Thursday, 27 October 2016

Perempuan Bukan untuk Disakiti





Sudah lebih 3 tahun blog ini tidak dikemaskini... satu tempoh yang lama dan sangat panjang. Bukan kerana tidak mahu kemaskini tapi kekangan masa, dan juga tidak mahu terlalu mengikut perasaan yang 'pelik' ini menyebabkan diri tidak mengemaskini blog. Walaupun selalu juga singgah untuk membaca dan menjengok blog.

Tempoh 3 tahun banyak perkara yang dilalui...bermula dari sambung pelajar, bekerja sambil belajar, membina kerjaya, berpindah, mengukuhkan kerjaya, dan membina sebuah rumah tangga. Pengalaman banyak mengajar erti mengadaptasi diri pada perubahan dan belajar menerima orang di sekeliling kita. 


Hati Terguris

Mohon maaf kepada semua kerana terlalu ramai yang memberikan komen, pendapat dan pertanyaan di blog dan email. Terkadang rasa marah pun ada. Bukan marah pada soalan atau komen yang diajukan tetapi marah dengan sikap plu yang sanggup menzalimi orang lain kerana nafsu pelik mereka.

Mengapa perlu menyakiti orang lain?

Mengapa perlu seksa seorang wanita yang bergelar isteri?

Mengapa perlu menzalimi si kecil yang bergelar anak?

Tidak ada rasa bersalahkah kita kepada perempuan yang kita sakiti.., dimana merekalah yang menyediakan makan pakai kita, menguruskan keluarga dan menjaga zuriat kita?

Tegarnya hati seorang plu yang bergelar suami, sanggup menzalimi isteri sendiri. Manusia jenis apakah kita ini....renungkan.... tanya diri kita.....adilkah kita...islamkan agama kita?

Hati terasa begitu sedih dan sebak bila ada isteri-isteri plu mengadu nasib mereka. Curang, suami buat hal, abaikan keluarga, dan bermacam-macam lagi aduan si isteri. Tabahnya hati isteri sanggup bersabar demi mempertahankan sebuah bahtera perkahwinan, sebuah keluarga dan demi anak-anak.


Perempuan untuk Disayangi

Yup...perempuan untuk disayangi, bukan untuk disakiti. Memang menyukai seorang insan bernama perempuan adalah sesuatu yang asing. Sangat asing. Mana mungkin orang yang kita tidak biasa dan rapat, kita mampu sayangi. Mana mungkin orang yang kita tiada nafsu atau mungkin hanya ada sedikit nafsu padanya, kita boleh menyayanginya.

Percayalah...bahawa semua itu boleh berlaku dan bukan sesuatu yang mustahil.

Ingatlah...yang paling utama adalah niat kita. Jika kita nekad untuk berubah, kita minta pertolongan-Nya, bersungguh-sungguh memohon petunjuk-Nya dan ingat Dia saat susah senang kita, Insya-Allah .....Dia akan memberi jalan keluar untuk kesulitan yang kita hadapi.

Dalam hidup, memang kita tidak boleh hidup keseorangan. Pada satu ketika, kita akan merasa kesunyian, perlukan sesorang untuk diajak bersembang dan berkongsi rasa.

Sememangnya lelaki diciptakan untuk perempuan dan perempuan diciptakan untuk lelaki. Ini kenyataan yang kita perlu terima walaupun pahit. Inilah fitrah sebenar manusia. Inilah juga ajaran agama kita. Mahu tidak mahu kita perlu terimanya walaupun sukar bagi kita.

Percayalah saudaraku bahawa perempuan sememangnya memerlukan seorang lelaki untuk dia berlindung serta menumpang kasih dan sayang. Mereka akan berasa selamat apabila disampingnya ada seorang insan bernama lelaki.

Binalah sebuah keluarga apabila anda memang telah yakin untuk membina hidup bekeluarga. Jangan sesekali kahwin kerana desakan keluarga, desakan rakan, atau sebab-sebab lain. Membina sebuah keluarga bukan untuk tuntutan nafsu semata-mata, tetapi lebih daripada itu.

Memang semasa kahwin dulu bukan bersedia sepenuhnya pun. Malah tidak pernah berangan atau bermimpi langsung untuk kahwin pada tahun tersebut. Semuanya ketentuan-Nya. Kalau ditanya bila masanya bersedia? saya tiada jawapan...... mohonlah petunjuk dari-Nya, pasti ada jalan keluar daripada belenggu masalah yang dihadapi.

Sememangnya, saya membuat keputusan untuk mengakhiri zaman bujang tanpa dirancang. Tetapi faktor pendesak utama adalah kerjaya dan hidup sekeliling yang memaksa saya mencari pasangan untuk memudahkan kehidupan saya.

Kalau kita tidak mampu untuk meyayangi mereka, jangan sesekali menyakiti mereka apatah lagi menganiayai mereka dengan sebuah perkahwinan. Kalau tak mampu menjadi garam yang bisa mengawet makanan menjadi tahan lama, jangan kita menjadi lalat yang menjadi agen perosak makanan .


Jauhkan & Asingkan dari Gaya Hidup Plu

Ini adalah sesuatu yang amat sukar untuk dikorbankan. Mana mungkin  bagi kita untuk memadamkan detik-detik hitam, tompok-tompok hitam dalam hidup kita sebagai seorang plu. Seringkali ingauan, perbuatan dan dosa-dosa lampau menghantaui kita membuatkan kita rasa serba salah pada pasangan.

Kalau kini telah kembali ke landasan yang betul, tiada masalah. Paling penting niat ikhlas kita untuk berubah. Memang kita tidak boleh membuang perasaan plu itu seratus peratus dalam diri kita. Tetapi ketebalan perasaan plu itu kita boleh kurangkan. Percayalah...Allah akan membantu kita.

Buang semua memori plu sama ada dalam bentuk gambar, video, atau apa jua bahan.....tidak kira dalam bentuk catatan,..media...dekstop...laptop...phone....dan sebagainya.

Putuskan hubungan kita dengan semua rangkaian media sosial plu seperti tumblr, watsupp, facebook, dan lain-lain. Paling penting, kawallah diri kita dan berhati-hati dengan internet.

Putuskan hubungan kita dengan semua rakan-rakan plu. Jangan hubungi mereka dalam apa jua bentuk, apatah lagi berjumpa bersemuka.

Itu semua adalah baja yang menyemai subur perasaan plu dalam diri kita. Kalau kita telah bersedia untuk membuang semuanya dalam hidup kita, bermakna kita telah selangkah kehadapan untuk kehidupan yang lebih diberkati.


Bahagia Menanti

Yup...bahagia memang menanti bagi plu yang sentiasa bergantung pada Tuhan.

Saya mengenali isteri saya beberapa bulan sahaja..... dan pada perjumpaan kedua saya terus menyatakan untuk teruskan perhubungan itu. Perjumpaan pertama  adalah bersama ayahnya. Memang perkenalan saya untuk tujuan berkahwin bukan untuk suka-suka dan Allah mempermudahkannya.

Bermula daripada perkenalan, bertunang dengan sebentuk cincin, dan majlis perkahwinan semuanya dilakukan secara sederhana dan dipermudahkan. Rasa seolah-olah mudahnya berkahwin...tetapi masyarakat yang memberat-beratkanya. Malah kos perkahwinan, kenduri dan hantaran kurang dari 7K. Walaupun belanjanya lebih daripada itu, semuanya dipermudahkan.

Dia seorang perempuan yang sangat memahami dan keluarganya menerima saya dengan baik. Walaupun dia mengetahui saya mempunyai pekerjaan yang baik, malah mereka tidak meminta apa-apa, semuanya saya dan bakal isteri yang membuat keputusan.

Sebelum berkahwin, kami selalu berhubung tetapi menjaga batas-batas pergaulan. Cuba mengenali antara satu sama lain. Saya pernah memberitahunya bahawa saya bukalah seorang yang baik seperti mana yang dia lihat pada mata kasar. Tetapi saya cuba untuk jadi baik. Saya terima kelebihan dan kekurangan dia dan sebaliknya. Pada saat itulah saya belajar erti menerima seorang perempuan dalam hidup.

Rupa-rupanya bercinta selepas kahwin itu jauh lebih indah. Tidak tahu bagaimana perasaan mencintai dan menyanyangi perempuan itu boleh wujud dalam diri. Semuanya berlaku secara spontan dan semulajadi. Umpama, seorang bayi yang baru lahir, tidak perlu untuk mengajarnya bagaimana cara untuk menghisap susu daripada ibunya, semunya berlaku secara fitrah.

Indahnya berkahwin bila kita ubah niat kerana-Nya. Solat berjemaah bersama. Mengaji Al-Quran bersama, berkongsi buku/ilmu bersama dan lain-lain. Takkala orang lain berdating dengan malu-malu berpegangan tangan, kita berdating sambil perpegangan tangan tanpa sebarang rasa dosa mencengkam. Takkala pasangan yang bercinta dirundum perasaan berdosa bila berdua-duaan dan akad nikah menjadi batu penghalang untuk hubungan intim, kita tidak merasakan apa-apa dosa kerana semuanya halal.

Terlalu banyak Allah bantu. Tetapi setiap ujian yang didatangkan pasti akan ada bantuan solusinya. Terlalu banyak nikmat yang diberikan. Sedikit kita diuji dan sedikit nikmat yang ditarik, akhirnya Dia mengantikan dengan nikmat yang jauh lebih besar. Mudah-mudahan Dia memberikan ahli keluarga baru dengan tanda-tanda awal yang ditunjukkan.

Jangan cepat berputus harap dan berdoa...Mungkin istiqarah dan rayuan saya beberapa tahun lepas telah ditunaikan hari ini..... Insya-Allah bahagia menanti dihadapan. 


Thursday, 23 May 2013

PLU & Housemate PLU


Salam.....
 
Kehidupan PLU tidak pernah sunyi daripada masalah kerana setiap masalah itu adalah ujian untuk kita. Sukar sebenarnya untuk meneka rakan-rakan kita yang PLU tetapi hanya PLU yang mengenal PLU.
 
Tetapi, bayangkan pula bagaimana kalau rakan-rakan kita yang serumah atau sebilik dengan kita adalah PLU, bukankah ianya akan memburukkan lagi keadaan? Semuanya terletak ditangan kita sama ada untuk memilih madu atau racun.
 
