Saturday 10 November 2012

Naluri Songsang: Suratan Atau Kebetulan

 
[sumber gambar: di sini]
 
Tiada siapa pun di dunia ini yang mengimpikan dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna, cacat, hodoh atau mempunyai krisis kecelaruan identiti. Semuanya inginkan sempurna. Perfect!!!!......Perfect di mata manusia yang lain. Sememangnya kita telah diciptakan dengan sesempurna mungkin sebab hanya manusia yang mempunyai akal, makhluk lain tidak. Tapi, kita hanya memikirkan kesempurnaan dari kaca mata manusia, tanpa kita hiraukan adakah kita perfect di mata Allah........
 
Bila kita melihat seseorang lelaki yang lain, atau seorang artis lelaki yang kacak....seringkali terlintas difikiran kita, mengapa aku bukan dia, mengapa aku tidak dilahirkan setampan dan sekacak dia, kan best kalau aku macam tu, mesti jadi populor, mesti ramai perempuan minat kat aku.....Itu mungkin antara lintasan-lintasan fikiran yang sentiasa bermain di benak fikiran kita.....Tambah pula bila kita diuji dengan naluri songsang. Bila melihat lelaki hensem atau kacak di depan mata kita, pasti terlintas difikiran kita.....bestnya aku dapat ko........bestnyer aku peluk ko.....bestnyer main dengan ko..........dan bermacam-macam lagi lintasan fikiran yang lain.......itu realiti.............
 
Krisis kecelaruan identiti ini bukan hanya dihadapi dan diuji kepada orang yang lemah agama, malah orang yang kuat agama juga tidak terlepas dari ujian ini.Sesiapa juga tidak terkecuali dari terpilih menghadapi ujian ini. Tapi persoalannya sekarang, macam mana nak menghadapi ujian ini? Macam mana nak jadi kuat dengan ujian ini? dan persoalan yang sebenarnya adalah bagaimana nak bermujahadah?
 
Bila mengimbau kembali kenangan dan pengalaman lepas, aku jadi malu pada diri sendiri. Malu pada yang Maha Pencipta atas dosa-dosa yang dilakukan. Walaupun tidak pernak terlanjur atau terlibat dalam aktiviti seks lucah atau songsang, sekurang-kurangnya, perasaan itu telah membawa kita ke lembah gelap, menatap bahan-bahan yang tidak sepatutnya atau menjalin hubungan 'mesra' dan 'berkasih-sayang' sesama jantina. Tidak dinafikan, kita terdedah kepada aktiviti songsang ini walaupun sedikit sebab naluri kita suka kepada benda-benda tu.

Sukar untuk aku menyatakan adakah aku menjadi individu yang mempunyai naluri songsang ini adalah pilihan aku sendiri atau ianya memang sudah ditakdirkan untuk aku begitu. Kalau aku yang ditakdirkan untuk dipilih antara ramai manusia di dunia ini, mengapa aku? mengapa tidak orang lain?
 
Setiap orang yang mempunyai naluri songsang ini datang dari pelbagai latar belakang dan sebab musabab yang berbeza-beza. Sukar untuk menyatakan ianya telah ditetapkan oleh Allah dari azali lagi...... Tapi apa yang perlu kita ingat adalah ini semua adalah ujian Allah.....Allah telah memilih kita untuk diuji di kalangan jutaan ummat manusia di dunia ini. Bersyukurlah kita kerana kita dipilih untuk diuji.........kerana Allah ingin melihat tahap keimanan kita. Kalau kita diuji, kemudian kita lemah dan alpa, seterusnya..........sampai ke satu tahap kita sedar akan kejahilan kita dan kita kembali ke landasan yang benar, maka syukurlah kerana Allah masih sayangkan kita. Kita berjaya dengan ujian itu walaupun kita jatuh terbungkang seketika.
 
Jika sekiranya kita diuji dan kita lemah dan terus leka dengan ujian itu, maka kita adalah golongan yang rugi di akhirat kelak. Ini kerana kita tidak peka dan tabah dengan ujian itu. Maka nasib malanglah kita di dunia dan malang itu di bawa ke akhirat dan penyiksaannya nanti juga cukup dasyat................
 
