Friday, 25 May 2012
Dekat Ketika Saat Diuji
Ketika aku senang,
Bergelak tawa bersama rakan-rakan,
Aku lupa akan diri-Mu,
Ketika aku sihat,
Aku abaikan dan sambil lewa untuk solat,
Ketika aku tidak pernah 'miss' masa untuk makan (3x sehari),
Aku tidak pedulikan apa tu erti kenyang yang sebenar,
Ketika aku mempunyai masa lapang,
Aku tidak mahu mengingati-Mu,
Untuk melakukan solat tahajjud,
Tidak sesekali aku sanggup bangun awal melainkan Subuh telah masuk,
Tika itu, aku jauh daripada-Mu.
Tetapi......
Ketika saat aku diuji,
Terasa aku begitu lemah,
Terasa aku bukanlah seorang perwira atau perkasa,
Disaat itu,
Aku mula lebih akrab dengan masjid,
Mula datang awal ke masjid,
Mula menghulurkan seringgit dua ke tabung masjid,
Mula merasai nikmat kenyang,
Mula menitiskan air mata bila mengingati-Mu,
Aku pelik....
Sebelum ni juga aku mengingati-Mu,
Tetapi tidak menitiskan air mata,
Juga membaca Al-Quran,
Tetapi tidak menitiskan air mata,
Juga membaca terjemahan Al-Quran,
Tetapi tidak menitiskan air mata,
Mungkin tarafnya sama membaca buku-buku fiksyen.
Tetapi kali ini terasa sangat lain...
Baru aku tersedar,
Rupa-rupaya itu semua terjadi,
Saat aku diuji oleh-Mu.
Saat aku dalam kesusahan,
Saat aku dalam kesengsaraan hidup,
Baru aku terasa Engkau ada,
Engkau Wujud,
Dan Engkau dekat dengan diriku.
Irshad Manji : Dari Pandang Sisi Seorang Ustaz
Petikan daripada: http://saifulislam.com
Kali pertama saya mendengar nama Irshad Manji, kira-kira 10 tahun yang lalu.
Nama itu tenggelam, sebagaimana datang dan perginya nama-nama seperti Astora Jabat dalam lingkungan domestik di sini.
Apabila Irshad Manji menjengah Malaysia, masyarakat kecoh. Saya didesak untuk memberikan pendapat mengenainya, tetapi saya enggan berbicara mengenai apa yang saya tidak pasti. Ia menyalahi sifat adil dalam beragama.
Menyedari akan besarnya idea yang dibawa oleh beliau, saya memaksa diri membaca buku THE TROUBLE WITH ISLAM TODAY, bagi memahami apakah yang melahirkan seorang ‘sarjana’ Muslim Refusenik bernama Irshad Manji. Saya juga mengambil peluang membaca buku ALLAH, LIBERTY AND LOVE yang dimuat turun secara percuma di internet.
Pendapat-pendapat Irshad Manji menyalahi segala usul Aqidah saya. Pendapatnya meruntuhkan banyak struktur utama beragama, walaupun mungkin tujuan asalnya adalah untuk meruntuhkan struktur institusi agama.
Sebagai Muslim saya menolak kepercayaan Irshad Manji.
Sebagai Muslim juga, saya mahu tahu mengapa kepercayaannya begitu?
Catatan ini bukanlah pendapat muktamad saya mengenai beliau dan ideanya. Ia hanya nota untuk diri saya menjelaskan apa yang berada di fikiran dan masih terbuka kepada kesimpulan-kesimpulan yang seterusnya.

MENETAPKAN SISI PANDANG
Bagi sesetengah kita, isu Irshad Manji hanyalah satu lagi intellectual discourse untuk dijadikan hidangan debat yang menjadi kegemaran kita. Tetapi saya melihat isu beliau dari sudut pandang seorang suami, bapa, ustaz, guru dan pemimpin. Ia mengkehendaki diri saya menilai perbuatan saya sebelum, semasa dan selepas ini, apakah ada tindak tanduk yang menyumbang kepada lahirnya Irshad Manji yang seterusnya.
Pihak berwajib menjalankan SOP mereka pada mengharamkan buku-buku Irshad Manji. Tetapi dengan ebook, pdf dan dunia internet yang tidak terbatas, segalanya tentang Irshad Manji kekal berada di hujung jari.
Tanggungjawab memahami masalah dan menghadapinya melalui saluran pendidikan, tidak dapat saya abaikan.
Saya mungkin berbunyi tidak cukup sarjana melalui sisi pandang sebegini, tetapi matlamat saya adalah mencari keselamatan Dunia dan Akhirat, bukan mengagungkan analytic philosophy bahawa membuktikan Irshad Manji salah, menjadikan saya betul.
SISI EMOSIONAL
Apabila saya mengajak rakan-rakan untuk meninjau sisi Male Chauvinism dalam memahami mesej Irshad Manji, ia bukan alasan atau satu format escapism.