Setiap PLU ada pengalaman yang tersendiri. Plaing tidak pernah berhubung dengan PLU, malah mungkin pernah berjumpa dengan bersemuka. Dengan teknologi hari ini, jarak bukan lagi penghalang yang mengehadkan perhubungan antara manusia. Kita ada Skype, YM, webcam dan sebagainya. Dengan hanya berada di dalam bilik yang berinternet, kita boleh berkomunikasi, bergurau senda, dan mungkin boleh melakukan lebih daripada itu......terpulang atas kehendak sendiri.
 
Ni pulak adalah kisah pengalaman aku, pernah tinggal sebumbung dengan kawan yang juga PLU. Ceritanya bermula begini.....huhu...tapi biasa jer...
 
Aku mendapat satu pekerjaan baru sementara menunggu ujian lisan master. So terpaksa berpindah ke Bandar tersebut supaya dekat dengan tempat kerja. Dalam masa yang sama, kebetulan, member aku yang kerja satu tempat kerja dengan aku (junior aku - satu coarse masa ambik degree) tinggal disebuah rumah bersama dengan seorang lagi kawan dia bukan satu tempat kerja dengan aku.
 
Rumah sewa tersebut disewa berdasarkan harga bilik, bukan harga rumah. Kebetulan rumah itu ada 3 bilik dan 2 bilik sudah ada penghuni. So aku ambik la bilik yang kosong tu. Aku namakan kawan aku yang satu tempat kerja aku tu sebagai Azri (bukan nama sebenar) dan seorang lagi tu sebagai Faiz (bukan nama sebenar)
 
Faiz ni bekerja sebagai seorang &&&&&& di sebuah hospital kerajaan di daerah  aku bekerja tu. Dia seorang &&&&&& pelatih di situ hampir setahun la jugak. Sekarang nie dia dah nak hampir tamat sebagai pelatih dan aku tak tahu, mungkin dia akan bertukar tempat kerja lagi kalau tempoh percubaan tu dah berakhir. Aku tak nak cerita pasal Azri sebenarnya, tapi aku nak cerita pasal Faiz, sebab dia juga adalah seorang PLU....
 
Tapi macam mana aku tahu dia PLU? ........ hanya PLU yang mengenal PLU. Sebenarnya aku duduk serumah dengan dia tak lama, 6 bulan sahaja. Lepas tu, aku pindah cari rumah lain yang lebih sesuai. Dia tidak ada masalah, sebab gaji dia besar. Sekarang nie pun, aku masih berhubung dengan dia, walaupun aku dah tak duduk serumah dengan dia. Jarak rumah baru aku dengan dia tak jauh, dalam lingkungan 2 km jer.
 
Tugas Faiz yang macam tu menyebabkan dia keluar bagi balik keesokan harinya. Kadang-kadang pergi petang balik pagi. Dia nie tak de la rapat sangat dengan aku sebab masa kerja aku dengan dia tak sama. Hujung minggu pun sama. Pertama sekali, aku dapat detect dia nie PLU bila cara dia pandang aku berbeza.... kita boleh rasa dengan gerak hati bila kita diperhatikan. Keduanya, dia nie bila bercakap suka, sentuh-sentuh dan ketiganya, gaya bahasanya lebih lembut dengan nada bergurau. Mungkin apa yang aku katakana nie mungkin betul atau mungkin tidak betul pada PLU.
 
Umur Faiz nie sebenarnya dah nak masuk 30-an dan aku muda beberapa tahun dari dia. Tapi dia masih muda dan memang str8 looking...sama macam aku. Aku tambah kuat bila yakin dia nie PLU bila satu hari tu dia bawak balik sorang budak lelaki awal 20 -an kat rumah selepas keluar bersama. Cuma aku pendamkan jer dan tak berbual apa-apa dengan dia.
 
Lepas keluar dari rumah tu, aku cuba sms dia Tanya khabar sebab jarak rumah aku dengan dia pun tak jauh. Bila dia mula bersms manja dengan aku, aku just layan jer la...sebab PLU nie biasa la sms unsur manja dan gurau tu (hanya PLU je faham kot manja tu macam mana). Then, dia mula ajak aku tidur dengan dia dan buat seks. Tapi aku tolak cara baik sebagai kawan dan kita bercerita pasal kisah silam. Dia pernah buat benda tu, tapi pada aku aku cuma nak berkawan dengan dia sebgai kawan, tidak lebih dari itu.
 
Dia pernah sms beberapa kali untuk jump, tapi aku jer buat bodoh..... kadang-kadang tu terserempak juga dia kat tempat awam....tapi buat macam biasa je la...macam tak de ape-ape yang berlaku..... tapi memang aku dengan dia tak pernah buat apa2 pun.......
 
Mungkin Tuhan lebih menyayangi aku dan selamatkan aku dengan pindahkan kami barulah aku dan Faiz bercerita hal yang sebenar. Aku tak tahu la, kalau aku dan dia sama-sama PLU duduk dalam rumah tu, aku rasa mungkin benda yang lebih teruk akan berlaku. Bukan senang nak elak benda nie...kalau 'rezeki' tu depan mata kita, malah dalam rumah kita pulak tue.
 
Aku rasa cara yang selamat untuk selamatkan diri kita adalah jangan berjumpa dengan PLU bersemuka, apatah lagi di tempat tertutup, tapi bataskan berhubung melalui sms sahaja, Skype, atau ym. Tapi dengan syarat tiada webcam sebab, kalau ada webcam, benda lain pulak yang berlaku.
 
Pandai-pandai la jaga diri sebab itu kehormatan dan maruah kita....

Sunday, 20 January 2013

PLU & Dilema Kahwin

 
Satu persatu kawan-kawan kita dan rakan seusia melangsungkan perkahwinan. Tak kiralah sama ada kawan kita di kampung atau pun yang sama-sama belajar ketika kita kita di kolej atau universiti. Tambah meruntun jiwa bila tengok kawan-kawan sudah beranak pinak dan kehulu-kehilir bersama isteri masing-masing. Rasa 'cemburu' dengan kawan-kawan begitu menebal sebab walaupun kita sesusia dengan dia, dia sudah mendapat apa yang kita idam-idamkan. Satu persatu kawan kita meninggalkan zaman bujang mula masuk ke alam hidup yang baru.
 
 
********** Dilema Naluri & Kahwin***********
 
Masalah utama yang dihadapi oleh golongan naluri songsang adalah tidak betul-betul bersedia untuk berkahwin. Bukan kerana masalah kewangan kebanyakkannya, tapi masalah perasaan...takut kerana tidak boleh menyanyagi isteri sebagaimana dia menyangi kita dan takut jika masih meneruskan atau mengikut naluri songsang tersebut.
 
Inilah antara dua dilema yang menghantui kita dan menyebabkan kita teragak-agak dan was-was untuk berkahwin. Bukan tidak mahu berkahwin tapi belum masanya lagi. Kita perlukan masa untuk menjadi betul-betul bersedia. Siapa tidak mahu hidup berteman? Siapa tidak mahu mempunyai keluarga? Siapa tidak mahu mempunyai anak? Siapa tidak mahu bersiar-siar dan berjalan-jalan bersama anak dan isteri?. Semua orang tidak kira mempunyai masalah nafsu songsang atau tidak paling tidak memyimpan hasrat untuk mengecapi semua ini. Inilah sebenarnya antara perkara-perkara yang membahagiakan kita dan itulah juga fitrah dan sifat semulajadi manusia yang mempunyai nafsu.
 
Sebenarnya, dalam benak fikiran kita akan sentiasa berlegar-legar....bolehkah kita menyayangi dia dan menyintainya. Bolehkah kita bernafsu dan melayan bakal isteri sebagaimana orang str8 melayan isteri-isteri mereka? Bolehkan bakal isteri kita menikmati keseronokan berkahwin sebagaimana orang yang str8?
 
 
*********1 Wajah 2 Identiti**********
 
Orang yang tidak diuji dengan perasaan ini tidak akan sesekali memahami dan faham apa yang kita rasai. Kecuali mereka yang berkawan atau sering berhubung dengan mereka yang diuji dengan naluri ini. Kalau orang yang bernaluri songsang pun tidak boleh memahami mereka yang juga mempunyai naluri songsang, apatah lagi mereka yang str8. Misalnya, dulu dalam diri aku ada kebencian, diskriminasi, dan pandangan yang tidak betul tentang golongan lembut. Terus terang aku katakan aku tidak selesa dan tidak suka dengan penampilan mereka. Mereka lelaki di luar, tapi beperwatakan macam wanita. Pada aku (pada waktu tu, dulu), mereka ini sengaja untuk memilih menjadi identiti wanita. Mereka sengaja menjadi lembut dengan mengada-adakan struktur tubuh dan lenggok bahasa yang sebegitu.
 
Tetapi, sebenarnya aku silap besar. Mereka menjadi begitu kerana naluri mereka mempunyai masalah. Naluri mereka adalah naluri songsang. Mempunyai naluri songsang ini adalah bukan pilihan kita. Ini adalah satu ujian untuk kita. Ujian untuk melawan naluri fitrah. Cuma terpulang kepada kita untuk membuat pilihan untuk naluri kita. Meraikan naluri atau memandu naluri mengikut iman.....Aku mempunyai masalah yang sama dengan mereka yang aku gelarkan sebagai pondan/lembut. Kami dalam satu kapal yang sama. Kami mempunyai masalah naluri yang sama, cuma kategorinya sahaja berbeza. Naluri kami naluri songsang.......
 
Aku adalah seorang lelaki dan aku suka menjadi lelaki. Tapi masalahnya, naluri seksual perempuan terperangkap dalam dalam badan aku. Oh Tuhan...aku mempunyai naluri sukakan lelaki.....Besarnya ujian ini.........Tapi ingatlah ada lagi manusia yang diuji dengan masalah yang lebih besar. Tengoklah mereka yang lebih sengsara dari kita sepaya kita menjadi lebih tabah darinya dan bersyukur bahawa Allah tidak menguji kita sehingga ke tahap tu. Tengoklah orang yang kurang derita dari kita, sekurang-kurangnya kita bersyukur kepada Allah bahawa Allah masih sayangkan kita dan Dia menguji kita supaya kita masih mengingati-Nya walaupun ada ketikanya kita tersesat. Hanya dengan ujian itu kita mengingati-Nya.
 