Nafsu songsang ini sebenarnya adalah sebuah entiti yang hidup dalam diri kita. Ia hidup bersama kita dan sangat bertindak balas dengan akhlak kita, persekitaran dan dengan siapa kita berkawan. Tetapi, secara umumnya, ia membesar dan berkembang bersama-sama umur kita. Semakin berumur kita, semakin sukar untuk mengawal naluri ini. Mungkin juga faktor ketidakseimbangan hormon tostestoren dan progesteron dalam badan. Ada juga yang mendakwa, naluri songsang ini adalah dipengaruhi oleh gen songsang dalam diri kita...Wallallahu Aklam......aku pun tak tahu. Itu orang yang buat penyelidikan dalam bidang seksologi atau seksualiti kena kaji. Mungkin ada benarnya........
 
Tapi kita kena ingat disebabkan naluri songsang ini sentiasa hidup, naluri ini boleh bertindak seperti transformer. Boleh bertukar dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Bergantung juga kepada pengalaman yang dihadapi oleh pembawa naluri songsang bermula dari dia kecil sehingga matang. Aku cakap macam tu sebab ada antara kita yang bernaluri songsang bila kena main/liwat masa kecik. Ada yang jadi songsang bila melihat perlakuan songsang. Ada yang masa sekolah menengah ok je mempunyai awek, tapi bila ke universiti mempunyai boy friend. Malah ada ramai yang biseksual.........
 
Memang susah nak tinggalkan kalau sesuatu yang kita suka. Kalau kita suka makan ayam KFC, setiap bulan kita mesti beli.........sebab apa? .....sebab sedap dimakan. Tapi macam mana kalau kita makan ayam KFC setiap hari? mesti jemu....Nak juga kita bertukar ke menu lain supaya tak jemu. Tapi kita tak boleh samakan nafsu makan dengan nafsu seks sebab nafsu makan ada banyak pilihan. Tak suka KFC, boleh tukar pizza, kenny rogers, A&W, Mc D, dan lain-lain. Naluri seks ini hanya ada beberapa pilihan je...lelaki atau perempuan. Tapi sebagai perumpamaan mudah, kita ambik nafsu makan je..... Kalau kita suka kat KFC, bila kita lalu depan restoren KFC,mesti terfikir di fikiran kita nak berhenti ke tak, kalau nak beli, nak makan apa........Kalau dah makan snack plate, esok mesti nak cuba KFC Pocket pulak, esok lusa mesti nak cube Zinger burger pulak. Bila dah makan rasa sedap, timbul satu kenikmatan dan akhirnya kita puas...... Macam tu lah jugak naluri seks kita. Mula-mula kita nak rasa bermesra-mesra dengan lelaki, nak bergurau senda.....sebab itu naluri kita. Lepas tu nak jumpa untuk ringan-ringan....lepas tu nak jumpa untuk berat-berat atau main. Lepas kita dah bosan dengan seseorang tu, kita mesti nak cari orang lain. Tak pun bila jumpa orang yang lebih selesa dengan kita, kita mesti nak tinggalkan orang yang dah kita main dan nak buat hubungan dengan orang lain pulak. Tapi, sampai bila semua nie akan berakhir....Sebenarnya ia tiada kesudahan...........
 
Nak tak nak kita kena terima ia sebagai satu ujian kepada kita............Nak tak nak kita kena tempuhinya juga.......Bersedia dengan soalan-soalan maut yang akan disembur oleh mulut kawan-kawan kita atau mulut ahli keluarga kita yang lain. Biarlah kita terus mendiamkan diri sahaja dengan naluri songsang ini...Ini adalah urusan kita dengan Allah....melainkan kita mampu dan kuat serta percaya untuk berkongsi masalah kita dengan orang lain di sekeliling kita.

Semuanya adalah persoalan tentang iman, takwa........Bolehkan ilmu,iman dan takwa yang ada dalam diri kita ini bergabung untuk bermujahadah....Persoalan pokoknya adalah kita cukup kuat untuk berjihad melawan nafsu?.....Tepuk dada tanya iman......Kalau lemah cari kekuatan, kalau kuat terus berterusan melawan.............
 
