Sebenarnya dari dulu lagi aku suka membaca dan melawat blog PLHIV. Membaca luahan hati mereka dan kadang-kadang meninggalkan komen terhadap post-post mereka. Komen bukan untuk mengkritik mereka, tapi untuk menyokong mereka. Sebab, rata-rata PLHIV yang mempunyai blog adalah mereka yang telah sedar siapa diri mereka dan mereka sedang bertarung menghadapi stigma-stigma masyarakat.
Masa cuti sempena raya haji baru baru ni, aku tidur di hospital beberapa hari kerana menemani ayah yang kurang sihat disebabkan lelah. Walaubagaimanapun keadaannya stabil, boleh berjalan seperti biasa, cuma pernafasannya sedikit bermasalah. Alhamdulillah, kesihatannya semakin stabil dan dibenarkan pulang. Cuma ada beberapa perkara yang sedikit sebanyak memberiku sedikit kejutan bila berada beberapa hari di wad tersebut.
Aku teman ayah aku kat hospital bermula dari dia masuk sehingga dia keluar. Aku duduk dikerusi bersebelahan ayahku dan berborak-borak kosong dengannya. Dihadapanku ada seorang tua yang mungkin pada aku sekitar 70-an umurnya. Dia ditemani oleh seorang cucu lelakinya. Dia agak tenang duduk di katilnya sambil minum dan tiada apa-apa yang berlaku. Bila dia hendak baring semula, tiba-tiba dia diserang sesak nafas. Cucunya mula memangkil doktor, dan doktor mula memberikan rawatan kecemasan bersama beberapa doktor pelatih. Masih segar dalam ingatan aku doktor tersebut memanggil-manggil nama pak cik tu supaya dia tersedar. Keadaaan menjadi riuh seketika. Beberapa alat pernafasan dan alat-alat bantuan lain dihantar ke katil pak cik tersebut bagi memulihkan keadaan.
Aku ingat, pak cik tu mula sesak nafas jam 11.30 pagi. Cucunya mula cemas dan menelefon keluarganya untuk memberitahu yang datukknya berada dalam keadaan kritikal. Doktor yang hadir mula bertambah ramai dan aku ingat ada dua doktor senior dan tiga doktor pelatih cuba memulihkan pernafasan pak cik tu dengan menekan-nekan dada pak cik tersebut. Doktor berusaha memulihkan keadaan pak cik tersebut sampai jam 1.00 petang. Keluarganya mula berkumpul dan bergilir-gilir melihat keadaan pak cik tu. Rupa-rupanya, pak cik tu dalam keadaan nazak. Jam 1.30 petang, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Hari kedua, aku melihat seorang isteri sedang mendukung anaknya mundar-mandir.Wajahnya agak resah dan kadang-kadang ibu mertuanya berada bersama memberi sokongan. Katil suaminya juga terletak berhadapan dengan katil ayahku. Keadaannya aku lihat agak kritikal. Badannya agak hitam dan jujur......hanya nampak rangka sahaja. Mukanya cengkung menyebabkan matanya seolah-olah sedikit terkeluar. Dia sangat kurus. Aku tidak tahu apa sebenarnya penyakitnya.
Tiba-tiba si isteri tadi meluru sambil tersesak-esak dan segera mendapatkan seorang doktor untuk melihat keadaan suaminya. Doktor datang dan tidak sampai hati untuk menekan dada pesakit tersebut untuk memberikan bantuan pernafasan. Ditakuti tulang rusuknya patah atau mendatangkan kecederaan yang lain. Si isteri hanya pasrah dan alat bantuan pernafsan disambung. Suaminya berada dalam keadaan nazak. Pelawat yang menunggu di wad tersebut mula mencapai surah yassin dan membacakannya di hadapan katil pesakit tersebut. Keadaan berlaku amat pantas.
Seorang mak cik yang sedang menjada anaknya di wad tersebut juga membaca yassin untuk pesakit tersebut. Apibila kembali ke tempat anaknya, aku mula bertanya mak cik tersebut apa penyakit lelaki itu.....Tiada jawapan yang pasti dari mak cik tersebut. Tapi apa yang aku ingat mak cik tersebut menyatakan bahawa nurse memberitahunya lelaki itu mendapat penyakit yang dia cari sendiri. Menurut mak cik tu lagi, emak lelaki tersebut menyatakan kepadanya anak-anaknya termasuk yang nie dah 4 orang mati muda-muda. Bila aku bertanya di mana kampung lelaki itu, mak cik tu menjawab " ......kampung tu memang ramai budak-budak tak elok". Aku faham apa yang dimaksudkan mak cik tersebut. Aku cuma mengagak bahawa lelaki tersebut mungkin mengidap HIV. Ketika si isteri memangkil doktor pun, doktor seolah-olah telah tahu keadaan lelaki tersebut melihatkan bantuan yang diberikan agak terhad dan 'simple' . Amat berbeza dengan rawatan yang diberikan kepada pak cik yang meninggal pada hari sebelumnya. Beberapa jam kemudian, lelaki itu menghembuskan nafas terakhir.....
Bila aku berada di hospital, aku terasa apabila melihat kematian di hadapan mata. Memikirkan nasib diri jika aku mati dalam keadaan yang sedemikian. Ramai sahaja orang Malaysia ni yang mati disebabkan HIV yang dijangkiti melalui perkongsian jarum suntikan (dadah). Tapi statistik HIV yang disebabkan oleh dadah mungkin relevan atau tinggi ketika tahun 90-an. Tapi kini tidak hairan jika ramai yang HIV disebabkan hubungan seksual antara lelaki dengan perempuan atau hubungan sejenis.
PLU sangat terdedah kepada HIV kalau tidak pandai menjaga diri. Bila mana nafsu menguasai diri, keseronokan akan diutamakan dan nikmat didahulukan. Tanpa disedari, nikmat itu hanya sementara dan kesengsaraan serta keabaikan akan menemani diri sepanjang hayat. AIDS mendapat pandangan yang negatif daripada masyarakat adalah bukan kerana penyakit AIDS itu sendiri.Tetapi ianya menjadi keaiban disebabkan penyakit ini datang/hadir disebabkan oleh amalan negatif yang diamalkan oleh pembawa virus ini.
Walau bagaimanapun, kita bukan tuhan untuk menghukum mereka. Ada sebab musabah yang menyebabkan mereka menghidapi penyakit ini kerana setiap orang sentiasa diuji. Ujian bagi setiap orang pula adalah berbeza-beza. Tabahlah menghadapi ujian ini.......
PLU juga diuji dengan naluri songsang. Bukan senang hidup dengan naluri ini. Semuanya memerlukan mujahadah yang tinggi. Hanya mampu berharap agar suatu hari nanti Allah hakiskan naluri ini dan tebalkan naluri lelaki sejati............
Suka membaca entri kamu .. secara kebetulan aku menjumpai nya .. keep up blogging ..maybe we can share something in future ..insyallah
ReplyDelete1st time kat sini .. x sengaja
ReplyDeleteTapi aku suka .. I gain some perspective of life here ,,keep writing ya ... salam ukhuwah :p
Terima kasih atas sokongan anda...
ReplyDeleteMudah-mudahan kita sama-sama berkongsi idea.
Baru saya faham tentang apa yang berlaku pada pesakit kedua bila baca tentang "Lipoatrophy".
Hakimi, akakpun sama suka baca blog PLHIV dan sangat suka bersahabat dgn najmi, azam sebab mereka menarik kami semua kembali ke jalan Allah. U too Kimi...
ReplyDelete