Tuesday, 10 April 2012

Gay & Homoseksual Dalam Al-Quran

(Gambar sekadar hiasan)

Manusia diuji oleh Allah setiap hari. Salah satu ujian besar yang diuji kepada hamba-hamba-Nya adalah ujian mempunyai naluri songsang (homoseksual). Ujian ini bukalan sesuatu yang baru malah Allah telah menguji Nabi Luth dengan mempunyai kaum yang homoseksual. Isu kecelaruan identiti ini bukan isu yang remeh kerana isu homoseksual ini dirakam dalam Al-Quran sebagai panduan dan pedoman manusia. Walaupun kisah kaum Nabi Luth bersifat sejarah, ianya masih releven sehingga ke hari ini dan menjadi sebahagian daripada cabaran kepada orang Islam.

Rupa-rupanya, Allah telah menceritakan serba sedikit tentang homoseksual ini dalam Al-Quran. Cuma, kita sebgai manusia malas untuk mengkaji, sering memekakkan teliga untuk mendengar bacaan Al-Quran dan masalah yang paling besar bagi orang Melayu adalah malas untuk mentadabur dan membaca makna-makna dalam Al-Quran. Rata-rata orang Melayu Islam mungkin telah khatam Al-Quran lebih dari sekali (dalam masa yang sama ramai lagi yang buta Al-Quran). Adalah amat malang dan sia-sia hidup ini, tika umur menecah 25 tahun, kita tidah pernah khatam terjemahan Al-Quran. Sedangkan disana, ada mutiara-mutiara penting yang hanya layak ditulis dengan tinta-tinta emas kerana isinya amat penting. Ayat -ayat yang menerangkan tentang gay dan homoseksual adalah seperti berkikut:
Ayat 1 (Al-A'raaf, Ayat 80)
Dan (Kami telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). Ingatlah takkala mereka berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah (homoseksual) itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seseorang pun (di dunia ini sebelummu)?
Ayat 2 (Al-A'raaf, Ayat 81)
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.
Ayat 3 (Huud, Ayat 78)
Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji (liwat, homoseksual). Luth berkata: "Hai kaumku, inilah puteri-puteriku, mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal?"
Ayat 4 (Asy Syu'araa', Ayat 165 &166)
Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas."
Ayat 5 (An Naml, Ayat 55)
"Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu (mu), bukan (mendatangi) wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak mengetahui (akibat perbuatanmu)."
Ayat 6 (Al 'Ankabuut, Ayat 29)
Apakah sesungguhnya kamu patut mendatangi laki-laki, menyamun* dan mengerjakan kemungkaran di tempat-tempat pertemuanmu? Maka jawapan kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang-orang yang benar."
*Sebahagian ahli tafsir mengertikan taqtha 'uunas 'sabil dengan melakukan perbuatan keji terhadap orang-orang yang dalam perjalanan kerana mereka sebagian besar melakukan homoseksual itu dengan tetamu yang datang ke kampung mereka. Ada lagi yang mengertikan dengan merosakkan jalan keturunan kerana mereka berbuat homoseksual itu.
Mungkin ada lagi ayat-ayat yang lain yang aku terlepas pandang. Tapi, apa yang penting hal tentang homoseksual, gay, suka pada lelaki, dan semua masalah kecelaruan identiti yang berlaku dalam masyarakat adalah dalam pengetahuan Allah. Hanya Allah yang mampu membaca isi hati dan niat hamba-Nya. Ya Allah, jangan jadikan kami manusia yang sesat setelah Engkau datangkan seorang nabi dan rasul (Muhammad) kepada kami. Jangan kau timpakan azab kepada kami dan menguji kami melebihi kemampuan kami. Kuatkan iman kami menghadapi cabaran dan dugaan-Mu ya Allah.

Friday, 6 April 2012

Itukah Penyelesaiannya?

Bila membaca artikel di Malaysiakini online, edisi Jumaat (6 April 2012), ada satu artikel menarik perhatian aku. Artikelnya seperti di atas. Nampak kerajaan memerintah cuba untuk mengekang penampilan mereka yang mengalami kekeliruan identiti. Ya, mungkin langkah tersebut ada benarnya. Tetapi adakah ia jalan penyelesaian terbaik?. Aku akan mengulas dari aspek significantnya tindakan tersebut dahulu (aspek langkah mengatasi mungkin dalam post seterusnya). Dari satu sudut, mereka yang mengalami kecelaruan identiti dan mendedahkan identiti di khalayak ramai (rujuk pembahagian kecelaruan identiti di post sebelumnya)tidak dibenarkan disiarkan dalam media massa.
Sebelum itu, aku ingin menyatakan bahawa mereka yang berperwatakan pondan ini memang bercanggah dengan ajaran Islam. Ini kerana mereka menyerupai perempuan dan ianya ditegah oleh agama seperti dalilnya dalam Al-Quran dan Hadis. Itu jelas. Begitu juga isu lelaki lembut. Mereka bukan meminta dilahirkan begitu, tetapi suasana sejak dari kecil membentuk dirinya sedemikian rupa. Contohnya cara berjalan, bercakap, menghayunkan tangan ketika bercakap, imej berpakaian , itu semua bukan mudah untuk diubah sebab ianya sudah terbina sejak dari kecil. Walau bagaimanapun, ianya bukan mustahil untuk diubah, tetapi memerlukan terapi 'masa'.
Menghentikan penyiaran watak tersebut mungkin ada kebenaranya, tetapi sejauh mana ia berkesan boleh dipertikaikan. Media massa adalah satu instrumen pendidikan dalammembentuk masyarakat. Malah ia boleh membina dan mencorak budaya masyarakat sesebuah negara. Memeang perlu, pihak berkuasa menapis bahan untuk tontonan masyarakat kerana 'anda apa yang anda baca' dan juga 'anda apa yang anda lihat'. Tetapi pihak kerajaan tidak boleh mengambil pendekatan yang selektif. Maksudnya, perwatakan pondan dan lembut diharamkan kerana boleh mempengaruhi masyarakat untuk untuk ke arah itu. Tetapi bagaimana pula dengan cerita-cerita hantu yang lebih kerap ditayangkan di televisyen berbanding cerita pondan/ watak lembut. Sedangkan cerita hantu tersebut banyak mempunyai unsur karut, tahyul, khurafat, dan syirik. Cerita hantu ini seringkali bertopengkan ayat al-quran atau hadis di permulaan cerita. Tetapi adegan khurafat tetap disiarkan. Ini lebih banyak mendatangkan kesan kepada masyarakat dan mencacatkan akidah orang Islam. Kenapa semut diseberang nampak, gajah depan mata tak nampak?.
Kenapa perlu fokuskan golongan ini sahaja sedangkan mereka adalah sebahagian kecil kelompok masyarakat (jika dibandingkan mereka yang normal). Gejala buang anak dan zina berlaku setiap hari. Tidakkah pihak berkuasa berfikir bahawa mereka ini datangnya daripada golongan mereka yang berorientasikan 'straight'. Antara faktor yang membawa kepada gejala ini adalah datangnya daripada televisyen atau media sendiri. Masyarakat sudah terpengaruh dengan cerita rogol, penderaan wanita, pakaian seksi oleh artis, pergaulan bebas lelaki dan wanita dan sebagainya lagi isu bersangkutan yang 24-jam dipaparkan oleh televisyen. Ini juga sebenarnya lebih besar kesannya dibandingkan kesan yang dibawa oleh pondan/lembut.Berapa banyak sangat atau frekuensi cerita pondan/ lembut dibandingkan cerita yang mendedahkan aurat?.Sekali lagi cuba fikir balik, perkara yang sepatutnya diutamakan tidak diutamakan. Bila dah terjadi kes anak zina, buang anak, jumpa dalam tong sampah, jumpa dalam sungai, isu hangat sekejap, lepas tu dia. Kes berlaku setiap hari, tetapi masyarakat dah lali dan tidak lagi ambil peduli kes anak zina (datangnya dari pegaulan bebas mereka yang berorientasikan straight).
Kalau arahan ini berkuat-kuasa, kita tidak mungkin lagi melihat Jaafar Onn (maaf bukan berniat untuk mengata) di televisyen. Dia merupakan seorang pelakon dan juga selebriti chef. Dia mempunyai bakat besar dalam lakonan dan masakan. Wajarkah kita mengetepikan dia begitu sahaja. Pada pandagan kita,mungkin kita melihat dia sedikit "lembut", tetapi dia seorang yang hebat kerana mampu mempunyai keluarga, mempunyai anak, ada pendapatan yang baik, dan lain-lain. Adakah dengan penampilannya di televisyen mempengaruhi masyarakat untuk menjadi 'lembut'?. Ini sesuatu yang mengarut!!!!!. Begitu juga selebriti yang lain yang mengacarakan rancangan hiburan/gosip artis (tidak mahu menyebut nama-namanya), ramai yang berperwatakan lembut dari segi penampilan dan gaya bercakap.
Berkaitan aktiviti gay pula, ramai masyarakat yang tidak sedar sebenarnya sebahagian besar penyumbangnya datang daripada mereka yang nampak dari segi luarannya macam lelaki sejati. Itu tak termasuk mereka yang berorientasikan biseksual. Dua golongan ini adalah golongan terbesar yang menyumbang kepada gejala gay dalam masyarakat Melayu dan semakin berkembang. Sukar untuk menyatakan hal ini, tetapi ia adalah realiti masyarakat Melayu di alaf baru. Mereka golongan masyarakat yang mengalami kecelaruan identiti yang sukar dikesan dalam masyarakat. Ramai lelaki yang sudah berkahwin tetapi mempunyai lelaki simpanan yang lain (bukan perempuan simpanan sahaja yang ada). Pahit untuk menyatakannya, tetapi ia realiti semasa.
Artikel ini bukan untuk menghemtam sesiapa. Cuma ingin mengatakan pendapat dalam dimensi dan sudut sisi pandang yang lain. Ditegaskan sekali lagi bahawa kita tidak membenci golongan pondan/lembut, tetapi kita membenci dan menolak sikap mereka. Jika mereka meninggalkan cara yang tidak betul tersebut, masyarakat perlu memberi sokongan, menerima, dan melayan mereka dengan adil.