Satu amalan biasa apabila kita membaca pemikiran seseorang, kita akan membaca biografinya. Sama ada dia itu Barrack Obama, Adam Smith, Einstein, Muhammad bin Abdullah mahu pun Irshad Manji. Tujuan kita membaca biografi, adalah untuk memahami, sejauh manakahpengalaman hidup seseorang mempengaruhi kecenderungannya dalam memahami sesuatu.
Teks adalah sesuatu.
Konteks adalah sesuatu.
Kefahaman adalah sesuatu.
Menghubungkan teks dengan konteks untuk menghasilkan kefahaman, banyak dipengaruhi oleh pengalaman sebagai salah satu input dirinya.
Apabila saya menyebut Irshad Manji sebagai ‘mangsa’ Male Chauvinism, ia adalah kerana empati saya yang mahu Irshad Manji lebih difahami oleh kita semua. Lihat sahaja komen-komen di Malaysiakini.Com. Ada yang memaki hamun, mempertikaikan dia memakai tudung atau tidak, malah mengejeknya dengan pelbagai gelaran. Malah ada yang berpendapat tidak perlu berhujah langsung kerana Irshad Manji tidak mempunyai sebarang nilai. Komen-komen itu tidak mengukuhkan Islam malah menyebabkan golongan Religious Scepticists semakin yakin bahawa ‘structured doubt’ mereka itu berasas.
Pendekatan Irshad Manji, mempunyai unsur ‘Tajdid’ iaitu mahu membebaskan Muslim daripada Institutionalized Islam. Tetapi versi yang dibawanya amat keterlaluan. Di dalam Islam, apabila ada unsur keterlaluan, biasanya di sebalik rasional ada emosional. Maka kalau rasional dibahas tanpa mengambil kira unsur emosional, kita akan berpusing-pusing pada presenting problem tanpa menyentuh langsung real problem.
‘MANGSA KELELAKIAN LELAKI’
Selalunya, seseorang yang berpemikiran seperti Irshad Manji ini mempunyai pengalaman pahit dengan lelaki. Sama ada lelaki itu adalah bapa yang abusive, suami yang mengecewakan, ustaz-ustaz yang menyakiti, hinggalah kepada ulama’ tafsir yang disyaki ‘gender bias’.
Ia mempengaruhi paradigma hidupnya hingga semua yang ditentangnya mempunyai unsur lelaki.
Sama ada ulama lelaki, ustaz lelaki, musuh lelaki, kekasih lelaki… kelelakian itu wujud secara subliminal di belakang mindanya.
Agama kelihatan hodoh di matanya kerana unsur male chauvinism.
Male Chauvinism adalah satu fitnah besar ke atas umat Islam kerana ia melahirkan manusia-manusia seperti Irshad Manji. Saya mengambil kes Irshad Manji ini sebagai peringatan kepada diri agar mempunyai empati yang lebih baik semasa berbicara tentang tanggungjawab-tanggungjawab beragama kepada bermasyarakat. Adakalanya kita boleh terlupa bahawa kita sedang berbicara dalam bahasa seorang LELAKI beragama Islam dan bukannya MUSLIM.
Orang Religious Scepticist seperti ini, hujah INTELEKTUAL sukar dibalas dengan INTELEKTUAL. Ia hanya menambah ego. INTELEKTUAL beliau perlu dibalas dengan EMOTIONAL.
“Are you a happy human?”
Soalan untuk Irshad Manji jawab sebelum tidur di atas katilnya sendiri.
SENJATA MAKAN TUAN
Saranan saya pada mengajak masyarakat mempertimbangkan latar belakang sosial dan emosional Irshad Manji, adalah agar pendapatnya tidak ditolak secara semberono. Namun Si Wartawan Malaysiakini ‘menuduh’ saya dengan tuduhan yang bukan-bukan walaupun dia sendiri mendakwa dirinya hanya melaporkan hasil temuramah, tanpa sebarang tanggungjawab untuk membela atau menentang Irshad Manji.
PRE CONCEIVED IDEA
Mungkin golongan ‘Muslim Progresif’ begitu yakin dengan pre conceived idea mereka bahawa lebai kampung seperti saya ini tipikal.
Mereka mungkin (sekali lagi mungkin) tidak sedar bahawa ramai sahaja lebai kampung ini yang membaca buku falsafah, cakap omputeh dan selesa makan Ribeye Steak. Kepala lebai kampung saya ini mungkin berbalut ‘tuala’, tetapi progresifnya minda tidak dijamin oleh kepala yang tidak bersarung!
Mereka itu sahaja yang mungkin belum habis-habis mengaji Muqaddam Muslim Weltanschauung!
Bukan menyombong, tetapi sukar merendah diri di ‘medan perang’.
