****** Kesilapan disulami dengan Kekesalan**********
Sejarah hidup
mengajar kita banyak perkara. Sejarah hidup itu adalah satu pengalaman yang
kita rasai dan terokai sendiri. Satu pengalaman yang bersalut pahit dan manis.
Kita akan sentiasa teringat peristiwa pahit atau manis yang berlaku dalam hidup
kita kerana ianya memberi kesan kepada kehidupan kita. Pengalaman tersebut
tersimpan erat dalam benak fikiran kita. Sejarah hidup mengubah kita
segala-galanya. Malah boleh mengubah kita daripada seorang yang periang menjadi
pendiam, seorang ‘malaikat’ menjadi ‘syaitan’, seorang ‘raja’ menjadi hamba
atau sebaliknya.
Setiap orang
pasti pernah melakukan kesilapan. Sama ada kesilapan itu kita sedar atau tidak.
Sama ada kesilapan itu besar atau kecil. Bertitik tolak daripada kesilapan itu,
secara fitrahnya akan muncul satu perasaan rasa bersalah dalam diri. Mungkin
rasa bersalah itu datang sejurus sahaja selepas kita melakukan kesalahan itu.
Mungkin juga ianya datang selepas beberapa hari kita melakukan kesalahan itu,
mungkin juga ianya datang selepas beberapa bulan, hatta mungkin perasaaan bersalah itu datang selepas beberapa
tahun kita melakukan kesalahan tersebut. Semuanya bergantung atas keimanan dan
kepercayaan kita.
Apabila kita
melakukan sesuatu kesalahan, kesilapan atau kemaksiatan, kita rasa perkara itu
perkara biasa. Memang timbul satu kekesalan, tapi kita abaikan rasa kekesalan
itu kerana tidak mahu memikirkan sangat hal sedemikian dan tidak mahu
membebankan kepala otak sendiri. Kita abaikan kesalahan kita untuk ‘menyedapkan’
hati kita. Tanpa kita sedari, kita semakin hanyut ke arah muara sungai
pengderhakaan dan bakal memasuki lautan nafsu yang memungkinkan kita jauh
dengan rahmat pencipta.
***************Penghijrahan
Masa dan Lokaliti**************
Bila kita
tersedar..... kita mula berfikir dan terdetik untuk berubah. Walaupun kita
mengambil pendekatan yang agak drastik untuk berubah dan mengambil beberapa
langkah pencegahan, ianya tidak bertahan lama. Kita kembali kepada gaya hidup
lama. Kita sering tertipu dengan penghijrahan tempat. Kita menyangka bahawa
apabila kita berhijrah ke satu tempat yang lain, kita akan berubah.
Hakikatnya... bila kita berhijrah ke tempat yang baru, kita masih lagi dengan sikap yang lama. Kita masih lagi
melakukan maksiat pada Allah. Mujahadah kita belum cukup kuat, kita kembali
tewas, kembali ditawan oleh hawa nafsu.
Tidak cukup
dengan kita berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain demi sebuah
perubahan, kita juga turut melakukan penghijrahan masa. Kita menganggap kita
telah melakukan tindakan susulan yang efektif dan sistematik untuk berubah. Terlintas
dalam hati kita, sekarang aku berumur 20 tahun. Pada umur aku 23 tahun, aku nak
tinggalkan semua ini. Tetapi, bila umur kita 23 tahun, kita masih lagi tidak
mampu untuk melepaskan diri dari ‘belenggu’ ini.
‘Tak mengapa... kita tewas... bukankah kegagalan itu perkara biasa dalam hidup?’.
Sekali lagi kita memujuk diri. Kali ini kita bertekad pula untuk berubah
ketika umur kita 25 tahun. Lagi sekali, kita gagal dan terkandas dalam ‘belenggu’
yang sama.
Semuanya adalah
satu penipuan terancang ke atas diri sendiri . Yang kita lakukan sebenarnya
bukan penghijrahan masa, tetapi penangguhan masa yang tiada penghujung. Yang
kita lakukan sebenarnya bukan penghijrahan tempat, tetapi lebih kepada merasai
persekitaran yang berbeza dengan sebelumnya. Kita ingin berubah, tetapi
menggunakan acuan yang sama. Gaya dan cara hidup yang sama. Bagaimana kita ingin mendapatkan ais berbentuk silinder
kalau kita masukkan air ke dalam acuan berbentuk piramid?. Kalau kita mengisi
air kedalam satu bekas berbentuk silinder, ais tersebut akan membentuk silinder.
Kalau kita isi air ke dalam sebuah bekas berbentuk piramid, ais yang terbentuk adalah sebuah piramid. Ianya akan mengikut
bentuk bekas, akan mengikut bentuk acuan. Soalnya kita telah menggunakan acuan
yang salah.