Sunday, 18 March 2012

Keliru Identiti: Seriuskah Ia?

Seriuskah masalah mereka yang menghadapi krisis identiti ini? Satu persoalan yang kecil dan ringkas, tetapi sangat significant. Ianya sangat berkaitan dengan kebahagian hidup tambah-tambah lagi kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Mereka yang menghadapi krisis kekeliruan identiti ini sebenarnya hidup tertekan kerana gelora nafsu mereka sentiasa berperang dengan realiti fitrah kejadian dirinya.
Setelah membaca majalah ANIS (edisi 175, March 2012), tergerak rasa hati untuk sedikit sebanyak memberi respon kepada columnis yang mengutarakan permasalahan ini. Mereka yang diserang dengan virus identiti ini sebenarnya sangat terjejas dan menerima impak negatif yang boleh melumpuhkan kegiatan atau aktiviti sehariannya. Memang tidak nampak kesannya, tapi kesannya ada dan berbekas. Individu ini mengalami gangguan dari segi mental dan rohani menyebabkan produktiviti kerja menurun. Nampak luaran tiada cacat celanya, tapi dalaman sedang sakit. Tidak dinafikan, golongan ini sebahagiannya mempunyai didikan agama malah cukup kuat beramal dengan ajaran Islam.
Ya...... memang benar. Orang lain tidak boleh memahami dan merasai apa yang mereka alami. Mungkin betul pandangan yang menyatakan bahawa hanya rakan-rakan yang senasib mereka sahaja yang mampu memberi nasihat dan pandangan kerana mereka memahami antara satu sama lain . Sebab itulah juga golongan ini lebih senang berkawan dan mencari kawan yang senasib dengan mereka. Tetapi, perlu diingatkan bahawa pandangan dan nasihat mereka berlu berlandaskan sebagaimana nasihat yang dianjurkan oleh agama, bukan menurut hawa nafsu mereka.
Mereka yang mengalami krisis kekeliruan identiti ini sebenarnya boleh dikategorikan kepada dua golongan. Pertama golongan yang terjejas dalaman dan luaran. Golongan kedua, golongan yang hanya berubah dari segi dalaman sahaja, tetapi luaran tetap sama. Golangan yang pertama lebih mudah dikenali dan dikesan dalam masyrakat kerana mereka menzahirkan keadaan dan rupa sebenar di tengah-tengah masyarakat. Mengikut aduan penanya soalan tersebut bahawa adiknya seorang lelaki, tetapi memakai pakaian wanita sehinggakan solat juga memakai telekung. Ini sebenarnya krisis identiti kumpulan pertama yang telah mencapai ke tahap serius. Dia tidak lagi boleh membezakan dan menerima dirinya seorang lelaki. Takut juga jika dibiarkan lebih jauh ia boleh membawa kepada perkara yang lebih buruk seperti pembedahan jantina dan sebagainya (mohon dijauhkan).
Oleh itu, bila melihat perwatakan anak yang berubah daripada sepatutnya apa dia jadi, ibu-bapa perlu memainkan peranan yang betul dalam memimbing dan mendidik anak tersebut. Berilah didikan agama yang cukup. Jika sekiranya mereka terbabas dari lebuhraya iman, mereka mesti akan menjumpai semula jalan pulang. Hanya satu tunjuk arah manual yang boleh menyelamatkan mereka daripada terus sesat iaitu Al-Quran.