IRSHAD MANJI MUNGKIN TIDAK PENTING
Bagi sesetengah kita, nama Irshad Manji mungkin hanya salah satu nama yang keluar entah dari mana, singgah ke telinga, yang boleh ‘dibuat bodoh’ sahaja.
Tetapi Irshad Manji adalah suara besar di pesada antarabangsa.
Dia mungkin tidak penting.
Tetapi idea yang dibawanya adalah realiti.
Idea yang mencabar structured hypocrisy (al-nifaaq al-munazzam) dalam kehidupan beragama kita.
Dan jika itu pun masih tidak mampu menjadi alasan mengapa kita perlu mengambil tahu akan hal ini, cukup saya katakan, di Mont Kiara, Subang, hatta Taiping, Kemaman dan Gua Musang pun boleh ada ramai Irshad Manji tanpa hujah dan suara!
Sesungguhnya, jika saya tidak menyayangi isteri dan anak-anak, mengherdik wanita dalam lingkungan hidup saya, berlawak lucah menjadikan maruah wanita sebagai senda gurau perbualan dan ceramah, saya mesti bertanggungjawab terhadap lahirnya Irshad Manji yang seterusnya.
MERAWAT MALE CHAUVINISM
Dalam pada itu, saya rasa bersyukur dan gembira kerana kebelakangan ini, para penceramah kita semakin selesa bercerita tentang isteri dan anak-anak secara sopan dan penuh nada positif, iaitu sesuatu yang amat jarang berlaku suatu ketika dahulu.
Ini akan sedikit demi sedikit mengembalikan kita kepada Sunnah Baginda SAW yang sangat ‘family-man’ dalam kepimpinannya, malah mencegah male chauvinism yang menghasilkan Islamo-tribalis yang tidak habis-habis dirungutkan oleh Irshad Manji, merujuk kepada budaya sesetengah kaum umat Islam yang menyembunyikan selain lelaki daripada suasana beragama awam.
Saya doakan agar golongan ‘Islamik’ bermulut cabul tidak diuji memiliki anak seperti Irshad Manji kerana jika ia lahir daripada keluarga mereka sendiri, baru mereka tahu langit itu tinggi atau rendah.
Ittaqullah!
Petikan asal: http://saifulislam.com/?p=11310#more-11310
Thursday, 17 May 2012
Jangan Dipadamkan Cahaya Itu
Jam di dinding menunjukkan tepat Jam 12.00 tengah malam. Aku mula menguap tetapi tidak mahu tidur dahulu sebelum aku membuka email. Mana tahu ada email baru yang masuk tambah lagi email-email itu berbentuk akademik dan perlu diambil tindakan segera. Kalau email itu datangnya daripada publisher journal, mesti diambil perhatian sebab email ini memerlukan kita menyiapkan journal yang telah direview dan pembetulannya mesti dihantar mengikut due date. Lega..... tak de pulak email daripada publisher journal. Mungkin kertas penyelidikan yang dihantar pada minggu lepas tiada kesalahan kot. Hati mula menduga.
Suasana malam itu cukup sepi. Sesekali terdengar salakan anjing liar yang menumpang berteduh di bawah apartment. Aku terus tekan butang 'log in' untuk yahoo messenger. Tengok-tengok kalau ada kawan yang belum tidur dan bolehlah 'kacau' mereka. Ding!!!!!........Ding!!!!!........Ding!!!!!..........Tiba-tiba aku disapa oleh seorang kenalan yang sekarang bekerja nun jauh di sana, Borneo. Aku kenal dengan dia pun sebenarnya masih baru. Tapi aku lebih selesa berchatting dengan dia. Tak tahu kenapa, tapi bila aku tengok raut wajahnya, aku dapat merasakan dia budak baik. Aku agak susah untuk berchatting dengan seseorang melainkan aku kenal siapa dia. Tapi, dia agak berbeza bagi aku....... tak tahu kenapa.
Aku tidak kekok dan keberatan berkongsi masalah dengan dia kerana dia juga mengalami nasib yang sama dengan aku. Tiada jodoh dan ditinggalkan oleh orang yang kita suka dan kita sayang.......ermmmm........ Ketika kami mendapat ujian itu, kami saling sokong menyokong dan memberi nasihat antara satu sama lain. Terus terang aku katakan, dia sama 'orang macam kita'. Ditinggalkan oleh seorang insan bernama wanita disaat hampir dengan sebuah perkahwinan menjadikannya seorang yang mula 'tidak selesa' dengan wanita, lantas mencari lelaki yang lebih memahami hati lelaki. Pada aku, dia juga seorang yang tidak lupakan agama. Mengimbas kembali waktu dahulu, perbualan kami sering tertumpu kepada keberkatan hidup, zakat, keluarga dan lain-lain. Azli bukan sahaja seorang yang menghormati kedua-dua orang tuanya, malah dia seorang yang mudah lembut hati. Bahkan tidak keterlaluan kalau aku katakan dia 'mudah cair' dengan pujukan orang. Suatu ketika dulu juga, dia bersekolah di sekolah agama dan hafaz banyak juga ayat-ayat Al-Quran. Tapi semenjak dia mengikut keluarganya berpindah ke negeri lain, dia memasuki sekolah biasa. Itu antara perkara yang terlintas dalam ingatan aku ketika berchatting dengannya suatu ketika dahulu.

