Sunday 20 January 2013

PLU & Dilema Kahwin

 
Satu persatu kawan-kawan kita dan rakan seusia melangsungkan perkahwinan. Tak kiralah sama ada kawan kita di kampung atau pun yang sama-sama belajar ketika kita kita di kolej atau universiti. Tambah meruntun jiwa bila tengok kawan-kawan sudah beranak pinak dan kehulu-kehilir bersama isteri masing-masing. Rasa 'cemburu' dengan kawan-kawan begitu menebal sebab walaupun kita sesusia dengan dia, dia sudah mendapat apa yang kita idam-idamkan. Satu persatu kawan kita meninggalkan zaman bujang mula masuk ke alam hidup yang baru.
 
 
********** Dilema Naluri & Kahwin***********
 
Masalah utama yang dihadapi oleh golongan naluri songsang adalah tidak betul-betul bersedia untuk berkahwin. Bukan kerana masalah kewangan kebanyakkannya, tapi masalah perasaan...takut kerana tidak boleh menyanyagi isteri sebagaimana dia menyangi kita dan takut jika masih meneruskan atau mengikut naluri songsang tersebut.
 
Inilah antara dua dilema yang menghantui kita dan menyebabkan kita teragak-agak dan was-was untuk berkahwin. Bukan tidak mahu berkahwin tapi belum masanya lagi. Kita perlukan masa untuk menjadi betul-betul bersedia. Siapa tidak mahu hidup berteman? Siapa tidak mahu mempunyai keluarga? Siapa tidak mahu mempunyai anak? Siapa tidak mahu bersiar-siar dan berjalan-jalan bersama anak dan isteri?. Semua orang tidak kira mempunyai masalah nafsu songsang atau tidak paling tidak memyimpan hasrat untuk mengecapi semua ini. Inilah sebenarnya antara perkara-perkara yang membahagiakan kita dan itulah juga fitrah dan sifat semulajadi manusia yang mempunyai nafsu.
 
Sebenarnya, dalam benak fikiran kita akan sentiasa berlegar-legar....bolehkah kita menyayangi dia dan menyintainya. Bolehkah kita bernafsu dan melayan bakal isteri sebagaimana orang str8 melayan isteri-isteri mereka? Bolehkan bakal isteri kita menikmati keseronokan berkahwin sebagaimana orang yang str8?
 
 
*********1 Wajah 2 Identiti**********
 
Orang yang tidak diuji dengan perasaan ini tidak akan sesekali memahami dan faham apa yang kita rasai. Kecuali mereka yang berkawan atau sering berhubung dengan mereka yang diuji dengan naluri ini. Kalau orang yang bernaluri songsang pun tidak boleh memahami mereka yang juga mempunyai naluri songsang, apatah lagi mereka yang str8. Misalnya, dulu dalam diri aku ada kebencian, diskriminasi, dan pandangan yang tidak betul tentang golongan lembut. Terus terang aku katakan aku tidak selesa dan tidak suka dengan penampilan mereka. Mereka lelaki di luar, tapi beperwatakan macam wanita. Pada aku (pada waktu tu, dulu), mereka ini sengaja untuk memilih menjadi identiti wanita. Mereka sengaja menjadi lembut dengan mengada-adakan struktur tubuh dan lenggok bahasa yang sebegitu.
 
Tetapi, sebenarnya aku silap besar. Mereka menjadi begitu kerana naluri mereka mempunyai masalah. Naluri mereka adalah naluri songsang. Mempunyai naluri songsang ini adalah bukan pilihan kita. Ini adalah satu ujian untuk kita. Ujian untuk melawan naluri fitrah. Cuma terpulang kepada kita untuk membuat pilihan untuk naluri kita. Meraikan naluri atau memandu naluri mengikut iman.....Aku mempunyai masalah yang sama dengan mereka yang aku gelarkan sebagai pondan/lembut. Kami dalam satu kapal yang sama. Kami mempunyai masalah naluri yang sama, cuma kategorinya sahaja berbeza. Naluri kami naluri songsang.......
 
Aku adalah seorang lelaki dan aku suka menjadi lelaki. Tapi masalahnya, naluri seksual perempuan terperangkap dalam dalam badan aku. Oh Tuhan...aku mempunyai naluri sukakan lelaki.....Besarnya ujian ini.........Tapi ingatlah ada lagi manusia yang diuji dengan masalah yang lebih besar. Tengoklah mereka yang lebih sengsara dari kita sepaya kita menjadi lebih tabah darinya dan bersyukur bahawa Allah tidak menguji kita sehingga ke tahap tu. Tengoklah orang yang kurang derita dari kita, sekurang-kurangnya kita bersyukur kepada Allah bahawa Allah masih sayangkan kita dan Dia menguji kita supaya kita masih mengingati-Nya walaupun ada ketikanya kita tersesat. Hanya dengan ujian itu kita mengingati-Nya.
 
Perlu dingatkan juga bahawa meraka yang mempunyai naluri songsang ini kebanyakkannya adalah mereka yang dari luar memang str8. Sehinggakan kita tidak menyangka bahawa nalurinya songsang. Hanya mereka yang mempunyai naluri ini sahaja yang kadang-kadang boleh mengenali golongan yang sebegini. Tiada siapa dapat mengenali kita...hatta kawan sendiri...melainkan kita kantoi...haha...Kami adalah golongan lelaki yang kelihatan str8 dari luar, beperwatakan seperti lelaki dan boleh dikatakan apa watak yang lelaki str8 ada, 100% ada pada kami. Malah kebanyakkannya daripada kami ada rupa paras yang hensem atau paling tidak ada rupa. Mereka ini mempunyai kerjaya yang bukan calang-calang orang........doktor, pensyarah dan lain-lain. Cuma hanya satu yang membezakan kami dengan orang str8.......... naluri seksual.......
 