Wednesday, 7 March 2012

Dia Bukan Untukku


Setiap orang mengimpikan kebahagian dalam hidup. Setiap manusia ingin hidup berpasangan seupaya dapat dijadikan teman dan berkongsi keceriaan. Cinta kadang-kadang berputik tanpa kita sedari. Sedar-sedar kita mempunyai perasaan sayang kepada seseorang individu. Dalam masa yang sama, cinta itu hadir, dan kita mula bermain-main dengan perasaan, melayan lamunan dan angan-angan. Kisah ini aku alami di tahun pertama pengajian masterku di salah sebuah IPTA di Malaysia.
Aku: Awak boleh tolong saya tak?
Dia : Tolong apa? Kalau berkaitan bidang saya boleh saya tolong.
Aku: Ni ha... boleh editkan peta untuk dimasukkan ke dalam satu journal tak?
Dia: Ooooooh... boleh. Bila nak?
Aku: minggu depan boleh?
Dia: Boleh.. aku cuba. Dah siap aku email kat ko.
Tanpa sedar, bibit-bibit perkenalan antara aku dan dia mencadi semakin rapat. Sebenarnya aku dah kenal dia sejak dari 4 tahun yang lalu, sejak kita orang buat degree lagi. Tapi, aku jarang bercakap dengan dia sebab dalam banyak-banyak lab dan group assingment, aku jarang dapat berada dalam satu group dengan dia. Aku dan dia mula menjadi rapat bila kami menyambung pengajian peringkat master. Tambahan pula, aku dan dia di bawah supervisor yang sama. Aku baru terasa satu perasaan yang lain bila aku berkenalan dengan dia. Rasa bodoh kerana tak berdindak dari dulu (ushar dia sejak semester 1 degree). Dah last-last minit, baru terhegeh-hegeh usha dia. Ummmmm....
Dalam masa yang sama, aku selalu mencari peluang untuk menerangkan isi hati. Bila ada peluang bercakap dengan dia, lidah menjadi kelu bila berhasrat nak beritahu isi hati. Terus, menukar topik perbualan kepada benda yang lain. Bukan apa, rasa malu nak bercakap macam tu je. Ya..lah, dia merupakan soarang wanita bertudung labuh, pakai stoking, dan berbaju kancing di lengan. Kata orang "wanita muslimah". Aku pulak, tak pernah keluar berdua-duaan dengan perempuan. Bukan tak mahu keluar, tapi hal-hal perhubungan lelaki dan perempuan ni sangat-sangat aku titik beratkan. Takut timbul fitnah atau cerita-cerita tak elok. Sebab, dalamfikiran kita ni selalu memikirkan apa yang orang di sekitar fikir tentang kita. Boleh dikatakan dia antara wanita yang aku suka dan jatuh hati. Betul, dia mempunyai rupa paras yang agak cantik, tetapi itu bukan sebab utama aku pilih dia. Sebab utama adalah kerana penampilan dan perwatakan dia. Aku ni susah nak jatuh hati pada wanita, dan kalau aku dah suka, memang susah nak lupa pada seseorang.
Disebabkan beberapa misi percubaan untuk menerangkan isi hati gagal, aku menghantar satu email lamaran. Aku tak tahu sama ada dia sudah mempunyai seseorang dihatinya atau sudah bertunang. Oleh itu aku menyatakan hasrat hatiku dan menerima apa sahaja keputusannya oleh kerana aku tidak mengetahui status dirinya yang sebenar. Apa pun yang berlaku selepas itu, aku menyatakan kepadanya aku terima dan kita kekal berkawan. Selepas beberapa hari kemudian, dia membalas email tersebut dan menyatakan dia sudah mempunyai seseorang. Pada ketika itu, hati aku luruh dan mula rasa menyesal kerana lambat bertindak. Aku terima qada dan qadarnya. Dia seorang yang baik dan aku terlepas seorang wanita yang baik (pada pandangan aku).