Seketika kemudian dia menghantar mesej yahaoo messenger kepada aku
"View my webcam" dan lantas aku menekan butang OK
Dengan longgokan tisu yang banyak dan berselerak sekitar komputernya, dia membalas
"Kimi.... tolong Azli........", Air matanya bercucuran berkecai bagaikan kaca terhempas ke batu.
Aku menjadi panik dan bertanya dengan nada memujuk...."Alah.... nape nangis ni ?"
Sambil mengesat air mata bercucuran di pipinya, dia mengatakan bahawa hatinya sedih, takut dan tak tenang. Aku cuba menenangkannya dengan menyuruh dia tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan. Basuh muka supaya nampak segar.
"Aku dipaksa oleh seseorang untuk kahwin dengan dia", Mata Azli kelihatan merah dan sebak.
"Eh... kenapa pula nak kena sedih... Kan nak kahwin, OK la tu.... tak mo sedih-sedih", Aku mula menukar nada ayat kepada gurauan dengan harapan untuk mengembirakan hatinya yang sedang bersedih itu.
"Tapi, yang melamarnya adalah lelaki", Dia membalas dan diraut wajahnya penuh sugul.
Hati aku bagaikan tersentap dan aku beristigfar panjang...... Terasa tak percaya dengan apa yang diberitahu oleh sahabatku. Azli menceritakan kembali bagaimana dia dilamar oleh lelaki tersebut. Dia tidak mengenali lelaki itu sebenarnya. Tetapi, lelaki itu mengenalinya selepas Azli menambah lelaki tersebut sebagai "'list friends'nya. Lelaki tersebut sering menghubunginya melalui telefon dan Azli bingung dari manakah lelaki itu mendapat nombor telefonnya sedangkan dia tidak pernah memberinya kepada lelaki tersebut. Tambah Azli lagi, lelaki itu adalah seorang yang berbangsa Cina dan dia mempunyai kerjaya dengan gaji lebih daripada 10k sebulan. Malah dia pernah bertanya kepada Azli no akaun bank Azli supaya dia boleh memindahkan sebahagian wang kepada akaun Azli, tetapi Azli tidak melayannya.
Aku mula menyusun kembali kata-kataku untuk mencari alternatif kepada masalah yang dihadapi oleh sahabatku. Lantas aku membalas ym tersebut.
"Jangan dilayan sangat dia tu. Lepas ni kalau dia ym dengan kau, jangan layan". Pintaku.
"Yup... aku memang offkan ym bila dia 'on'. Tapi masalahnya, dia akan telefon aku bertalu-talu. Kadang-kadang hantar sms lucah. Hantar gambar lucah. Aku tak selesa la. Dia selalu kacau aku. Dia tu macam gila seks........", rungut Azli.
Aku menjadi buntu semula.
"Bagaimana kalau kita lapor polis", Cadangku.
"Jangan!!!!!!.........Dia tu orang berkuasa dan berpengaruh. Ada duit banyak, dia boleh buat apa sahaja. Dia pun dah bagi warning . Dia akan ganggu keluarga Azli", Balas Azli dengan nada risau.
" Dia nak Azli kahwin dengan dia dan bawa Azli menetap di China", Azli berterus-terang.
"Jangan!!!!!!!!!!!!!!.........Azli, fikir tentang masa depan Azli. Fikir tentang keluarga Azli," Aku memujuk untuk menyedarkannya.
"Tapi, aku tiada pilihan", Dia membentak.
"Tak, masih ada pilihan yang jauh lebih baik. Pilihan kau bukan pilihan terbaik", Aku membalas.
Aku cuba menyedarkannya bahawa dia masih ada banyak pilihan. Tidak perlu untuk berkorban sedemikian rupa. Jangan menghancurkan hidup sendiri.
"Kenapa Azli diuji dengan ujian ini?", Soal Azli
"Bersabarlah dan banyakkan doa. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya", aku membalas.
"Azli banyak dosa. Sebab tu kena uji macam ni", Dia berkeras dengan kata-katanya.
"Jangan fikir macam tu. Sebanyak mana pun dosa kita, Allah tetap mengampunkannya kalau kita istiqamah meminta dari-Nya. Jangan putus asa berdoa dan mengharap. Bukankah doa senjata orang mukmin. Aku mula mengingatkannya kisah si pelacur dan kisah pembunuh yang telah membunuh 100 orang di mana kedua-dua mereka masuk ke syurga. Tetapi Azli perlu berniat dan bertekad untuk berubah", Nasihat aku.