Perlu dingatkan juga bahawa meraka yang mempunyai naluri songsang ini kebanyakkannya adalah mereka yang dari luar memang str8. Sehinggakan kita tidak menyangka bahawa nalurinya songsang. Hanya mereka yang mempunyai naluri ini sahaja yang kadang-kadang boleh mengenali golongan yang sebegini. Tiada siapa dapat mengenali kita...hatta kawan sendiri...melainkan kita kantoi...haha...Kami adalah golongan lelaki yang kelihatan str8 dari luar, beperwatakan seperti lelaki dan boleh dikatakan apa watak yang lelaki str8 ada, 100% ada pada kami. Malah kebanyakkannya daripada kami ada rupa paras yang hensem atau paling tidak ada rupa. Mereka ini mempunyai kerjaya yang bukan calang-calang orang........doktor, pensyarah dan lain-lain. Cuma hanya satu yang membezakan kami dengan orang str8.......... naluri seksual.......
 
Oleh itu, tidak kisahlah kalau ibu bapa tidak mengenal naluri kita yang sebenar, abang dan kakak kita tidak mengenali naluri kita sebenarnya, apatah lagi orang yang tidak mempunyai perhubungan darah dengan kita...lagilah mereka tidak tahu......
 
 
******** Degree of Severity Kita Berbeza***************
 
Perlu kita ketahui bahawa mereka yang mempunyai naluri songsang ini mempunyai tahap kerosakan naluri yang berbeza-beza, macam skala. Ada yang tidak minat langsung walaupun sedikit dengan perempuan (kecelaruan identiti - sangat serius). Ada yang minat sikit, tapi tak sampai 50%. Ada yang 50,50 (kecelaruan identiti moderate-biseksual- tak semestinya biseksual ni 50,50). Tetapi kebanyakkannya adalah menyukai lelaki lebih 60%, dan selebihnya perempuan. Sebab itulah, ramai juga mereka yang mempunyai naluri songsang, tapi tetap juga berkahwin. Perlu diingatkan bernaluri gay dan menjalani kehidupan gay adalah dua perkara yang berbeza. Mereka yang hanya bernaluri gay, biasanya tidak terjebak dengan aktiviti yang berisiko. Mereka yang terlalu mengikut naluri sahaja akan menjalani kehidupan sebagai gay....
 
Untuk mengubah daripada naluri str8 kepada naluri songsang senang....Tapi untuk mengubah daripada naluri songsang kepada str8....sangat susah. Mereka yang str8 mungkin sahaja mudah untuk mengubah atau diubah nalurinya kepada biseksual dan gay. Tapi mereka yang telah dikurniakan dan dianugerahkan dengan naluri songsang...susah untuk kembali kepada naluri seksual normal.
 
*******Pilihan Di Tangan Kita********
 
Bukan mudah sebenarnya untuk membuat pilihan untuk berkahwin. Sebab keputusan yang kita buat adalah juga keputusan untuk menentukan hidup individu kedua......isteri kita. Kalau tersalah membuat pilihan, isteri kita akan merasai bahananya. Masalah naluri seksual kita bukan masalah kita seorang sebenarnya apabila kita telah bekeluarga. Ianya bakal menjadi satu masalah juga kepada bakal isteri kita sebenarnya. Salah perkiraan....ibu bapa dan bakal mertua akan diheret sama ke kancah masalah ini. Sebab itu, nilailah diri kita berdasarkan tahap atau degree of severity terhadap naluri seksual. Ini kerana ia boleh dijadikan satu petanda atau kayu pengukur sama ada kita mampu atau tidak menyayangi isteri kita.
 
Kedua, kembalilah kita kepada hukum asal perkahwinan. Kalau kita berkahwin, perkahwinan kita jatuh dalam hukum yang mana satu. Tanyalah iman kita, kalau kita berkahwin, boleh atau tidak kita bertanggungjawab pada keluarga kita, boleh atau tidak kita bertanggungjawab pada isteri kita....Sudah bersediakah kita untuk menjadi seorang suami atau seorang ayah. Kahwin bukan seks semata-mata tetapi sudah bersediakah kita untuk memikul tangungjawab ini......
 
Ketiga, fikirlah atau pilihlah perkara yang memberi paling sedikit mudharat kepada kita. Sekiranya kita hanya ada dua pilihan dan kedua-dua pilihan itu adalah pilihan yang memudaratkan kita, pilihlah yang paling sikit memberi mudharat kepada kita. Kalau kita berkahwin, kita tidak mampu untuk mengawal naluri kita dan masih buat benda-benda yang tidak elok dibelakang isteri kita, lebih baik untuk tidak berkahwin kerana ianya akan 'menyakiti' isteri kita. Kalau kita berkahwin akan menyebabkan kita terhalang daripada melakukan maksiat yang lebih besar, maka lebih baik kita berkahwin.
 
Apapun...pilihan di tangan kita...hanya kita yang mampu membuat pilihan berdasarkan situasi kita. Sebab hanya kita yang faham situasi kita. Walaupun kita selalu merasai bahawa kita tidak layak untuk seseorang wanita sebab kita merasakan naluri ini membuatkan kita rasa diri kita 'jahat', tetapi kita kena ingat, kita manusia, ada kurangnya. Kita tak perfect....bakal isteri kita juga mungkin juga tidak perfect. Masing-masing ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Cari titik persamaan, murnikan sikap atau sifat yang berbeza. Saling melengkapi antara satu sama lain.
 
* nak komen kat blog abg najmi terlalu panjang.....nanti marah pulak abang najmi...haha..
 

Wednesday, 26 December 2012

PLU & Usia

 
Sedar tak sedar, kita akan melangkah kedalam tahun yang baru. Tahun 2012 bakal meninggalkan kita dan tahun 2013 akan mula membuka tirainya. Terasa begitu cepat masa berlalu......semuanya seolah-olah berlaku begitu pantas....sepantas kilat. Apa yang telah berlalu itu telah menjadi sejarah dan tersusun erat dalam lipatan sejarah garis masa. Apa yang bakal berlaku di masa akan datang pula menjadi satu impian dan azam.....
 
 
****** Dilema Tahun Baru ******
 
Ramai orang gembira bila datang tahun baru sebab dapat cuti pada 1 Januari setiap tahun. Tapi dalam masa yang sama, ramai orang yang tak suke tahun baru dan seolah-olah mengharapkan tahun baru tidak berlaku. Bukan kerana apa.....sebab bila melangkah ke tahun baru, maka bertambahlah usia, bila bertambah usia, maka bertambahlah tua...
 
Bagi yang berumur 19 tahun, maka tahun 2013 usianya menjadi 2 series.......... Manakala bagi yang berusia 29 tahun, tahun 2013 menjadikan usianya 3 series...... Nak tak nak terpaksa terima hakikat bahawa usia kita bertambah. Kita telah menjadi lebih tua dan matang. Bagi yang berumur 25 pula, tahun 2013 menjadikan usianya 26....Begitulah seterusnya.....angka usia telah bertambah satu anak tangga.
 
 
****** Bukan Persoalan Tahun Baru Tapi Persoalan Azam ******
 
Bila masuk tahun baru, setiap orang membicarakan tentang azam, tentang hajat. Bukan sesama kawan sahaja berbicara hal ini, malah radio dan televisyen juga turut sama menjadikan isu ini bahan perbincangan untuk mengisi slot-slot rancangan mereka....Penting sangat ke persoalan azam ini sehinggakan perlu dibincangkan setiap kali melangkah ke tahun baru.....
 
Bagi mereka yang mana hajatnya telah tercapai, mungkin rasa gembira dan mula memikirkan target yang baru. Tapi bagi mereka yang tidak berjaya mencapai hajat atau azam, mula mengambil sikap mengunci mulut dan tidak suke untuk berborak berkaitan azam ..... kerana ianya memedihkan......
 
Dalam masa yang sama, kita mula muhasabah diri kita...apa pencapaian kita untuk tahun ini dan tahun-tahun yang lalu. Memang kita sentiasa memikirkan persoalan azam kerana kita hidup dikelilingi kawan, dikelilingi masyarakat. Mereka akan sentiasa membanding dan membeza-bezakan pencapaian kita. Bagi yang tidak berjaya mencapai hajat, mesti akan merasakan rendah diri.....
 
 
***** PLU & Usia *******
 
Rata-rata seorang yang bergelar PLU biasanya akan kahwin lewat. Jarang yang kahwin awal bawah 23 tahun. Pertambahan usia adalah sesuatu yang menakutkan. Sebab, bila bertambah usia, keluarga dan kawan-kawan mula membicarakan sesuatu isu yang amat fobia dan menakutkan bagi seorang PLU ..... iaitu....kahwin.... Sesuatu yang menjadi mimpi ngeri dan hitam....huhu....
 
Seorang PLU bila dia berjumpa atau chat dengan PLU lain, ada dua perkara yang tidak boleh mereka lupakan atau tanyakan. Pertama, tinggal dimana.... kedua, berapa umur..... . Bagi yang betul-betul ikhlas untuk berkawan, persoalan umur tidak menjadi masalah, tapi bagi yang mungkin ada tujuan lain, persoalan umur amat penting. Jika persoalan umur sudah selesai antara dua pihak baru perbualan tersebut diteruskan...Jika tidak, salah satu akan ditinggalkan terkontang-kanting dalam ruangan chat....hehe......Begitulah sadisnya...persoalan usia...
 
Bagi yang semakin berusia (lebih 25 tahun keatas), saat ini amat meresahkan. Tidak dapat lari daripada persoalan jodoh. Tambah-tambah pulak kalau ini merupakan giliran dia untuk kahwin. Maknanya abang atau kakaknya telah berumah tangga. Tambah menyusutkan kepala bila pekerjaan masih lagi tidak stabil. Ditambah lagi kusut bila memikirkan wang hantaran yang tinggi dan kos majlis kahwin....huhu......... Nak tak nak, nak kena ada RM15K-RM 20K dalam tangan......
 
Tapi...kebanyakkan PLU yang belum berkahwin aku rasa bukan kerana mereka tidak mampu...tapi kerana mereka belum bersedia untuk berkahwin...... dan mereka lebih suke hidup bersendiri.....bujang.
 

Monday, 24 December 2012

PLU & Kahwin

 
Perkahwinan merupakan alam yang mengembirakan bagi sesetengah individu, tetapi ia juga merupakan alam yang amat mengerikan dan menjadi mimpi hitam bagi individu yang lain. Jodoh adalah sesuatu yang misteri. Kita tidak mengetahui jodoh kita siapa kerana ia bukan dalam pengetahuan kita. Jodoh itu urusan Allah dan hanya dia yang Maha Mengetahui. Bila bercakap pasal jodoh ramai yang memfokuskan kepada mereka yang belum berkahwin dan jarang sekali kita mendengar orang membincangkan berkaitan jodoh bagi mereka yang telah berkahwin.