Oleh itu, tidak kisahlah kalau ibu bapa tidak mengenal naluri kita yang sebenar, abang dan kakak kita tidak mengenali naluri kita sebenarnya, apatah lagi orang yang tidak mempunyai perhubungan darah dengan kita...lagilah mereka tidak tahu......
 
 
******** Degree of Severity Kita Berbeza***************
 
Perlu kita ketahui bahawa mereka yang mempunyai naluri songsang ini mempunyai tahap kerosakan naluri yang berbeza-beza, macam skala. Ada yang tidak minat langsung walaupun sedikit dengan perempuan (kecelaruan identiti - sangat serius). Ada yang minat sikit, tapi tak sampai 50%. Ada yang 50,50 (kecelaruan identiti moderate-biseksual- tak semestinya biseksual ni 50,50). Tetapi kebanyakkannya adalah menyukai lelaki lebih 60%, dan selebihnya perempuan. Sebab itulah, ramai juga mereka yang mempunyai naluri songsang, tapi tetap juga berkahwin. Perlu diingatkan bernaluri gay dan menjalani kehidupan gay adalah dua perkara yang berbeza. Mereka yang hanya bernaluri gay, biasanya tidak terjebak dengan aktiviti yang berisiko. Mereka yang terlalu mengikut naluri sahaja akan menjalani kehidupan sebagai gay....
 
Untuk mengubah daripada naluri str8 kepada naluri songsang senang....Tapi untuk mengubah daripada naluri songsang kepada str8....sangat susah. Mereka yang str8 mungkin sahaja mudah untuk mengubah atau diubah nalurinya kepada biseksual dan gay. Tapi mereka yang telah dikurniakan dan dianugerahkan dengan naluri songsang...susah untuk kembali kepada naluri seksual normal.
 
*******Pilihan Di Tangan Kita********
 
Bukan mudah sebenarnya untuk membuat pilihan untuk berkahwin. Sebab keputusan yang kita buat adalah juga keputusan untuk menentukan hidup individu kedua......isteri kita. Kalau tersalah membuat pilihan, isteri kita akan merasai bahananya. Masalah naluri seksual kita bukan masalah kita seorang sebenarnya apabila kita telah bekeluarga. Ianya bakal menjadi satu masalah juga kepada bakal isteri kita sebenarnya. Salah perkiraan....ibu bapa dan bakal mertua akan diheret sama ke kancah masalah ini. Sebab itu, nilailah diri kita berdasarkan tahap atau degree of severity terhadap naluri seksual. Ini kerana ia boleh dijadikan satu petanda atau kayu pengukur sama ada kita mampu atau tidak menyayangi isteri kita.
 
Kedua, kembalilah kita kepada hukum asal perkahwinan. Kalau kita berkahwin, perkahwinan kita jatuh dalam hukum yang mana satu. Tanyalah iman kita, kalau kita berkahwin, boleh atau tidak kita bertanggungjawab pada keluarga kita, boleh atau tidak kita bertanggungjawab pada isteri kita....Sudah bersediakah kita untuk menjadi seorang suami atau seorang ayah. Kahwin bukan seks semata-mata tetapi sudah bersediakah kita untuk memikul tangungjawab ini......
 
Ketiga, fikirlah atau pilihlah perkara yang memberi paling sedikit mudharat kepada kita. Sekiranya kita hanya ada dua pilihan dan kedua-dua pilihan itu adalah pilihan yang memudaratkan kita, pilihlah yang paling sikit memberi mudharat kepada kita. Kalau kita berkahwin, kita tidak mampu untuk mengawal naluri kita dan masih buat benda-benda yang tidak elok dibelakang isteri kita, lebih baik untuk tidak berkahwin kerana ianya akan 'menyakiti' isteri kita. Kalau kita berkahwin akan menyebabkan kita terhalang daripada melakukan maksiat yang lebih besar, maka lebih baik kita berkahwin.
 
Apapun...pilihan di tangan kita...hanya kita yang mampu membuat pilihan berdasarkan situasi kita. Sebab hanya kita yang faham situasi kita. Walaupun kita selalu merasai bahawa kita tidak layak untuk seseorang wanita sebab kita merasakan naluri ini membuatkan kita rasa diri kita 'jahat', tetapi kita kena ingat, kita manusia, ada kurangnya. Kita tak perfect....bakal isteri kita juga mungkin juga tidak perfect. Masing-masing ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Cari titik persamaan, murnikan sikap atau sifat yang berbeza. Saling melengkapi antara satu sama lain.
 
* nak komen kat blog abg najmi terlalu panjang.....nanti marah pulak abang najmi...haha..
 

39 comments:

  1. Hakimi

    Tak mengapa komen sini pun bagus...tapi hakimi patut masukkan link entry didalam blog hakimi ini di dalam ruang komen didalam entry saya tu,

    http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2013/01/bakal-suami-bimbang-punya-naluri.html

    Tak pa nanti saya saya buat ya...

    Menyentuh tentang perkahwinan dikalangan gay ini.... kesimpulannya, gay kena ukur baju dibadan sendiri, ukur biar betul-betul jangan main tangkap muat aje jika mahu berkahwin samaada dalam keadaan terpaksa atau dipaksa untuk berkahwin.

    Jika perlu ditolak demi kebaikan semua kita kena tolak, beri lah apa sahaja alasan dan jangan disebabkan keputusan yang kita ambil itu boleh memudaratkan orang lain pula.

    Wallahuallam




    ReplyDelete
  2. urm......camne dgn persoalan kahwin untuk meramaikan umat islam dengan mewujudkan baitul muslim? Mngkn dgn niat yg baek ini, perjalanan perkahwinan kite sbg PLU ini akan dijaga oleh Allah. Allah akan jaga kita dengan selalu hindari kita dr curang. InsyaAllah cara ni mampu meminimumkan portion gay tu. Portion gay ni kadangkala mengganggu tugas dakwah kite terhadap mad'u yang ensem n cute.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...

