Seriuskah masalah mereka yang menghadapi krisis identiti ini? Satu persoalan yang kecil dan ringkas, tetapi sangat significant. Ianya sangat berkaitan dengan kebahagian hidup tambah-tambah lagi kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Mereka yang menghadapi krisis kekeliruan identiti ini sebenarnya hidup tertekan kerana gelora nafsu mereka sentiasa berperang dengan realiti fitrah kejadian dirinya.Setelah membaca majalah ANIS (edisi 175, March 2012), tergerak rasa hati untuk sedikit sebanyak memberi respon kepada columnis yang mengutarakan permasalahan ini. Mereka yang diserang dengan virus identiti ini sebenarnya sangat terjejas dan menerima impak negatif yang boleh melumpuhkan kegiatan atau aktiviti sehariannya. Memang tidak nampak kesannya, tapi kesannya ada dan berbekas. Individu ini mengalami gangguan dari segi mental dan rohani menyebabkan produktiviti kerja menurun. Nampak luaran tiada cacat celanya, tapi dalaman sedang sakit. Tidak dinafikan, golongan ini sebahagiannya mempunyai didikan agama malah cukup kuat beramal dengan ajaran Islam.Ya...... memang benar. Orang lain tidak boleh memahami dan merasai apa yang mereka alami. Mungkin betul pandangan yang menyatakan bahawa hanya rakan-rakan yang senasib mereka sahaja yang mampu memberi nasihat dan pandangan kerana mereka memahami antara satu sama lain . Sebab itulah juga golongan ini lebih senang berkawan dan mencari kawan yang senasib dengan mereka. Tetapi, perlu diingatkan bahawa pandangan dan nasihat mereka berlu berlandaskan sebagaimana nasihat yang dianjurkan oleh agama, bukan menurut hawa nafsu mereka.Mereka yang mengalami krisis kekeliruan identiti ini sebenarnya boleh dikategorikan kepada dua golongan. Pertama golongan yang terjejas dalaman dan luaran. Golongan kedua, golongan yang hanya berubah dari segi dalaman sahaja, tetapi luaran tetap sama. Golangan yang pertama lebih mudah dikenali dan dikesan dalam masyrakat kerana mereka menzahirkan keadaan dan rupa sebenar di tengah-tengah masyarakat. Mengikut aduan penanya soalan tersebut bahawa adiknya seorang lelaki, tetapi memakai pakaian wanita sehinggakan solat juga memakai telekung. Ini sebenarnya krisis identiti kumpulan pertama yang telah mencapai ke tahap serius. Dia tidak lagi boleh membezakan dan menerima dirinya seorang lelaki. Takut juga jika dibiarkan lebih jauh ia boleh membawa kepada perkara yang lebih buruk seperti pembedahan jantina dan sebagainya (mohon dijauhkan).Oleh itu, bila melihat perwatakan anak yang berubah daripada sepatutnya apa dia jadi, ibu-bapa perlu memainkan peranan yang betul dalam memimbing dan mendidik anak tersebut. Berilah didikan agama yang cukup. Jika sekiranya mereka terbabas dari lebuhraya iman, mereka mesti akan menjumpai semula jalan pulang. Hanya satu tunjuk arah manual yang boleh menyelamatkan mereka daripada terus sesat iaitu Al-Quran.
No comments:
Post a Comment