Friday, 2 March 2012

Jangan Dihina Kami


Kisah golongan gay / lelaki songsang ini sebenarnaya telah lama wujud. Malah penyakit atau gejala ini telah mujud sejak zaman Nabi Luth a.s lagi. Mungkin juga gejala ini telah bermula sebelum zaman Nabi Luth dan mungkin juga sudah ada ketika zaman Nabi Adam a.s. Mungkin juga ianya telah wujud semasa zaman sebelum kewujudan adam (Adam sebelum Adam a.s). Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Mempunyai nafsu songsang dan melakukan seks songsang adalah dua perkara yang berbeza. Seseorang yang mempunyai naluri suka kepada sesama jantina, tidak semestinya dia telah berzina sejenis atau telah melakukan perbuatan yang terkutuk atau dilarang agama. Ramai lelaki di luar sana yang luarannya nampak seperti lelaki sejati, tetapi didalamnya hanya Allah sahaja yang tahu. Mereka bukan golongan liar, bahkan mereka adalah antara individu yang sangat menjaga solat dan sangat menghormati kedua orang tua mereka.
Percayalah bahawa mereka tidak minta dilahirkan sedemikian rupa bahkan mereka ingin sekali lari dari gelora nafsu songsang mereka. Tetapi, mereka terperangkap oleh gelora nafsu songsang yang menguasai diri. Namun begitu, benih iman di dalam diri mereka masih subur, cuma mengalami kerosakan. Mereka amat arif sekali tentang hukum perlunya mandi wajib apabila berhadas besar. Pendek kata, pengetahuan Islam dalam diri mereka adalah tinggi.
Mereka bukanlah seperti golongan sejenis yang telah tersesat dari landasan muslim. Mereka melakukan amal makruf nahi mungkar, cuma mereka tewas dengan naluri nafsu songsang mereka. Tifak dinafikan ada di kalangan mereka yang telah tersesat sehingga terlibat dalam seks sejenis. Namun ketahulah juga di sana ada sekelompok manusia yang hanya mencari kasih sayang sebenar antara sesama jantina mereka mungkin kerana mereka merasakan golongan ini lebih dipercayai dan berasa selamat.
Rajah dibawah mungkin boleh digunakan untuk memahami kelompok mereka ini. Tujuannya bukan untuk menghina sebahagian mereka, cuma sebagai satu panduan agar kita tidak memukul rata semuanya tanpa melihat dan mengkaji mengapa mereka berada dalam kumpulan ini. Ingantlah bahawa penykit yang menimpa mereka adalah satu ujian dan musibah. Memang benar, menjadi baik atau jahat itu adalah pilihan individu. Ia bukan qada dan qadak Allah. Mana mungkin Allah menetapkan seseorang itu menjadi jahat sebab Allah bukannya zalim. Lagipun Allah telah berfirman bahawa seseorang anak itu putih bersih apabila dilahirnakan. Ia menjadi menjadi Islam, Yahudi atau Majusi atas bagaimana ianya dididik oleh ibu-bapanya.
Seseorang yang mempunyai naluri sukakan lelaki tidak semestinya dia seorang gay atau pondan. Tetapi, seseorang pondan boleh jadi seorang gay atau mungkin juga tidak. Ingatlah bahawa kita tidak boleh membenci golongan atau batang tubuh mereka, tetapi kita membenci sikap, perangai dan gaya hidup mereka. Sekiranya mereka telah kembali ke pangkal jalan, kita mesti memberi sokongan dan dorongan kepada mereka. Ada juga sebilangan daripada mereka (gay/ biseksual) yang telah kembali ke pangkal jalan disebabkan oleh ujian HIV oleh Allah. Kita mesti menerima mereka kerana mereka telah bertaubat dan taubat mereka mungkin telah diterima oleh Allah kerana taubat itu adalah taubat nasuha dan ianya datang daripada rasa keinsafan yang sangat ikhlas kepada Allah. Taubat itu dilakukan dengan pengharapan dan permohonan yang benar-benar luhur dari hati mereka secara sungguh-sungguh. Nah! mungkin sahaja taubat mereka jauh lebih hebat daripada taubat seorang imam atau ustaz di masjid.
Mereka ini adalah golongan yang sedang mencari kekuatan diri di tengah-tengah masyarakat. Mereka memerlukan sokongan dan semangat daripada komuniti setempat. Ramai dari kalangan mereka tidak menonjolkan diri secara terbuka dan tidak sesekali mengaku mereka adalah sedemikian rupa. Mereka bukan hipokrit tentang naluri mereka tetapi mereka merasakan naluri itu tidak baik dan itu adalah keaiban buat dirinya. Oleh kerana status dan kedudukan dalam masyarakat juga, mereka menyembunyikan identiti diri sebenar kerana mungkin sahaja mereka ini adalah pemimpin masyarakat, seorang ustaz mungkin, seorang profesor, seorang guru, atau apa sahaja pekerjaan yang mereka lakukan.
Akhirnya, mereka yang mempunyai niat murni untuk mengislahkan golongan ini haruslah mengambil pendekatan untuk tidak memukul rata golongan ini. Bukan bermaksud kita berlembut kepada pelaku maksiat, tetapi mereka ini adalah dalam kategori yang berbeza-beza. Oleh utu, pendekatan juga haruslah berbeza-beza sesuai dengan kondisi mereka. Bawalah mereka ke pangkal jalan dengan memandang keji amalan maksiat mereka, tetapi sayangilah batang tubuh mereka sebagai ahli keluarga kita kerana tubuh badan adalah hak Allah. Jika kita menghina batang tubuh mereka, bermakna kita juga menghina ciptaan Allah.

1 comment: