Dalam hidup ini, kita tidak lari dari membuat pilihan. Malah bukan kita sahaja yang perlu membuat pilihan untuk diri kita, bahkan orang lain juga perlu membuat pilihan bagi pihak kita. Bermula daripada kita dilahirkan, ibu bapa kita membuat pilihan nama yang perlu diberikan kepada kita, baju lelaki atau perempuan yang perlu dibeli, jenis susu tambahan untuk pertumbuhan bayi dan sebagainya. Hatta, sehingga kita mati pun, orang di sekeliling kita juga perlu membuat pilihan bagi diri kita bila sesuai untuk dikebumikan kita, tempat mana yang sesuai untuk mengkebumikan jenazah kita dan sebagainya. Namun begitu, ada satu perkara dalam hidup kita, kita tidak mempunyai pilihan melainkan wajib untuk mengikut satu jalan sahaja, tiada jalan kedua, jalan ketiga dan seterusnya. Perkara yang dimaksudkan adalah memilih pasangan hidup untuk dicintai. Benar, cinta manusia tidak kekal dan hanya cinta Allah sahaja yang kekal. Tetapi, ini tidak bermaksud tidak penting untuk kita mencintai sesama manusia. Ianya bergerak secara serentak sebenarnya sebab kita mencintai pasangan kita kerana kita cintakan Allah. Kita sayangkan pasangan kita kerana kita sayangkan Allah. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam [Al-Imran, 3:31]:
Katakanlah, "Jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan mencintai kamu, dan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun, Pengasih."
Dalam hidup manusia juga, ada banyak cabaran yang harus dihadapi oleh pasangan. Ada pasangan yang hidup cukup bahagia dan cukup harmoni. Ada pasangan pada awal pernikahan sangat bahagia, namun di pertengahannya mula bermasam muka dan akhirnya berakhir dengan penceraian. Ada pula pasangan yang di awal pernikahan sudah bermasam muka (disebabkan tinggal di rumah mertua, dll), namun akhirnya kembali stabil dan hidup aman bahagia. Itulah asam garam kehidupan manusia. Secara umumnya, setiap pasangan itu menepati persamaan ketiga dalam rajah di atas. Dalam realiti, separuh kehidupan pasangan adalah berbentuk kegembiraan, dan separuhnya berbentuk kesedihan.
Tampaknya, perbincangan di atas lebih merujuk kepada mereka yang "straight". Namun begitu, bagaimana pula dengan kehidupan seseorang yang mengalami krisis kecelaruan identiti (fokus pada plu dan gay)?. Agak sukar untuk menerangkan perkara ini kerana ianya melibatkan masalah dalaman (naluri seks) dan bukan masalah luaran. Masalahnya ialah tentang lelaki yang lebih tertarik dengan lelaki lain. Sukar untuk menerangkannya kerana bagi mereka yang " straight" , naluri sebegini adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dan mungkin juga "jijik". Boleh dikatakan merekalah antara golongan yang lantang bersuara berkaitan isu LGBT bila isu ini hangat suatu ketika dulu. Dalam masa yang sama persoalan tentang "Bila hendak kahwin" yang sering kali diajukan kepada golongan plu atau gay merupakan "soalan maut" yang boleh membangkitkan "kemarahan" dan rasa macam nak cilikan saja mulut orang yang bertanya dan mengejek bila bertanya soalan ni. Namun apakan daya, mereka yang bertanya soalan sebegini datangnya daripada saudara mara sendiri, adik beradik sendiri, atau pun sahabat sendiri. Mereka juga seringkali bertanya siapakah pilihan kita.Bagaimana mungkin kita nak terangkan kepada mereka yang kita sudah mempunyai pilihan dan orang yang kita cintai. Tetapi orang itu sama jantina dengan kita. Katakan kita bercinta atau mempunyai boyfriend. Selalu berjumpa dihujung minggu, selalu keluar bersama, makan bersama dan sebagainya. Masyarakat yang melihat tidak menganggap itu perkara pelik selagi mana kita tidak melakukan perkara yang tidak senonoh di luar. Masyarakat akan menganggap mereka berdua ini mungkin kawan baik. Namun begitu, jika perasaan cinta dan sayang ini semakin mendalam, bolehkah ianya berakhir dengan perkahwinan?. Jawapannya, sudah tentu tidak dan tidak mungkin akan berlaku. Sebabnya, ia ditegah oleh Islam. Jika perhubungan itu diteruskan juga (antara lelaki dengan lelaki) dan disulami dengan perasaan kasih-sayang, ia sebenarnya bukan kasih sayang. Tetapi adalah gelora hawa nafsu dan bisikan syaitan. Akhirnya ia berakhir dengan hubungan zina liwat dan "ringan-ringan" di dalam bilik tertutup. Persoalan juga mungkin timbul, bagaimana hendak mencintai wanita, sedangkan perasaan itu tidak ada. Malah jika tengok perempuan tanpa seurat benang pun, tiada keghairahan nafsu seksual. Sebenarnya, perasaan kasih sayang antara lelaki dan perempuan itu, bukan tidak ada tetapi belum terbina. Bagaimana hendak terbina, jika lelaki sering mengelak dengan perempuan. Tidak mahu "bergaul" dengan perempuan. Tidak mahu "memahami " golongan perempuan. Perasaan kasih-sayang itu boleh dipupuk. Tetapi ianya memerlukan rawatan "masa". Pernah disukai oleh wanita?. Jawapannya ialah Ya. Tapi tidak boleh meneruskan perhubungan tersebut kerana kita tahu siapa kita. Tidak mahu menganianya dia dengan menipu diri sendiri dan realiti naluri songsang ini. Paling utama, rasa seolah-olah diri tidak layak dengan dia kerana kita rasakan kita terlalu banyak "dosa". Bukankah perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik dan perempuan yang buruk akhlaknya untuk lelaki yang buruk akhlaknya? (itu janji Allah dalam Surah An-Nur). Tetapi kita tidak mempunyai pilihan kedua. Kita tidak boleh mencintai dan menyayangi lelaki sebagaimana kita menyayangi seorang perempuan sebagai isteri kita. Itu sesuatu yang mustahil. Tiada pilihan......kita mesti belajar juga mencintai wanita supaya suatu hari nanti hati kita juga terbuka untuk mereka. “Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.” [Surah Al-Rum, 30:21]
No comments:
Post a Comment