"Ingat lagi tak budak Johor yang Azli cakap sebelum ini...... yang mula jadi bf Azli bulan 1 yang lepas? ", tanya Azli.
"Ye.. ingat. Kenapa", Aku bertanya kembali.
"Dia dah putuskan hubungan dengan Azli. Dia dah ada orang lain. ", Azli berterus terang dengan nada kecewa.
Sekali lagi air matanya jatuh bercucuran bagaikan hujan lebat di musim tengkujuh. Aku tahu dengan perhubungan songsang inilah Azli menjadi lebih hanyut dengan dunia songsang. Azli pernah memberitahu aku bahawa dia pernah beronani di depan cam dengan budak Johor tersebut. Aku sekadar menasihatnya dengan nada mengugut jika dia masih mengulang perbuatan itu lagi, aku rasa nak putuskan hubungan sebagai seorang sahabat dengannya. Dia mula bimbang dan berjanji tidak akan buat lagi perkara tu. Aku terima janji Azli. Tapi aku tak tahu sama ada dia masih melakukan onani di depan cam lagi atau tidak. Hanya Allah yang mengetahui.
"Lepas ni jangan lagi mudah-mudah webcam atau melayan semua orang. Tengok... kan dah susah", aku memperlinya.Aku memperlinay atas dasar aku sangat sayangkan sahabat aku ini dan tidak mahu dia terus hanyut. Bak kata orang perli-perli sayang....
"Ye........", Jawap Azli ringkas. Mungkin dia rasa bersalah dengan tindakannya.
Ting!!!!........Ting!!........
Dua kali jam di dinding berbunyi yang menandakan tepat pukul 2.00 pagi.
Kelihatan Azli mulai tenang. Diwajahnya mula terukir dengan senyuman. Aku tidak pasti senyuman itu sekadar untuk menyedapkan mata aku melihatnya atau dalam hatinya penuh rasa gelora.
Perbualan kami terhenti di situ apabila Azli meminta untuk menamatkan masa chatting kerana dia mula rasa mengantuk.
Aku tidak mengharapkan apa-apa pada malam itu.
Cuma satu yang aku harapkan daripada Engkau ya Allah...
Jangan dipadamkan cahaya itu.
Cahaya iman yang telah berputik dalam dirinya.
Cahaya iman yang telah berputik dalam dirinya.
Catatan dari sebuah pengalaman................
Monday, 14 May 2012
Petunjuk Sebuah Isthikarah
(mungkin betul....mungkin tidak pepatah teknologi ni. [klik untuk tumbesaran])
****************Harapan Bagi Sebuah Kebahagiaan**********************
Aku pernah solat isthikarah agar Allah menunjukkan jalan-Nya untuk aku. Mungkin salah satu jalan-jalan alternatif untuk keluar daripada kecelaruan identiti yang lebih kronik. Setiap malam aku berdoa dan bersolat isthikarah. Kebetulan, pada bulan tersebut ada sebuah konferens di ibu negara. Aku akan membentangkan satu kertas kerja penyelidikan dalam salah satu slot di konferens tersebut. Aku berharap agar di konferens tersebut, aku dapat berkenalan dengan seseorang yang boleh aku jadikan peneman hidup aku. Aku mengharapkan agar dipertemukan dengan seseorang yang aku telah kenali dahulu dan lagi baik jika ianya bekas salah satu persatuan yang aku pernah join ketika di kampus.
Pada hari konferens tersebut, aku begitu teruja kerana dapat berjumpa semula dengan kenalan-kenalan lama yang terpisah. Disamping itu dapat juga berjumpa dengan rakan-rakan postgraduate daripada universiti-universiti lain termasuk pelajar-pelajar asing. Aku berjumpa semula dengan kawan-kawan lama aku ketika di sekolah menengah. Peluang yang ada aku gunakan untuk berbual dan bertanya khabar perkembangan terkini. Walaupun pada hari raya setiap tahun, kami bertemu dan berjumpa, tetapi bertemu di tempat yang jauh daripada negeri asal, ianya menjadi begitu teruja.
Aku juga berjumpa dengan rakan-rakan yang menyambung pelajaran ke universiti-universiti yang lain walaupun ketika buat degree dulu adalah daripada universiti yang sama. Ditakdirkan Allah, aku telah berjumpa dengan seorang wanita daripada universiti aku yang sama, lagipun kami memang berada dalam satu persatuan yang sama ketika di universiti dahulu. Aku kerap bekerja bersama-samanya untuk aktiviti persatuan malah dia juga satu negeri dengan aku. Hati aku begitu kuat merasakan bahawa Allah telah memberikan satu petanda untuk aku mendekati dia kerana aku yakin itu adalah salah satu petunjuk hasil daripada sebuah istikharah. Ini kerana hanya dia yang paling menepati ciri-ciri yang aku maksudkan sebelum ini. Di hari pertama, kami sempat berbual seketika selepas waktu makan dan selepas itu, masing-masing berada dalam bilik pembentangan.
