Dalam hidup seorang muslim, kita tidak boleh lari daripada mendirikan solat. Inilah ibadat yang selalu dan sering kita buat setiap hari. Kita berpuasa, tapi bukan setiap hari kecuali bulan Ramadhan. Kita mengeluarkan zakat, tetapi bukan setiap hari, tapi di hujung tahun. Kita melakukan ibadah haji, juga bukan setiap hari, tetapi hanya pada musim haji. Hanya solat sahaja ibadah yang paling kerap kita lakukan, paling tidak lima kali sehari. Ibadah inilah sebenarnya yang paling berat untuk kita lakukan dan mungkin juga ia merupakan satu 'beban' kepada kita bila mana kita tidak merasakan apa-apa kenikmatan dalam melakukan ibadah ini.
Sejahat-jahat manusia pun, dalam hidupnya pasti pernah solat. Tidak kira ianya berbentuk wajib atau sunat. Sejahat-jahat manusia pun, dalam hatinya, pasti ada sedekit rasa takut kepada pencipta bila mana kita hidup dalam keadaan bertuhan. Begitu juga dengan PLU atau gay yang lain. Sebanyak mana mereka 'main' pun, mereka tetap juga solat walaupun kadang-kadang lompang. Ya....sebab kita muslim....dan muslim itu amalan hariannya adalah solat lima waktu. Sukar untuk hidup dalam dunia konflik identiti ni sebab dalam masa kita mengamalkan ajaran agama kita, pada masa yang sama kita berkrisis dengan nafsu yang menentang fitrah kejadian manusia.
Aku akui, walaupun aku solat sejak kecil, namun ada kalanya aku juga tinggalkan solat. Sama ada secara sengaja atau tidak. Ketika graf iman kita melonjak naik, hati kita tenang, dan kita terasa dekat dengan-Nya. Namun, apabila graf iman menjunam dan menurun, di tambah pula nafsu sedang menggila, solat itu kita rasakan seolah-olah 'tidak mengapa' kalau ditinggalkan.
*******
Aku akui, walaupun aku solat sejak kecil, namun ada kalanya aku juga tinggalkan solat. Sama ada secara sengaja atau tidak. Ketika graf iman kita melonjak naik, hati kita tenang, dan kita terasa dekat dengan-Nya. Namun, apabila graf iman menjunam dan menurun, di tambah pula nafsu sedang menggila, solat itu kita rasakan seolah-olah 'tidak mengapa' kalau ditinggalkan.
Itulah resam kehidupan manusia. Ada kalanya iman kita di atas, ada kalanya iman kita dibawah. Ada kalanya baik kita mengatasi kebaikan malaikat, ada kalanya jahat kita melampaui kejahatan syaitan. Tetapi, apabila, sudah tersedar kesilapan kita, terus kita memohon ampun walaupun kebarangkalian kita melakukan kesalahan itu tetap ada dan tidak mustahil kita akan mengulangi kesilapan yang sama. Aku rasa, solat yang paling banyak dan paling liat dilakukan adalah solat subuh. Mungkin atas beberapa faktor (yang tidak dinyatakan), ia sangat mempengaruhi kita untuk tidak solat subuh.
Walau pun kita diuji dengan dengan naluri yang pelik ini, jangan sesekali kita tinggalkan solat kerana ia adalah benteng terakhir kita untuk terus kekal bertahan. Solat adalah pertahanan kita yang terakhir untuk mengelak kita daripada perkara yang fahsyar (keji) dan mungkar.
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan
dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan)
keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar
(keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu
kerjakan. [29:45]
Ada banyak orang agama membahaskan apa itu keji dan mungkar. Sebahagian pendapat menyatakan perkara keji itu adalah berkaitan kegagalan kita untuk mengawal nafsu syahwat, kemaluan kita. Manakala perkara mungkar adalah benda-benda selainnya yang mendatangkan dosa seperti mencuri dan lain-lain.
**********
Masa kehidupan di kampus pula suatu ketika dahulu, aku pernah ditolak oleh makmum untuk menjadi imam. Sebenarnya, aku tak suka menjadi imam disebabkan oleh pertamanya, kerana naluri songsang yang ada dalam diri. Aku merasakan aku manusia yang banyak dosa dan banyak tengok benda maksiat. Keduanya sebab rasa was-was yang selalu membelenggu kita. Selalu bermain di fikiran kita lupa bacaan surah, lupa rakaat dan lain-lain.
Aku rasa, aku masih bertahan sampai ke hari ini adalah kerana kesan daripada solat. Aku bertambah lemah sekarang. Saban hari nafsu melonjak-lonjak. Sering menghasut aku melakukan sesuatu yang melanggar fitrah manusia. Sentiasa membisikkan kejahatan dan sentiasa menyuruh melakukan perbuatan kaum nabi Luth. Aku hanya mampu untuk berdoa agar diberikan kekuatan untuk aku terus bertahan. Aku tak tahu sampai bila, tetapi aku hanya mampu berharap. Sering terlintas di dalam hati agar malaikat maut mencabut nyawa ini secepatnya kerana sudah tidak sanggup lagi untuk menanggung beban penyeksaan naluri ini. Tetapi, bila difikirkan balik, dunia hanya sementara, akhirat itu kehidupan yang kekal. Dunia tempat untuk membawa bekalan, tetapi belakannya belum mencukupi untuk dibawa mengembara ke alam akhirat. Malah tiba-tiba terasa takut pula untuk menghadapi malaikat maut bila memikirkan dosa lebih banyak dari pahala.