*********Persoalan Jodoh*******

Benarlah jodoh itu adalah ketetapan Allah. Orang yang telah berkahwin pun tidah mengetahui panjang mana seseorang isteri dan suami itu dapat bersama. Mungkin sahaja perkahwinan itu hanya kekal beberapa hari sahaja atau mungkin akan kekal selama 50 tahun sahaja. Ada orang terpaksa berkahwin kali kedua dan kali ketiga baru mereka menjumpai cinta dan kasih sayang yang sebenar. Jangan kita menganggap bahawa apabila seseorang telah berkahwin, maka persoalan jodohnya akan selesai. Isu jodohnya ditutup. Rumah tangganya tidak bermasalah. Bahkan orang yang berumah tangga, mempunyai lebih banyak masalah yang berkaitan dengan jodoh dan perasaan. Konflik teman lama dan perasaan mencemburi sering kali menghantui pasangan yang telah berkahwin.

Namun bagi mereka yang belum berkahwin, persoalan jodoh ini saban hari menghantui dirinya. Malah fasa mencari itu mungkin telah bermula sejak dari sekolah menengah lagi. Berjinak-jinak mencintai dan menyayangi individu tertentu yang menjadi pujaan hati. Cinta itu sesuatu yang indah apabila dua hati sama-sama bertepuk dan menyambut lambaian cinta. Tetapi akan menjadi sesuatu yang menyakitkan apabila ianya tidak berbalas dan bertepuk sebelah tangan. Malah ianya boleh menjadi satu tekanan dan demdam dalam diri yang boleh mengorbankan sebuah nyawa.

********Cepat Versus Lambat********

Ada orang yang berkahwin pada usia belasan tahun. Tetapi tidak kurang juga ramai yang berkahwin ketika umur sudah lanjut. Cepat atau lambat bukan persoalannya...kerana cepat dan lambat ada hikmah tersendiri. Aku hanya mampu berdoa agar aku dapat menemui cinta sejati.....

Bagi yang berkahwin awal, mungkin Allah ingin menjaga dia dan memelihara dia daripada melakukan maksiat. Lantas Allah membuka pintu hatinya, pintu hati pasangannya dan pintu hati kedua-dua orang tuanya untuk menerima menantu walaupun pasangan masih muda. Lalu Allah tutupkan ruang-ruang kemungkaran dengan menyatukan dua hati yang sedang bergelora.

Manakala, bagi yang belum berkahwin pula, Allah ingin memberi ruang dan peluang kepada seseorang untuk berbakti kepada ibu-bapanya. Hanya kerana dia belum berkahwinlah dia mampu balik sebulan sekali ke kampung untuk menjenguk kedua-dua orang tuanya. Hanya dengan hidup membujang sahaja, Allah dia berkesempatan untuk ke masjid dan majlis ilmu tanpa halangan daripada mungkin isteri atau suaminya. Semua yang berlaku ada hikmah... Readhalah dengan apa yang telah kita lalui sehingga hari ini........


*****Hukum Berkahwin Bagi yang Songsang*******

Seseorang lelaki dikategorikan sebagai wajib berkahwin apabila mereka mampu dari segi fizikal dan kewangan malah dibimbangi sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.
 
Lelaki yang sunat berkahwin ialah mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan serta mempunyai keinginan untuk berkahwin. Bezanya mereka tidak bimbang akan terlibat dengan zina sekiranya tidak berkahwin.
 
Lelaki yang haram berkahwin pula ialah mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin. Haram juga bagi lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk memudaratkan isterinya.
 
Lelaki yang tergolong dalam senarai makruh berkahwin ialah mereka yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.
 
Lelaki yang harus berkahwin pula ialah mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.
 
Ikatan sesebuah perkahwinan adalah berdasarkan kedua-dua pihak mendapat faedah. Malah dalam sebuah perkahwinan yang bahagia, kedua-dua pasangan saling hidup secara simbiosis (saling mendapat faedah) sama ada secara zahir atau batin. Perkahwinan bukan hanya persoalan tentang seks, tetapi disebaliknya ada sesuatu yang lebih penting iaitu tangungjawab. Tanggungjawab untuk menjadi seorang suami yang baik, tanggungjawab untuk menjadi isteri yang solehah dan tanggungjawab untuk menjadi seorang ibu/bapa yang boleh memandu anak-anak dan isterinya ke syurga.
 

******Antara Memilih Wanita & Perasaan Songsang******

Perkahwinan yang bahagia mestilah tidak menyakitkan pasangan. Memang kalau diikutkan naluri, ingin hidup dan saling manja bersama mereka yang kita rasa serasi dengan naluri kita. Tetapi, dalam masa yang sama, kita berkonflik dengan nilai-nilai agama yang diterapkan sejak kecil. Lantas, iman memilih apa yang sepatutnya sesorang agama ajar walaupun ia bertentangan dengan fitrah keinginan. Ini kerana cahaya agama itu lebih benar berbanding cahaya atau petunjuk nafsu.

Perhubungan yang sepatutnya membawa bahagia bertukar menjadi satu perasaan yang amat menyakitkan. Ingin teruskan perhubungan dengan lelaki, salah dari segi fitrahnya. Ingin berhubungan dengan wanita, tidak selari dengan nafsu yang lebih menyukai kaum sejenis. Namun begitu, aku rasa masing-masing walaupun tidak ada sekelumit perasaan nafsu kepada wanita. Jadi, mesti gunakan sebaik mungkin sedikit perasaan ini untuk asahnya menjadi sesuatu perasaan cinta yang ikhlas dan benar.

Walau apa pun perasaan songsang yang kita ada, kita kena kembali semula kepada agama yang benar. Kita tidak mampu hidup tanpa agama kerana kehidupan beragama itu sendiri adalah fitrah kejadian manusia. Kadang-kadang aku menjadi tak tahu apa nak cakap bila mana ada kawan-kawan yang aku kenal dilamun cinta sesama jenis. Walaupun niat mereka bercinta hanya atas dasar suke dan sayang semata-mata dan bukan untuk tujuan seks. Nak larang salah, tak larang pun salah sebab itu fitrah kita. Hanya mampu nasihat supaya jangan melakukan perkara yang tidak elok.

Bila membuat keputusan, biarlah mengikut prioriti dan pilihlah mana-mana pilihan yang kurang mendatangkan kemudharatan. Kalau tak kahwin, mampukah kita bertahan ?. Kalau jawapannya mampu bertahan, teruskan membujang. Tapi kalau kita tidak berkahwin menyebabkan kita bertambah dosa, lebih baik berkahwin. Dalam masa yang sama, mesti betul-betul bersedia untuk berkahwin dan menunjukkan satu semangat yang betul-betul bersedia untuk berkahwin. Kalau masih berhubungan secara gelap, atau masih ada unsur-unsur songsang, takut-takut ianya tak kekal lama, dan kita kembali semula kedalam kesesatan. Paling penting tanya diri kita adakah kita betul-betul bersedia.............


****** Wanita Idaman********

Persoalan ini merupakan persoalan yang paling susah untuk aku jawab. Nak bercerita pun rasa malu sebab takut orang perasan nak benda baik.....tapi perbuatan tak menunjukkan baik pun. Aku sebenarnya berfikir dua tiga kali untuk menulis benda nie. Takut ia memberikan gambaran salah oleh wanita bahawa aku menyembunyikan sesuatu. Semua orang inginkan isteri yang paling baik. Walaupun seseorang lelaki itu ada banyak perempuan dan scandel, tapi bila tiba masa untuk berkahwin dia tetap akan memilih perempuan yang paling baik antara yang dia kenal.

Terus terang aku katakan aku suka kepada wanita yang bertudung labuh...dah kalau boleh biarlah yang berpurdah.......Bunyi macam pelik......tapi itulah realiti. Aku tahu aku seolah-olah meminta agar suatu perkahwinan antara perogol bersiri dengan seorang ustazah. Suatu ikatan perkahwinan antara seorang yang paling jahat dengan seorang yang paling baik......

Susah untuk mencari isteri yang baik hari ni. Kalau ada pun, susah nak dapat. Yang bersosial ramai, tapi yang betul-betul baik susah nak cari. Kalau jumpe dengan seseorang perempuan pun, mesti yang dah ada pengalaman bercouple ....................... atau pun bekas orang. Tapi pada aku....kalau dia sudah berubah dan bertaubat tidak menjadi masalah kepada aku sama ada bekas orang atau tidak. Aku tahu, urusan jodoh ini kena usaha, bukan jodoh itu datang sendiri. Pernah aku terfikir untuk menyerahkan saja urusan jodoh ni pada keluarga atau subkontrak je pada ustaz....kot-kot ada budak agama yang bersesuaian.......Tapi aku belum bersedia untuk berkahwin.........Mungkin juga aku dah cerita kisah ini dalam post yang lalu tentang isthikarah aku kepada seorang wanita yang baik.......sehingga ke hari ini aku tidak memberikan sebarang jawapan kepadanya..... dan aku terus dengan isthiqarah aku.....

Aku tahu aku bukan seorang yang baik...tapi aku sedang menuju ke arah itu, walaupun dalam perjalanan aku ke sana, kadang-kadang aku terjatuh juga. Aku berdoa agar Allah bukakan pintu hatikuku dan cepatkan jodohku.....


 

Thursday, 22 November 2012

PLU & Solat


Dalam hidup seorang muslim, kita tidak boleh lari daripada mendirikan solat. Inilah ibadat yang selalu dan sering kita buat setiap hari. Kita berpuasa, tapi bukan setiap hari kecuali bulan Ramadhan. Kita mengeluarkan zakat, tetapi bukan setiap hari, tapi di hujung tahun. Kita melakukan ibadah haji, juga bukan setiap hari, tetapi hanya pada musim haji. Hanya solat sahaja ibadah yang paling kerap kita lakukan, paling tidak lima kali sehari. Ibadah inilah sebenarnya yang paling berat untuk kita lakukan dan mungkin juga ia merupakan satu 'beban' kepada kita bila mana kita tidak merasakan apa-apa kenikmatan dalam melakukan ibadah ini.
 
Sejahat-jahat manusia pun, dalam hidupnya pasti pernah solat. Tidak kira ianya berbentuk wajib atau sunat. Sejahat-jahat manusia pun, dalam hatinya, pasti ada sedekit rasa takut kepada pencipta bila mana kita hidup dalam keadaan bertuhan. Begitu juga dengan PLU atau gay yang lain. Sebanyak mana mereka 'main' pun, mereka tetap juga solat walaupun kadang-kadang lompang. Ya....sebab kita muslim....dan muslim itu amalan hariannya adalah solat lima waktu. Sukar untuk hidup dalam dunia konflik identiti ni sebab dalam masa kita mengamalkan ajaran agama kita, pada masa yang sama kita berkrisis dengan nafsu yang menentang fitrah kejadian manusia.

