Jam di dinding menunjukkan tepat Jam 12.00 tengah malam. Aku mula menguap tetapi tidak mahu tidur dahulu sebelum aku membuka email. Mana tahu ada email baru yang masuk tambah lagi email-email itu berbentuk akademik dan perlu diambil tindakan segera. Kalau email itu datangnya daripada publisher journal, mesti diambil perhatian sebab email ini memerlukan kita menyiapkan journal yang telah direview dan pembetulannya mesti dihantar mengikut due date. Lega..... tak de pulak email daripada publisher journal. Mungkin kertas penyelidikan yang dihantar pada minggu lepas tiada kesalahan kot. Hati mula menduga.
Suasana malam itu cukup sepi. Sesekali terdengar salakan anjing liar yang menumpang berteduh di bawah apartment. Aku terus tekan butang 'log in' untuk yahoo messenger. Tengok-tengok kalau ada kawan yang belum tidur dan bolehlah 'kacau' mereka. Ding!!!!!........Ding!!!!!........Ding!!!!!..........Tiba-tiba aku disapa oleh seorang kenalan yang sekarang bekerja nun jauh di sana, Borneo. Aku kenal dengan dia pun sebenarnya masih baru. Tapi aku lebih selesa berchatting dengan dia. Tak tahu kenapa, tapi bila aku tengok raut wajahnya, aku dapat merasakan dia budak baik. Aku agak susah untuk berchatting dengan seseorang melainkan aku kenal siapa dia. Tapi, dia agak berbeza bagi aku....... tak tahu kenapa.
Aku tidak kekok dan keberatan berkongsi masalah dengan dia kerana dia juga mengalami nasib yang sama dengan aku. Tiada jodoh dan ditinggalkan oleh orang yang kita suka dan kita sayang.......ermmmm........ Ketika kami mendapat ujian itu, kami saling sokong menyokong dan memberi nasihat antara satu sama lain. Terus terang aku katakan, dia sama 'orang macam kita'. Ditinggalkan oleh seorang insan bernama wanita disaat hampir dengan sebuah perkahwinan menjadikannya seorang yang mula 'tidak selesa' dengan wanita, lantas mencari lelaki yang lebih memahami hati lelaki. Pada aku, dia juga seorang yang tidak lupakan agama. Mengimbas kembali waktu dahulu, perbualan kami sering tertumpu kepada keberkatan hidup, zakat, keluarga dan lain-lain. Azli bukan sahaja seorang yang menghormati kedua-dua orang tuanya, malah dia seorang yang mudah lembut hati. Bahkan tidak keterlaluan kalau aku katakan dia 'mudah cair' dengan pujukan orang. Suatu ketika dulu juga, dia bersekolah di sekolah agama dan hafaz banyak juga ayat-ayat Al-Quran. Tapi semenjak dia mengikut keluarganya berpindah ke negeri lain, dia memasuki sekolah biasa. Itu antara perkara yang terlintas dalam ingatan aku ketika berchatting dengannya suatu ketika dahulu.
Aku tidak kekok dan keberatan berkongsi masalah dengan dia kerana dia juga mengalami nasib yang sama dengan aku. Tiada jodoh dan ditinggalkan oleh orang yang kita suka dan kita sayang.......ermmmm........ Ketika kami mendapat ujian itu, kami saling sokong menyokong dan memberi nasihat antara satu sama lain. Terus terang aku katakan, dia sama 'orang macam kita'. Ditinggalkan oleh seorang insan bernama wanita disaat hampir dengan sebuah perkahwinan menjadikannya seorang yang mula 'tidak selesa' dengan wanita, lantas mencari lelaki yang lebih memahami hati lelaki. Pada aku, dia juga seorang yang tidak lupakan agama. Mengimbas kembali waktu dahulu, perbualan kami sering tertumpu kepada keberkatan hidup, zakat, keluarga dan lain-lain. Azli bukan sahaja seorang yang menghormati kedua-dua orang tuanya, malah dia seorang yang mudah lembut hati. Bahkan tidak keterlaluan kalau aku katakan dia 'mudah cair' dengan pujukan orang. Suatu ketika dulu juga, dia bersekolah di sekolah agama dan hafaz banyak juga ayat-ayat Al-Quran. Tapi semenjak dia mengikut keluarganya berpindah ke negeri lain, dia memasuki sekolah biasa. Itu antara perkara yang terlintas dalam ingatan aku ketika berchatting dengannya suatu ketika dahulu.
Seketika kemudian dia menghantar mesej yahaoo messenger kepada aku
"View my webcam" dan lantas aku menekan butang OK
Dengan longgokan tisu yang banyak dan berselerak sekitar komputernya, dia membalas
"Kimi.... tolong Azli........", Air matanya bercucuran berkecai bagaikan kaca terhempas ke batu.