Di hari terakhir konferens, kami tidak dapat berjumpa kerana slot pembentangan terlalu banyak dan masing-masing sibuk dengan pembentangan masing-masing. Konferens itu berlangsung selama dua hari dan aku membentangkan kertas kerja aku pada hari kedua. Agak memenatkan kerana sesi pembentangan bermula daripada jam 9.00 pagi berterusan dan berakhir pada jam 6.00 petang. Setibanya aku dirumah, aku mula meneliti nombor-nombor telefon yang aku simpan dan mencari-cari nama si dia. Akhirnya aku terjumpa kerana sebelum ini pun aku pernah bersms dengannya atas urusan persatuan. Aku bertanya khabar dan dia memohon maaf kerana tidak dapat berjumpa sewaktu di akhir konferens kerana kumpulan mereka harus segera bertolak ke kampus mereka nun jauh di sana.
*************Mengapproach Si Dia*******************

Terus-terang, aku sms padanya dalam nada umum sama ada telah berpunya atau pun tidak. Dia membalasnya dengan menyatakan masih belum ada perhubungan. Aku memintanya alamat email agar aku boleh menerangkan dengan lebih lanjut kerana pada aku agak sukar menerangkannya melalui SMS. Aku menyatakan hasrat hati padanya. Beberapa hari kemudian, dia membalas email tersebut.
Dalam emailnya, dia seorang yang cukup berterus-terang. Dia mengakui pada dirinya ada kecacatan fizikal yang mungkin katanya aku tidak perasan. Dia begitu jujur dan aku sangat terharu. Dia benar-benar ikhlas untuk perhubungan itu dan sangat mengharap. Aku tahu, bagi seorang wanita, tiada tujuan utama untuk dia berkahwin iaitu bagi mendapatkan sebuah perlindungan. Walaupun benar, ianya untuk memenuhi tuntutan nafsu kedua-dua pihak, aku fikir perempuan lebih mementingkan sebuah perlindungan yang benar-benar selamat dari seorang lelaki bergelar suami. Dia begitu jujur menerangkan masalah dan kelemahannya, tetapi aku diserbu rasa bersalah kerana tidak jujur. Takkan aku nak cerita apa yang aku alami?
Dia menerima segala-galanya apa jua keputusan aku dan dia serahkan sepenuhnya keputusan itu pada aku. Aku membalas emailnya dan memohon agar sama-sama meneruskan solat isthikarah. Aku kira sudah 3 bulan aku tidak menghubunginya lagi dan dalam masa yang sama aku tetap meneruskan solat isthikarah. Masih mengharapkan hidayah dan petunjuk dari-Nya. Aku buntu dan tak tahu sebenarnya apa perasaan yang sedang membelenggu aku sekarang.

**************Aku Belum Bersedia**************
Dia seorang yang sangat baik selain dia bertudung labuh. Maklumlah kami dalam sebuah persatuan yang berteraskan agama. Pada detik-detik tertentu, aku mula merasakan bahawa aku seolah-olah tidak layak padanya. Aku bertanya pada diri aku betulkah tindakan yang telah aku ambil? (Sebelum ini aku pernah approach seorang budak perempuan juga). Aku takut aku akan menyakitinya. Ketahuilah bahawa bukan niatku untuk merasa ragu dengan sebuah perhubungan ini. Cuma, aku memerlukan masa untuk memperbaiki diri. Aku lelaki yang fikirannya penuh dengan dosa dan 'kotor'. Tapi takkan aku nak menerangkan padanya keadaan diri aku yang sebenar. Aku teringin sangat mempunyai keluarga dan kalau Allah izinkan, aku ingin mempunyai anak secepatnya.
Pada ketika itu, aku mula diselubungi dengan suatu perasaan yang membuatkan aku tidak tenang. Rupa-rupanya aku bagaikan tersentak dan sedar bahawa aku belum bersedia. Belum betul-betul siap. Belum bersedia memikul beban sebagai seorang suami. Bagaimana aku ingin bersama dengannya sedangkan hal peribadi aku sendiri pun belum selesai. Aku perlu mempersiapkan diri untuk ujian lisan thesis dan dalam masa yang sama aku perlu mencari duit untuk menampung kehidupan aku di universiti. Duit tajaan juga telah tamat tempoh dan aku memerlukan sumber kewangan yang lain. Bayak perkara yang tidak dijangka berlaku dan kadang-ladang diluar jangkaan kita. Banyak lagi keutamaan lain yang harus aku tumpukan. Aku mula rasa bersalah terhadap tindakan aku 'merisik' dia dahulu.