*******

Aku akui, walaupun aku solat sejak kecil, namun ada kalanya aku juga tinggalkan solat. Sama ada secara sengaja atau tidak. Ketika graf iman kita melonjak naik, hati kita tenang, dan kita terasa dekat dengan-Nya. Namun, apabila graf iman menjunam dan menurun, di tambah pula nafsu sedang menggila, solat itu kita rasakan seolah-olah 'tidak mengapa' kalau ditinggalkan.
 
Itulah resam kehidupan manusia. Ada kalanya iman kita di atas, ada kalanya iman kita dibawah. Ada kalanya baik kita mengatasi kebaikan malaikat, ada kalanya jahat kita melampaui kejahatan syaitan. Tetapi, apabila, sudah tersedar kesilapan kita, terus kita memohon ampun walaupun kebarangkalian kita melakukan kesalahan itu tetap ada dan tidak mustahil kita akan mengulangi kesilapan yang sama. Aku rasa, solat yang paling banyak dan paling liat dilakukan adalah solat subuh. Mungkin atas beberapa faktor (yang tidak dinyatakan), ia sangat mempengaruhi kita untuk tidak solat subuh.
 
Walau pun kita diuji dengan dengan naluri yang pelik ini, jangan sesekali kita tinggalkan solat kerana ia adalah benteng terakhir kita untuk terus kekal bertahan. Solat adalah pertahanan kita yang terakhir untuk mengelak kita daripada perkara yang fahsyar (keji) dan mungkar.
 
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. [29:45]
 
Ada banyak orang agama membahaskan apa itu keji dan mungkar. Sebahagian pendapat menyatakan perkara keji itu adalah berkaitan kegagalan kita untuk mengawal nafsu syahwat, kemaluan kita. Manakala perkara mungkar adalah benda-benda selainnya yang mendatangkan dosa seperti mencuri dan lain-lain.
 
**********
 
Masa kehidupan di kampus pula suatu ketika dahulu, aku pernah ditolak oleh makmum untuk menjadi imam. Sebenarnya, aku tak suka menjadi imam disebabkan oleh pertamanya, kerana naluri songsang yang ada dalam diri. Aku merasakan aku manusia yang banyak dosa dan banyak tengok benda maksiat. Keduanya sebab rasa was-was yang selalu membelenggu kita. Selalu bermain di fikiran kita lupa bacaan surah, lupa rakaat dan lain-lain.
 
Aku rasa, aku masih bertahan sampai ke hari ini adalah kerana kesan daripada solat. Aku bertambah lemah sekarang. Saban hari nafsu melonjak-lonjak. Sering menghasut aku melakukan sesuatu yang melanggar fitrah manusia. Sentiasa membisikkan kejahatan dan sentiasa menyuruh melakukan perbuatan kaum nabi Luth. Aku hanya mampu untuk berdoa agar diberikan kekuatan untuk aku terus bertahan. Aku tak tahu sampai bila, tetapi aku hanya mampu berharap. Sering terlintas di dalam hati agar malaikat maut mencabut nyawa ini secepatnya kerana sudah tidak sanggup lagi untuk menanggung beban penyeksaan naluri ini. Tetapi, bila difikirkan balik, dunia hanya sementara, akhirat itu kehidupan yang kekal. Dunia tempat untuk membawa bekalan, tetapi belakannya belum mencukupi untuk dibawa mengembara ke alam akhirat. Malah tiba-tiba terasa takut pula untuk menghadapi malaikat maut bila memikirkan dosa lebih banyak dari pahala.
 
Antara cabaran yang besar juga bila bersolat secara berjemaah adalah bila dalam jemaah itu ada lelaki yang menghairahkan kita. Nak lari tempat lain, atau nak solat sebelah kawasan muslimat tak boleh......hehe....Terpaksa juga lah solat kat situ. Tapi yang boleh dilakukan adalah elakkan untuk solat di belakang dia atau berhampiran dia. Cari tempat yang paling jauh dan kurangkan pandang jemaah yang lain...Itu je yang mampu dilakukan. 
 
********
 
Masa aku menunggu ayah sakit di hospital tempoh hari, aku sengaja untuk tidak pulang ke rumah tetapi hanya pulang untuk mandi dan berehat sejam dua di rumah. Selebihnya, sengaja dihabiskan di hospital. Sebabnya..........aku nak solat dengan ayah aku. Kalau di rumah, mungkin tak dapat nak solat dengan dia, sebab solat berjemaah ni bukan menjadi amalan rutin harian sejak dari kecil. Kalau ibu bapa yang menjaga ahli keluarganya dari kecil dengan sentiasa solat berjemaah setiap hari, aku rasa kita akan rasa tak kekok. Tapi bila tak buat sejak dari kecil, ia jadi kekok. Kita mampu solat berjemaah di surau atau masjid......tetapi mengapa tidak mampu untuk solat bersama-sama dengan ayah atau ahli keluarga kita?
 
Aku bersyukur sebab......
1.Sepanjang hidup aku, aku pernah solat berjemaah paling kurang bersama-sama ayah (bukan di surau atau masjid dan berdua).
2. Ayah pernah menjadi imam solat.
3. Aku pernah menjadi imam solat bersama ayah.
 
Inilah pengalaman paling manis aku sebagai seorang anak.

*******
 
Terasa diri macam hipokrit atau manusia yang bertopengkan syaitan sebab dari luaran nampak macam str8 yang beriman, tapi dalaman penuh confius dengan kecelaruan identiti. Dari luar nampak macam orang baik, tapi sebenarnya hati penuh maksiat.
 
Kalau solat itu dapat mencegah daripada perkara keji dan mungkar, mengapa aku masih lagi buat perkara keji dan mungkar? Aku rasa solat aku tidak berkualiti, solat aku mungkin ada kalanya sah, ada kalanya tak sah. Tetapi, persoalannya, adakah solat aku diterima?

Aku hanya mampu berdoa agar Allah kuatkan aku untuk tidak tersesat dalam membuat pilihan. Paling pentik, aku berdoa agar Allah sentiasa hindarkan dan lindungi aku daripada melakukan seks sejenis......... perkara yang paling aku takut.
 
Ya Allah, jangan sesatkan aku dari cahaya-Mu dan jangan jadikan aku manusia yang kufur dan fasik .........

Walaupun aku ada kalanya tidak bersetuju dengan pendapat orang agama yang memberikan hukum dengan tidak memahami apa sebenarnya yang dirasai oleh mereka yang diuji, tetapi pendapat mereka kita terima dan berlapang dada. Tetapi, ada juga orang agama yang sekarang ini mula berbincang dengan kumpulan sasaran dan mula memahami mereka secara dekat (contohnya PLHIV). Tetapi, mesti diingat, cara orang agama memberi teguran mesti berhikmah dan tidak mengaibkan sesiapa. Jawapan yang diberi mesti dalam kerangka yang lebih membina dalam nada membantu dan memberikan penyelesaian, bukan nada menghukum. Tetapi dalam hal-hal tertentu terutamanya melibatkan hukum, perlu lebih berkeras.

 



Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mendirikan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya
[Taha : 132 ]
 

Monday, 12 November 2012

Bukan Soal Nafsu Songsang Tapi Soal Mujahadah Nafsu


[Sumber Gambar disini]

Mungkin ramai daripada kita menganggap bahawa dia terlanjur dan melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama adalah disebabkan oleh naluri songsang. Naluri itu yang membuatkan mereka jauh daripada Tuhan, jauh daripada norma kehidupan masyarakat, jauh daripada cahaya.
 
Ramai yang tersesat dan lalai dengan kenikmatan percintaan sejenis atau berlainan jenis. Sanggup menggadaikan apa yang ada pada diri semata-mata untuk memenuhi permintaan pasangan. Biarlah hilang segala-galanya asalkan jangan  hilang si dia. Biarlah diri ini terkorban asalkan dia bahagia. Semuanya sanggup dilakukan atas nama cinta dan kasih sayang. Bila aura sayang itu meresap ke dalam diri, tidak mendengar suaranya 1 hari pun sudah membuatkan kita resah, tidak bersemangat dan tidak bermaya. Setiap detik mengharapkan si dia menghubungi kita sekurang-kurangnya untuk mengucapkan "Hi!!!", atau pun "Selamat malam", .
 
Bila berada dalam fasa percintaan, semuanya nampak indah, semuanya nampak bahagia. Kadang-kadang, dengar suara si dia pun membuatkan kita jadi lemah longlai, jadi stim atau basah. Apatah lagi bila bertemu dan berjumpa. Paling tidak melakukan aktiviti ringan-ringan, pegang-pegang, curi raba-raba dan curi-curi cium.
 
Ini semua adalah normal bagi pasangan yang bercinta.....Mesti merasai perasaan ini. Kalau tidak melakukannya pun, mesti sedikit sebanyak terdetik atau terlintas dalam fikiran untuk melakukannya. Manusia mempunyai imaginasi yang tinggi. Nak tak nak terbayang dalam fikiran kita betapa indahnya dunia kalau dapat memeluk si dia dan bermanja-manja selalu. Kalau bayangan ini tidak dapat dikawal, ia akan diterjemahkan dalam bentuk realiti di alam nyata. Maka bermulalah fasa untuk bertemu dan bertegur sapa secara bersemuka dan inilah merupakan bibit-bibit permulaan kepada sebuah perkongsian kasih sayang yang membawa kepada kenikmatan yang bersifat sementara.
 
Walaupun kita diuji dengan naluri pelik ini, ini bukan tiket untuk kita terus hanyut. Bukan semua yang bernaluri songsang hanya mahukan kenikmatan seks semata-mata. Ramai yang mahukan sebuah perhatian dan kasih sayang dari seseorang yang serasi dengan naluri dan keinginannya. Namun begitu, tidak kurang juga yang hanya mencari kenikmatan seks.... ataupun telah menukarkan pada asalnya sebuah perhubungan kasih sayang kepada seks atas nama cinta dan sayang.
 
Cuba kita lihat masyarakat kita pada hari ini........dan kita renung.......kita tanya diri kita sendiri............
 
