Wednesday 7 November 2012

Sesat Dalam Cahaya

 
[sumber gambar:di sini]
 
Hidayah itu milik Allah semata-mata.
 
Manusia hanya mampu memberi cahaya dan panduan kepada manusia. Sama ada dia hendak berada di jalan yang benar atau songsang adalah kehendak dia sendiri selain itu adalah kerja buat rahmat dan hidayah dari Allah.
 
Ada di antara kita yang mendapat didikan agama cukup sempurna dari kecil, ada yang mendapat didikan agama sederhana malah ada yang langsung tidak mendapat didikan agama yang secukupnya semenjak kecil. Ini berlaku kerana kegagalan ibu-bapa untuk mendidik. Ya....mendidik anak, bukan membela anak. Mendidik dan membela adalah dua perkara yang berbeza. Ramai ibu-bapa yang boleh membela anak, tapi sedikit sahaja yang boleh mendidik anak.
 
Ibu A:
Buka mulut....ibu nak suap.......nyam-nyam........makan kenyang-kenyang, lepas tu adik tido.....hehe...ibu boleh siapkan jualan kuih......Nah!!!!!!....masuk kepala dulu dalam buai....dah...dah.....tido....tido...........du....dudu..dudu....dudu...........(sambil ibu mencapai radio dan mendendangkan lagu gangnam style pada anaknya)
 
Ibu B:
Buka mulut dik.......sebelum tu sebut apa?......Ikut ibu.......Allahumma, ba riklana fima rosaktana....wakina, azabannar.........Aummm........sedap kan nasi ibu suap......Dah lepas makan sebut apa? Alahamdulillah.........Ok la adik....ibu nak buat kerja ni...adik tido dulu ya.....mari ibu ulitkan..........Ikut ibu sebut.....Bismikallah humma ahya waamut...dah pejam mata.... Laila.....haillallah...muhammadun rasullullah.....
 
Berapa ramai ibu yang yang boleh menjadi seperti ibu B. Jarang....sekali. Yang paling ramai adalah ibu A. Itulah perbezaan antara mendidik dan membela......Nampak macam sama tapi dari segi praktikalitinya berbeza......
 
Mengimbau kembali kenangan aku zaman mude-mude, kecik-kecik dulu.......Aku adalah antara anak yang paling nakal dalam keluarga aku. Tapi dalam masa yang sama aku adalah anak yang paling patuh pada suruhan agama. Seingat aku, umur 6 tahun, aku sudah boleh berpuasa penuh.......Anehnya, arahan berpuasa itu bukan suruhan ibu dan bapaku.....begitu juga sembahyang, umur 7 tahun aku tidak pernah tinggalkan solat 5 waktu dan solat dibuat tanpa arahan ayah dan ibu.......Hoyea.........
 
Masa zaman aku kecik-kecik dulu, di kampung biasanya bila umur 7 tahun, ibu bapa kan menghantar anak mereka kepada guru-guru Al-Quran untuk belajar mengaji. Biasanya kelas mengaji nie sebelah petang. Pada sebelah malam pula, ayahku sendiri akan mengajar mengaji. Cara ayahku mengajar agak garang kerana kalau surah tu kita baru baca atau beralih ke surah baru, akan diberi kemaafan kalau tidak tahu membaca. Tapi selepas 2-3 hari, masih lagi surah yang sama, siaplah ko..... kena rotan dengan lidi....sakit dan pasti menangis.....Kalau seminggu tu paling kurang 1 atau 2 kali kena rotan dengan lidi kat belakang sebab tak ingat mengaji. Zaman dulu sistem mengajarnya tak sama dengan sekarang......Dulu, bila mengaji dah start Al-Quran besar, sambil membaca surah pertama, sambil mengenal huruf, baris, sambil menghafaz. Semua digabungkan dalam satu. Sekarang lebih sistematik kerana mula dengan mengenal huruf, iqra dan lain-lain.
 
Masa kecik dulu, nak marah pada ayah pun ada juga sebab pukul semata-mata tak dapat membaca Al-Quran.....Kalau fikir balik, relaks ah !!!!!.......baru 7 tahun, ada banyak lagi masa nak baca dan mengenal Al-Quran. Takkan tak boleh baca Al-Quran pun nak rotan.....kejamnya........Lol.......Kalau tak silap aku mak aku pernah cerita kakak aku (sekarang dah arwah) terkencing kena rotan ngan lidi dengan ayah aku sewaktu mengaji sebab tak ingat baca Al-Quran...FFFFuh.......sampai macam tu sekali....nak tergelak pun ade....Tapi sekarang baru aku faham, kenapa ayah aku bertindak macam tu.....baru aku faham apa itu istilah didik, apa itu nilai beragama, apa itu akhlak yang baik..........Ye...dulu aku tak faham nie semua dan menanggap tindakan mereka keterlaluan........Aku silap....mereka sebenarnya bertindak dengan betul.......
 
Kalau ayah aku tak bertindak sedemikian sejak aku kecik......konfirm aku rasa sekarang aku jahil baca Al-Quran. Aku budak yang malas sembahyang. Malas hafaz ayat-ayat dalam solat. Mungkin aku tidak berperangai macam nie sekarang. Betul....masa kecik aku agak anti dan kurang rapat dengan ayah aku, tapi lebih rapat dengan mak. Tapi bila aku dah tua nie, aku lebih rapat dan selalu bersama ayah berbanding dengan mak.....Orang yang kita 'benci' dan 'tak suka' menjadi orang yang kita sangat suka dan sayangi. Sangat takut kehilangan mereka......
 
