenal Allah. Bila mana kita diuji dengan penyakit ini, yang mengemudi atau membuat pilihan adalah diri kita sendiri. Jika kita mempunyai kencing manis, dan masih mengambil makanan yang berlebihan gula, itu risiko yang kita tanggung sendiri kalau kaki terpaksa dipotong atau terpaksa menyuntik insulin setiap hari.

Dan kalau kita bernaluri songsang, itu pilihan kita sendiri sama ada nak 'meraikan' perasaan itu atau 'menafikan' perasaan itu mengikut panduan tertentu. Kita memilih jalannya... dan natijahnya kita yang tanggung sendiri. Untuk kes 5, cuba kita bayangkan Danial adalah seorang gay dan dia melakukan aktiviti seperti dalam cerita itu (dengan lelaki)......, isunya naluri songsang bukan penyebab kepada ketidakboleh kawalan naluri seksual.... tapi disebabkan hawa nafsu. Hawa nafsu dipandu oleh iman dan iman kita yang membuat pilihan. Sebenarnya tiada beza seorang yang 'staright' yang sukakan perempuan dan seorang gay yang sukakan lelaki. Sebab method pengawalan nafsunya sama.

Semuanya kembali kepada PILIHAN kita sendiri dan kita mengharapkan Allah menatijahkan TAKDIR yang baik dalam kehidupan kita selepas kita membuat PILIHAN itu.





 





Wednesday 2 May 2012

Antara Nasib, Pilihan & Takdir (Bahagian 1)


Antara nasib, pilihan sendiri atau takdir (qada&qadar) Allah, mana satukah sebenarnya yang mencorakkan naluri kita?. Atau adakah ia gabungan 2 atau lebih elemen-elemen yang membentuk naluri seseorang individu. Isu kecelaruan identiti adalah sesuatu isu yang sensitif dalam masyarakat Melayu dan isu ini juga kurang mendapat perhatian dalam komuniti Islam. Ia adalah isu lapuk sebenarnya tetapi tidak dibincangkan secara serius kerana ia bukanlah sesuatu yang 'normal' dalam masyarakat. Walaupun begitu, sejak akhir-akhir ini, (tahun 90-an dan 2000-an) penyelidik Malaysia sudah mula berani menulis dan mengupas isu ini untuk diterbitkan dalam journal tempatan. Walau pun begitu, penyelidikan berkaitan kecelaruan identiti termasuk dari sudut pisikologi sudah lama dikaji oleh penyelidik barat seawal tahun 60-an sehingga sekarang dan artikel-artikel mereka telah diterbitkan dalam journal antarabangsa.

Salah satu sebab mengapa isu ini kurang dibincangkan adalah kerana naluri songsang dianggap sememangnya dilarang dalam Islam, dianggap  'taboo', menjijikkan dalam adat ketimuran, jijik, memalukan dan seumpamanya. Ditambah pula, apabila isu ini dibawa kepada orang agama, ramai daripada mereka mengambil pendekatan menggunakan bahasa 'menghukum' dan bukannya bahasa 'merawat'. Sedangkan, mereka yang mengadu kepada orang agama lebih mengharapkan bimbingan agama daripada orang yang lebih arif hal-hal agama. Walaupun begitu, stigma orang agama semakin berubah sejak akhir-akhir ini dan sebahagian ustaz mengambil pendirian berhati-hati dalam memberi sesuatu nasihat agar bahasa yang digunakan lebih kepada bahasa 'menasihati' dan memberi alternatif jalan keluar kepada permasalahan ini. Kita sebagai orang Islam tidak sesekali mengiktiraf sebarang kegiatan songsang apatah lagi menyokongnya. Tetapi, kita kena ingat naluri songsang ini ada dalam masyarakat dan kita mesti mengakui kewujudan mereka dalam kehidupan seharian kita. Orang yang mengalami naluri songsang ini ada dimana-mana di seluruh dunia, tidak mengira bangsa, warna kulit, bahasa, budaya, agama, dan keturunan. Kita tidak boleh menutup sebelah mata sahaja kerana golongan ini mungkin sahaja adik beradik kita, saudara-mara kita, anak-anak kita atau kawan-kawan kita. Tanpa kita sedari kita sebenarnya sedang berhubung dengan mereka, makan dengan mereka malah tidur bersama-sama mereka.

Apa sebenarnya yang membuatkan seseorang itu menjadi gay sebenarnya? Apa punca dia menjadi lesbian? Apa penyebab dia melakukan pembedahan jantina?

Soalan-soalan ini sering bermain dalam fikiran kita untuk mencari jawapan sebenar. Kenapa bersungguh-sungguh perlu mencari penyebabnya? Jawapannya, kerana ingin mencari penyelesaiannya. Menyelesaikan masalah perlu berdasarkan punca masalah. Cuba fahami keadaan dan kisah mereka supaya kita benar-benar faham konflik yang sedang meraka hadapi. Pertimbangkan situasi dan keadaan berikut:

