Seriuskah masalah mereka yang menghadapi krisis identiti ini? Satu persoalan yang kecil dan ringkas, tetapi sangat significant. Ianya sangat berkaitan dengan kebahagian hidup tambah-tambah lagi kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Mereka yang menghadapi krisis kekeliruan identiti ini sebenarnya hidup tertekan kerana gelora nafsu mereka sentiasa berperang dengan realiti fitrah kejadian dirinya.Setelah membaca majalah ANIS (edisi 175, March 2012), tergerak rasa hati untuk sedikit sebanyak memberi respon kepada columnis yang mengutarakan permasalahan ini. Mereka yang diserang dengan virus identiti ini sebenarnya sangat terjejas dan menerima impak negatif yang boleh melumpuhkan kegiatan atau aktiviti sehariannya. Memang tidak nampak kesannya, tapi kesannya ada dan berbekas. Individu ini mengalami gangguan dari segi mental dan rohani menyebabkan produktiviti kerja menurun. Nampak luaran tiada cacat celanya, tapi dalaman sedang sakit. Tidak dinafikan, golongan ini sebahagiannya mempunyai didikan agama malah cukup kuat beramal dengan ajaran Islam.Ya...... memang benar. Orang lain tidak boleh memahami dan merasai apa yang mereka alami. Mungkin betul pandangan yang menyatakan bahawa hanya rakan-rakan yang senasib mereka sahaja yang mampu memberi nasihat dan pandangan kerana mereka memahami antara satu sama lain . Sebab itulah juga golongan ini lebih senang berkawan dan mencari kawan yang senasib dengan mereka. Tetapi, perlu diingatkan bahawa pandangan dan nasihat mereka berlu berlandaskan sebagaimana nasihat yang dianjurkan oleh agama, bukan menurut hawa nafsu mereka.Mereka yang mengalami krisis kekeliruan identiti ini sebenarnya boleh dikategorikan kepada dua golongan. Pertama golongan yang terjejas dalaman dan luaran. Golongan kedua, golongan yang hanya berubah dari segi dalaman sahaja, tetapi luaran tetap sama. Golangan yang pertama lebih mudah dikenali dan dikesan dalam masyrakat kerana mereka menzahirkan keadaan dan rupa sebenar di tengah-tengah masyarakat. Mengikut aduan penanya soalan tersebut bahawa adiknya seorang lelaki, tetapi memakai pakaian wanita sehinggakan solat juga memakai telekung. Ini sebenarnya krisis identiti kumpulan pertama yang telah mencapai ke tahap serius. Dia tidak lagi boleh membezakan dan menerima dirinya seorang lelaki. Takut juga jika dibiarkan lebih jauh ia boleh membawa kepada perkara yang lebih buruk seperti pembedahan jantina dan sebagainya (mohon dijauhkan).Oleh itu, bila melihat perwatakan anak yang berubah daripada sepatutnya apa dia jadi, ibu-bapa perlu memainkan peranan yang betul dalam memimbing dan mendidik anak tersebut. Berilah didikan agama yang cukup. Jika sekiranya mereka terbabas dari lebuhraya iman, mereka mesti akan menjumpai semula jalan pulang. Hanya satu tunjuk arah manual yang boleh menyelamatkan mereka daripada terus sesat iaitu Al-Quran.
Sunday, 18 March 2012
Wednesday, 7 March 2012
Dia Bukan Untukku
Setiap orang mengimpikan kebahagian dalam hidup. Setiap manusia ingin hidup berpasangan seupaya dapat dijadikan teman dan berkongsi keceriaan. Cinta kadang-kadang berputik tanpa kita sedari. Sedar-sedar kita mempunyai perasaan sayang kepada seseorang individu. Dalam masa yang sama, cinta itu hadir, dan kita mula bermain-main dengan perasaan, melayan lamunan dan angan-angan. Kisah ini aku alami di tahun pertama pengajian masterku di salah sebuah IPTA di Malaysia.Aku: Awak boleh tolong saya tak?
Dia : Tolong apa? Kalau berkaitan bidang saya boleh saya tolong.
Aku: Ni ha... boleh editkan peta untuk dimasukkan ke dalam satu journal tak?
Dia: Ooooooh... boleh. Bila nak?
Aku: minggu depan boleh?
Dia: Boleh.. aku cuba. Dah siap aku email kat ko.Tanpa sedar, bibit-bibit perkenalan antara aku dan dia mencadi semakin rapat. Sebenarnya aku dah kenal dia sejak dari 4 tahun yang lalu, sejak kita orang buat degree lagi. Tapi, aku jarang bercakap dengan dia sebab dalam banyak-banyak lab dan group assingment, aku jarang dapat berada dalam satu group dengan dia. Aku dan dia mula menjadi rapat bila kami menyambung pengajian peringkat master. Tambahan pula, aku dan dia di bawah supervisor yang sama. Aku baru terasa satu perasaan yang lain bila aku berkenalan dengan dia. Rasa bodoh kerana tak berdindak dari dulu (ushar dia sejak semester 1 degree). Dah last-last minit, baru terhegeh-hegeh usha dia. Ummmmm....
Dalam masa yang sama, aku selalu mencari peluang untuk menerangkan isi hati. Bila ada peluang bercakap dengan dia, lidah menjadi kelu bila berhasrat nak beritahu isi hati. Terus, menukar topik perbualan kepada benda yang lain. Bukan apa, rasa malu nak bercakap macam tu je. Ya..lah, dia merupakan soarang wanita bertudung labuh, pakai stoking, dan berbaju kancing di lengan. Kata orang "wanita muslimah". Aku pulak, tak pernah keluar berdua-duaan dengan perempuan. Bukan tak mahu keluar, tapi hal-hal perhubungan lelaki dan perempuan ni sangat-sangat aku titik beratkan. Takut timbul fitnah atau cerita-cerita tak elok. Sebab, dalamfikiran kita ni selalu memikirkan apa yang orang di sekitar fikir tentang kita. Boleh dikatakan dia antara wanita yang aku suka dan jatuh hati. Betul, dia mempunyai rupa paras yang agak cantik, tetapi itu bukan sebab utama aku pilih dia. Sebab utama adalah kerana penampilan dan perwatakan dia. Aku ni susah nak jatuh hati pada wanita, dan kalau aku dah suka, memang susah nak lupa pada seseorang. Disebabkan beberapa misi percubaan untuk menerangkan isi hati gagal, aku menghantar satu email lamaran. Aku tak tahu sama ada dia sudah mempunyai seseorang dihatinya atau sudah bertunang. Oleh itu aku menyatakan hasrat hatiku dan menerima apa sahaja keputusannya oleh kerana aku tidak mengetahui status dirinya yang sebenar. Apa pun yang berlaku selepas itu, aku menyatakan kepadanya aku terima dan kita kekal berkawan. Selepas beberapa hari kemudian, dia membalas email tersebut dan menyatakan dia sudah mempunyai seseorang. Pada ketika itu, hati aku luruh dan mula rasa menyesal kerana lambat bertindak. Aku terima qada dan qadarnya. Dia seorang yang baik dan aku terlepas seorang wanita yang baik (pada pandangan aku). Sambil berduka terus aku membelek sebuah mushaf Al-Quran. Aku membuka Surah An-Nur dan pembacaanku terhenti pada ayat ke-26. Sambil aku meneliti terjemahan ayat tersebut, air mata jatuh bercucuran mengenangkan amalan yang aku lakukan. Aku mulai sedar, jodoh aku mungkin bukan dengan dia. Aku bukan lelaki yang baik. Mungkin Allah nak pelihara dia dan berikan dia seorang lelaki yang lebih baik daripada aku. Aku mula menjadi takut sebab takut mendapat jodoh seorang perempuan yang keji. Aku beristirfar dan mohon agar Allah ampunkan dosa-dosa aku yang lalu.Selang beberapa ketika, dia bertunang dengan lelaki tersebut. Beberapa bulan kemudian, lelaki bertuah tersebut melangsungkan perkahwinan dengan si dia. Aku menerima kad jemputan daripadanya dan menyatakan "Insya-Allah" akan