Wednesday 7 March 2012

Dia Bukan Untukku


Setiap orang mengimpikan kebahagian dalam hidup. Setiap manusia ingin hidup berpasangan seupaya dapat dijadikan teman dan berkongsi keceriaan. Cinta kadang-kadang berputik tanpa kita sedari. Sedar-sedar kita mempunyai perasaan sayang kepada seseorang individu. Dalam masa yang sama, cinta itu hadir, dan kita mula bermain-main dengan perasaan, melayan lamunan dan angan-angan. Kisah ini aku alami di tahun pertama pengajian masterku di salah sebuah IPTA di Malaysia.
Aku: Awak boleh tolong saya tak?
Dia : Tolong apa? Kalau berkaitan bidang saya boleh saya tolong.
Aku: Ni ha... boleh editkan peta untuk dimasukkan ke dalam satu journal tak?
Dia: Ooooooh... boleh. Bila nak?
Aku: minggu depan boleh?
Dia: Boleh.. aku cuba. Dah siap aku email kat ko.
Tanpa sedar, bibit-bibit perkenalan antara aku dan dia mencadi semakin rapat. Sebenarnya aku dah kenal dia sejak dari 4 tahun yang lalu, sejak kita orang buat degree lagi. Tapi, aku jarang bercakap dengan dia sebab dalam banyak-banyak lab dan group assingment, aku jarang dapat berada dalam satu group dengan dia. Aku dan dia mula menjadi rapat bila kami menyambung pengajian peringkat master. Tambahan pula, aku dan dia di bawah supervisor yang sama. Aku baru terasa satu perasaan yang lain bila aku berkenalan dengan dia. Rasa bodoh kerana tak berdindak dari dulu (ushar dia sejak semester 1 degree). Dah last-last minit, baru terhegeh-hegeh usha dia. Ummmmm....
Dalam masa yang sama, aku selalu mencari peluang untuk menerangkan isi hati. Bila ada peluang bercakap dengan dia, lidah menjadi kelu bila berhasrat nak beritahu isi hati. Terus, menukar topik perbualan kepada benda yang lain. Bukan apa, rasa malu nak bercakap macam tu je. Ya..lah, dia merupakan soarang wanita bertudung labuh, pakai stoking, dan berbaju kancing di lengan. Kata orang "wanita muslimah". Aku pulak, tak pernah keluar berdua-duaan dengan perempuan. Bukan tak mahu keluar, tapi hal-hal perhubungan lelaki dan perempuan ni sangat-sangat aku titik beratkan. Takut timbul fitnah atau cerita-cerita tak elok. Sebab, dalamfikiran kita ni selalu memikirkan apa yang orang di sekitar fikir tentang kita. Boleh dikatakan dia antara wanita yang aku suka dan jatuh hati. Betul, dia mempunyai rupa paras yang agak cantik, tetapi itu bukan sebab utama aku pilih dia. Sebab utama adalah kerana penampilan dan perwatakan dia. Aku ni susah nak jatuh hati pada wanita, dan kalau aku dah suka, memang susah nak lupa pada seseorang.
Disebabkan beberapa misi percubaan untuk menerangkan isi hati gagal, aku menghantar satu email lamaran. Aku tak tahu sama ada dia sudah mempunyai seseorang dihatinya atau sudah bertunang. Oleh itu aku menyatakan hasrat hatiku dan menerima apa sahaja keputusannya oleh kerana aku tidak mengetahui status dirinya yang sebenar. Apa pun yang berlaku selepas itu, aku menyatakan kepadanya aku terima dan kita kekal berkawan. Selepas beberapa hari kemudian, dia membalas email tersebut dan menyatakan dia sudah mempunyai seseorang. Pada ketika itu, hati aku luruh dan mula rasa menyesal kerana lambat bertindak. Aku terima qada dan qadarnya. Dia seorang yang baik dan aku terlepas seorang wanita yang baik (pada pandangan aku).
Sambil berduka terus aku membelek sebuah mushaf Al-Quran. Aku membuka Surah An-Nur dan pembacaanku terhenti pada ayat ke-26.
Sambil aku meneliti terjemahan ayat tersebut, air mata jatuh bercucuran mengenangkan amalan yang aku lakukan. Aku mulai sedar, jodoh aku mungkin bukan dengan dia. Aku bukan lelaki yang baik. Mungkin Allah nak pelihara dia dan berikan dia seorang lelaki yang lebih baik daripada aku. Aku mula menjadi takut sebab takut mendapat jodoh seorang perempuan yang keji. Aku beristirfar dan mohon agar Allah ampunkan dosa-dosa aku yang lalu.
Selang beberapa ketika, dia bertunang dengan lelaki tersebut. Beberapa bulan kemudian, lelaki bertuah tersebut melangsungkan perkahwinan dengan si dia. Aku menerima kad jemputan daripadanya dan menyatakan "Insya-Allah" akan hadir sambil aku titipkan juga doa untuk pengantin "Barokallah....." dalam facebook. Tapi, aku tak dapat datang disebabkan pertamanya mempunyai masalah kekangan kewangan kerana dia melangsungkan perkahwinan jauh daripada tempat kami belajar. Keduanya aku rasa berat untuk dan "rasa tak sanggup" nak melihat melihat mereka di atas pelamin. Walau apa pun aku mengucapkan tahniah kepada mereka dan mudah-mudahan mereka bercinta sampai ke syurga. Amin.
Kadang-kadang, apa yang kita impikan bukan semuanya kita dapat. Kadang-kadang, apa yang kita minta bukan sentiasa diberi sekelip mata. Ada kalanya kita minta perkara lain, Allah beri perkara yang lain. Ada kalanya kita minta agar ditunaikan sekarang, tetapi Allah tunaikan 10 tahun akan datang. Sentiasalah minta dengan Allah tanpa jemu, mudah-mudahan suatu hari nanti Allah makbul dan perkenankan doa kita. Aku mula mengubah diri dan ingin menjadi baik. Tetapi nak jadi baik bukan mudah. Jalan mujahadah nafsu penuh berliku dan berduri . Seringkali dalam perjalanan, kaki tercucuk "duri" dan "dawai kawad besi yang tajam" dan menyebabkan perjalanan terhenti dan motivasi menurun. Hanya solat dan puasa sunat yang menjadi terapi diri untuk bertahan. Nak bermujahadah menjadi baik memerlukan masa bertahun-tahun, tapi nak jadi jahat, sekelip mata je.
Akal fikiran mula terfikir, bagaimana kita ingin mengimpikan wanita yang baik, kalau kita sendiri "jahat"?. Bagaimana kita menilai seseorang wanita itu "buruk" sedangkan kita menilai hanya dari luaran?. Bagaimana kita tahu kita "baik" pada mata kaca kita, bagaimana pula akhlak kita pada pandangan Allah?. Aku mula sedar sudah tiba masanya aku mengemudi bahtera kehidupan ini dengan berpandukan kompas iman, bukan nafsu. Tetapi, aku sangat memerlukan sedikit kekuatan daripada-Mu ya Allah. Aku sedar tahap indeks prestasi akhlakku ya Allah. Rasa malu dan menyesal menyelubungi diri kalau-kalau aku "dijemput" secara mengejut menemui-Mu. "Dia Bukan Untukku", itulah qada dan qadar Engkau.