      Berkahwin jalan terbaik....tapi mesti betul2 bersedia.
      Secara teori, memang kena kahwin untuk mewujudkan baitul muslim, tapi kena bina atas dasar iman yang mantap. Banyak aspek yang kena belajar dalam perjalanan mewujudkan baitul muslim. Kena jadi baik untuk dapat yang baik...tp tak semestinya mesti jadi baik dulu...baru kahwin....ianya berjalan dalam satu proses untuk menjadi baik. Dakwah fardiyah juga kena betul2 kuat...

      Tidak dinafikan kecelaruan identiti ini sangat mengganggu kita untuk mendekati mad' kita yg hensem dan cute...kena banyak sabar....


      Mudah-mudahan kita menjadi PLU yang beriman...haha..

      Delete
  3. Kimi, tolong abg najmi. Blog dia kena hack, tau tak nak buat mcm mana? Pls tolong. Email dia najmi620@gmail.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya...masa tu je kot akak tak boleh akses blog abg najmi....sbb...bila saya buka .... ok je..

      Delete
  4. Salam..I happened to stumble upon this after looking for khasiat pomegranate concentration.. :) saya sangat terkesan dengan kisah anda.teruskan beramal dengan ilmu..cari para asatizah yang boleh mendekatkan anda dengan agama..saya yakin itu yang anda sedang lakukan. Kalau boleh saya berikan sedikit nasihat..maaf kalau cliché.. mungkin persoalan nafsu syahawat tu dilupakan buat sementara waktu..teruskan beramal soleh dan pisahkan sejauh-jauhnya anasir2 yang membawa kita memikirkan tentang nafsu syahawat.Selawat dan istighfar tanpa henti..May Allah be with you through your struggle life.

    ReplyDelete
  5. Begini... sejak awal pertama saja sudah salah langkah ukhtii. Mengapa? Sebab... Islam melarang seorang wuanita muslimah menikah dgn kaum Al-
    Mukhonats sampai dia bertaubat, Al-Mukhonats ini bahasa arabnya utk kaum waria, banci, gay, lesbi ya...

    Terlebih Al-Mukhonats itu adLah seorg pelaku homoseksual (gay).
    Kerana tergabung padanya 2 laknat, yaitu: laknat pelaku homoseksual (gay) dan laknat karena dia menyerupai sifat feminimnya wanita sampai2 ia tidak berhasrat dengan lawan jenisnya/istrinya (lihat Majmu’ Al-fatawa 15/321)

    Rosulullooh Sholalloohu 'Alaihi Wassallam bersabda:
    ﻋَﻦَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻣﻦ ﻋﻤِﻞَ ﻋَﻤَﻞَ ﻗﻮﻡِ ﻟُﻮﻁٍ ،ﻟﻌَﻦَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻣَﻦْ ﻋَﻤِﻞَ
    ﻋَﻤَﻞَ ﻗﻮْﻡِ ﻟﻮﻁٍ ، ﻟﻌَﻦَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻣَﻦْ ﻋَﻤِﻞَ ﻋَﻤَﻞَ ﻗﻮﻡِ ﻟﻮﻁٍ
    Artinya : ‘Allah melaknat orang yg melakukan perbuatan kaum Luth, Allah melaknat orang yg melakukan perbuatan kaum Luth, Allah melaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Luth'” (HR Ahmad dan selainnya dari Ibnu Abbas Rhodiyalloohu ‘anhuma, As-Shohihah No.3462).

    Hadits ini, rasul katakan sampai 3X ukhtii. Intinya, saudari anti wajib cerai dengan suami gay nya. Sebab Islam melarang wanita menikah dgn lelaki gay yang belum bertobat.

    Taubat dulu, baru bisa dinikahi. Lelaki al-mukhonats diragukan persaksiannya dan dilarang mnjadi imam sholat. Terlebih imam keluarga.

    ReplyDelete
  6. Kuatkn hati hakimi utk berubah. Jgn buat pkara terkutuk. Allah tidak mmbebankn sesuatu mlainkn Dia tahu kamu mmpu menanggungnya ....al baqarah ayat 286

    ReplyDelete
  7. Terbaca entri saudara..sy bekas isteri kpd lelaki gay..hrmmm..nothing much to say..tp hidup dgn lelaki gay sgt menyakitkan jiwa sy..sgt terluka..ditipu, diabaikan,dipersalahkan dll..being patient with a gay husband is like nothing..you never be appreciated..he cheats again n again..sekejap berubah kemudian buat lg..as a wife, continue utk bersabar dan bersabar hingga dia berubah..sy memilih utk berpisah kerana ingin mencari bahagia..bukan berendam air mata dgn org yg tidak menghargai kewujudan seorg isteri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersimpati dengan puan..Ianya lebih kepada masalah sikap suami. Kalau perceraian jalan terbaik, lebih baik berpisah..bukan kah perkahwinan itu utk kebahagian? Kalau tak bahagia atau salah seorang dizalimi/terseksa, lebih baik mencari solusi yang lebih adil..

      Delete
  8. Puan..saya juga seperti puan. Sudah putus asa rasanya. Saya cuba bersabar tapi diri sendiri tak bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagia mungkin boleh dicari salah satunya mungkin melalui jalan perpisahan...

      Delete
  9. Saudara.. Sama seperti kedua2 puan di atas, saya adalah isteri kepada seorg gay. Ya! saya katakan dia gay dan bukan bisex kerana dia mungkin lebih berminat kepada lelaki dan sanggup beberapa kali mengugut berpisah hanya kerana nak mempertahankan nalurinya berbanding keluarga & anak2.

    Mungkin untuk menutup kelemahan sendiri, isteri ditipu, diabaikan, dipersalahkan,,, ya.. mereka semua sama sahaja! Bersalah tapi meletakkan kesalahan ke atas isteri.

