Thursday, 26 January 2012

Hebatkah Ujian Hidupku?

Setiap hari adalah hari-hari ujian. Manusia setiasa berlawan dengan nafsu yang tidak pernah puas, yang tidak pernah cukup. Nafsu sentiasa mengajak diri untuk setiap saat melakukan maksiat dan dosa kepada Allah. Tapi dalam masa yang sama iman di dalam diri cuba menangkis semampu boleh hasutan nafsu.




Walaupun kita menanam hasrat dalam hati kita untuk solat di awal waktu, secara berjemaah dan di masjid atau surau, kadang-kadang kita tidak mampu untuk mengikut apa yang terbaik. Apabila kita berada di dalam masjid dan mendengar kuliah agama, semestinya dalam ruang lingkup masa tersebut kita terhindar daripada dosa. Kita bebas daripada dosa selama mungkin 2-3 jam kerana kita berada di dalam masjlis ilmu. Nafsu jahat menjadi lemah longlai tidak bertenaga. Tapi, apabila keluar sahaja dari dalam masjid, hati kita mula menjadi liar, cuba untuk mencari ruang-ruang untuk melakukan dosa kepada Allah.




Lemahnya imanku yang Allah. Jika nak dibandingkan dengan kulit bawang, aku rasakan imanku jauh lebih nipis. Tapi aku cuba setiap masa untuk mengingati-Mu dalam apa jua keadaan. Jangan lalaikan diriku untuk sentiasa mendingati-Mu walau sedetik ya Allah. Sedetik aku lupa pada-Mu, aku takut jika rasa takut dalam diriku menipis, iman mula goncang, hati tidak lagi tetap pada-Mu, akal mula memikirkan maksiat, lalu terjadilah dosa.




Aku merasakan aku antara manusia yang diuji dengan cubaan yang hebat daripada-Mu. Hidup dalam kepura-puraan bukan hanya di mata manusia tapi juga dimata-Mu. Hidup bagai orang munafik. Luaran Islamnya amat la sangat tapi dalamannya penuh dengan lubuk-lubuk maksiat. Aku begitu keliru bila mana pahala dan dosa bercampur gaul. Bila sedar, ingatkan-Mu ya Allah, tapi bila lupa, syaitan menjadi tuhanku, nafsu menjadi rajaku. Aku tidak mahu menjadi munafik. Luaran Islam dalaman kufur dan syirik.




Berilah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan yang hebat ini ya Allah. Rentaplah nafsu songsang dalam diriku, buang nafsu tersebut kerana ianya betul-betul menyeksa hidupku. Bagaimana mungkin luaran aku nampak seperti lelaki sempurna, tenang dan beriman tapi dalaman penuh maksiat, dan munafik. Setiap kali aku menulis merintih nasib ini air mata bercucuran keluar takut-takut dosa mengatasi pahala, lalu engkau palingkan diri-Mu daripadaku dan terus campakkan aku ke dalam neraka yang menjulang-julang apinya.




Aku tahu aku tidak boleh menyalahkan-Mu atas ujian yang engkau berikan ini kerana Engkau maha mengetahui dan ingin menguji aku. Juka sebagai kafarah atas dosa-dosa yang telah aku lakukan. Tapi aku sentiasa berharap dan tidak akan putus-putus berdoa agar engkau melenyapkan perasaan songsang ini kerana aku ingin menjadi ummat Nabi Muhammad yang taap pada agamanya dan memiliki iman yang sihat dan sejahtera. Kalaulah aku hidup di zaman Nabi Muhammad pasti aku meminta baginda mendoakan aku agar Engkau hilangkan naluri songsang ini walau pada hakikatnya iman aku dan iman para sahabat nabi sangat jauh bezanya. Tapi itulah satu nya impian aku kalau aku dapat berjumpa Rasulullah kekasih-Mu aku pasti akan meminta baginda berdoa untukku kerana mana mungkin Engkau menolak doa kekasih-Mu.