1. Berapa ramai golongan yang mempunyai nafsu songsang tapi tidak pernah melakukan perbuatan songsang?
2. Berapa ramai golongan songsang yang mengikut nafsu mereka akhirnya mereka sedar kesalahan yang telah mereka lakukan?
4. Berapa ramai golongan songsang yang selesa hidup bersama pasangan dan gembira dengan kehidupan mereka?
3. Berapa ramai mereka yang str8 telah main atau telah berzina dengan bekas kekasih sebelum berkahwin?
4. Berapa ramai mereka yang str8 berkahwin dengan bakal isteri yang telah mereka main sebelum berkahwin?
5. Berapa ramai mereka yang str8 akad nikah ketika bakal isterinya telah hamil?
6. Berapa banyak anak luar nikah yang dilahirkan dan ditinggalkan serta dibuang macam sampah dalam sungai, tiinggal di tandas, tinggal di surau/masjid, tinggal di depan rumah orang, dlll?
 
Sebenarnya, bukan soal songsangan naluri yang menyebabkan kita menjadi lebih songsang dari jalan cahaya, tapi soal mujahadah dan istiqamah nafsu. Mujahadah nafsu bermakna melawan nafsu daripada melakukan perkara terlarang dan istiqamah nafsu bermakna kita berterusan meninggalkan apa yang terlarang. Memang bunyinya cukup mudah disebut sepantas kita membilang nombor 1-10, tapi sangat sukar melakukannya. Ini fitrah manusia, suka melakukan apa yang kita suka tapi liat melakukan apa yang kita benci.
 
Adakah kita cukup tenang untuk hidup dengan naluri ini? Adakah kita cukup bahagia dengan pasangan kita? Adakah tiada syak wasangka langsung terhadap pasangan kita?
 
Kita sesekali tidak senang dengan perhubungan ini, rasa resah dan gelisah dengan perhubungan ini, dan rasa tidak aman. Buktinya, kita sering 'cover' bila kita bercakap dan berjumpa dengan dia depan khalayak ramai. Kita simpan elok-elok gambar-gambar mesra kita bersama dia. Kita 'delete' segala mesej-mesej yang 'panas' dengan dia. Yang paling penting, kita takut perhubungan kita berjaya dihidu oleh orang lain terutamanaya keluarga kita sendiri. Ini semua menunjukkan kita tidak tenang dan temteram dengan hidup kita bila kita mengamalkan perhubungan terlarang. Tambah-tambah lagi bila kita sudah terlanjur atau sudah melakukan sesuatu yang salah. Rasa itu terus menyerbu hati kita dan membuatkan kita tidak tenang. Melainkan kalau kita rasa biasa sahaja atau alang-lang sudah buat, biarkan sahaja dengan laluan itu, maka itu sudah menunjukkan hati kita sudah 'mati'.
 
Jujur aku katakan, kita masih tidak terpesong terlalu jauh kerana kita masih mengamalkan dan memperaktikkan Islam walaupun sedikit. Kita tidak terus tersesat kerana roh dan nilai-nilai Islam itu masih ada walaupun sedikit dalam diri kita. Kita masih solat lima waktu walaupun kadang-kadang lompang. Kita masih berpuasa walaupun kadang-kadang nafsu melonjak di siang hari bulan Ramadhan. Ya....sebab kita masih seorang muslim.......sebab itu kita masih bertahan. Sesekali pegangan kita dan nilai agama yang diterapkan sejak kecil tidak akan tergadai hanya kerana naluri 'gila' yang ada dalam diri kita.
 
Jangan disebabkan kita mempunyai naluri ini kita meletakkan semua dosa dan kesalahan kita dengan menyalahkan naluri ini punca kita jadi begini. Kalau naluri ini menyebabkan kita meliwat atau melakukan perkara songsang terlarang, Mengapa golongan yang str8 masih ada yang berzina?. Mengapa ramai yang buang anak? Mengapa ramai yang kahwin selepas terlanjur? Kalau kita str8, adakah kita mampu menjamin atau menyatakan dengan bangganya bahawa kita tidak akan terlanjur dengan perempuan?
 
Hakikatnya, perlakuan kita didorong oleh nafsu kita sendiri. Nafsu kita didorong oleh mujahadah kita. Mujahadah kita didorong oleh iman kita. Iman kita didorong oleh amal kita. Akhirnya, amal kita didorong oleh ilmu kita.
 
Allah uji mujahadah melawan nafsu itu kepada setiap individu bermula dari zaman nabi Adam hingga sekarang, diuji kepada setiap manusia tidak kira sama ada dia tinggal di kutub utara, di negara arab, atau hatta di Malaysia. Tetapi........Allah menguji naluri songsang ini hanya kepada beberapa individu sahaja....Hanya yang terpilih sahaja........ Maka, beruntunglah orang yang diuji kerana kerana Allah masih prihatin dan Allah memberikan perhatian yang 'istimewa' kepada kita.

Seorang guru yang menjalankan ujian peperiksaan kepada pelajar-pelajarnya pasti ingin tahu siapakah antara pelajar-pelajarnya yang paling pintar. Kedua, apabila memeriksa kertas jawapan, dia juga ingin tahu berapa ramai yang mampu menjawab soalan-soalan yang ditanya dengan betul dan siapa yang boleh memberikan idea yang paling bernas. Bila keputusan dikeluarkan, guru-guru sudah tahu kemampuan setiap pelajar dan memikirkan penyelesaian dan pendekatan terbaik untuk pelajar-pelajarnya. Begitu juga dengan Allah, sesungguhnya Allah sedang menguji kita dan sedang memberikan perhatian yang khusus kepada kita. Sama ada kita 'Lulus' atau diberi gred 'Gagal' untuk ujian ini................dan subjek/mata pelajaran bagi ujian ini adalah subjek  'Mujahadah'.

Mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk mengambil 'paper 'ini dengan jayanya......

Saturday, 10 November 2012

Naluri Songsang: Suratan Atau Kebetulan

 
[sumber gambar: di sini]
 
Tiada siapa pun di dunia ini yang mengimpikan dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna, cacat, hodoh atau mempunyai krisis kecelaruan identiti. Semuanya inginkan sempurna. Perfect!!!!......Perfect di mata manusia yang lain. Sememangnya kita telah diciptakan dengan sesempurna mungkin sebab hanya manusia yang mempunyai akal, makhluk lain tidak. Tapi, kita hanya memikirkan kesempurnaan dari kaca mata manusia, tanpa kita hiraukan adakah kita perfect di mata Allah........
 
Bila kita melihat seseorang lelaki yang lain, atau seorang artis lelaki yang kacak....seringkali terlintas difikiran kita, mengapa aku bukan dia, mengapa aku tidak dilahirkan setampan dan sekacak dia, kan best kalau aku macam tu, mesti jadi populor, mesti ramai perempuan minat kat aku.....Itu mungkin antara lintasan-lintasan fikiran yang sentiasa bermain di benak fikiran kita.....Tambah pula bila kita diuji dengan naluri songsang. Bila melihat lelaki hensem atau kacak di depan mata kita, pasti terlintas difikiran kita.....bestnya aku dapat ko........bestnyer aku peluk ko.....bestnyer main dengan ko..........dan bermacam-macam lagi lintasan fikiran yang lain.......itu realiti.............
 
Krisis kecelaruan identiti ini bukan hanya dihadapi dan diuji kepada orang yang lemah agama, malah orang yang kuat agama juga tidak terlepas dari ujian ini.Sesiapa juga tidak terkecuali dari terpilih menghadapi ujian ini. Tapi persoalannya sekarang, macam mana nak menghadapi ujian ini? Macam mana nak jadi kuat dengan ujian ini? dan persoalan yang sebenarnya adalah bagaimana nak bermujahadah?
 
Bila mengimbau kembali kenangan dan pengalaman lepas, aku jadi malu pada diri sendiri. Malu pada yang Maha Pencipta atas dosa-dosa yang dilakukan. Walaupun tidak pernak terlanjur atau terlibat dalam aktiviti seks lucah atau songsang, sekurang-kurangnya, perasaan itu telah membawa kita ke lembah gelap, menatap bahan-bahan yang tidak sepatutnya atau menjalin hubungan 'mesra' dan 'berkasih-sayang' sesama jantina. Tidak dinafikan, kita terdedah kepada aktiviti songsang ini walaupun sedikit sebab naluri kita suka kepada benda-benda tu.

Sukar untuk aku menyatakan adakah aku menjadi individu yang mempunyai naluri songsang ini adalah pilihan aku sendiri atau ianya memang sudah ditakdirkan untuk aku begitu. Kalau aku yang ditakdirkan untuk dipilih antara ramai manusia di dunia ini, mengapa aku? mengapa tidak orang lain?
 
Setiap orang yang mempunyai naluri songsang ini datang dari pelbagai latar belakang dan sebab musabab yang berbeza-beza. Sukar untuk menyatakan ianya telah ditetapkan oleh Allah dari azali lagi...... Tapi apa yang perlu kita ingat adalah ini semua adalah ujian Allah.....Allah telah memilih kita untuk diuji di kalangan jutaan ummat manusia di dunia ini. Bersyukurlah kita kerana kita dipilih untuk diuji.........kerana Allah ingin melihat tahap keimanan kita. Kalau kita diuji, kemudian kita lemah dan alpa, seterusnya..........sampai ke satu tahap kita sedar akan kejahilan kita dan kita kembali ke landasan yang benar, maka syukurlah kerana Allah masih sayangkan kita. Kita berjaya dengan ujian itu walaupun kita jatuh terbungkang seketika.
 
Jika sekiranya kita diuji dan kita lemah dan terus leka dengan ujian itu, maka kita adalah golongan yang rugi di akhirat kelak. Ini kerana kita tidak peka dan tabah dengan ujian itu. Maka nasib malanglah kita di dunia dan malang itu di bawa ke akhirat dan penyiksaannya nanti juga cukup dasyat................
 
Nafsu songsang ini sebenarnya adalah sebuah entiti yang hidup dalam diri kita. Ia hidup bersama kita dan sangat bertindak balas dengan akhlak kita, persekitaran dan dengan siapa kita berkawan. Tetapi, secara umumnya, ia membesar dan berkembang bersama-sama umur kita. Semakin berumur kita, semakin sukar untuk mengawal naluri ini. Mungkin juga faktor ketidakseimbangan hormon tostestoren dan progesteron dalam badan. Ada juga yang mendakwa, naluri songsang ini adalah dipengaruhi oleh gen songsang dalam diri kita...Wallallahu Aklam......aku pun tak tahu. Itu orang yang buat penyelidikan dalam bidang seksologi atau seksualiti kena kaji. Mungkin ada benarnya........
 