    Tak berani berdepan.. tetapi menggunakan kekerasan dan kedinginan supaya istei menutup mulut.

    Tak suka,, tapi tak sanggup melepaskan.. sebaliknya hanya berkata.. "kalau tak suka, u know the way out!"

    Kalau tak sanggup memikul tanggungjawab dan berubah, kenapa berkahwin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersimpati dengan puan....kadang-kadang ego melebihi segala-galanya untuk menutup kelemahan diri .... tapi dlm masa sama, saya faham apa yg suami puan rasa....dlm perkahwinan kena ada keikhlasan..-hakimi

      Delete
    2. Saya memilih utk tidak berkahwin sebab taknak buat isteri mcm sampah. A few kawan2 saya yang gay berkahwin tapi sebab mereka berkahwin tak seperti tujuan kebanyakkan lelaki str8 berkahwin. Di antara sebab2 kawan saya berkahwin ialah 1. Takut hidup sunyi masa tua nanti. 2. Nak anak/bimbang takder zuriat. 3. Kehendak dan desakan keluarga 4. Kecewa dgn hidup gay sebab tak laku dlm arena gay (fizikal kurang menarik dsbg nya). Saya katakan semua tujuan2 tersebut walaupun nampak rasional tapi mengarut2. Perkahwinan meastilah dibina atas rasa cinta kpd bakal isteri dan bukannya atas rasa takut dan kerana menunaikan kehendak pihak ketiga. Dua orang sudah bercerai.

      Delete
  10. Alhamdulillah, akhirnya saya bertemu dengan blog yang dikendali oleh golongan 'yang diuji Allah' yang mahu berubah. Saya kagum dengan saudara.

    Saya Nurul Iman. Saya seorang isteri kepada lelaki biseksual. Saya mula menyedari 'status'nya ketika usia perkahwinan kami tidak sampai setahun pun lagi. Hati saya hancur dan saya rasa saya menjadi mangsa.

    Tetapi tidak tahu kekuatan apa yang Allah bagi sehingga saya mampu menahan diri dari melatah dan memarahi suami saya. Saya bersabar dan sentiasa berdoa supaya Allah ampunkan segala dosa-dosa suami saya.Tak putus saya mendoakannya. Kekuatan ini sehingga saya mengambil keputusan untuk membantunya berubah. Tapi saya tidak tahu bagaimana. Kerana suami masih tidak mengatahui yang saya sudah pun tahu status biseksualnya.

    Saya pernah pergi berjumpa dengan kaunselor. Saranannya adalah meminta cerai bagi mengelakkan kes HIV. Tambahan pula saya masih muda. Tetapi bila memikirkan tentang keluarganya dan keluarga saya, saya jadi berat hati untuk membuat keputusan sebegitu. Boleh jadi suami saya bakal menjadi lebih teruk jika saya berpisah dengannya.

    Saya buntu, saudara. Saya perlukan pertolongan. Saya terlalu penat menangis dan mencari jalan seorang diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita senasib. Tersiksa rasanya :(
      Cuma suami saya masih belum tahu yang saya sudah tahu status biseksualnya.
      Bagaimana puan dapat kekuatan untuk memeberitahunya ya?
      Saya takut dimarahi.

      Delete
  11. Saya isteri kepada golongan tu.. saya baru tahu. Usia perkahwinan kamu baru 6 bulan.. apa yang perlu saya buat. Saya sayang dia. Tapi dia kata dia akan berubah. Dia minta masa sebulan untuk tinggalkan semua tu. Saya buntu fikir masa depan dengannya bagaimana. Dari hari yang saya tahu.. sampai ke hari ini saya tidak berhenti menangis.. hampir hilang rasa untuk terus hidup. Bagaimana seorang isteri tidak disayangi dan di cintai. Rasa sukar untuk terima hakikat nie. Saya kahwin untuk dilindungi,dibimbing, dicintai dan disayangi. Tapi sampai hati dia kahwin dengan saya. Sebelum kahwin saya betul2 jaga diri saya untuk seorang lelaki yang halal.. tapi dia? Saya sedih. Sangat sedih. Saya nak bantu dia untuk berubah.. banyak saya search kat google utk cari tip golongom plu utk berubah tp x banyak yang saya.. saya xtahu bagaimana caranya.. perkara yang berlaku nie diluarkan pemikiran saya.

    ReplyDelete
  12. Saya yakin dan sangat berharap..mereka plu diluar sangat yang ingin berubah teruskan usaha anda.yakinlah dengan Allah tanamkan hubungan hati yang kuat dengan Allah. ALLAH tak zalim sahabat. Dia x uji hambaNya untuk merendahkan darjat hambaNya. Saat mereka berjaya martabat mereka lebih tinggi dari orang biasa. Saya tahu ujian nie sangat2 berat. X mampu rasanya dipikul. Saya seorang isteri dan saya rasa tempias. Saya nak bantu suami saya tinggalkan dunia tu. Dan masuklah ke dunia yang baru yang lebih bahagia. Saya yakin dengan usaha dan mujahaadah yang kuat dan bersungguh2 kamu smua akan berjaya. Tell me plez..
    Tell me u did it.. bila kamu dah berjaya nanti.. saat tu Allah sangat sayang kamu. Rintihlah pada Allah. Dia dengar hati kamu. Dia kan bantu kami. Carilah petunjukNya disetiap genap kehidupan. Kamu akan jumpa saat kamu berusaha. U can do it. I know. Allah ciptakan manusia dengan fitrah. Tiada manusia dilanhirkan dengan jiwa songsang. Itu ujian. ALLAG syg kita. Kamu beruntung. Sangat beruntung. Allah gerakkan hati kamu untuk berubah. Itu hadiah dariNya
    Agar kamu dekat denganNya. Org lain tidak faham kamu kan. ALLAH faham kamu. Dia ada untuk kamu. Mohonlah pertolonganNya.. kuatkan hati plez. Tinggalkan semua tu. Jangan berhubung lagi dengan dunia tu.. jik tidak kamu akan lemah kembalu kita x kuat andai tiada mujahadah dan kesungguhan untuk menjaga hati. Nabi adam dan hawa di uji di syurga lagi tu. Apatah lagi kita. Allah mahu tinggikan darjat kita . Kepada plu di luar sana yanv nak berubah. Suatu hari nanti tell me plez.. u did it..yes u did it! I hope smua tu bukan mimpi. Bagi saya seorang wanita yang normal jika anda berjaya anda lebih hebat dari lelaki str8 anda hebat dihati saya :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum cik.. Saya betul2 nak berubah dan perlukan bimbingan daripada pihak cik. Boleh bagi emel untuk sy hubungi cik? Sy betul2 perlukan orang yang positif macam cik untuk membantu sy. Terima kasih cik..