1) Halimah atau nama dalam surat beranaknya Halim bin Abu melakukan pembedahan pertukaran jantina di Thailand daripada lelaki kepada perempuan. Menurutnya, sejak dari kecil, dia berperwatakan sebagai seorang perempuan. Dia sangat suka warna pink, selalu berkawan rapat dengan kanak-kanak perempuan dan selalu main masak-masak dengan kanak-kanak perempuan. Tambahan pula, Halim memang dikurniakan bakat memasak dan sering membantu ibunya di dapur.  Ibunya menginginkan anak perempuan kerana 2 orang anak yang dilahirkan sebelumnya adalah lelaki. Ibunya tidak berkata apa-apa sewaktu dia mengenakan lipstik jenama Marbellin dan selalu bermain dengan alat make-up ibunya kerana ibunya menganggap ia adalah perbuatan normal bagi kanak-kanak. Apabila menginjak dewasa dan berjaya memasuki universiti ditambah pula dengan ramai golongan lelaki lembut di universiti, dia mula berani memakai pakaian perempuan bila mana menghadiri kuliah. Halim sering menganggap dirinya sebagai seorang perempuan walaupun pada hakikatnya dia adalah seorang lelaki. Walaupun begitu, Halim menjaga solatnya dengan bersembahyang lima waktu tetapi dengan mengenakan telekung yang dibeli di Jalan Masjid India.

2) Zul dilahirkan dalam keluarga yang agak besar. Namun begitu, dia merasakan sesuatu yang tidak kena pada dirinya sejak dari kecil. Dia perasan dalam dirinya ada sesuatu perasaan yang luar biasa iaitu dia lebih meminati guru-guru lelaki sama ada di sekolah rendah atau menengah. Di rumah pula, jantungnya sering berdebar-debar dan berdegup dengan kencang apabila melihat abang-abangnya tidur hanya dalam keadaan berseluar pendek. Maklumlah, keluarganya besar dan terpaksa berkongsi bilik. Tambah pula, bila musim perayaan, semua pulang ke kampung dan ada adik beradik lain terpaksa beralah untuk tidur di ruang tamu. Zul merasakan suatu perasaan yang amat luar biasa itu hadir sejak dia masih kecil dan kadang-kadang Zul selalu menangis sendirian memikirkan nalurinya yang tidak normal. Zul takut dengan dosa yang lebih besar kerana dia mendapat didikan agama yang kukuh sejak kecil apatah lagi dia merupakan anak harapan keluarganya. Selepas tamat belajar di salah sebuah universiti tika umurnya 23 tahun, Zul merasakan bahawa perubahan nalurinya semakin ketara. Dia merasakan semakin sukar mengawal nafsunya. Berbeza benar kekuatan nafsunya ketika dia di sekolah menengah dengan selepas universiti. Tambah pula, dia menyewa rumah bersama-sama dengan kawan lelakinya di sekitar KL dan bekerja di sebuah firma kewangan. Zul berada dalam dilema antara memikirkan keinginan nafsunya dan ketaatan kepada agama.

3) Iskandar seorang budak yang pintar dan dia berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Dia kemudiannya diterima untuk ke sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Iskandar bukan sahaja terlibat aktif dalam sukan bola sepak dan sering mewakili sekolahnya, dia juga boleh dikatakan mempunyai rupa paras yang hensem atau istilahnya 'jambu'. Oleh itu, seorang senior disekolahnya telah menjadikan dia adik angkat. Iskandar setuju kerana dia adalah anak lelaki tunggal dalam keluarganya dan dia ingin merasakan  bagaimana kasih-sayang seorang abang. Tanpa Iskandar sedari, abang angkatnya mempunyai niat yang buruk padanya. Pada suatu malam, dia diminta untuk ke bilik abang angkatnya dan dia diperlakukan dengan perkara yang tidak elok oleh abang angkatnya. Dia tidak merelakan pada asalnya, tetapi perlakuan tersebut berulang banyak kali dan dia mula ketagih dengan perbuatan tersebut. Bila dia memasuki kolej, barulah dia sedar apa sebenarnya yang telah berlaku dahulu dan pada ketika ini, dia telah terjerumus lebih teruk dalam kelompok tersebut.

4) Asyraf bercinta dengan teman wanitanya sejak 3 tahun yang lalu. Tambahan pula, aweknya itu adalah kenalan satu fakulti ketika dia membuat degree dahulu. Dia mempunyai chemistry yang cukup hebat dengan teman wanitanya kerana dia melakukan banyak usaha untuk mengusha dan memikat wanita tersebut. Asyraf menyangka hubungannya dengan teman wanitanya membawa ke jingjang pelamin, tetapi rupa-rupanya putus ditengah jalan. Wanita itu meninggalkannya tanpa sebab munasabah dan mencari alasan untuk berpisah dengannya. Sejak dari itu asyraf mengalami kemurungan dan selalu menangis sendirian. Dia mencari rakan di laman sosial dan akhirnya dia berchatting dengan seorang lelaki yang sangat memahami masalahnya. Dorongan dan kata semangat rakannya itu memberikan sinar harapan baru dalam hidupnya. Dia merasakan sangat dihargai, dan kehidupannya kembali ceria. Dia mula sedar, bekas teman wanitanya bukanlah segala-galanya, tapi lelaki juga boleh memberikan sinar baru dalam hidupnya. Sejak dari itu dia mula berdemdam dengan wanita dan mula serius dengan lelaki. Padanya, lelaki lebih romantik dan lebih memahami jiwa jantannya. Akhirnya dia menjalinkan perhubungan yang lebih serius dengan seorang lelaki.

.......................bersambung