Tapi kita kena ingat disebabkan naluri songsang ini sentiasa hidup, naluri ini boleh bertindak seperti transformer. Boleh bertukar dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Bergantung juga kepada pengalaman yang dihadapi oleh pembawa naluri songsang bermula dari dia kecil sehingga matang. Aku cakap macam tu sebab ada antara kita yang bernaluri songsang bila kena main/liwat masa kecik. Ada yang jadi songsang bila melihat perlakuan songsang. Ada yang masa sekolah menengah ok je mempunyai awek, tapi bila ke universiti mempunyai boy friend. Malah ada ramai yang biseksual.........
 
Memang susah nak tinggalkan kalau sesuatu yang kita suka. Kalau kita suka makan ayam KFC, setiap bulan kita mesti beli.........sebab apa? .....sebab sedap dimakan. Tapi macam mana kalau kita makan ayam KFC setiap hari? mesti jemu....Nak juga kita bertukar ke menu lain supaya tak jemu. Tapi kita tak boleh samakan nafsu makan dengan nafsu seks sebab nafsu makan ada banyak pilihan. Tak suka KFC, boleh tukar pizza, kenny rogers, A&W, Mc D, dan lain-lain. Naluri seks ini hanya ada beberapa pilihan je...lelaki atau perempuan. Tapi sebagai perumpamaan mudah, kita ambik nafsu makan je..... Kalau kita suka kat KFC, bila kita lalu depan restoren KFC,mesti terfikir di fikiran kita nak berhenti ke tak, kalau nak beli, nak makan apa........Kalau dah makan snack plate, esok mesti nak cuba KFC Pocket pulak, esok lusa mesti nak cube Zinger burger pulak. Bila dah makan rasa sedap, timbul satu kenikmatan dan akhirnya kita puas...... Macam tu lah jugak naluri seks kita. Mula-mula kita nak rasa bermesra-mesra dengan lelaki, nak bergurau senda.....sebab itu naluri kita. Lepas tu nak jumpa untuk ringan-ringan....lepas tu nak jumpa untuk berat-berat atau main. Lepas kita dah bosan dengan seseorang tu, kita mesti nak cari orang lain. Tak pun bila jumpa orang yang lebih selesa dengan kita, kita mesti nak tinggalkan orang yang dah kita main dan nak buat hubungan dengan orang lain pulak. Tapi, sampai bila semua nie akan berakhir....Sebenarnya ia tiada kesudahan...........
 
Nak tak nak kita kena terima ia sebagai satu ujian kepada kita............Nak tak nak kita kena tempuhinya juga.......Bersedia dengan soalan-soalan maut yang akan disembur oleh mulut kawan-kawan kita atau mulut ahli keluarga kita yang lain. Biarlah kita terus mendiamkan diri sahaja dengan naluri songsang ini...Ini adalah urusan kita dengan Allah....melainkan kita mampu dan kuat serta percaya untuk berkongsi masalah kita dengan orang lain di sekeliling kita.

Semuanya adalah persoalan tentang iman, takwa........Bolehkan ilmu,iman dan takwa yang ada dalam diri kita ini bergabung untuk bermujahadah....Persoalan pokoknya adalah kita cukup kuat untuk berjihad melawan nafsu?.....Tepuk dada tanya iman......Kalau lemah cari kekuatan, kalau kuat terus berterusan melawan.............
 
Pada aku, susah untuk menyatakan adakah itu satu suratan atau kebetulan. Tapi bagi seorang muslim, kita perlu sedar naluri ini adalah qada dan qadar Allah pada kita dan ia juga merupakan ujian kepada kita. Kuat dan tabah menghadapi ujian ini kerana kita diuji dengan sesuatu yang melanggar fitrah kejadian manusia. Kita diuji dengan penyakit ummat nabi Luth di era millineum.
 
Persoalannya adalah bukan surutan atau kebetulan, tapi sejauh mana iman dan ketakwaan kita....... Tidak guna kita hensem kalau akhlak kita tak awesome di mata Allah.

 
 

Wednesday, 7 November 2012

Sesat Dalam Cahaya

 
[sumber gambar:di sini]
 
Hidayah itu milik Allah semata-mata.
 
Manusia hanya mampu memberi cahaya dan panduan kepada manusia. Sama ada dia hendak berada di jalan yang benar atau songsang adalah kehendak dia sendiri selain itu adalah kerja buat rahmat dan hidayah dari Allah.
 
Ada di antara kita yang mendapat didikan agama cukup sempurna dari kecil, ada yang mendapat didikan agama sederhana malah ada yang langsung tidak mendapat didikan agama yang secukupnya semenjak kecil. Ini berlaku kerana kegagalan ibu-bapa untuk mendidik. Ya....mendidik anak, bukan membela anak. Mendidik dan membela adalah dua perkara yang berbeza. Ramai ibu-bapa yang boleh membela anak, tapi sedikit sahaja yang boleh mendidik anak.
 
Ibu A:
Buka mulut....ibu nak suap.......nyam-nyam........makan kenyang-kenyang, lepas tu adik tido.....hehe...ibu boleh siapkan jualan kuih......Nah!!!!!!....masuk kepala dulu dalam buai....dah...dah.....tido....tido...........du....dudu..dudu....dudu...........(sambil ibu mencapai radio dan mendendangkan lagu gangnam style pada anaknya)
 
Ibu B:
Buka mulut dik.......sebelum tu sebut apa?......Ikut ibu.......Allahumma, ba riklana fima rosaktana....wakina, azabannar.........Aummm........sedap kan nasi ibu suap......Dah lepas makan sebut apa? Alahamdulillah.........Ok la adik....ibu nak buat kerja ni...adik tido dulu ya.....mari ibu ulitkan..........Ikut ibu sebut.....Bismikallah humma ahya waamut...dah pejam mata.... Laila.....haillallah...muhammadun rasullullah.....
 
Berapa ramai ibu yang yang boleh menjadi seperti ibu B. Jarang....sekali. Yang paling ramai adalah ibu A. Itulah perbezaan antara mendidik dan membela......Nampak macam sama tapi dari segi praktikalitinya berbeza......
 
Mengimbau kembali kenangan aku zaman mude-mude, kecik-kecik dulu.......Aku adalah antara anak yang paling nakal dalam keluarga aku. Tapi dalam masa yang sama aku adalah anak yang paling patuh pada suruhan agama. Seingat aku, umur 6 tahun, aku sudah boleh berpuasa penuh.......Anehnya, arahan berpuasa itu bukan suruhan ibu dan bapaku.....begitu juga sembahyang, umur 7 tahun aku tidak pernah tinggalkan solat 5 waktu dan solat dibuat tanpa arahan ayah dan ibu.......Hoyea.........
 
Masa zaman aku kecik-kecik dulu, di kampung biasanya bila umur 7 tahun, ibu bapa kan menghantar anak mereka kepada guru-guru Al-Quran untuk belajar mengaji. Biasanya kelas mengaji nie sebelah petang. Pada sebelah malam pula, ayahku sendiri akan mengajar mengaji. Cara ayahku mengajar agak garang kerana kalau surah tu kita baru baca atau beralih ke surah baru, akan diberi kemaafan kalau tidak tahu membaca. Tapi selepas 2-3 hari, masih lagi surah yang sama, siaplah ko..... kena rotan dengan lidi....sakit dan pasti menangis.....Kalau seminggu tu paling kurang 1 atau 2 kali kena rotan dengan lidi kat belakang sebab tak ingat mengaji. Zaman dulu sistem mengajarnya tak sama dengan sekarang......Dulu, bila mengaji dah start Al-Quran besar, sambil membaca surah pertama, sambil mengenal huruf, baris, sambil menghafaz. Semua digabungkan dalam satu. Sekarang lebih sistematik kerana mula dengan mengenal huruf, iqra dan lain-lain.
 
Masa kecik dulu, nak marah pada ayah pun ada juga sebab pukul semata-mata tak dapat membaca Al-Quran.....Kalau fikir balik, relaks ah !!!!!.......baru 7 tahun, ada banyak lagi masa nak baca dan mengenal Al-Quran. Takkan tak boleh baca Al-Quran pun nak rotan.....kejamnya........Lol.......Kalau tak silap aku mak aku pernah cerita kakak aku (sekarang dah arwah) terkencing kena rotan ngan lidi dengan ayah aku sewaktu mengaji sebab tak ingat baca Al-Quran...FFFFuh.......sampai macam tu sekali....nak tergelak pun ade....Tapi sekarang baru aku faham, kenapa ayah aku bertindak macam tu.....baru aku faham apa itu istilah didik, apa itu nilai beragama, apa itu akhlak yang baik..........Ye...dulu aku tak faham nie semua dan menanggap tindakan mereka keterlaluan........Aku silap....mereka sebenarnya bertindak dengan betul.......
 
Kalau ayah aku tak bertindak sedemikian sejak aku kecik......konfirm aku rasa sekarang aku jahil baca Al-Quran. Aku budak yang malas sembahyang. Malas hafaz ayat-ayat dalam solat. Mungkin aku tidak berperangai macam nie sekarang. Betul....masa kecik aku agak anti dan kurang rapat dengan ayah aku, tapi lebih rapat dengan mak. Tapi bila aku dah tua nie, aku lebih rapat dan selalu bersama ayah berbanding dengan mak.....Orang yang kita 'benci' dan 'tak suka' menjadi orang yang kita sangat suka dan sayangi. Sangat takut kehilangan mereka......
 
Aku akui, aku dibesarkan dalam suasana Islamik ketika kecil. Selalu pergi mengaji Al-Quran, pergi ke kelas fardhu air semasa kecil dan lain-lain. Bila masuk sekolah menengah pulak, masuk kelas aliran agama, walau pun sekolah tersebut sekolah harian biasa. Belajar subjek agama sama dengan subjek yang diambil oleh pelajar di sekolah agama walaupun hanya ada satu kelas sahaja dalam sekolah itu aliran agama........... ..
 
Allah betul-betul menjaga aku dengan memberikan didikan agama yang sempurna oleh ibu bapa dan dilencongkan dalam aliran agama walaupun sekarang bukan bergelar seorang ustaz. Bukan mengajar di pondok atau menjadi imam di masjid. Aku berada dalam persekitaran yang baik dan dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik sehingga berumur 18 tahun.....
 
Aku dapat mengesan aku pelik sejak aku sekolah rendah lagi. Tak tahu macam mana perasaan tu wujud.......perasaan tertarik pada jantina sejenis...dan perasaan itu sebenarnya adalah naluri songsang dan hidup bersama-sama aku sejak dari kecik. Aku tak tahu macam mana ianya hadir dalam diri aku. Tapi apa yang aku tahu, masa aku kecik mungkin 3-5 tahun, aku lebih gemar memakai pakaian perempuan. Eeeeiiii......aku jadi geli bila mak aku cerita masa aku kecik-kecik......Sebabnya aku tak lembut dan aku tak suka orang lembut. Aku str8 looking dan aku suka jadi lelaki. ....hehehe.... sebab lelaki tu hebat....hahaha...
 