      Delete
  13. Aku xbernafsu pada wanita tp Aku nak kahwin, sebab aku nk stop buat maksiat. Tapi aku rasa dilema, sbb Aku bkn teruna, bukan suci & aku dah byk Berzina dgn lelaki. Pada awlnya aku lawan prasaan & letak usaha. Aku train nafsu untuk suka wanita. Aku rasa ok je bab bg nafkah zahir dan batin. Aku jumpa family pmpuan merisik n cincin tanda. Sumhow aku rasa 50-50. Bila cermin diri, hidup silam aku...i think she deserve sum1 better. Dia Muslimah dan aku penzina. Family dia nk cepat kan, sbb dah setahun aku berkawan. Byk benda jugak aku fikir, aku takut aku fikiran aku je fikir aku mampu tp hakikatnya aku tak. Aku ada 4 org kawan yg dah kahwin. Tiga bercerai. Sorang lg masih bersama, tp dia curang dgn lelaki dibelakang isteri. Wht if my marriage will end up like them? I dont want to hurt her feeling. Aku skrg betul2 50-50. Klu aku khwin aku takut prasaan dosa lama dtg, aku rasa xlyak,rasa tersalah,rasa xlayak. Tp klu aku tak kahwin, aku akan sntiasa bergelumang dgn maksiat. Aku xtaula...aku takut aku risau.. semua prasaan ada. ATAU ADAKAH INI JIHAD UNTUK AKU? -pencintayusuf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum...saya ingin tanya..adakah golongan plu ni bila keluar dgn perempuan(kerap sgt) mmg xde wujud pun perasaan?..plis answer me because i need the answer

      Delete
  14. Apa yg perlu di buat jika suami yg mcm gini dh 50an tp masih x mahu kembali kpd khidupn yg diredhai Allah...ank2 dh remaja..
    Sepatutnya dh sama2 menambah amal ibdt utk bkalan ke sana tp sayang..

    ReplyDelete
  15. Apa yg perlu di buat jika suami yg mcm gini dh 50an tp masih x mahu kembali kpd khidupn yg diredhai Allah...ank2 dh remaja..
    Sepatutnya dh sama2 menambah amal ibdt utk bkalan ke sana tp sayang..

    ReplyDelete
  16. salam, aq antara mereka yg mampu untuk berkahwin... tapi slepas berkahwin cabaran yg besar betul2 menjadi... aq mampu untuk memuaskn istriku dri segi foreplay.. yelah dah basah.. tapi masaalah aq ialah konek x mau naik... byngknlah ntape takutnye aq mase tu.. aq cube mmbygkn aq brmain dgn jntan, tapi still konek x naik, aq lncapkn sndri pon makin kecut.. mngkin ni blasan aq... aq berkhwin dgn niat nk brubah.. aq sering mngis bile mmikirkn masaalah ni.. tapi ade masenye aq mmpu keras n mmpu untuk mnunaikn tngjwb aq.. bile mlm mnjelang aq sedikit takut dan trauma.. takut gagal.. mmng cbran sangat besar.. aq bru dipermulaan, doakn aq brjaya. kadang2 aq trfikir nk cri kaunselor @ sape2 untk aq luahkn masaalah aq... ya Allah, bantulah aq supye trus kuat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Masalah kita sama.. sy juga masih berusaha untuk memenuhi nafkah batin isteri tetapi akhirnya kecundang. Sy berharap Allah permudahkn urusan saya untuk berubah dan tambahkan prasaan dan nafsu yang banyak kepada isteri saya. Itu saja yg sy harapkan. Mohon juga doa daripada kalian semuan. Aminn... Terima kasih

      Delete
  17. Saya baru 2 bulan bercerai dgn bekas suami...tempoh perkahwinan cuma 6 bulan sahaja dan selama berkahwin dia tak pernah sentuh saya...apa yg saya lalui sama seperti wanita-wanita lain yg pernah bersuamikan lelaki gay..nasihat saya utk golongan gay, jika betul mahu berubah, berubah lah dgn jalan yg betul dan berkahwin bukanlah jalannya...kalian hanya akan menyeksa zahir dan batin isteri saja...urusan kahwin bukan setakat majlis kahwin meriah,tetapi satu perjalanan jangka panjang, kalau boleh nak sampai ke syurga..kalau rasa tak yakin, janganlah kahwin..lepas tu tak suka terus buang, layan isteri mcm sampah,dan habiskan banyak masa dgn kwn2 gay...kami masyarakat luar amat mengalu2kan kalian utk berubah, tetapi mcm saya cakap tadi berkahwin bukan jalannya..kami kaum perempuan lagi rela hidup single drpd dapat layanan separuh hati drpd pasangan!

    ReplyDelete
  18. As salam....saya antara gay yg mula.menaip key words " tips perkahwinan untuk gay"...dan terjumpa blog ini. Sungguh seronok baca dari sekaum yang memahami. At least saya tahu saya tidak keseorangan menghadapi melawan nafsu ini.