Sambil berduka terus aku membelek sebuah mushaf Al-Quran. Aku membuka Surah An-Nur dan pembacaanku terhenti pada ayat ke-26.
Sambil aku meneliti terjemahan ayat tersebut, air mata jatuh bercucuran mengenangkan amalan yang aku lakukan. Aku mulai sedar, jodoh aku mungkin bukan dengan dia. Aku bukan lelaki yang baik. Mungkin Allah nak pelihara dia dan berikan dia seorang lelaki yang lebih baik daripada aku. Aku mula menjadi takut sebab takut mendapat jodoh seorang perempuan yang keji. Aku beristirfar dan mohon agar Allah ampunkan dosa-dosa aku yang lalu.
Selang beberapa ketika, dia bertunang dengan lelaki tersebut. Beberapa bulan kemudian, lelaki bertuah tersebut melangsungkan perkahwinan dengan si dia. Aku menerima kad jemputan daripadanya dan menyatakan "Insya-Allah" akan hadir sambil aku titipkan juga doa untuk pengantin "Barokallah....." dalam facebook. Tapi, aku tak dapat datang disebabkan pertamanya mempunyai masalah kekangan kewangan kerana dia melangsungkan perkahwinan jauh daripada tempat kami belajar. Keduanya aku rasa berat untuk dan "rasa tak sanggup" nak melihat melihat mereka di atas pelamin. Walau apa pun aku mengucapkan tahniah kepada mereka dan mudah-mudahan mereka bercinta sampai ke syurga. Amin.
Kadang-kadang, apa yang kita impikan bukan semuanya kita dapat. Kadang-kadang, apa yang kita minta bukan sentiasa diberi sekelip mata. Ada kalanya kita minta perkara lain, Allah beri perkara yang lain. Ada kalanya kita minta agar ditunaikan sekarang, tetapi Allah tunaikan 10 tahun akan datang. Sentiasalah minta dengan Allah tanpa jemu, mudah-mudahan suatu hari nanti Allah makbul dan perkenankan doa kita. Aku mula mengubah diri dan ingin menjadi baik. Tetapi nak jadi baik bukan mudah. Jalan mujahadah nafsu penuh berliku dan berduri . Seringkali dalam perjalanan, kaki tercucuk "duri" dan "dawai kawad besi yang tajam" dan menyebabkan perjalanan terhenti dan motivasi menurun. Hanya solat dan puasa sunat yang menjadi terapi diri untuk bertahan. Nak bermujahadah menjadi baik memerlukan masa bertahun-tahun, tapi nak jadi jahat, sekelip mata je.
Akal fikiran mula terfikir, bagaimana kita ingin mengimpikan wanita yang baik, kalau kita sendiri "jahat"?. Bagaimana kita menilai seseorang wanita itu "buruk" sedangkan kita menilai hanya dari luaran?. Bagaimana kita tahu kita "baik" pada mata kaca kita, bagaimana pula akhlak kita pada pandangan Allah?. Aku mula sedar sudah tiba masanya aku mengemudi bahtera kehidupan ini dengan berpandukan kompas iman, bukan nafsu. Tetapi, aku sangat memerlukan sedikit kekuatan daripada-Mu ya Allah. Aku sedar tahap indeks prestasi akhlakku ya Allah. Rasa malu dan menyesal menyelubungi diri kalau-kalau aku "dijemput" secara mengejut menemui-Mu. "Dia Bukan Untukku", itulah qada dan qadar Engkau.