Aku tahu ujian hidupku bukan seperti ujian kesusahan atau kesempitan hidup yang melampau. Sedangkan orang di luar sana engkau telah uji mereka dengan pelbagai bentuk ujian, kehilangan ibu bapa, dipukul, melakukan apa jua kerja untuk sesuap nasi, tiada pelajaran, tidur di kaki lima dan lain-lain. Aku mengharapkan redha dan keberkatan hidup dari-Mu ya Allah.







Tuesday, 10 January 2012

Terimalah Taubat Kami

Malunya aku pada-Mu ya Allah. Aku malu melakukan maksiat pada-Mu ya Allah. Malu pada-Mu kerana sanggup menzalimi diri sendiri. Malu sangat-sangat kalau mengaku diri ini cenderung pada golongan sejenis. Tapi demi Allah, aku tak minta perasaan itu hadir dalam diriku, aku benci dengan perasaan songsang ini kerana ia betul-betul menyeksa hidup ini. Hanya mereka yang ditimpa ujian ini sahaja yang memahami berapa beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung walaupun beban tu tak nampak secara fizikalnya.


Ya Allah, kalau kematian itu lebih baik bagiku maka bawalah aku kepada Mu. Tetapi jika penghidupan itu lebih baik bagiku, maka kau rahmatilah aku, berkatilah aku dan mudahkanlah urusanku untuk mencapai cita-citaku menjadi muslim yang bertaqwa, patuh dan taat pada-Mu. Jadikan imanku sehebat iman para sahabat Nabi Muhammad, seteguh iman Abu Bakar As-Siddiq dan sekuat iman Umar Al-Khattab. Walaupun pada realitinya mereka menjadi hebat kerana mereka mendapat pentarbiyahan dan sentuhan agung daripada kekasihmu Muhammad ya Allah. Jangan jadikan aku orang Islam yang munafik, fasik dan pelaku maksiat.


Ya Allah..


Terimalah taubatku dan taubat sahabat-sahabat senasib denganku seperti hidayatsetelahhiv.blogspot.com, akupositif.wordpress.com , dan lain-lain yang Allah. Ya... memang kami telah tersesat dan terkeluar dari landasan yang lurus. Tetapi kami telah tersedar dan ingin berada kembali di landasan-Mu yang lurus. Sebahagian daripada kami telah diuji dengan ujian yang cukup hebat dan ujian itulah sebenarnya yang membuka mata dan mengembalikan kami kepada cahaya hidayah-Mu. Terimalah taubat kami dan jangan campakkan kami ke lembah kehinaan sama ada ketika di dunia atau hari pembalasan.


Dengan keberkatan dan mukjizat ayat suci al-quran yang telah Engkau turunkan kepada ummat Muhammad, berilah kami kekuatan untuk terus menerus mengerjakan amal dalam keadaan hati yang sejahtera, bersih, suci dan murni dan menjadi hamba-Mu yang benar-benar ikhlas beribadah kepada-Mu.



Hadirkan Jodohku Ya Allah

Ya Allah...


Berikanlah aku sedikit kekuatan dan semangat untuk meneruskan hidup ini. Berkatilah dan rahmatilah aku ya Allah.


Naluri fitrah semulajadi manusia, hidup berpasangan, ingin disanyangi dan ingin mendapat perhatian seseorang. Mana mungkin ada manusia yang menolak naluri ini kerana ianya hadir secara semulajadi dalam diri manusia. Jika manusia itu mampu mengurus naluri ini secara baik, maka jadi baik malah mendapat pahala Mu ya Allah. Tapi kalau salah cara mengurusnya, akan mendatangkan dosa dan mengundang azab Mu yang amat pedih di dunia dan akhirat.