    Saya rasa saya 80% nafsu kepda lelaki dan hanya 20% terhdap wanita. bayangkan saya kene pupuk percentage yg kecil ini untuk menyukai wanita...susah tersangat susah. Saya pernah cuba dan wanita yg saya cuba mmg jatuh cinta dgn saya, tapi bila sampai di tgh jalan, saya lihat cermin, saya rasa mereka deserve a better man.....yg str8 dan nfsu 100% kepada mereka. Alangkah sedihnya.bila membaca di wall FB wanita tersebut akibay kecewa dgn saya yg mendiamkan diri secaratiba tiba....di maybe ingat saya bersuka ria tapi dia x paham saya lagi sedih dari dia sb saya rasa saya dah memberi harapan dan mempwrmainkan perasaan dia....I am sorry dear...

    Saya takut batang tak naik di malam perkahwinan. Ya foreplay bole.buat sampai basah bawah tu, oral sex bole buat but batang nak naik camna?....Pernah terpikir nak guna viagra but sampai bila.nak guna ubat? Adoi.....

    Saya sudah 35 ke atas , kerja stabil , harta ada....tapi suri hati tiada. Saya tidak mempunyai kekasih lelaki kerana saya tahu mereka tidak setia dan hanya mahu melempiaskan nafsu sahaja ( majoriti lah ), jadi saya tidak membuka hati kepada yg cuba nak couple dgn saya. It is just sex dan saya play with cautious dan protection kerana tidak mahu dapat penyakit. Selalunya saya bagi mereka hisap saya sahaja dan xde main heavy.

    Adik adik dah ada anak tapi aku?....Ada terbayang zaman tua yg sunyi tapi bnyk je jumpa gay yg. kahwin dan hidup mereka happy cuma mereka menjauhkan diri dari keluarga akibat tekanan dan rasa terpinggir tidak beristeri dan beranak. Jadi mereka.membawa diri sunyi dan hiburkan dgn aktiviti tersendiri sepwrti persatian, yravelling...dll.

    Aku terpikir unk jdi jujur dgn diri sendiri tetapi pada masa yg sama.desakan society yg tak faham.membuatkn aku dilema....

    Aku masih mencari kekuatan...aku buntu....rasanya lebih baik jujur...honest is the best policy...hidup sebatang kara....terpikir nak cari anak yatim.piatu unk aku kahwin dan aku akan berusaha unk jadi lelaki terbaik dgn harapan dia sanggup bersama aku ( alsan sb dia xde tempat lain bergantung)....tapi klau tuhan temukan..aku rela berkahwin dan berubah tetpi perlukan gdis yg sanggup setia dgn aku

    ReplyDelete
  19. Saya ada kawan. Dia gay. dia baru je kawin. dan sekarang dia rasa tertekan hari2 stress sbb dia rasa diri dia jahat sangat pada isteri dia sebab tak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai suami. tak dapat memberi nafkah batin pada isteri dia. isteri dia tak tau perkara ini. dia ingat lepa kawin dia dapat berubah. tapi sangat sukar walaupun dia dh tinggalkan semua benda lama yang dia pernah buat dulu. perasaan dalam dan naluri dia tetap sama. he's battling his inner self and it is hard.

    dan sekarang dia rasa macam nak berpisah kerana dia dah tak sanggup nak menaggung perasaan bersalah, depressed dan dia tak mahu terus lagi menipu isteri dia. dia rasakan kalau lagi lama dia simpan dia takut isteri dia akan lagi terluka kalau dapat tau kemudian.

    perempuan berkahwin sebab nakkan zuriat. tapi macam mana sekarang? sekarang masalah ni dah effect kehidupan kawan saya tu. dah terganggu kerja, tak lalu nak makan dah tak ada semangat. kalau nak nasihat kat dia senanglah cakap "sabar" "teruskan lagi cuba" tapi dia yang terseksa.. saya kasihan tengok dia.. tak tau apa lagi yang boleh dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..
      Sekadar ingin berkongsi pengalaman selepas berkahwin. Tujuan kita berkahwin ialah untuk membina keluarga, ada rasa tanggungjawab pada isteri dan sebagai nya. Jadi kena la usaha ke arah itu dah tinggalkan benda2 lain yang menjadi penghalang kepada apa yang kita hendak capai dalam perkahwinan itu. Selalulah beringat yang kita hidup di muka bumi ini atas 2 sebab: 1) Menyembah Allah s.w.t dan mengEsakanNya 2) Menjadi Khalifah di muka bumi. Dan sentiasa tanam dalam diri untuk tingkatkan ketakwaaan kita kepada Allah s.w.t yang mana setiap hari jumaat khatib akan selalu peringatkan kita dalam khutbah nya. Kalau boleh senaraikan semua faktor yang boleh menyumbang untuk kita melakukan maksiat atau dosa di belakang isteri. Senaraikan faktor-faktor tersebut dan cuba untuk beri cara bagaimana hendak elakkan atau hindarkan dari mendekati faktor-faktor tersebut. Contoh: kalau sebelum ini kita melayan chat dalam channel yang tidak sepatutnye -- cuba uninstall chat, apps dalam phone yang boleh menyumbang ke arah itu. Gantikan dengan apps lain yang berunsur ceramah atau tarbiah yang boleh memandu kita untuk sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t. Selepas itu, cuba listkan semua aktiviti yang dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Eg. solat berjemaah bersama isteri, bertalaqi bersama isteri. Ilmu agama ini luas, jika perlu berguru, carilah ustaz atau ustazah yang dapat membimbing. Semua usaha meningkatkan ketakwaan ini dipandang tinggi oleh Allah s.w.t dan jika kita ikhlas ingin berubah, InshaAllah akan dipermudahkan urusan kita. Cuba dan cuba istiqamah. Saya terkadang juga terpedaya dengan godaan tetapi jangan berputus asa kerana kalau kita yakin dan berusaha untuk dekatkan diri kita semula, InshaAllah.. Wallahualam

      Delete
  20. Assalamualaikum,

    Pertama sekali selamat menyambut tahun baru 2019. Semoga 2019 memberi seribu makna buat kita dalam usaha untuk terus berubah dan mendekatkan diri dengan Allah. Amin.

