Thursday 5 January 2012

Hilangkan Naluri Sonsang Itu

Berat sungguh rasanya bila diri diuji dengan naluri songsang ini. Menghilangkannya dari dalam diri bukan semudah membasuh kotoran pada baju. Bukan boleh guna peluntur atau sabun. Diluar memang tak nampak lembut malah orang tidak menyangka atau mengesyaki langsung diri ini mempunyai naluri songsang. Naluri itu tidak boleh nampak dengan mata kasar kerana ianya perasaan dalaman. Selagi kita tak luahkan pada seseorang, orang tidak tahu apa naluri kita.


Naluri songsang ini lah yang menjadi duri dalam dading yang boleh merosakkan manusia. Kalaulah ada ubat atau terapi yang boleh mengingkirkan naluri songsang ni, sudah tentu mereka yang tidak mengingini naluri songsang ini boleh kembali menjadi normal. Hatta, kalau terpaksa dibayar dengan ribuan ringgit juga, nescaya ada orang yang bertungkus lumus mengumpul duit untuk menyingkirkan naluri songsang ini. Kalau kudis atau barah yang muncul, boleh didiagnosis dan diketahui tahap kroniknya. Tapi kalau naluri bermasalah...... susah nak kenal pasti dan nak ubatinya.


Mereka yang dilahirkan 'straight' patut bersyukur sebab mereka tidak diuji dengan naluri songsang. Aku juga nak hidup seperti orang 'straight' tetapi terpaksa melalui jalan-jalan sukar kerana bertarung dengan fitrah semulajadi manusia. Hanya sedikit kekuatan yang sentiasa dipohon kepada Allah agar tidak jatuh dari landasan iman. Cukup perit dan jerih bila melihat sahabat-sabahat handai satu kuliah, jiran sekampung melangsungkan majlis perkahwinan. Dikurniakan anak, hidup ceria dan bahagia. Tambah perit lagi bila saudara terdekat atau rakan yang sudah berkahwin bertanya " Bila nak kahwin?". Rasa macam seolah-olah ada orang perah air asam limau kat kulit kita yang luka. Mungkin persoalan mereka hanya dengan nada bergurau, tetapi hakikatnya pada kita soalan tersebut adalah "soalan maut" ditambah pula dengan umur yang semakin lanjut.


Mereka yang bersifat "straight" sama ada lelaki atau perempuan tidak memahami keadaan orang yang mempunyai naluri songsang sebab mereka tidak merasai keadaan tersebut. Seringkali kita mendengar mereka mengutuk dengan nada sindiran " Perempuan belambak...... lelaki juga yang dia main" atau "Nabi tak mengaku ummat kalau jadi gay". Persoalan disini bukan masalah kuantiti atau nisbah gender, tetapi masalah naluri. Sebab itu, sebenarnya isu kecelaruan identiti ini semakin hari semakin parah sebenarnya. Isu pondan, gay, lesbian, perkahwinan sesama jenis... adalah isu kecelaruan identiti. Ramai orang boleh mengutuk, mencaci, menghina dan mengeji. Tetapi berapa ramai yang boleh memberi sokongan dan mencadangkan solusi-solusi yang boleh diambil bagi membantu golongan ini. Bukan kita menyokong golongan ini, tetapi solusi harus dicari bagi membantu golongan ini.


Kalau ditanya pada gay tentang golongan lesbian, sudah tentu mereka merasa jijik dengan perlakuan tersebut dan sama sekali tidak berminat dengan mereka. Begitu juga apabila ditanya dengan golongan "straight" tentang golongan gay dan lesbian, sudah pasti mereka akan menolak, mengutuk dan mengadakan demonstrasi bagi mengekang kumpulan ini. Sebab utama mereka menolak adalah kerana bercanggah dengan naluri nafsu mereka. Mana mungkin seorang lelaki yang merasakan kenikmatan melakukan hubungan intim dengan seorang perempuan menyokong golongan gay?


Apa apa pun, kembalilah kepada agama kita iaitu Islam kerana Islam sangat menjaga nasab dan keturunan. Inilah asas utama, benteng pertahanan utama orang Islam, sebab itu undang-undang syariah bab kekuluargaan Islam diamalkan dan dpraktikkan walaupun undang-undang Islam yang lain (hudud, qisas dan khazaf) tidak dipraktikkan banyak negara Islam. Sesuatu yang baik dan nikmat pada kita sebabnarnya ia mendatangkan kemudharatan pada kita dan perkara yang kita tak suka, itulah sebenarnya yang terbaik dan mendatangkan manfaat pada kita". Allah yang mencampakkan naluri songsang itu sebagai ujian kepada hamba-Nya dan aku tidak putus-putus mengharapkan Allah ambil semula dan cabut naluri songsang itu daripadaku kena ia betul-betul menggangu ibadahku kepada-Mu. Mana mungkin aku boleh kusyuk dalam solatku sekiranya ada disebelahku seorang lelaki hemsem. Mana mungkin aku boleh fokus dalam setiap pekerjaanku sekiranya sentiasa terpandang lelaki didepanku.


Sesungguhnya aku tahu yang Allah, aku masuk ke syurga bukan disebabkan oleh banyakknya amalanku pada-Mu. Tetapi seseorang itu masuk ke syurga adalah kerana rahmat-Mu. Walaupun begitu, untuk mendapatkan rahmat-Mu, manusia perlu beribadah, bersolah, melakukan amal kebaikan untuk tujuan tersebut.

