Tuesday, 10 January 2012

Hadirkan Jodohku Ya Allah

Ya Allah...


Berikanlah aku sedikit kekuatan dan semangat untuk meneruskan hidup ini. Berkatilah dan rahmatilah aku ya Allah.


Naluri fitrah semulajadi manusia, hidup berpasangan, ingin disanyangi dan ingin mendapat perhatian seseorang. Mana mungkin ada manusia yang menolak naluri ini kerana ianya hadir secara semulajadi dalam diri manusia. Jika manusia itu mampu mengurus naluri ini secara baik, maka jadi baik malah mendapat pahala Mu ya Allah. Tapi kalau salah cara mengurusnya, akan mendatangkan dosa dan mengundang azab Mu yang amat pedih di dunia dan akhirat.


Engkau Maha kuasa ya Allah, Engkau ciptakan manusia itu lelaki dan perempuan. Malah engkau berkuasa menciptakan satu lagi golongan manusia yang digelar khunsa. Engkau berkuasa memilih kepada siapa sesuatu ujian itu ditimpakan. Aku redha dengan ujian Mu yang Allah. Dalam tiga kategori itu pula, ada pelbagai-bagai lagi naluri yang engkau ciptakan pada mereka. Ada yang engkau ciptakan normal naluri seksnya (straight), ada yang memilih menjadi gay, ada yang memilih jalan lesbian, ada yang memilih naluri seks dengan binatang dan bermacam lagi kecelaruan identiti/ naluri. Itu semua kecelaruan dalaman yang ada dalam seseorang individu, tidak dapat dikesan secara terus melalui pandangan mata luaran. Sukar untuk membezakan mereka.


Dalam kelompok manusia ini juga ada golongan manusia yang menzahirkan fitrah naluri mereka di mata masyarakat. Ada yang menjadi pondan walaupun secara fizikalnya lelaki, ada yang lelaki luarannya, tetapi perwatakannya lembut dan ada yang perempuan berperwatakan lelaki (tomboy). Demi Allah, aku tidak langsung menginginkan ketidaktentuan identiti ini masuk merosakkan naluri fitrah semula jadi itu. Malah, aku cuba sedaya upaya mencintai dan menyanyagi seorang yang bernama wanaita kerana tidak mahu perasaan songsang itu menguasai diri dan menghapuskan terus naluri semulajadi yang diharuskan syarak.


Ya Allah...


Berikanlah kalau tak boleh banyak pun sedikit kekuatan untuk aku terus menjadi kuat dan tidak menjadi pelaku maksiat. Permudahkanlah urusan aku ya Allah. Perkenankan permohonan ku ya Allah kerana tiada tempat lain untuk aku bergantung harap selain Engkau ya Allah. Suburkanlah iman dalam diriku, jadikan aku manusia yang berilmu ya Allah. Ketemukan dan hadirkanlah seorang wanita yang boleh menjadi teman hidupku ya Allah. Kurniakanlah aku keluarga yang bahagia, anak yang soleh dan solehan, isteri yang solehah dan patuh kepada suaminya. Jadikanlah baitul muslim kami rumah tangga yang diberkati dan disayangi ileh Mu ya Allah.


Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun , Maha Berkuasa atas sesuatu dan Maha Penyanyang.


Amin...

3 comments:

  1. Ya Allah, aku tidak pernah mengenali insan ini, tetapi Ya Allah aku kagumi semangatnya Ya Allah dalam mengingatiMU Ya Allah, Ya Allah, aku memohon kepadaMU Ya Allah, peliharalah dirinya dari azab api nerakaMU Ya Allah, peliharalah keimanannya ya Allah, Aku hambaMU yang hina ini memohon kepadaMU Ya Allah, Kurniakanlah seorang wanita solehah yang baik imannya, baik tingkahlakunya, baik pekertinya, cantik rupa parasnya untuk menjadi isterinya, boleh menerima dan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat kepadanya, malahirkan anak2 yg sempurna soleh dan solehah buat dirinya, Ya Allah, makbulkanlah doa hambamu ini. Ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...
      itulah doa saya dalam solat isthiqarah...
      Mudah-mudahan Allah kabulkan....
      Kalau ajal datang sebelum hajat saya ini tercapai, saya redha dan kalau Allah izinkan saya ke syurga, saya tuntut balik apa yg saya minta dalam doa ini di syurga nanti.

      Delete
  2. sayunya...moga dikuatkan semangat dan Allah perkenankan doa doa kamu...go go go u can do it !!!

    terlajak ke page ni masa cari info ttg hiv :)

    ReplyDelete