    Aku dah lama jadi pembaca pasif di blog ini. Rasa tidak berseorangan bila baca semua entry dan komen disini sbb aku juga mengalami nasib yang sama (bernafsu songsang).

    Bernafsu songsang dan perkahwinan memang dilema utk org mcm kita. Nak kawin, tapi kita risau kalau kita tak mampu lunaskan tanggungjawab terhadap isteri. Sebab nafsu syawat tu tak boleh dipaksa. Kalau nafsu songsang memang bernafsu hanya dengan lelaki je la.

    Tapi bila fikir balik tak akan kita nak hidup sendiri sampai tua? Sampai bila nak hidup mcm ni?. Hubungan dgn sejenis pun xkan kemana.

    Depress kejap, macam tak ada jalan keluar. Kadang aku fikir kalau jadi gay itu berdosa kenapa Allah anugerahkan gay tu pada aku? Aku tak kuat dengan ujian ni. Entah berapa kali aku menangis sampai bengkak mata ni. Besar betul ujian Allah bagi.

    Family dah byk kali tanya bila nak kawin. Sampaikan aku da xda jawapan nak bagi. Adik2 aku yang muda mudi pon dah kawin. Aku je yg masih lagi mcm ni.

    Sekarang usia pon da meningkat, rambut pun dah ada yang memutih. Tapi tak kkawin lagi. Aura sunyi tu da banyak kali menerpa. Tengok anak buah terasa nak ada anak sendiri. Tapi apa kan daya.

    Aku doakan semoga semua yang membaca di entry ini sentiasa diberkati Allah dan berada dibawah payungan kasih sayang-Nya. Doakan aku semoga bertemu jodoh dan kembali ke jalan yang benar dan diredhai Allah.

    AMIN. WASALAM.

    ReplyDelete
  21. semoga Allah swt membantu kita semua menempuhi ujian dan dugaan yang sangat berat ini, InsyaAllah

    ReplyDelete
  22. Ok setelah apa yg sya baca kat atas2 ni..
    Saya seorang lelaki plu yang berkahwin..
    Usia perkahwinan saya baru berusia 7 bulan.
    Sy kahwin atas dasar ingin berubah dan memulakan hidup baru sama seperti org lain.. ingin ada keluarga dan mahu ubah cara hidup normal seperti orang lain..
    Pada mulanya saya tidak bercadang untuk berkahwin pada usia muda macam sekarang. Sy berusia 24 tahun. Alhamdulillah sy sudah mempunyai pekerjaan yg tetap..
    Sama macam org di atas katakan.. saya membuat keputusan untuk berkahwin atas dasar kawan2 semua dah kahwinn. Seronok tengok org lain ada anak.. family2 yang sering bertanya.. kebnayakan sepupu2 sy kahwin awal.. jadi sy menjadi perbandingann.. adat dalam masyarakat melayu.. ok
    Sy telah diperkenalkan oleh rakan sekerja dengan seorang wanita pada mulanya.. dan sy pun just mula2 tu ingat kawan2 je laa.. but then selepas tu.. things macam get serius..
    Macam org2 normal beecinta.. main wasap.. call otp.. im trying and masa tu macam ok i can do it.. i can change my life.. i can try to be a normal like the others.. sampai la satu masa budak perempuan ni cakap suruh jumpa mak ayah dya untuk kawan dgn dya.. aku pun macam cuak dan fikir jap.. apakah semua benda ni betul2 dah jadi serius?? Aku takut.. jujur aku katakan.. aku pun tidaklah alim.. tapi aku tunaikan tanggungjawab aku sebagai islam.. aku solat dan jarang aku tinggal solat.. selalu mungkin kalau aku terlepas solat sbb tertido dan aku qada balik.. aku tahu benda ini salah.. benda ini dilaknat.. dan ini bukan pertama kali aku cuba berubah.. sudah bnyak kali aku melakukan taubat nasuha dan akhirnya aku tak dapat nak melawan perasaan atau naluri yang ada dalam diri yang lahir ini... Berat ya Allah...aku bukan jenis plu yang sering mencari untuk ingin puaskan seks.. aku cuma nak ada seseorang yang melayani aku sebagaimana kekasih.. macam laki pompuan.. macam tu laa.. tapi bezanya adalah dari seorang lelaki..

    ReplyDelete
  23. Berbalik kepada kisah td..
    Selepas berjumpa dengan mak ayah dya.. mak ayah dya berpesan.. kamu berdua berkawan lah elok2.. Usia perkenalan kami amat singkat dan kami tidak bercinta.. Sebelum berkahwin aku memang betul2 mencari jalan dan jawapan.. apakah betul yang aku buat.. ??
    Selepas 6 bulan perkenalan kami pun bertunang..
    Dalam tempoh bertunang inilah lagi kuat aku berusaha mencari jalan hidup.
    Aku buat bnyak solat sunat untuk mencari jawapan..
    Solat hajat..
    Bangun malamm..
    Istikharah selama seminggu dan dalam tempoh itu aku bermimpi aku berkahwin..
    Dan nama perempuan itu hadir dalam mimpi seterusnya..

    Dengan jawapan istikharah itulah yang menjadi pegangan buat aku yang ini adalah jalan yang betul yang aku pilih..
    Semuanya berjalan dengan mudah. Seolah olah ianya memang takdir yang dah menntukan.. dari segi persiapan nak kenduri.. persiapan barang.. persiapan sedara mara dan masa.. seolah olah telah dirancang.. dengan perkara itu jugalah yang membuatkan aku yakin..