Engkau Maha kuasa ya Allah, Engkau ciptakan manusia itu lelaki dan perempuan. Malah engkau berkuasa menciptakan satu lagi golongan manusia yang digelar khunsa. Engkau berkuasa memilih kepada siapa sesuatu ujian itu ditimpakan. Aku redha dengan ujian Mu yang Allah. Dalam tiga kategori itu pula, ada pelbagai-bagai lagi naluri yang engkau ciptakan pada mereka. Ada yang engkau ciptakan normal naluri seksnya (straight), ada yang memilih menjadi gay, ada yang memilih jalan lesbian, ada yang memilih naluri seks dengan binatang dan bermacam lagi kecelaruan identiti/ naluri. Itu semua kecelaruan dalaman yang ada dalam seseorang individu, tidak dapat dikesan secara terus melalui pandangan mata luaran. Sukar untuk membezakan mereka.


Dalam kelompok manusia ini juga ada golongan manusia yang menzahirkan fitrah naluri mereka di mata masyarakat. Ada yang menjadi pondan walaupun secara fizikalnya lelaki, ada yang lelaki luarannya, tetapi perwatakannya lembut dan ada yang perempuan berperwatakan lelaki (tomboy). Demi Allah, aku tidak langsung menginginkan ketidaktentuan identiti ini masuk merosakkan naluri fitrah semula jadi itu. Malah, aku cuba sedaya upaya mencintai dan menyanyagi seorang yang bernama wanaita kerana tidak mahu perasaan songsang itu menguasai diri dan menghapuskan terus naluri semulajadi yang diharuskan syarak.


Ya Allah...


Berikanlah kalau tak boleh banyak pun sedikit kekuatan untuk aku terus menjadi kuat dan tidak menjadi pelaku maksiat. Permudahkanlah urusan aku ya Allah. Perkenankan permohonan ku ya Allah kerana tiada tempat lain untuk aku bergantung harap selain Engkau ya Allah. Suburkanlah iman dalam diriku, jadikan aku manusia yang berilmu ya Allah. Ketemukan dan hadirkanlah seorang wanita yang boleh menjadi teman hidupku ya Allah. Kurniakanlah aku keluarga yang bahagia, anak yang soleh dan solehan, isteri yang solehah dan patuh kepada suaminya. Jadikanlah baitul muslim kami rumah tangga yang diberkati dan disayangi ileh Mu ya Allah.


Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun , Maha Berkuasa atas sesuatu dan Maha Penyanyang.


Amin...

Thursday, 5 January 2012

Hilangkan Naluri Sonsang Itu

Berat sungguh rasanya bila diri diuji dengan naluri songsang ini. Menghilangkannya dari dalam diri bukan semudah membasuh kotoran pada baju. Bukan boleh guna peluntur atau sabun. Diluar memang tak nampak lembut malah orang tidak menyangka atau mengesyaki langsung diri ini mempunyai naluri songsang. Naluri itu tidak boleh nampak dengan mata kasar kerana ianya perasaan dalaman. Selagi kita tak luahkan pada seseorang, orang tidak tahu apa naluri kita.


Naluri songsang ini lah yang menjadi duri dalam dading yang boleh merosakkan manusia. Kalaulah ada ubat atau terapi yang boleh mengingkirkan naluri songsang ni, sudah tentu mereka yang tidak mengingini naluri songsang ini boleh kembali menjadi normal. Hatta, kalau terpaksa dibayar dengan ribuan ringgit juga, nescaya ada orang yang bertungkus lumus mengumpul duit untuk menyingkirkan naluri songsang ini. Kalau kudis atau barah yang muncul, boleh didiagnosis dan diketahui tahap kroniknya. Tapi kalau naluri bermasalah...... susah nak kenal pasti dan nak ubatinya.