Aku akui, aku dibesarkan dalam suasana Islamik ketika kecil. Selalu pergi mengaji Al-Quran, pergi ke kelas fardhu air semasa kecil dan lain-lain. Bila masuk sekolah menengah pulak, masuk kelas aliran agama, walau pun sekolah tersebut sekolah harian biasa. Belajar subjek agama sama dengan subjek yang diambil oleh pelajar di sekolah agama walaupun hanya ada satu kelas sahaja dalam sekolah itu aliran agama........... ..
 
Allah betul-betul menjaga aku dengan memberikan didikan agama yang sempurna oleh ibu bapa dan dilencongkan dalam aliran agama walaupun sekarang bukan bergelar seorang ustaz. Bukan mengajar di pondok atau menjadi imam di masjid. Aku berada dalam persekitaran yang baik dan dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik sehingga berumur 18 tahun.....
 
Aku dapat mengesan aku pelik sejak aku sekolah rendah lagi. Tak tahu macam mana perasaan tu wujud.......perasaan tertarik pada jantina sejenis...dan perasaan itu sebenarnya adalah naluri songsang dan hidup bersama-sama aku sejak dari kecik. Aku tak tahu macam mana ianya hadir dalam diri aku. Tapi apa yang aku tahu, masa aku kecik mungkin 3-5 tahun, aku lebih gemar memakai pakaian perempuan. Eeeeiiii......aku jadi geli bila mak aku cerita masa aku kecik-kecik......Sebabnya aku tak lembut dan aku tak suka orang lembut. Aku str8 looking dan aku suka jadi lelaki. ....hehehe.... sebab lelaki tu hebat....hahaha...
 
Aku jadi begini mungkin juga didorong oleh abang saudaraku yang suka bermain dengan barangku ketika kecil. Biasalah budak budak.....Nakal......... umur 7/8 tahun bila bersama berkawan....suka pegang-pegang badan bergurau.......Aku sebenarnya tiada jawapan pasti apa sebenarnya penyebab yang menjadikan aku naluri abnormal. Penyebabnya aku rasa semuanya kabur........
 
Tapi
 
Kita kena ingat, naluri ini develop dan sentiasa berubah-ubah. Perubahan itu significant dengan umur kita dan ianya begitu bertindak balas dengan environment kita. Bila aku masuk matriks, perasaan tu ada, tapi tidak begitu merbahaya. Hormon aku masih terkawal.......lagipun tidak kenal lagi dunia internet (Komputer pun aku baru sentuh masa aku tingkatan 5).
 
Tapi perasaan ini sukar dikawal bila aku masuk ke universiti.............dan fasa inilah aku mula sesat dalam cahaya.............
 
 
 

6 comments:

  1. Hakimi, blog yg baik, perkongsian yang sgt telus, saya ingin bersahabat sgn anda, berkongsi kebesarab Allah

    ReplyDelete
  2. Saya pada awalnya agak berat untuk menulis entry yang sebegini dan dipaparkan pada umum. Takut ianya menimbulkan perspektif negative bagi mereka yang tidak memahami 'kelakuan' kami yang sebenar memandangkan mereka yang str8 akan memandang secara pandangan 'str8' mereka.
    Saya menulis kerana sampai suatu ketika, kita tidak mampu lagi mememdam 'rasa' ini dan kita perlukan seseorang untuk meluah dan berkongsi apa yang kita rasa.
    TQ atas sokongan akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakimi, setelah kenal Najmi akak baru faham perasaan lelaki yang di anugerahkan Allah menjadi GAY...Akak betul2 insaf dgn kejadian Allah kerana dulu akak di U ada kawan baik GAY yang akak rasa dia buat2 jadi gay...hari ini setelah bertahun dia pergi akak baru memahami hakikat sebenar apa itu gay...
      Berkongsilah dgn kami kerana akak yakin perkongsian itu akan membawa kita semua ke arah yang lebih baik.
      Akak bersahabat dgn Najmi, Hakimi membawa akak menjadi manusia yang lebuh memahami futrah n kebesaran Allah. Cuba teliti insan yang terpilih jadi gay tu...segak, berjaya, bergaya dan berbakat, bayangkan perasaan anda semua bila berhadapan dengan naluri songsang ini, perlu kekuatan iman dan ketabahan yang berganda dari orang biasa, berjihad melawan nafsu, akak hanya mampu berdoa byk2 pd Allah untuk anda semua. Nak follow blog macam mana ye hakimi?

      Delete
    2. Mempunyai naluri songsang bukan pilihan kita Kak. Tapi nak menjalani kehidupan sebagai 'gay', itu memang pilihan kita. Kalau kita 'raikan' naluri tu, memang kita akan cari bf dan buat perkara yang naluri kita suka (hubungan intim)dengan pasangan kita. Kimi ada ramai kenalan secara maya yang sama2 berkongsi masalah dan sama2 saling bertaut antara satu sama lain sebab kami perlukan sokongan untuk terus kuat.
      Naluri ini bukan kami minta tapi ianya hadir dan kami terima sebagai satu ujian kepada kami. Tapi dalam masa yang sama, kami juga ingin hidup sebagai golongan str8 kerana itu adalah jalan yang benar dan halal.
      Hanya mampu berdoa agar terus kuat bermujahadah....
      Nak follow blog ni, 'Join this site' dekat ruangan followers sebelah kiri blog.....
      TQ atas sokongan akak.

      Delete
    3. Betul Kimi, dugaan ni sangat besar tapi kalau berjaya melalui dgn jalan Allah syurga balasannya. Akak happy dah boleh follow...Dun Worry Kimi, YWNWA (You Will Never Walk Alone). Take care.

      Delete
  3. Boleh bg no phone tak?? Nak kenal lebih lanjut.. berbg pengalaman untuk mencari hidayah allah .. whatsapp

    ReplyDelete