Aku menjadi panik dan bertanya dengan nada memujuk...."Alah.... nape nangis ni ?"
Sambil mengesat air mata bercucuran di pipinya, dia mengatakan bahawa hatinya sedih, takut dan tak tenang. Aku cuba menenangkannya dengan menyuruh dia tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan. Basuh muka supaya nampak segar.
"Aku dipaksa oleh seseorang untuk kahwin dengan dia", Mata Azli kelihatan merah dan sebak.
"Eh... kenapa pula nak kena sedih... Kan nak kahwin, OK la tu.... tak mo sedih-sedih", Aku mula menukar nada ayat kepada gurauan dengan harapan untuk mengembirakan hatinya yang sedang bersedih itu.
"Tapi, yang melamarnya adalah lelaki", Dia membalas dan diraut wajahnya penuh sugul.
Hati aku bagaikan tersentap dan aku beristigfar panjang...... Terasa tak percaya dengan apa yang diberitahu oleh sahabatku. Azli menceritakan kembali bagaimana dia dilamar oleh lelaki tersebut. Dia tidak mengenali lelaki itu sebenarnya. Tetapi, lelaki itu mengenalinya selepas Azli menambah lelaki tersebut sebagai "'list friends'nya. Lelaki tersebut sering menghubunginya melalui telefon dan Azli bingung dari manakah lelaki itu mendapat nombor telefonnya sedangkan dia tidak pernah memberinya kepada lelaki tersebut. Tambah Azli lagi, lelaki itu adalah seorang yang berbangsa Cina dan dia mempunyai kerjaya dengan gaji lebih daripada 10k sebulan. Malah dia pernah bertanya kepada Azli no akaun bank Azli supaya dia boleh memindahkan sebahagian wang kepada akaun Azli, tetapi Azli tidak melayannya.
Aku mula menyusun kembali kata-kataku untuk mencari alternatif kepada masalah yang dihadapi oleh sahabatku. Lantas aku membalas ym tersebut.
"Jangan dilayan sangat dia tu. Lepas ni kalau dia ym dengan kau, jangan layan". Pintaku.
"Yup... aku memang offkan ym bila dia 'on'. Tapi masalahnya, dia akan telefon aku bertalu-talu. Kadang-kadang hantar sms lucah. Hantar gambar lucah. Aku tak selesa la. Dia selalu kacau aku. Dia tu macam gila seks........", rungut Azli.
Aku menjadi buntu semula.
"Bagaimana kalau kita lapor polis", Cadangku.
"Jangan!!!!!!.........Dia tu orang berkuasa dan berpengaruh. Ada duit banyak, dia boleh buat apa sahaja. Dia pun dah bagi warning . Dia akan ganggu keluarga Azli", Balas Azli dengan nada risau.
" Dia nak Azli kahwin dengan dia dan bawa Azli menetap di China", Azli berterus-terang.
"Jangan!!!!!!!!!!!!!!.........Azli, fikir tentang masa depan Azli. Fikir tentang keluarga Azli," Aku memujuk untuk menyedarkannya.
"Tapi, aku tiada pilihan", Dia membentak.
"Tak, masih ada pilihan yang jauh lebih baik. Pilihan kau bukan pilihan terbaik", Aku membalas.
Aku cuba menyedarkannya bahawa dia masih ada banyak pilihan. Tidak perlu untuk berkorban sedemikian rupa. Jangan menghancurkan hidup sendiri.
"Kenapa Azli diuji dengan ujian ini?", Soal Azli
"Bersabarlah dan banyakkan doa. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya", aku membalas.
"Azli banyak dosa. Sebab tu kena uji macam ni", Dia berkeras dengan kata-katanya.
"Jangan fikir macam tu. Sebanyak mana pun dosa kita, Allah tetap mengampunkannya kalau kita istiqamah meminta dari-Nya. Jangan putus asa berdoa dan mengharap. Bukankah doa senjata orang mukmin. Aku mula mengingatkannya kisah si pelacur dan kisah pembunuh yang telah membunuh 100 orang di mana kedua-dua mereka masuk ke syurga. Tetapi Azli perlu berniat dan bertekad untuk berubah", Nasihat aku.
"Ingat lagi tak budak Johor yang Azli cakap sebelum ini...... yang mula jadi bf Azli bulan 1 yang lepas? ", tanya Azli.
"Ye.. ingat. Kenapa", Aku bertanya kembali.
"Dia dah putuskan hubungan dengan Azli. Dia dah ada orang lain. ", Azli berterus terang dengan nada kecewa.