Mereka yang dilahirkan 'straight' patut bersyukur sebab mereka tidak diuji dengan naluri songsang. Aku juga nak hidup seperti orang 'straight' tetapi terpaksa melalui jalan-jalan sukar kerana bertarung dengan fitrah semulajadi manusia. Hanya sedikit kekuatan yang sentiasa dipohon kepada Allah agar tidak jatuh dari landasan iman. Cukup perit dan jerih bila melihat sahabat-sabahat handai satu kuliah, jiran sekampung melangsungkan majlis perkahwinan. Dikurniakan anak, hidup ceria dan bahagia. Tambah perit lagi bila saudara terdekat atau rakan yang sudah berkahwin bertanya " Bila nak kahwin?". Rasa macam seolah-olah ada orang perah air asam limau kat kulit kita yang luka. Mungkin persoalan mereka hanya dengan nada bergurau, tetapi hakikatnya pada kita soalan tersebut adalah "soalan maut" ditambah pula dengan umur yang semakin lanjut.


Mereka yang bersifat "straight" sama ada lelaki atau perempuan tidak memahami keadaan orang yang mempunyai naluri songsang sebab mereka tidak merasai keadaan tersebut. Seringkali kita mendengar mereka mengutuk dengan nada sindiran " Perempuan belambak...... lelaki juga yang dia main" atau "Nabi tak mengaku ummat kalau jadi gay". Persoalan disini bukan masalah kuantiti atau nisbah gender, tetapi masalah naluri. Sebab itu, sebenarnya isu kecelaruan identiti ini semakin hari semakin parah sebenarnya. Isu pondan, gay, lesbian, perkahwinan sesama jenis... adalah isu kecelaruan identiti. Ramai orang boleh mengutuk, mencaci, menghina dan mengeji. Tetapi berapa ramai yang boleh memberi sokongan dan mencadangkan solusi-solusi yang boleh diambil bagi membantu golongan ini. Bukan kita menyokong golongan ini, tetapi solusi harus dicari bagi membantu golongan ini.


Kalau ditanya pada gay tentang golongan lesbian, sudah tentu mereka merasa jijik dengan perlakuan tersebut dan sama sekali tidak berminat dengan mereka. Begitu juga apabila ditanya dengan golongan "straight" tentang golongan gay dan lesbian, sudah pasti mereka akan menolak, mengutuk dan mengadakan demonstrasi bagi mengekang kumpulan ini. Sebab utama mereka menolak adalah kerana bercanggah dengan naluri nafsu mereka. Mana mungkin seorang lelaki yang merasakan kenikmatan melakukan hubungan intim dengan seorang perempuan menyokong golongan gay?


Apa apa pun, kembalilah kepada agama kita iaitu Islam kerana Islam sangat menjaga nasab dan keturunan. Inilah asas utama, benteng pertahanan utama orang Islam, sebab itu undang-undang syariah bab kekuluargaan Islam diamalkan dan dpraktikkan walaupun undang-undang Islam yang lain (hudud, qisas dan khazaf) tidak dipraktikkan banyak negara Islam. Sesuatu yang baik dan nikmat pada kita sebabnarnya ia mendatangkan kemudharatan pada kita dan perkara yang kita tak suka, itulah sebenarnya yang terbaik dan mendatangkan manfaat pada kita". Allah yang mencampakkan naluri songsang itu sebagai ujian kepada hamba-Nya dan aku tidak putus-putus mengharapkan Allah ambil semula dan cabut naluri songsang itu daripadaku kena ia betul-betul menggangu ibadahku kepada-Mu. Mana mungkin aku boleh kusyuk dalam solatku sekiranya ada disebelahku seorang lelaki hemsem. Mana mungkin aku boleh fokus dalam setiap pekerjaanku sekiranya sentiasa terpandang lelaki didepanku.


Sesungguhnya aku tahu yang Allah, aku masuk ke syurga bukan disebabkan oleh banyakknya amalanku pada-Mu. Tetapi seseorang itu masuk ke syurga adalah kerana rahmat-Mu. Walaupun begitu, untuk mendapatkan rahmat-Mu, manusia perlu beribadah, bersolah, melakukan amal kebaikan untuk tujuan tersebut.