Aku rasa, 'beban' yang aku perlu selesaikan sekarang adalah menpunyai kedudukan kewangan dan kerjaya yang stabil. Walaupun aku rasa aku tidak harus memikirkan tentang rezeki, ianya tetap mencetuskan kekacauan dalam kepala kita. Aku tahu Allah akan memberikan rezeki pada setiap makhluknya dan pasangan yang berkahwin sebagaimana Surah An-Nur Ayat 32 dan At-Talak 2-3, tetapi dalam masa yang sama, kita mesti berusaha untuk mengubah nasib kita kerana Allah tidak sesekali akan mengubah nasib hamba-hambanya jika hamba-hamba-Nya malas berusaha. Bukan bermaksud ragu tentang ayat Allah.
Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
...........Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Walaupun betul kita boleh meneruskan sebuah perhubungan dengan batas-batas tertentu, cuma aku rasa ianya tidak bermakna sama sekali. Aku tidak mahu bermain dengan perasaan sendiri dan bermain dengan perasaan orang lain. Cukuplah apa yang aku lalui dalam sesi 'percintaan' pertama dahulu. Aku cuma membayangkan untuk melalui sebuah perkahwinan dengan percintaan berputik selepas akad nikah. Aku rasa tidak perlu untuk bertunang lama, cukup sekadarnya sahaja. Mudah-mudahan aku mendapat wanita dan sebuah perkahwinan yang diberkati Allah.

[An-Nur, 24: 32]

[At-Talak, 65:2-3]

Isthikarah itu mesti diteruskan......
Thursday, 10 May 2012
Kalau Itu Aku.........
Bila hujung minggu tidak sekali pun kita ter'miss' untuk berjumpa di Mid Valey. Pastinya kita bersama-sama menonton movie di pawagam. Dalam pawagam pun kita berpegang tangan, tapi kena berhati-hati dan 'cover line', takut kantoi. Tapi setakat ni OK je..... Aku selalu memangil engkau dengan panggilan sayang dan engkau panggil aku dengan gelaran 'babby'. Oh romantiknya. Setiap kali aku melihat wajah tampanmu... hatiku tenang... tidak terungkap dengan kata-kata. Aku betul-betul cinta dan sayang padamu.
Takkala kita berpisah dan kau mula mengambil train ke Arah Petaling Jaya dan aku mengambil train ke arah Seremban, hati mula sedih. Tak sanggup untuk berpisah dengan engkau. Rasa seolah-olah kita tidak mungkin untuk berjumpa lagi. Teringat pada hari tu... kau melambai-lambai tangan ke arah aku bila pintu train ditutup... tapi tak sampai 1 minit train bergerak kau dah pun menghantar sms rindu pada aku. Setiap malam, kau tanyakan aku sudah makan atau belum..... dan kadang-kadang kau kacau aku masa nak tidur. Tapi ianya sangat romantik sayang.
Aku teringin sekali mendakap badanmu sayang....Ingin sekali memeluk tubuhmu...dan pegang tanganmu. Aku rasa betul-betul selamat berada dalam dakapanmu dan aku tak tahu bagaimana keadaaan aku jika kau tinggalkan aku.
Aku sangat-sangat mencintaimu......
(Babak 1)
Disebalik Cerita Babak 1:
Tapi.... HAKIKATNYA.... itu hanya IMAGINASI sahaja..... Perkara tersebut hanya gambaran minda dan tidak mungkin menjadi kenyataan.
Bagi kebanyakkan 'orang macam kita', memang kita nak sangat-sangat ada orang tersayang, orang kita boleh 'bermesra-mesra' selalu. Bagi kebanyakkan 'straight' sekurang-kurangnya mereka boleh 'approach' orang yang mereka suka untuk suatu perhubungan yang terjamin. Tapi, bagi 'orang macam kita', itu adalah mustahil kerana kalau terjadi pun, atau sesayang mana pun kita kat dia, dia tetap tidak halal untuk kita sebagaimana hubungan seorang suami dan isteri. Ianya umpama kita makan daging babi sedangkan di sekitar kita ada daging halal (bukan bermaksud nak kata orang yang bernaluri songsang itu sama taraf dengan daging babi).
(Babak 2 )
**************************************************************
Bak kata sign board di atas:
Ikut SUKA, DUKA yang kita dapat,
Ikut RASA, BINASA diri dan keluarga,
Ikut HATI, MATI katak,
Pandulah IMAN dengan BERHATI-HATI.
Nota Berkaki:
Cerita ini mempunyai unsur-unsur sarkistik yang pada sebahagian orang tidak sesuai untuk bacaan masyarakat umum.