4 comments:

  1. Aku rasa istilah biseksual itu 'kasar' sedikit sebab dari pandangan umum masyarakat, pada pandangan aku biseksual bermaksud seseorang yang melakukan hubungan intim atau seks dengan lelaki dan perempuan. Aku kira, semua orang nakkan pasangan dalam hidup, nak mempunyai anak, dan nak ada keluarga sendiri. Itu fitrah semulajadi manusia untuk hidup berkasih sayang dan bermesra. Aku mempunyai perasaan suka pada perempuan tapi dalam masa yang sama ada naluri sukakan lelaki dalam diri (ini sesuatu ujian yang hebat buat aku).Perasaan sukakan lelaki lebih daripada perempuan. Tetapi, aku tidak pernah melakukan hubungan seksual dengan mana-mana lelaki kerana aku tahu ia perkara yang salah. Aku teringin sekali bercinta dan mempunyai bf, tetapi tak boleh layan kehendak itu sebab bercanggah dengan Islam. Kalau kau maksudkan istilah biseksual itu hanya suka lelaki dan perempuan, jawapannya ya. Begitu juga bila kita melabel seseorang itu gay. Aku kurang bersetuju kalau kita katakan dia gay jika sekadar dia suka pada lelaki. Sedangkan pada hakikatnya, dia hanya mempunyai naluri sukakan lelaki (mengalami krisis kecelaruan identiti), dalam kehidupannya, jauh sekali menyerupai corak kehidupan seorang gay. Cuma aku rasa kita kena ada tahap atau kategori teruk mana seseorang itu, barulah kita boleh kategorikan dia adalah gay.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Mungkin juga ad yg meminati kau tp dia x berani untuk meluahkan. Bagaimana jika seorang lelaki meluahkan perasaan pd kau yg dia meminati dan sayang pada kau? Mesti kau akan tolak bukan? Tp disebabkan kau dahagakan kasih kau asyik memikirkan tentang lelaki itu dan akhirnya timbul pula perasaan sayang kau padanya. Apakah tindakan kau? Inilah yang terjadi pada aku. Aq menjaga batasku. Aku menjaga mindaku. Aku menjaga nafsuku. Namun dtg dugaan ini. Sehingga sekarang lelaki ini sentiasa bermain si mindaku dan rasa sayang itu juga timbul pada masa sama. Aku tidak berasa terkilan terhadap perasaan ini kerana aku tahu dia juga sayang padaku. Namun aku enggang untuk melafazkan apa apa kata cinta. Perkara ini sangat membingungkan diriku kerana secara teknikalnya perasaan aku itu 'berbalas' . Aku juga rasa sungguh berdosa kerana batasan agama yg aku pegang erat. Sakit. Memang sakit. Menyayanginya aku menangis kerana aku lagi sayangkan Tuhanku. Membencinya juga aku menangis kerana mana mungkin aku menipu perasaanku ini.

    Ya Allah sesungguhnya jika ini yang Engkau mahu aku rasakan dan tempuhi, aku redha sepenuh hatiku.

    ReplyDelete