Bila membaca artikel di Malaysiakini online, edisi Jumaat (6 April 2012), ada satu artikel menarik perhatian aku. Artikelnya seperti di atas. Nampak kerajaan memerintah cuba untuk mengekang penampilan mereka yang mengalami kekeliruan identiti. Ya, mungkin langkah tersebut ada benarnya. Tetapi adakah ia jalan penyelesaian terbaik?. Aku akan mengulas dari aspek significantnya tindakan tersebut dahulu (aspek langkah mengatasi mungkin dalam post seterusnya). Dari satu sudut, mereka yang mengalami kecelaruan identiti dan mendedahkan identiti di khalayak ramai (rujuk pembahagian kecelaruan identiti di post sebelumnya)tidak dibenarkan disiarkan dalam media massa. Sebelum itu, aku ingin menyatakan bahawa mereka yang berperwatakan pondan ini memang bercanggah dengan ajaran Islam. Ini kerana mereka menyerupai perempuan dan ianya ditegah oleh agama seperti dalilnya dalam Al-Quran dan Hadis. Itu jelas. Begitu juga isu lelaki lembut. Mereka bukan meminta dilahirkan begitu, tetapi suasana sejak dari kecil membentuk dirinya sedemikian rupa. Contohnya cara berjalan, bercakap, menghayunkan tangan ketika bercakap, imej berpakaian , itu semua bukan mudah untuk diubah sebab ianya sudah terbina sejak dari kecil. Walau bagaimanapun, ianya bukan mustahil untuk diubah, tetapi memerlukan terapi 'masa'. Menghentikan penyiaran watak tersebut mungkin ada kebenaranya, tetapi sejauh mana ia berkesan boleh dipertikaikan. Media massa adalah satu instrumen pendidikan dalammembentuk masyarakat. Malah ia boleh membina dan mencorak budaya masyarakat sesebuah negara. Memeang perlu, pihak berkuasa menapis bahan untuk tontonan masyarakat kerana 'anda apa yang anda baca' dan juga 'anda apa yang anda lihat'. Tetapi pihak kerajaan tidak boleh mengambil pendekatan yang selektif. Maksudnya, perwatakan pondan dan lembut diharamkan kerana boleh mempengaruhi masyarakat untuk untuk ke arah itu. Tetapi bagaimana pula dengan cerita-cerita hantu yang lebih kerap ditayangkan di televisyen berbanding cerita pondan/ watak lembut. Sedangkan cerita hantu tersebut banyak mempunyai unsur karut, tahyul, khurafat, dan syirik. Cerita hantu ini seringkali bertopengkan ayat al-quran atau hadis di permulaan cerita. Tetapi adegan khurafat tetap disiarkan. Ini lebih banyak mendatangkan kesan kepada masyarakat dan mencacatkan akidah orang Islam. Kenapa semut diseberang nampak, gajah depan mata tak nampak?. Kenapa perlu fokuskan golongan ini sahaja sedangkan mereka adalah sebahagian kecil kelompok masyarakat (jika dibandingkan mereka yang normal). Gejala buang anak dan zina berlaku setiap hari. Tidakkah pihak berkuasa berfikir bahawa mereka ini datangnya daripada golongan mereka yang berorientasikan 'straight'. Antara faktor yang membawa kepada gejala ini adalah datangnya daripada televisyen atau media sendiri. Masyarakat sudah terpengaruh dengan cerita rogol, penderaan wanita, pakaian seksi oleh artis, pergaulan bebas lelaki dan wanita dan sebagainya lagi isu bersangkutan yang 24-jam dipaparkan oleh televisyen. Ini juga sebenarnya lebih besar kesannya dibandingkan kesan yang dibawa oleh pondan/lembut.Berapa banyak sangat atau frekuensi cerita pondan/ lembut dibandingkan cerita yang mendedahkan aurat?.Sekali lagi cuba fikir balik, perkara yang sepatutnya diutamakan tidak diutamakan. Bila dah terjadi kes anak zina, buang anak, jumpa dalam tong sampah, jumpa dalam sungai, isu hangat sekejap, lepas tu dia. Kes berlaku setiap hari, tetapi masyarakat dah lali dan tidak lagi ambil peduli kes anak zina (datangnya dari pegaulan bebas mereka yang berorientasikan straight). Kalau arahan ini berkuat-kuasa, kita tidak mungkin lagi melihat Jaafar Onn (maaf bukan berniat untuk mengata) di televisyen. Dia merupakan seorang pelakon dan juga selebriti chef. Dia mempunyai bakat besar dalam lakonan dan masakan. Wajarkah kita mengetepikan dia begitu sahaja. Pada pandagan kita,mungkin kita melihat dia sedikit "lembut", tetapi dia seorang yang hebat kerana mampu mempunyai keluarga, mempunyai anak, ada pendapatan yang baik, dan lain-lain. Adakah dengan penampilannya di televisyen mempengaruhi masyarakat untuk menjadi 'lembut'?. Ini sesuatu yang mengarut!!!!!. Begitu juga selebriti yang lain yang mengacarakan rancangan hiburan/gosip artis (tidak mahu menyebut nama-namanya), ramai yang berperwatakan lembut dari segi penampilan dan gaya bercakap. Berkaitan aktiviti gay pula, ramai masyarakat yang tidak sedar sebenarnya sebahagian besar penyumbangnya datang daripada mereka yang nampak dari segi luarannya macam lelaki sejati. Itu tak termasuk mereka yang berorientasikan biseksual. Dua golongan ini adalah golongan terbesar yang menyumbang kepada gejala gay dalam masyarakat Melayu dan semakin berkembang. Sukar untuk menyatakan hal ini, tetapi ia adalah realiti masyarakat Melayu di alaf baru. Mereka golongan masyarakat yang mengalami kecelaruan identiti yang sukar dikesan dalam masyarakat. Ramai lelaki yang sudah berkahwin tetapi mempunyai lelaki simpanan yang lain (bukan perempuan simpanan sahaja yang ada). Pahit untuk menyatakannya, tetapi ia realiti semasa. Artikel ini bukan untuk menghemtam sesiapa. Cuma ingin mengatakan pendapat dalam dimensi dan sudut sisi pandang yang lain. Ditegaskan sekali lagi bahawa kita tidak membenci golongan pondan/lembut, tetapi kita membenci dan menolak sikap mereka. Jika mereka meninggalkan cara yang tidak betul tersebut, masyarakat perlu memberi sokongan, menerima, dan melayan mereka dengan adil.
No comments:
Post a Comment