Thursday, 26 January 2012

Hebatkah Ujian Hidupku?

Setiap hari adalah hari-hari ujian. Manusia setiasa berlawan dengan nafsu yang tidak pernah puas, yang tidak pernah cukup. Nafsu sentiasa mengajak diri untuk setiap saat melakukan maksiat dan dosa kepada Allah. Tapi dalam masa yang sama iman di dalam diri cuba menangkis semampu boleh hasutan nafsu.




Walaupun kita menanam hasrat dalam hati kita untuk solat di awal waktu, secara berjemaah dan di masjid atau surau, kadang-kadang kita tidak mampu untuk mengikut apa yang terbaik. Apabila kita berada di dalam masjid dan mendengar kuliah agama, semestinya dalam ruang lingkup masa tersebut kita terhindar daripada dosa. Kita bebas daripada dosa selama mungkin 2-3 jam kerana kita berada di dalam masjlis ilmu. Nafsu jahat menjadi lemah longlai tidak bertenaga. Tapi, apabila keluar sahaja dari dalam masjid, hati kita mula menjadi liar, cuba untuk mencari ruang-ruang untuk melakukan dosa kepada Allah.




Lemahnya imanku yang Allah. Jika nak dibandingkan dengan kulit bawang, aku rasakan imanku jauh lebih nipis. Tapi aku cuba setiap masa untuk mengingati-Mu dalam apa jua keadaan. Jangan lalaikan diriku untuk sentiasa mendingati-Mu walau sedetik ya Allah. Sedetik aku lupa pada-Mu, aku takut jika rasa takut dalam diriku menipis, iman mula goncang, hati tidak lagi tetap pada-Mu, akal mula memikirkan maksiat, lalu terjadilah dosa.




Aku merasakan aku antara manusia yang diuji dengan cubaan yang hebat daripada-Mu. Hidup dalam kepura-puraan bukan hanya di mata manusia tapi juga dimata-Mu. Hidup bagai orang munafik. Luaran Islamnya amat la sangat tapi dalamannya penuh dengan lubuk-lubuk maksiat. Aku begitu keliru bila mana pahala dan dosa bercampur gaul. Bila sedar, ingatkan-Mu ya Allah, tapi bila lupa, syaitan menjadi tuhanku, nafsu menjadi rajaku. Aku tidak mahu menjadi munafik. Luaran Islam dalaman kufur dan syirik.




Berilah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan yang hebat ini ya Allah. Rentaplah nafsu songsang dalam diriku, buang nafsu tersebut kerana ianya betul-betul menyeksa hidupku. Bagaimana mungkin luaran aku nampak seperti lelaki sempurna, tenang dan beriman tapi dalaman penuh maksiat, dan munafik. Setiap kali aku menulis merintih nasib ini air mata bercucuran keluar takut-takut dosa mengatasi pahala, lalu engkau palingkan diri-Mu daripadaku dan terus campakkan aku ke dalam neraka yang menjulang-julang apinya.




Aku tahu aku tidak boleh menyalahkan-Mu atas ujian yang engkau berikan ini kerana Engkau maha mengetahui dan ingin menguji aku. Juka sebagai kafarah atas dosa-dosa yang telah aku lakukan. Tapi aku sentiasa berharap dan tidak akan putus-putus berdoa agar engkau melenyapkan perasaan songsang ini kerana aku ingin menjadi ummat Nabi Muhammad yang taap pada agamanya dan memiliki iman yang sihat dan sejahtera. Kalaulah aku hidup di zaman Nabi Muhammad pasti aku meminta baginda mendoakan aku agar Engkau hilangkan naluri songsang ini walau pada hakikatnya iman aku dan iman para sahabat nabi sangat jauh bezanya. Tapi itulah satu nya impian aku kalau aku dapat berjumpa Rasulullah kekasih-Mu aku pasti akan meminta baginda berdoa untukku kerana mana mungkin Engkau menolak doa kekasih-Mu.


Aku tahu ujian hidupku bukan seperti ujian kesusahan atau kesempitan hidup yang melampau. Sedangkan orang di luar sana engkau telah uji mereka dengan pelbagai bentuk ujian, kehilangan ibu bapa, dipukul, melakukan apa jua kerja untuk sesuap nasi, tiada pelajaran, tidur di kaki lima dan lain-lain. Aku mengharapkan redha dan keberkatan hidup dari-Mu ya Allah.







3 comments:

  1. bro,bukan seorang saja. aku pun sama. semoga kita akan bertahan.

    ReplyDelete
  2. kita selalu menangis seorang-seorang..nak couple dengan laki tak boleh..dengan pompuan tak boleh..nak anak tak boleh..aku nak anak:(. ramai kawan-kawan aku dah anak. sedih kan?nampak baik depan depan semua orang. kita memang hipokrit. kita terpaksa. isk,isk..aku tak rela keluarga aku tahu aku ada perasaan ni. aku xx pernah terlibat lagi. aku cuma bertahan.

    ReplyDelete
  3. Aku faham apa yang ko rasa..dan kadang-kadang aku speechless...tak tahu nak kate ape pasal naluri songsang ni....
    Bila ada adik2 yg aku kenal jumpa bf atau pasangan mereka masing2....aku jd kelu....nak tegah pun tak....nak support pun tak...cuma kau nasihat jgn buat benda tak elok je...huhu..
    Aku cukup faham apa yg ko rase sebb aku juga rasa benda yg sama dgn apa yg ko rasa..
    Minta tolong dgn Allah, Ingat Dia, Insya-Allah, Dia akan ingat dan jaga kita juga..

    ReplyDelete