    ReplyDelete
  24. Selepas sebulan selepas itu kami pun berkahwin ijab kabul dengan satu lafaz dalam tenpoh 7 bulan perkenalan.
    Majlis kahwin semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah..
    Jujur aku ceritakan malam pertama ku cuak dan gelabah.. mmg x dapat nak naik..
    Aku just puaskan isteri dengan role play..
    Esoknya aku cuba makan ubat..
    Dan ia menjadi walaupun aku dalam hati ni.. dalam hati ni Allah sahaja yang tahu apa aku rasa..
    Aku pun masa tu dengan ada jugak rasa how it be to be a man yg buat benda2 tu semua..
    And berlaku la intercourse..

    Malam seterusmya pun aku bergantung kepada ubat..
    Tapi hati dan perasaan ni dah mula rasa lainn.. dan mula menjadi janggal dan kekok dalam perhubungan.. selepas sebulan.. makin pelik jadinyaa..
    Nak pegang2 peluk2 pun jadi kekok..
    Perasaan tefhadap isteri sekadar istrti dan bukan pada atas dasar cinta macam mula2 nak kahein dahulu..
    Dan another thing dya tup2 x datang period and prgnant..
    Aku macam tak percaya be da ni.. ada jugak terfikir Allah bagi rezeki pada aku.. rezeki anak yang semua orang dalam hubungan suami isteri dambakan.. perasaan sayang pada isteri memamg aku ada.. sayang sebagai seorang isteri dan insan.. tetapi jika masuk dalam bab dalam bilik.. selepas pada itu aku bnyak menolak.. aku jadi seperti tiada perassan untuk bersama isteri.. macam isteri pegang2 pun aku jadi macam x bolehh.. knp aku jadi macam ni..
    Aku nangis sorang2.. aku bnyak diamm.. aku x bnyak bercakap.. aku boleh dikatakan berubah 360 dari hidup aku yang sebelumnya.. kawan2 tempat kerja.. semua mengatakan aku seperti bnyak termenung dan mengelamun..
    Yes mmg aku jadi begitu. Aku seperti tiada semangat dalam hidup aku yang berjalan wakti demi waktu.
    Aku rasa seperti aku ingin bersendirian.. sering aku singgah di pantai dan menangis memikirkan nasib hidup aku..
    Aku ada terfikir sampai tahap cerai..
    Tapi bila difikirkan balik..patutkah alu buat begitu?
    Mak ayah dia.. family dia semua baik pada aku.. aku juga ingin menjaga perasaan dan maruah diorang.. sama macam maruah mak ayah aku..
    Ada aku terfikir sehingga jika ajal aku ingin sampai.. aku redha sebab aku tak sanggup untuk kecewakan mak ayah aku dan mak ayah mertua aku.. jika aku bercerai dan berlaku perkara seumpamanya.. aku juga terfikir baby dalam kandungan isteriku.. jika berlaku cerai alangkah kesiannya dia membesar tnpa ayah.. ada jugak aku mengadu pada rakan plu.. ada yang cakap kesian tengok kau macam ni.. dah x macam duku.. tak ceria.. dah tak seperti diri aku yang lama.. aku pun cakap pasal cerai dan dya memberi pendapat bahawa bnyak orang kat kuar sana yang bercerai tapi masih dapat mendidik anak2 sengan baik.. yes you are that cerai dengan wife.. tapi u still boleh pergi jumpa anak.. jaga anak.. nfkah anak2.. ypu boleh afford semua tu.. cuma bezanya u x tinggal sekali demfan wife u.. bukan kehendak tapi terpaksa untuk menjaga hati isteri dan dya layak bahgia..
    Kepada kaum hawa yang membaca perkara ini.. saya menyusun jari memohon maaf jika luahan sy ini ada yang terguris di hati anda semua.. anda layan untuk bahagia.. maaflah insan dan org yang macam sy yang telah melakukan silap..
    Saya sekarang suda4 bulan tidak bersama isteri atas alasan dia mengandung..
    Sy x mampu Ya Allahh.. tak tahulah apa nak jadi selepas ini..
    Dari segi zahir sy insyalah sy boleh jaga.. tapi dati segi batin.. sy juga terseksa...
    Tatkala dia demam dan morning sickness saya masakkan untuk dya makan semua.. tapi saya x mampu untuk bersama dgn diaa.. ampunilah hmba.
    Aku jadi seolah2 hidup ni tiada makna..
    Doakan jalan yang terbaik buat saya..
    Yang mana boleh manjadi kebaikan buat semua.. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada beberapa persoalan berkenaan lelaki gay yg ingin berkahwin dan berubah, kalau saudara masih membaca komen ni, mohon jasa baik saudara utk PM email saudara di dearie6990@gmail.com. Mohon jasa baik sgt2. Saya perlukan pertolongan dan pandangan ����

      Delete
  25. aku rasa ada hikmah untuk hidup aku n golongan orang macam aku ni. kadang jadi dilema. takut. takut tak mampu beri kebahagiaan sepenuhnya kpd perempuan (isteri) macam lelaki normal boleh bagi. bila dah takda perasaan sayang ni mesti banyak benda terlepas pandang dalam perhubungan.

    So aku pilih untuk tidak berkahwin. fokus kepada diri , family dan kerjaya.

    Cuma... benda yang merimaskan bila di tempat kerja dengan kelompok ramai. orang asyik bertanya kena tak kahwin? tak nak kahwin ka? bila nak kahwin? kadang soalan macam ni buat aku menangis seorang diri. Orang tak tahu dugaan kita. Harap aku kuat jalani hidup2 aku. Ameen.

    ReplyDelete
  26. call atau whatsap saya, Awangku, 0109210958 utk hamba Allah yang di uji naluri begini. tujuan saya utk kebaikan dan sama2 cari ikhtiar utk ujian sebegini. xnak ckp byk, jiwa anda sakit, anda perlu pertolongan.

    ReplyDelete