Sekali lagi air matanya jatuh bercucuran bagaikan hujan lebat di musim tengkujuh. Aku tahu dengan perhubungan songsang inilah Azli menjadi lebih hanyut dengan dunia songsang. Azli pernah memberitahu aku bahawa dia pernah beronani di depan cam dengan budak Johor tersebut. Aku sekadar menasihatnya dengan nada mengugut jika dia masih mengulang perbuatan itu lagi, aku rasa nak putuskan hubungan sebagai seorang sahabat dengannya. Dia mula bimbang dan berjanji tidak akan buat lagi perkara tu. Aku terima janji Azli. Tapi aku tak tahu sama ada dia masih melakukan onani di depan cam lagi atau tidak. Hanya Allah yang mengetahui.
"Lepas ni jangan lagi mudah-mudah webcam atau melayan semua orang. Tengok... kan dah susah", aku memperlinya.Aku memperlinay atas dasar aku sangat sayangkan sahabat aku ini dan tidak mahu dia terus hanyut. Bak kata orang perli-perli sayang....
"Ye........", Jawap Azli ringkas. Mungkin dia rasa bersalah dengan tindakannya.
Ting!!!!........Ting!!........
Dua kali jam di dinding berbunyi yang menandakan tepat pukul 2.00 pagi.
Kelihatan Azli mulai tenang. Diwajahnya mula terukir dengan senyuman. Aku tidak pasti senyuman itu sekadar untuk menyedapkan mata aku melihatnya atau dalam hatinya penuh rasa gelora.
Perbualan kami terhenti di situ apabila Azli meminta untuk menamatkan masa chatting kerana dia mula rasa mengantuk.
Aku tidak mengharapkan apa-apa pada malam itu.
Cuma satu yang aku harapkan daripada Engkau ya Allah...
Jangan dipadamkan cahaya itu.
Cahaya iman yang telah berputik dalam dirinya.
Cahaya iman yang telah berputik dalam dirinya.
Catatan dari sebuah pengalaman................
orang cina rupanya.. so, aku xlah terkejut sgt klu dia dilamar lelaki cina... so, ko mengaku yg ko ni plu kat dia?
ReplyDeletepasal bf dr johor tu.. aku x tahu lah kisah disebaliknya.. tapi aku rasa Azli tu x kenal sgt pun budak Johor tu.. baru je kenal dah nak declare jd partner.. for me, orang PLU ni kesunyian, tu pasal lah mcm 'terdesak' sgt nak ada partner.. last2, bila dah lama jd partner, hati mula rasa yg mereka xleh nak brsama... then, mula lah org kata cinta PLU ni x setia..
aku pelik lah org cina tu.. aku rasa Azli x slalu jumpa dgn dia.. masing2 x kenal sgt pun, tp knp pula nak desak brkahwin?
Aku pernah berbincang dengan dia pasal kecelaruan identiti ni dan dia tahu aku suka lelaki dan perempuan.
DeleteSebenarnya, yang aku nak tekankan adalah pengajaran daripada kisah tu. Walaunpun aku ada edit sedikit cerita itu supaya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, dia punya jalan cerita masih sma dan isi utamanya tidak berubah.
Walaupun seseorang itu mendapat didikan agama yang cukup sewaktu kecil, ia bukan tiket dia menjadi baik selama-lamanya sepanjang hidup. Ada kalanya dia akan tersesat kalau hidup tidak dipandu oleh iman. Kita bersyukur sebab dari kecil kita mungkin dah solat, dah tahu baca Al-Quran, tapi kita tak tahu suatu hari nanti kita masih kekal 'baik' atau tidak.
Cahaya iman itulah kita kena jaga supaya tidak padam. Tapi orang yang ada ilmu agama yang dituntut ketika masih kanak-kanak adalah beruntung. Sekurang-kurangnya, suatu hari nanti apabila diatelah tersesat dan insaf, dia 'tidak sukar' untuk kembali semula ke jalan yang benar.
Cinta dibina atas perasaan saling kenal-mengenal dan saling faham memahami. Bila kita terpandang seseorang yang hemsem dan dia adalah 'taste' kita, nak tak nak akan ada satu perasaan ingin memiliki dia. Perasaan sama juga datang kepada mereka yang 'lurus' dimana mereka juga akan mudah terangsang dengan wanita yang cantik. Persoalannya bukan naluri pelik yang kita alami, tapi macam mana nak mengawal dan mengurus naluri itu.
Kimi, sampaika salam akak pada Azli...InsyaAllah cahaya tu akan kekal di hati Azli, sama2 kita doakan.
ReplyDelete