hadir sambil aku titipkan juga doa untuk pengantin "Barokallah....." dalam facebook. Tapi, aku tak dapat datang disebabkan pertamanya mempunyai masalah kekangan kewangan kerana dia melangsungkan perkahwinan jauh daripada tempat kami belajar. Keduanya aku rasa berat untuk dan "rasa tak sanggup" nak melihat melihat mereka di atas pelamin. Walau apa pun aku mengucapkan tahniah kepada mereka dan mudah-mudahan mereka bercinta sampai ke syurga. Amin. Kadang-kadang, apa yang kita impikan bukan semuanya kita dapat. Kadang-kadang, apa yang kita minta bukan sentiasa diberi sekelip mata. Ada kalanya kita minta perkara lain, Allah beri perkara yang lain. Ada kalanya kita minta agar ditunaikan sekarang, tetapi Allah tunaikan 10 tahun akan datang. Sentiasalah minta dengan Allah tanpa jemu, mudah-mudahan suatu hari nanti Allah makbul dan perkenankan doa kita. Aku mula mengubah diri dan ingin menjadi baik. Tetapi nak jadi baik bukan mudah. Jalan mujahadah nafsu penuh berliku dan berduri . Seringkali dalam perjalanan, kaki tercucuk "duri" dan "dawai kawad besi yang tajam" dan menyebabkan perjalanan terhenti dan motivasi menurun. Hanya solat dan puasa sunat yang menjadi terapi diri untuk bertahan. Nak bermujahadah menjadi baik memerlukan masa bertahun-tahun, tapi nak jadi jahat, sekelip mata je. Akal fikiran mula terfikir, bagaimana kita ingin mengimpikan wanita yang baik, kalau kita sendiri "jahat"?. Bagaimana kita menilai seseorang wanita itu "buruk" sedangkan kita menilai hanya dari luaran?. Bagaimana kita tahu kita "baik" pada mata kaca kita, bagaimana pula akhlak kita pada pandangan Allah?. Aku mula sedar sudah tiba masanya aku mengemudi bahtera kehidupan ini dengan berpandukan kompas iman, bukan nafsu. Tetapi, aku sangat memerlukan sedikit kekuatan daripada-Mu ya Allah. Aku sedar tahap indeks prestasi akhlakku ya Allah. Rasa malu dan menyesal menyelubungi diri kalau-kalau aku "dijemput" secara mengejut menemui-Mu. "Dia Bukan Untukku", itulah qada dan qadar Engkau.
Friday, 2 March 2012
Jangan Dihina Kami
Kisah golongan gay / lelaki songsang ini sebenarnaya telah lama wujud. Malah penyakit atau gejala ini telah mujud sejak zaman Nabi Luth a.s lagi. Mungkin juga gejala ini telah bermula sebelum zaman Nabi Luth dan mungkin juga sudah ada ketika zaman Nabi Adam a.s. Mungkin juga ianya telah wujud semasa zaman sebelum kewujudan adam (Adam sebelum Adam a.s). Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Mempunyai nafsu songsang dan melakukan seks songsang adalah dua perkara yang berbeza. Seseorang yang mempunyai naluri suka kepada sesama jantina, tidak semestinya dia telah berzina sejenis atau telah melakukan perbuatan yang terkutuk atau dilarang agama. Ramai lelaki di luar sana yang luarannya nampak seperti lelaki sejati, tetapi didalamnya hanya Allah sahaja yang tahu. Mereka bukan golongan liar, bahkan mereka adalah antara individu yang sangat menjaga solat dan sangat menghormati kedua orang tua mereka.
Percayalah bahawa mereka tidak minta dilahirkan sedemikian rupa bahkan mereka ingin sekali lari dari gelora nafsu songsang mereka. Tetapi, mereka terperangkap oleh gelora nafsu songsang yang menguasai diri. Namun begitu, benih iman di dalam diri mereka masih subur, cuma mengalami kerosakan. Mereka amat arif sekali tentang hukum perlunya mandi wajib apabila berhadas besar. Pendek kata, pengetahuan Islam dalam diri mereka adalah tinggi.