**************Tahu
Tidak Mencetuskan Mahu**************
Tahu sahaja tidak berupaya untuk mengubah diri kita daripada jahat kepada baik. Tahu yang tidak mencetuskan ‘mahu’. Lihat sahaja berapa ramai yang mendapat pendidikan agama yang cukup ketika usia keremajaan, tetapi menjadi durjana bila mencapai usia kematangan. Lihat sahaja berapa ramai perempuan yang tidak memakai tudung. Jika ditanya, adakah rambut itu aurat? Dengan tangkasnya mereka bangun berdiri dan melaungkan dengan kuat, ‘Ya.... rambut adalah aurat, dan memakai pakaian yang ketat juga mendedahkan aurat’. Tetapi berapa ramai yang masih tidak bertudung?. Buktinya lagi, bila mereka ke masjid atau mahkamah syariah, atau ada kematian, mereka akan mengenakan tudung. Jika tiada, mereka akan berusaha membelinya. Kita juga tahu melihat aurat orang lain adalah aurat. Tetapi kita masih lagi melihat gambar-gambar atau video-video lucah. Bukankan kita tahu ianya haram?. Jawapannya.... Ya.. ia haram. Tapi tahu itu tidak mampu mengubah diri kita daripada tidak melihatnya. Pokonya, tiada kesedaran walaupun tahu. Tahu yang tidak mencetuskan mahu untuk sebuah kesedaran.
************Belajarlah
daripada PLHIV*************
Mereka adalah
sekelompok manusia daripada golongan kita yang telah diuji dengan satu ujian
hebat. Beruntunglah mereka-mereka yang telah sedar akan hikmat disebalik ujian
yang menimpa mereka. Mereka tiada beza dengan kita... bukankah yang membezakan
antara manusia dengan Allah adalah iman. Pandanglah mereka dengan neraca Allah,
bukan neraca manusia. Belajarlah daripada mereka kerana mereka telah atau
sedang melalui pertarbiyahan rohani yang cukup hebat. Mereka hebat kerana
mereka berjaya dan masih mampu mengharunginya walaupun sukar. Cuba kita
bayangkan dan selami perasaan mereka. Bilamana doktor mengesahkan darah kita
mengandungi virus HIV, badan kita akan rasa seram sejuk. Otak kita bagaiman ‘black-out’.
Kita akan rasa hidup ini tiada erti lagi. Bagi yang belum berkahwin akan
merasai tiada lagi nikmat sebuah perkahwinan. Bagi yang sudah berubah tangga,
akan merasai suatu ‘beban’ yang berat akan ditanggung oleh anak atau isterinya.
Kita akan merasai seoalah-olah tiada lagi ‘nikmat hidup’. Kita tidak diuji
dengan penyakit ini, tetapi kita hanya mampu membayangkan. Membayangkan sahaja
sudah cukup menyeramkan... apatah lagi merasainya sendiri.....
Kita hanya akan
berubah apabila kita mendapat satu tekanan yang hebat. Tekanan yang boleh
mencelarukan pemikiran dan stress kita. Tetapi, semuanya bergantung pada
kesedaran kita. Mengapa mereka boleh berubah dan ianya mengubah 360 darjah
kehidupan mereka? Ianya megubah persepsi masyarakat kepada mereka dan persepsi
mereka terhadap masyarakat. Ianya mengubah cara kita menghayati agama. Ianya
mengubah cara kita bersosial. Ianya mengubah sepenuhnya cara kita melayan diri.
Semuanya berubah. Ya.. kerana telah timbul satu kesedaran yang benar dan
sungguh-sunguh dalam diri mereka. Kita semua ingin berubah dengan mengharapkan
satu lonjakan kepada perubahan itu. Tetapi bukan mendoakan kita mendapat ujian
itu. Ujian yang mencetuskan aura berubah itu bukan hanya dicetuskan dengan
ujian penyakit ini, tetapi ianya boleh didatangkan oleh Allah melalui pelbagai
cara. Kita mesti memandangnya dengan pelbagai cara dan mengubah cara kita
berfikir. Bukan lagi vertical thinking tapi lateral thinking dengan
mengaplikasikan konsep berfikir Dr. Edward De Bono. Perubahan sebenar yang
tercetus adalah datangnya dari dalam diri kita sendiri. Adapaun benar,
persekitaran dan masa mempengaruhi perubahan itu, komponen utama adalah
perubahan diri sendiri, kuasa minda dan cara kita berfikir.
Belajarlah
daripada PLHIV...................
Agak
membimbangkan bila mana membaca artikel bertajuk "Impact of age at marriage and migration on HIV and AIDS epidemics in Japan" . Walupun ianya
berlaku di Jepun, tetapi ambillah ibrah daripada penyelidikan di sana. Ianya
satu signal bagi mereka yang berfikir. Kes PLHIV dan HIV meningkat saban tahun
dan ianya banyak disumbangkan oleh mereka yang melakukan seks sesama jenis.
Pada tahun 2007, terdapat 33.2 juta orang yang hidup bersama dengan HIV. Setiap
hari lebih daripada 6800 orang dijangkiti virus ini. Mungkin article ini tidak
dapat diakses oleh semua orang kerana ianya bahan akademik (mesti langgan
dahulu). Cuba download dulu menggunakan link dibawah.
Siapa yang tak dapat akses ke artikel asal boleh bagi email. Tak tahu macam mana nak attachkan artikel ke post ni.
ReplyDeleteSeronoK baca entri ini
ReplyDelete