Antara cabaran yang besar juga bila bersolat secara berjemaah adalah bila dalam jemaah itu ada lelaki yang menghairahkan kita. Nak lari tempat lain, atau nak solat sebelah kawasan muslimat tak boleh......hehe....Terpaksa juga lah solat kat situ. Tapi yang boleh dilakukan adalah elakkan untuk solat di belakang dia atau berhampiran dia. Cari tempat yang paling jauh dan kurangkan pandang jemaah yang lain...Itu je yang mampu dilakukan.
********
Masa aku menunggu ayah sakit di hospital tempoh hari, aku sengaja untuk tidak pulang ke rumah tetapi hanya pulang untuk mandi dan berehat sejam dua di rumah. Selebihnya, sengaja dihabiskan di hospital. Sebabnya..........aku nak solat dengan ayah aku. Kalau di rumah, mungkin tak dapat nak solat dengan dia, sebab solat berjemaah ni bukan menjadi amalan rutin harian sejak dari kecil. Kalau ibu bapa yang menjaga ahli keluarganya dari kecil dengan sentiasa solat berjemaah setiap hari, aku rasa kita akan rasa tak kekok. Tapi bila tak buat sejak dari kecil, ia jadi kekok. Kita mampu solat berjemaah di surau atau masjid......tetapi mengapa tidak mampu untuk solat bersama-sama dengan ayah atau ahli keluarga kita?
Aku bersyukur sebab......
1.Sepanjang hidup aku, aku pernah solat berjemaah paling kurang bersama-sama ayah (bukan di surau atau masjid dan berdua).
2. Ayah pernah menjadi imam solat.
3. Aku pernah menjadi imam solat bersama ayah.
Inilah pengalaman paling manis aku sebagai seorang anak.
*******
Terasa diri macam hipokrit atau manusia yang bertopengkan syaitan sebab dari luaran nampak macam str8 yang beriman, tapi dalaman penuh confius dengan kecelaruan identiti. Dari luar nampak macam orang baik, tapi sebenarnya hati penuh maksiat.
Kalau solat itu dapat mencegah daripada perkara keji dan mungkar, mengapa aku masih lagi buat perkara keji dan mungkar? Aku rasa solat aku tidak berkualiti, solat aku mungkin ada kalanya sah, ada kalanya tak sah. Tetapi, persoalannya, adakah solat aku diterima?
Aku hanya mampu berdoa agar Allah kuatkan aku untuk tidak tersesat dalam membuat pilihan. Paling pentik, aku berdoa agar Allah sentiasa hindarkan dan lindungi aku daripada melakukan seks sejenis......... perkara yang paling aku takut.
Ya Allah, jangan sesatkan aku dari cahaya-Mu dan jangan jadikan aku manusia yang kufur dan fasik .........
Walaupun aku ada kalanya tidak bersetuju dengan pendapat orang agama yang memberikan hukum dengan tidak memahami apa sebenarnya yang dirasai oleh mereka yang diuji, tetapi pendapat mereka kita terima dan berlapang dada. Tetapi, ada juga orang agama yang sekarang ini mula berbincang dengan kumpulan sasaran dan mula memahami mereka secara dekat (contohnya PLHIV). Tetapi, mesti diingat, cara orang agama memberi teguran mesti berhikmah dan tidak mengaibkan sesiapa. Jawapan yang diberi mesti dalam kerangka yang lebih membina dalam nada membantu dan memberikan penyelesaian, bukan nada menghukum. Tetapi dalam hal-hal tertentu terutamanya melibatkan hukum, perlu lebih berkeras.
Walaupun aku ada kalanya tidak bersetuju dengan pendapat orang agama yang memberikan hukum dengan tidak memahami apa sebenarnya yang dirasai oleh mereka yang diuji, tetapi pendapat mereka kita terima dan berlapang dada. Tetapi, ada juga orang agama yang sekarang ini mula berbincang dengan kumpulan sasaran dan mula memahami mereka secara dekat (contohnya PLHIV). Tetapi, mesti diingat, cara orang agama memberi teguran mesti berhikmah dan tidak mengaibkan sesiapa. Jawapan yang diberi mesti dalam kerangka yang lebih membina dalam nada membantu dan memberikan penyelesaian, bukan nada menghukum. Tetapi dalam hal-hal tertentu terutamanya melibatkan hukum, perlu lebih berkeras.
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mendirikan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya
[Taha : 132 ]
Baru sempat datang ke sini...nanti saya cuba baca entry di sini ya...Sepintas lalu saya baca entry diatas mempunyai kesamaan dengan diri saya. Semoga Allah lindungi diri kita dari terus tergoda dengan godaan syaitan yang direjam itu...
ReplyDeleteMudah-mudahan mcm tu la.
DeleteAmin
Hakimi, nice entry...kalau busypun selalu update yer...tqvm for sharing
ReplyDeleteInsya-Allah....
DeleteYa Allah posting ni memang sebiji ngn diriku. Saya ingat saya keseorangan di dunia ini di alam sebegini dan mencuba utk keluar. Rupa2nya da juga yang lain. Moga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita! :)
ReplyDeletekamu tak berkeseorangan....
Deletekita diuji perkara yang sama..dan ramai lagi rakan-rakan kita diuji sama macam apa yang kamu rasa...
Mereka yang faham kita sangat memahami kita dan mereka ingin membantu kita....tapi mungkin tak tahu caranya...
Believe that, you are not alone. Although i am not posting the entries in this blog...you still not alone...because you have Allah.... the only power for our strength.
This comment has been removed by the author.
DeleteSmg kamu kuat mhadapi dugaan ini...
ReplyDelete