Pada aku, susah untuk menyatakan adakah itu satu suratan atau kebetulan. Tapi bagi seorang muslim, kita perlu sedar naluri ini adalah qada dan qadar Allah pada kita dan ia juga merupakan ujian kepada kita. Kuat dan tabah menghadapi ujian ini kerana kita diuji dengan sesuatu yang melanggar fitrah kejadian manusia. Kita diuji dengan penyakit ummat nabi Luth di era millineum.
 
Persoalannya adalah bukan surutan atau kebetulan, tapi sejauh mana iman dan ketakwaan kita....... Tidak guna kita hensem kalau akhlak kita tak awesome di mata Allah.

 
 

7 comments:

  1. Hakimi, ianya adalah suratan dan hanya mereka yang yang istimewa yang terpilih. Allah hanya menguji mereka yang mampu, bersabarlah...bertabahlah kerana kalau hakimi sabar dan tabah syurga jawapannya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Kak.
    Kimi yakin, bila kita selalu ingat Allah, Allah berganda2 akan ingat kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, now akak dah jadi your follower....yeah.

      Delete
  3. Assalamualaikum..
    Sahabat yg mulia, bersabarlah dlm menempuh ujian yg sgt berat ini.. jgn sskli brputus asa,,letaklah prgntungan spenuhnya kpd Allah.. Ingatlah, tatkala penderitaan mghempap dr, kita sbnrnya x brseorangan,, bahkan kita ada Allah yg maha melihat,pengasih, lg maha pengampun..kita jg ada Rasulullah yg sgt risaukn & rindukn ummatnya.. Sy critakan bbrp kisah dlm ayt yg mudah,,,Suatu hari, Allah mnyeru kpd Jibrail agr prgi kpd hmbanya utk mngirimkn sepucuk surat yg isinya adalah ujian,, Allah swt mngatakn kpd Jibrail bhwa betapa Dia rindu akn rintihan hmbanya kpdNya..
    Dlm kisah yg lain, Rasulullah pernh brtnya kpd para sahabatnya bhawa siapakah yg mulia dlm klgn ummt ku,, para sahabt mmberi plbgai jwpn, namun tiada yg sprt d mksudkn rasulullah.. Rasulullah lantas mnjwb, mereka yg dmaksudkn itu adalah ummatku yg hidup jauh dariku(x sezaman), x pernah melihatku,tp mreka sgt rindu padaku,, Rasulullah lantas mnangis hingga basah janggut bginda dan berkata 'aku sangat rindu pada mereka(ummat muhammad).. Wallhu 'alam..

    ReplyDelete
  4. aku pon bercinta sesama jantina..aku dh tekad dy yang pertama dan juga yg terakhir..lpas ni aku nak bertaubat..mgkin ambik masa, doakan aku..

    singgah blog aku sayamonsterr.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Naluri dan nafsu dua benda berbeza. Kalau setiap hari rasa nk puaskan diri dgn seks. Itu nafsu. Naluri pula lebih kepada kita nak kan kasih sayang dan belaian. Sama macam belaian ibu kita. Tpi kita nak belaian dri seorang lelaki. Itu lh naluri songsang. Kita tk pernah rasa nak main tapi cuma nak kan perhatian. Nak si dia ambik berat tentang kita. Ye memang naluri dan nafsu itu berbeza. Sangat berbeza... mungkin nafsu tu boleh berubah ubah tapi bukan naluri. Allah dah tetapkan naluri seseorang tu.. thanks sudi baca komen. Saya seorang yg dilahirkan bernaluri songsang...naluri bukan nafsu

    ReplyDelete
  6. Awak lelaki yg punya naluri sebgitu..tetapi saya perempuan juga punya naluri begitu...sejak kecil hinggalah skrg umur dah 24tahun..naluri ingin mencintai pd kaum sejenis saya..rasa sayang pd sejenis,rasa ingin protect mereka...hanya Allah saja yg tahu bagaimana nak kawal naluri macam ni..bila setiap masa berhadapan dengan naluri perasaan macam ni..doakan saya kuat mcm awak.

    ReplyDelete