(Babak 1)
Disebalik Cerita Babak 1:
Tapi.... HAKIKATNYA.... itu hanya IMAGINASI sahaja..... Perkara tersebut hanya gambaran minda dan tidak mungkin menjadi kenyataan.
Bagi kebanyakkan 'orang macam kita', memang kita nak sangat-sangat ada orang tersayang, orang kita boleh 'bermesra-mesra' selalu. Bagi kebanyakkan 'straight' sekurang-kurangnya mereka boleh 'approach' orang yang mereka suka untuk suatu perhubungan yang terjamin. Tapi, bagi 'orang macam kita', itu adalah mustahil kerana kalau terjadi pun, atau sesayang mana pun kita kat dia, dia tetap tidak halal untuk kita sebagaimana hubungan seorang suami dan isteri. Ianya umpama kita makan daging babi sedangkan di sekitar kita ada daging halal (bukan bermaksud nak kata orang yang bernaluri songsang itu sama taraf dengan daging babi).
Perkara yang SALAH tetap salah dan tidak mungkin menjadi BETUL. Benda DOSA tetap DOSA dan tidak sesekali bertukar menjadi PAHALA. Benda yang bertentang dengan AGAMA, tetap salah dan tidak sesekali menjadi AMAL KEBAIKAN.
*************************************************************
Zaki mempunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Dia sangat sayangkan adik-adiknya. Dia menjaga adik-adiknya bagai menatang minyak yang penuh. Maklumlah ayahnya sudah lama meninggal dan dia pula anak sulung dalam 3 beradik tersebut. Umur adik lelakinya sekarang adalah 22 tahun manakala adik perempuannya 18 tahun. Pada suatu hari Zaki mengetahui bahawa adik lelakinya adalah seorang gay dan dia telah melakukan hubungan intim dengan kawan baik zaki sendiri. Zaki tak kisah sebab kejadian itu bukan berlaku pada dirinya tapi adiknya. Dalam masa yang sama, seorang kenalan adik perempuannya meminta kebenaran daripada zaki untuk berzina dengan adiknya. Zaki benarkannaya dan Zaki tidak menunjukkan apa-apa emosi luar kawalan. (emmm.... bagusnya ada abang macam ni)(Babak 2 )
Disebalik Cerita Babak 2:
Cuba bayangkan Zaki itu abang kita dan si naluri songsang itu kita. Apa perasaan abang kita kalau mengetahui bahawa adiknya telah melakukan zina liwat dengan seseorang. Cuba bayangkan pula perasaan abang kita kalau adik perempuan kita telah berzina atau dirogol dengan seorang lelaki. Mesti abang kita mengamuk sakan.
Kadaang-kadang kita kena fikir melampaui batas kepentingan kita untuk mengetahui sesuatu perkara itu benar atau salah. Kalau kita hanya mengikut sesuatu tindakan hanya berdasarkan kaca mata kita sahaja, kita terperangkap dengan ruang lingkup kepentingan diri dan nafsu kita sahaja.

Kita memandang zina dan liwat itu tarafnya berbeza dan memandang zina itu adalah lebih berat daripada liwat. Mungkin sebabnya, zina akan mendatangkan masalah 'kedua' iaitu kemungkinan mengandung dan si perempuan membuang anak hatta sehingga boleh membunuh anak tersebut, tetapi liwat tidak. Mungkin juga atas dasar suka sama suka, maka liwat itu tiada salahnya. Tapi yakinlah, sekali kita melakukannya, sampai satu saat, akan ada satu kekesalan dan kita rasa amat bersalah pada diri dan pada Tuhan.
Bayangkan pula kalau ibu kita dirogol oleh seseorang. Mahukah kita atau dapatkah kita terimanya? Kalau jawapannya tidak, begitu juga dengan orang lain. Seorang ayah juga tidak rela atau suka jika anaknya diliwat oleh orang lain.
Bayangkan pula kalau ibu kita dirogol oleh seseorang. Mahukah kita atau dapatkah kita terimanya? Kalau jawapannya tidak, begitu juga dengan orang lain. Seorang ayah juga tidak rela atau suka jika anaknya diliwat oleh orang lain.
Bak kata sign board di atas:
Ikut SUKA, DUKA yang kita dapat,
Ikut RASA, BINASA diri dan keluarga,
Ikut HATI, MATI katak,
Pandulah IMAN dengan BERHATI-HATI.
Cerita ini mempunyai unsur-unsur sarkistik yang pada sebahagian orang tidak sesuai untuk bacaan masyarakat umum.
Article Pencerahan Yang Baik:
Cinta Songsang Semakin Songsang
Seksualiti Merdeka: Penyakit Bukan Alasan Untuk Terus Sakit
Cinta Songsang Semakin Songsang
Seksualiti Merdeka: Penyakit Bukan Alasan Untuk Terus Sakit
Subscribe to:
Posts (Atom)