Hidup dalam dua identiti individu yang berbeza amat menyeksakan. Secara luaran, kita dilihat sebagai seorang individu yang berlainan watak, individu yang baik tapi dalam masa yang sama kita sedang berperang antara dua watak . Seringkali terpaksa berpura-pura dengan manusia di hadapan kita dengan menonjolkan kita individu yang baik, tapi sebaliknya kita tidak begitu.
Kita mengalami syndrom penafian. Menafikan kecelaruan identiti yang berlaku pada diri tetapi dalam masa yang sama 'meraikan' sifat itu. Jujur aku katakan aku membenci hidup dalam keadaan begini. Aku membenci menjadi plu, aku membenci mencadi gay, aku membenci menjadi biseksual, aku membenci menjadi salah seorang daripada orang yang mengalami krisis kecelaruan identiti ini. Rasa cemburu melihat rakan-rakan berumah tangga dan menganggap mereka mengecapi kehidupan yang bahagia (walaupun tidak tahu mungkin mereka juga mungkin mengalami kecelaruan identiti, tetapi mereka cuba menutupi dan menyembunyikan perasaan itu dengan berkahwin).
Persoalanya, bolehkan aku lenyapkan 'perasaan itu' dalam diri?. Semakin aku cuba menjauhi, semakin ia dekat pada aku. Aku tak kuat dan aku takut terjebak dalam lembah kebinasaan yang lebih dasyat. Aku tak mahu sampai ketahap aku menyesal dan ditimpa ujian yang lebih hebat, baru aku nak berpatah balik kepada masa lampau. Teringat pesan Imam Ghazali, apabila dia bertanya kepada anak muridnya soalan apakah perkara yang paling dekat dan perkara yang paling jauh dari kita. Ada yang menjawab yang paling dekat adalah Ibu-bapa kita, kawan-kawan dan sebagainya manakala yang paling jauh adalah, matahari, bulan dan sebagainya. Namun Imam Al-Ghazali menjelaskan yang paling dekat dengan kita adalah mati dan yang paling jauh dengan kita adalah masa. Benar sekali jawapan Imam Al-Ghazali tersebut kerana mati akan datang pada bila-bila masa sahaja dan tidak ada seorang pun daripada kita hatta nabi yang tahu bila saat kematiannya. Malah ia tidak dapat ditangguhkan walaupun sesaat. Begitu juga dengan masa, ialah yang paling jauh dengan kita. Kita tidak boleh dan tak mungkin lagi dapat kembali ke masa lampau.
Tetapi mengapa ada orang yang sanggup menjalani kehidupan sebagai seorang biseksual sedangkan dia adalah seorang "straight". Kita yang dilahirkan "semulajadi" sebagai seorang yang mengalami krisis kecelaruan identiti saban hari berdoa agar Allah ampunkan dosa kita dan lenyapkan perasaan songsang itu dalam diri. Kalau yang tidak songsang ("straight") boleh menjadi songsang, adakah mustahil yang mempunyai naluri songsang menjadi "straight"?.
Salah satu watak dalam diri kita mesti dikorbankan. "Hakimi" mesti dikorbankan bagi menyelamatkan diri aku daripada terus sengsara dengan penyakit kecelaruan identiti ini. Aku rasa selagi 'Hakimi' ini tidak dinyahkah dari dalam diriku, selagi itu aku rasa berdosa. Aku rasa Allah 'murka' pada aku. Aku rasa Allah 'benci' pada aku dan paling menggusarkan aku, aku rasa, rahmat Allah semakin jauh dari aku.
Nota Berkaki:
Talkin itu untuk orang yang hadir majlis pengkebumian, bukan untuk mereka yang sedang berada di dalam kubur. Sebabnya, orang yang telah mati telah terputus amalannya melainkan, sedekah jariah, doa anak soleh dan ilmu yang dimanfaatkan.
Nota Berkaki:
Talkin itu untuk orang yang hadir majlis pengkebumian, bukan untuk mereka yang sedang berada di dalam kubur. Sebabnya, orang yang telah mati telah terputus amalannya melainkan, sedekah jariah, doa anak soleh dan ilmu yang dimanfaatkan.
jangan terlalu menghukum diri.. sentiasalah berdoa kepada Allah.. Dialah yang Maha Penyayang..
ReplyDeleteu know what, sometime kita kena belajar menerima diri kita sendiri.. mungkin dulu aku pernah brkata pd diri aku sendiri, "mcm mana nak terima diri sendiri yang PLU?" tp hakikatnya, perasaan songsang itu wujud bukan kerana diri kita sendiri.. ia telah ditentukan oleh Allah yg kita akan mempunyai naluri sebegitu.. setiap manusia ada ujian yang telah diberikan oleh-Nya..
ReplyDeleteaku pun x tahu nk ckp mcm mana.. pernah x baca buku Tuesdays with Morrie? dlm buku tu ckp kdg2 kita perlu melihat satu masalah dengan sudut pandangan yg berbeza.. apa yg negatif itu tidak semestinya negatif.. hidup perlu optimistik...
Amat memahami apa yang di rasa.... Been there and done that... Bersangka baik kepadaNya aja la kwn.... Sama2 lah kita berjihad dlm isu personaliti complex cam ni.... Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Dont gv up ( juga berjuang seperti awak)...
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan semua
ReplyDelete