Wednesday, 4 January 2012

Dosaku di Mata-Mu

Ya Allah...


Hina sungguh rasanya diri ini. Setelah sekian banyak dosa yang aku lakukan pada Mu, aku rasa cukup malu. Malu pada Mu dan juga pada diri sendiri. Setiap kali melakukan dosa, timbul rasa bersalah yang amat menghambat diri, meruntun jiwa. Lalu, timbullah rasa bersalah yang amat ya Allah. Bukan mudah untuk memastikan diri sentiasa bermujahadah dijalan-Mu. Kadang-kadang tersasar dari lebuh raya iman.


Ya Allah..


Aku rasa cukup bersalah pada Mu. Bukan niat untuk mempermainkan Mu ya Allah. Tetapi, godaan syaitan menguasai diri..... lalu mencampakkan diri kelembah kehinaan. Rasa marah pada diri sendiri sebab setiap kali membuat dosa timbul rasa bersalah, menyesal... kembali mengingati-Mu. Kemudian buat kembali dosa tu dan memohon keampunan Mu kembali. Sukar sungguh untuk melakukan taubah nasuha. Berikanlah aku sedikit kekuatan ya Allah. Sesungguhnya Engkau tidak akan menguji hamba-Mu lebih dari yang mampu tertanggung oleh hamba-Mu ya Allah.


Mungkin inilah jawapan kepada persolan di atas:


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


"Seseorang hamba melakukan dosa lalu berkata: " Wahai Rab, aku melakukan satu dosa, maka ampunilah aku".


Maka Allah berkata: " Adakah hambaku tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang mengampuni dosa dan menghapuskannya?. Aku telah mengampuni hamba-Ku. Kemudian, setelah beberapa ketika, dia kembali melakukan dosa dan berkata: "Wahai Allah, aku telah membuat dosa lain, maka ampunilah aku".


Allah kemudian berkata: " Adakah hamba-Ku tahu dia mempunyai tuhan yang mengampuni dosa dan menghapuskannya?. Aku telah mengampuni hamba-Ku.


Setelah beberapa ketika, dia telah melakukan dosa lagi dan berkata: " Wahai Rab, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.


Allah berfirman: " Apakah hamba-Ku tahu dia mempunyai tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya?. Aku tetap mengampuni hamba-Ku- sebanyak tiga kali- maka lakukanlah apa yang disukainya.


[ Hadis sahih, Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Di Mana Cahaya-Mu

Ya Allah...


Dimanakah cahaya-Mu ya Allah... Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi detik-detik sukar dalam hidupku. Setiap hari aku mengharap, merintih pertolongan dari-Mu ya Allah. Tiada tempat lain aku bergantung, hanya kepada-Mu, tuhan yang Esa.


Ya Allah...


Berikanlah aku kekuatan. Setiap hari aku bermohon hidayah pada-Mu ya Allah. Setiap hari, aku bersolah, sujud, tunduk dan patuh pada-Mu ya Allah. Terimalah solatku, obadahku ya Allah. Tapi, kadang-kadang, aku tak mampu untuk menahan gelora nafsu ya Allah. Aku tewas, walaupun selalu mengagatkan diri agar kuat bila berhadapan dengan godaan syaitan.


Ya Allah...


Mudahkanlah urusanku ya Allah. Berkatilah aku ya Allah, rahmatilah aku ya Allah. Pancarkanlah cahaya-Mu kepadaku setiap saat, setiap detik, setiap ketika agar aku sentiasa berada dalam lindungan payungan rahmat-Mu ya Allah. Tunjukkan aku jalan yang lurus, bukan jalan yang menyimpang, bukan jalan yang songsang. Aku ummat nabi Muhammad, bukan kaum Nabi Luth yang derhaka itu ya Allah.


Ya Allah..

Ketemukanlah cahaya hidayah-Mu padaku ya Allah.

Jangan Kau sempitkan hidupku ya Allah......