13 comments:

  1. Hakimi, sedih bila membaca n3 ni. All I can do hanya berdoa for you. InsyaAllah, yakin there'll be a day Allah anugerahkan the most beautiful rainbow for you. This n3 really buatkan akak sebak

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ kerana sudi memahami orang seperti kami.....
      dan luangkan masa membaca entry terdahulu.........

      Delete
    2. Kimi, akak akan sentiasa membaca blog Kimi...jaga diri ya.

      Delete
    3. Seriously sy pon camni ade dua naluri dan memang mengganggu hidup sy. Tp sy tidak la sampai suka kpd perempuan cuma terasa diri ni sepatutnya menjadi lelaki. Like nk hidup mcm lelaki
      Memang sangat mengelirukan hidup sy bila sy hidup sebagai perempuan tidak merasa bahagia tp untuk hidup cara lelaki semestinya tidak Bagus dan tidak akn diterima.

      Delete
  2. memang sakit..yg rasa akn faham..x kira la lelaki ke perempuan ke..setiap hari teruskn hidup dgn perasaan mcm ni.setiap hari bersembunyi drpd masyrkt.nk hidupn pn rasa susah n x tenang.hanya mampu bertahan dan berdoa smoga x terjrumus dlm maksiat.

    ReplyDelete
  3. kuat ye sahabat semua....

    saya juga terus berjuang untuk terus melawan dan mengawal naluri ini...sangat susah..rasa dah tak buat...tetiba buat lah lagi..jatuh bangun hidup ini melawan naluri ini...

    kadang kadang tersungkur merayu pada yang Esa biarlah semua ini akan berakhir....tidak berdaya menghadapi dan membuat dosa kerana bertuhankan naluri ini...namun..masih kecundang,,

    ReplyDelete
  4. sebenarnya sayapun ada naluri yg mcm 2...puas saya cuba buang tp tetap sama...sya dah cuba mcm2 cra halang perasaan ini,tetapi hasilnya tidak berkesan...lebih parah lagi saya mempunyai dua naluri...terasa berdosa sgt...ya ALLAH...bantulah saya... ;-(

    ReplyDelete
  5. Ingatlah betapa Allah murka pd kaum nabi Lut dulu....

    ReplyDelete
  6. Salam. Saya pun begitu. Ada naluri songsang pada perempuan even saya ada taste saya sndiri. Saya juga berjuang utk tidak memikirkan sgt pasal ni tp kadang2 tu mengganggu saya. Sudah pun terjerumus dalam maksiat dgn dia tp sekarang try to build new life, bertaubat.. Hanya doa yg mampu utk minta Allah kuatkan diri ni. Sakit mmg sakit tp hanya Dia yg tahu jd doa je pada dia.. Nangis tersungkur tu hanya pada Dia. Hmm

    ReplyDelete
  7. Betul semua soal hati..

    Tapi bila kita duduk sorang2 fikir dalam dalam.. ia semua soal hati.. kalau kita ikut hati memang kita akn tenggelam lagi jauh.. kepada yg ada masalah di atas.. cadangan ini bukan hanya utk anda semua tapi juga utk saya..

    Stop buat benda pelik2 utk sementara..dan solat... lakukan utk jangka masa yg lama 2 bulan ? Atau lebih.. dekatkan diri dgan kawan.. tak kisah gay atau lesbian atau stright.. paling penting cuba tinggalkan kerana Allah.. ya memang perit seksa dan sunyi.. tapi fikir 1 saja..

    Tak semua org Allah pilih utk diuji dgan perasaaan dan naluri. Jika kita diuji pasti kita terpilih.. gagal atau lulus ujian itu dari pilihan kita sendiri.. memang kita tak boleh buang naluri ingat bersama pasangan sesama jenis tapi kita boleh elak lakukan dosa.. Allah tak kejam..

    Saya mendoakan utk diri saya dan insan2 lain yg ada kekeliruan naluri semoga anda semua tabah dan kuat.. selagi kita mengharap ada manusia kita akan selalu kecewa dan sedih.. cuba bercinta dan berksih syg pada pencipta..mula2 rasa berat dan malu.. lama lama insyaallah ok.. walaupun sunyi mengisi hari2 .. jgn mengalah .saya ulang semula.. ALLAH TAK KEJAM KEPADA HAMBANYA.. PERCAYA PADA DIA ..

    Kita sama sama doa semoga kita sama sama menjadi tetamu syurga hasil dari percubaan dan ketetapan hati menolak godaan dunia.. dan kita semua perlu tahu.. DUNIA ADALAH PENJARA BAGI PENGHUNI SYURGA..

    ReplyDelete
  8. Saya berkawin dengan suami saya yang dua alam selama lebih 25 tahun. Sengsara dan deritanya hanya Allah yang tahu. Kepada yang ada naluri songsang janganlah beekawin sebelum anda benar2 bebas dari naluri itu. Kesihanlah pada isteri anda. Habis terbuang masa remaja dan mudanya hingga ketua mengharap satu hari suami akan berubah namun tidak juga berubah walau telah bercucu huhuhu..

    ReplyDelete
  9. Adalah golongan ini tidak akan dapt berumah tangga...tidak akan ada keturunan...adakah naluri ini betul2 dpt di buang..???

    ReplyDelete
  10. Saya dah cuba nak jadi straight. Kote saya tak boleh stim dengan perempuan walau apa godaan sekali pun. Kalau lelaki, 1 sentuhan sudah cukup memadai untuk kote sentiasa berdiri. Apa perlu saya lakukan? Enhancement? Dah try. Tak boleh. Susahnya kalau macam ni.

    ReplyDelete