Friday, 2 March 2012

Jangan Dihina Kami


Kisah golongan gay / lelaki songsang ini sebenarnaya telah lama wujud. Malah penyakit atau gejala ini telah mujud sejak zaman Nabi Luth a.s lagi. Mungkin juga gejala ini telah bermula sebelum zaman Nabi Luth dan mungkin juga sudah ada ketika zaman Nabi Adam a.s. Mungkin juga ianya telah wujud semasa zaman sebelum kewujudan adam (Adam sebelum Adam a.s). Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Mempunyai nafsu songsang dan melakukan seks songsang adalah dua perkara yang berbeza. Seseorang yang mempunyai naluri suka kepada sesama jantina, tidak semestinya dia telah berzina sejenis atau telah melakukan perbuatan yang terkutuk atau dilarang agama. Ramai lelaki di luar sana yang luarannya nampak seperti lelaki sejati, tetapi didalamnya hanya Allah sahaja yang tahu. Mereka bukan golongan liar, bahkan mereka adalah antara individu yang sangat menjaga solat dan sangat menghormati kedua orang tua mereka.
Percayalah bahawa mereka tidak minta dilahirkan sedemikian rupa bahkan mereka ingin sekali lari dari gelora nafsu songsang mereka. Tetapi, mereka terperangkap oleh gelora nafsu songsang yang menguasai diri. Namun begitu, benih iman di dalam diri mereka masih subur, cuma mengalami kerosakan. Mereka amat arif sekali tentang hukum perlunya mandi wajib apabila berhadas besar. Pendek kata, pengetahuan Islam dalam diri mereka adalah tinggi.
Mereka bukanlah seperti golongan sejenis yang telah tersesat dari landasan muslim. Mereka melakukan amal makruf nahi mungkar, cuma mereka tewas dengan naluri nafsu songsang mereka. Tifak dinafikan ada di kalangan mereka yang telah tersesat sehingga terlibat dalam seks sejenis. Namun ketahulah juga di sana ada sekelompok manusia yang hanya mencari kasih sayang sebenar antara sesama jantina mereka mungkin kerana mereka merasakan golongan ini lebih dipercayai dan berasa selamat.
Rajah dibawah mungkin boleh digunakan untuk memahami kelompok mereka ini. Tujuannya bukan untuk menghina sebahagian mereka, cuma sebagai satu panduan agar kita tidak memukul rata semuanya tanpa melihat dan mengkaji mengapa mereka berada dalam kumpulan ini. Ingantlah bahawa penykit yang menimpa mereka adalah satu ujian dan musibah. Memang benar, menjadi baik atau jahat itu adalah pilihan individu. Ia bukan qada dan qadak Allah. Mana mungkin Allah menetapkan seseorang itu menjadi jahat sebab Allah bukannya zalim. Lagipun Allah telah berfirman bahawa seseorang anak itu putih bersih apabila dilahirnakan. Ia menjadi menjadi Islam, Yahudi atau Majusi atas bagaimana ianya dididik oleh ibu-bapanya.
Seseorang yang mempunyai naluri sukakan lelaki tidak semestinya dia seorang gay atau pondan. Tetapi, seseorang pondan boleh jadi seorang gay atau mungkin juga tidak. Ingatlah bahawa kita tidak boleh membenci golongan atau batang tubuh mereka, tetapi kita membenci sikap, perangai dan gaya hidup mereka. Sekiranya mereka telah kembali ke pangkal jalan, kita mesti memberi sokongan dan dorongan kepada mereka. Ada juga sebilangan daripada mereka (gay/ biseksual) yang telah kembali ke pangkal jalan disebabkan oleh ujian HIV oleh Allah. Kita mesti menerima mereka kerana mereka telah bertaubat dan taubat mereka mungkin telah diterima oleh Allah kerana taubat itu adalah taubat nasuha dan ianya datang daripada rasa keinsafan yang sangat ikhlas kepada Allah. Taubat itu dilakukan dengan pengharapan dan permohonan yang benar-benar luhur dari hati mereka secara sungguh-sungguh. Nah! mungkin sahaja taubat mereka jauh lebih hebat daripada taubat seorang imam atau ustaz di masjid.
Mereka ini adalah golongan yang sedang mencari kekuatan diri di tengah-tengah masyarakat. Mereka memerlukan sokongan dan semangat daripada komuniti setempat. Ramai dari kalangan mereka tidak menonjolkan diri secara terbuka dan tidak sesekali mengaku mereka adalah sedemikian rupa. Mereka bukan hipokrit tentang naluri mereka tetapi mereka merasakan naluri itu tidak baik dan itu adalah keaiban buat dirinya. Oleh kerana status dan kedudukan dalam masyarakat juga, mereka menyembunyikan identiti diri sebenar kerana mungkin sahaja mereka ini adalah pemimpin masyarakat, seorang ustaz mungkin, seorang profesor, seorang guru, atau apa sahaja pekerjaan yang mereka lakukan.
Akhirnya, mereka yang mempunyai niat murni untuk mengislahkan golongan ini haruslah mengambil pendekatan untuk tidak memukul rata golongan ini. Bukan bermaksud kita berlembut kepada pelaku maksiat, tetapi mereka ini adalah dalam kategori yang berbeza-beza. Oleh utu, pendekatan juga haruslah berbeza-beza sesuai dengan kondisi mereka. Bawalah mereka ke pangkal jalan dengan memandang keji amalan maksiat mereka, tetapi sayangilah batang tubuh mereka sebagai ahli keluarga kita kerana tubuh badan adalah hak Allah. Jika kita menghina batang tubuh mereka, bermakna kita juga menghina ciptaan Allah.