Mereka bukanlah seperti golongan sejenis yang telah tersesat dari landasan muslim. Mereka melakukan amal makruf nahi mungkar, cuma mereka tewas dengan naluri nafsu songsang mereka. Tifak dinafikan ada di kalangan mereka yang telah tersesat sehingga terlibat dalam seks sejenis. Namun ketahulah juga di sana ada sekelompok manusia yang hanya mencari kasih sayang sebenar antara sesama jantina mereka mungkin kerana mereka merasakan golongan ini lebih dipercayai dan berasa selamat.
Rajah dibawah mungkin boleh digunakan untuk memahami kelompok mereka ini. Tujuannya bukan untuk menghina sebahagian mereka, cuma sebagai satu panduan agar kita tidak memukul rata semuanya tanpa melihat dan mengkaji mengapa mereka berada dalam kumpulan ini. Ingantlah bahawa penykit yang menimpa mereka adalah satu ujian dan musibah. Memang benar, menjadi baik atau jahat itu adalah pilihan individu. Ia bukan qada dan qadak Allah. Mana mungkin Allah menetapkan seseorang itu menjadi jahat sebab Allah bukannya zalim. Lagipun Allah telah berfirman bahawa seseorang anak itu putih bersih apabila dilahirnakan. Ia menjadi menjadi Islam, Yahudi atau Majusi atas bagaimana ianya dididik oleh ibu-bapanya.Seseorang yang mempunyai naluri sukakan lelaki tidak semestinya dia seorang gay atau pondan. Tetapi, seseorang pondan boleh jadi seorang gay atau mungkin juga tidak. Ingatlah bahawa kita tidak boleh membenci golongan atau batang tubuh mereka, tetapi kita membenci sikap, perangai dan gaya hidup mereka. Sekiranya mereka telah kembali ke pangkal jalan, kita mesti memberi sokongan dan dorongan kepada mereka. Ada juga sebilangan daripada mereka (gay/ biseksual) yang telah kembali ke pangkal jalan disebabkan oleh ujian HIV oleh Allah. Kita mesti menerima mereka kerana mereka telah bertaubat dan taubat mereka mungkin telah diterima oleh Allah kerana taubat itu adalah taubat nasuha dan ianya datang daripada rasa keinsafan yang sangat ikhlas kepada Allah. Taubat itu dilakukan dengan pengharapan dan permohonan yang benar-benar luhur dari hati mereka secara sungguh-sungguh. Nah! mungkin sahaja taubat mereka jauh lebih hebat daripada taubat seorang imam atau ustaz di masjid.
Mereka ini adalah golongan yang sedang mencari kekuatan diri di tengah-tengah masyarakat. Mereka memerlukan sokongan dan semangat daripada komuniti setempat. Ramai dari kalangan mereka tidak menonjolkan diri secara terbuka dan tidak sesekali mengaku mereka adalah sedemikian rupa. Mereka bukan hipokrit tentang naluri mereka tetapi mereka merasakan naluri itu tidak baik dan itu adalah keaiban buat dirinya. Oleh kerana status dan kedudukan dalam masyarakat juga, mereka menyembunyikan identiti diri sebenar kerana mungkin sahaja mereka ini adalah pemimpin masyarakat, seorang ustaz mungkin, seorang profesor, seorang guru, atau apa sahaja pekerjaan yang mereka lakukan.
Akhirnya, mereka yang mempunyai niat murni untuk mengislahkan golongan ini haruslah mengambil pendekatan untuk tidak memukul rata golongan ini. Bukan bermaksud kita berlembut kepada pelaku maksiat, tetapi mereka ini adalah dalam kategori yang berbeza-beza. Oleh utu, pendekatan juga haruslah berbeza-beza sesuai dengan kondisi mereka. Bawalah mereka ke pangkal jalan dengan memandang keji amalan maksiat mereka, tetapi sayangilah batang tubuh mereka sebagai ahli keluarga kita kerana tubuh badan adalah hak Allah. Jika kita menghina batang tubuh mereka, bermakna kita juga menghina ciptaan Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)