Aku jadi begini mungkin juga didorong oleh abang saudaraku yang suka bermain dengan barangku ketika kecil. Biasalah budak budak.....Nakal......... umur 7/8 tahun bila bersama berkawan....suka pegang-pegang badan bergurau.......Aku sebenarnya tiada jawapan pasti apa sebenarnya penyebab yang menjadikan aku naluri abnormal. Penyebabnya aku rasa semuanya kabur........
 
Tapi
 
Kita kena ingat, naluri ini develop dan sentiasa berubah-ubah. Perubahan itu significant dengan umur kita dan ianya begitu bertindak balas dengan environment kita. Bila aku masuk matriks, perasaan tu ada, tapi tidak begitu merbahaya. Hormon aku masih terkawal.......lagipun tidak kenal lagi dunia internet (Komputer pun aku baru sentuh masa aku tingkatan 5).
 
Tapi perasaan ini sukar dikawal bila aku masuk ke universiti.............dan fasa inilah aku mula sesat dalam cahaya.............
 
 
 

Tuesday, 6 November 2012

PLU & PLHIV



Sebenarnya dari dulu lagi aku suka membaca dan melawat blog PLHIV. Membaca luahan hati mereka dan kadang-kadang meninggalkan komen terhadap post-post mereka. Komen bukan untuk mengkritik mereka, tapi untuk menyokong mereka. Sebab, rata-rata PLHIV yang mempunyai blog adalah mereka yang telah sedar siapa diri mereka dan mereka sedang bertarung menghadapi stigma-stigma masyarakat.
 
Masa cuti sempena raya haji baru baru ni, aku tidur di hospital beberapa hari kerana menemani ayah yang kurang sihat disebabkan lelah. Walaubagaimanapun keadaannya stabil, boleh berjalan seperti biasa, cuma pernafasannya sedikit bermasalah. Alhamdulillah, kesihatannya semakin stabil dan dibenarkan pulang. Cuma ada beberapa perkara yang sedikit sebanyak memberiku sedikit kejutan bila berada beberapa hari di wad tersebut.
 
Aku teman ayah aku kat hospital bermula dari dia masuk sehingga dia keluar. Aku duduk dikerusi bersebelahan ayahku dan berborak-borak kosong dengannya. Dihadapanku ada seorang tua yang mungkin pada aku sekitar 70-an umurnya. Dia ditemani oleh seorang cucu lelakinya. Dia agak tenang duduk di katilnya sambil minum dan tiada apa-apa yang berlaku. Bila dia hendak baring semula, tiba-tiba dia diserang sesak nafas. Cucunya mula memangkil doktor, dan doktor mula memberikan rawatan kecemasan bersama beberapa doktor pelatih. Masih segar dalam ingatan aku doktor tersebut memanggil-manggil nama pak cik tu supaya dia tersedar. Keadaaan menjadi riuh seketika. Beberapa alat pernafasan dan alat-alat bantuan lain dihantar ke katil pak cik tersebut bagi memulihkan keadaan.
 
Aku ingat, pak cik tu mula sesak nafas jam 11.30 pagi. Cucunya mula cemas dan menelefon keluarganya untuk memberitahu yang datukknya berada dalam keadaan kritikal. Doktor yang hadir mula bertambah ramai dan aku ingat ada dua doktor senior dan tiga doktor pelatih cuba memulihkan pernafasan pak cik tu dengan menekan-nekan dada pak cik tersebut. Doktor berusaha memulihkan keadaan pak cik tersebut sampai jam 1.00 petang. Keluarganya mula berkumpul dan bergilir-gilir melihat keadaan pak cik tu. Rupa-rupanya, pak cik tu dalam keadaan nazak. Jam 1.30 petang, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
 
Hari kedua, aku melihat seorang isteri sedang mendukung anaknya mundar-mandir.Wajahnya agak resah dan kadang-kadang ibu mertuanya berada bersama memberi sokongan. Katil suaminya juga terletak berhadapan dengan katil ayahku. Keadaannya aku lihat agak kritikal. Badannya agak hitam dan jujur......hanya nampak rangka sahaja. Mukanya cengkung menyebabkan matanya seolah-olah sedikit terkeluar. Dia sangat kurus. Aku tidak tahu apa sebenarnya penyakitnya.
 
Tiba-tiba si isteri tadi meluru sambil tersesak-esak dan segera mendapatkan seorang doktor untuk melihat keadaan suaminya. Doktor datang dan tidak sampai hati untuk menekan dada pesakit tersebut untuk memberikan bantuan pernafasan. Ditakuti tulang rusuknya patah atau mendatangkan kecederaan yang lain. Si isteri hanya pasrah dan alat bantuan pernafsan disambung. Suaminya berada dalam keadaan nazak. Pelawat yang menunggu di wad tersebut mula mencapai surah yassin dan membacakannya di hadapan katil pesakit tersebut. Keadaan berlaku amat pantas.
 
Seorang mak cik yang sedang menjada anaknya di wad tersebut juga membaca yassin untuk pesakit tersebut. Apibila kembali ke tempat anaknya, aku mula bertanya mak cik tersebut apa penyakit lelaki itu.....Tiada jawapan yang pasti dari mak cik tersebut. Tapi apa yang aku ingat mak cik tersebut menyatakan bahawa nurse memberitahunya lelaki itu mendapat penyakit yang dia cari sendiri. Menurut mak cik tu lagi, emak lelaki tersebut menyatakan kepadanya anak-anaknya termasuk yang nie dah 4 orang mati muda-muda. Bila aku bertanya di mana kampung lelaki itu, mak cik tu menjawab " ......kampung tu memang ramai budak-budak tak elok". Aku faham apa yang dimaksudkan mak cik tersebut. Aku cuma mengagak bahawa lelaki tersebut mungkin mengidap HIV. Ketika si isteri memangkil doktor pun, doktor seolah-olah telah tahu keadaan lelaki tersebut melihatkan bantuan yang diberikan agak terhad dan 'simple' . Amat berbeza dengan rawatan yang diberikan kepada pak cik yang meninggal pada hari sebelumnya.  Beberapa jam kemudian, lelaki itu menghembuskan nafas terakhir.....
 
Bila aku berada di hospital, aku terasa apabila melihat kematian di hadapan mata. Memikirkan nasib diri jika aku mati dalam keadaan yang sedemikian. Ramai sahaja orang Malaysia ni yang mati disebabkan HIV yang dijangkiti melalui perkongsian jarum suntikan (dadah). Tapi statistik HIV yang disebabkan oleh dadah mungkin relevan atau tinggi ketika tahun 90-an. Tapi kini tidak hairan jika ramai yang HIV disebabkan hubungan seksual antara lelaki dengan perempuan atau hubungan sejenis.
 
PLU sangat terdedah kepada HIV kalau tidak pandai menjaga diri. Bila mana nafsu menguasai diri, keseronokan akan diutamakan dan nikmat didahulukan. Tanpa disedari, nikmat itu hanya sementara dan kesengsaraan serta keabaikan akan menemani diri sepanjang hayat. AIDS mendapat pandangan yang negatif daripada masyarakat adalah bukan kerana penyakit AIDS itu sendiri.Tetapi ianya menjadi keaiban disebabkan penyakit ini datang/hadir disebabkan oleh amalan negatif yang diamalkan oleh pembawa virus ini.
 
Walau bagaimanapun, kita bukan tuhan untuk  menghukum mereka. Ada sebab musabah yang menyebabkan mereka menghidapi penyakit ini kerana setiap orang sentiasa diuji. Ujian bagi setiap orang pula adalah berbeza-beza. Tabahlah menghadapi ujian ini.......
 
PLU juga diuji dengan naluri songsang. Bukan senang hidup dengan naluri ini. Semuanya memerlukan mujahadah yang tinggi. Hanya mampu berharap agar suatu hari nanti Allah hakiskan naluri ini dan tebalkan naluri lelaki sejati............

Friday, 25 May 2012

Dekat Ketika Saat Diuji


Ketika aku senang,
Bergelak tawa bersama rakan-rakan,
Aku lupa akan diri-Mu,
Ketika aku sihat,
Aku abaikan dan sambil lewa untuk solat,
Ketika aku tidak pernah 'miss' masa untuk makan (3x sehari),
Aku tidak pedulikan apa tu erti kenyang yang sebenar,
Ketika aku mempunyai masa lapang,
Aku tidak mahu mengingati-Mu,
Untuk melakukan solat tahajjud,
Tidak sesekali aku sanggup bangun awal melainkan Subuh telah masuk,
Tika itu, aku jauh daripada-Mu.

Tetapi......
Ketika saat aku diuji,
Terasa aku begitu lemah,
Terasa aku bukanlah seorang perwira atau perkasa,
Disaat itu,
Aku mula lebih akrab dengan masjid,
Mula datang awal ke masjid,
Mula menghulurkan seringgit dua ke tabung masjid,
Mula merasai nikmat kenyang,
Mula menitiskan air mata bila mengingati-Mu,

Aku pelik....
Sebelum ni juga aku mengingati-Mu,
Tetapi tidak menitiskan air mata,
Juga membaca Al-Quran,
Tetapi tidak menitiskan air mata,
Juga membaca terjemahan Al-Quran,
Tetapi tidak menitiskan air mata,
Mungkin tarafnya sama membaca buku-buku fiksyen.

Tetapi kali ini terasa sangat lain...
Baru aku tersedar,
Rupa-rupaya itu semua terjadi,
Saat aku diuji oleh-Mu.
Saat aku dalam kesusahan,
Saat aku dalam kesengsaraan hidup,
Baru aku terasa Engkau ada,
Engkau Wujud,
Dan Engkau dekat dengan diriku.

Irshad Manji : Dari Pandang Sisi Seorang Ustaz


Petikan daripada: http://saifulislam.com

Kali pertama saya mendengar nama Irshad Manji, kira-kira 10 tahun yang lalu.

Nama itu tenggelam, sebagaimana datang dan perginya nama-nama seperti Astora Jabat dalam lingkungan domestik di sini.

Apabila Irshad Manji menjengah Malaysia, masyarakat kecoh. Saya didesak untuk memberikan pendapat mengenainya, tetapi saya enggan berbicara mengenai apa yang saya tidak pasti. Ia menyalahi sifat adil dalam beragama.

Menyedari akan besarnya idea yang dibawa oleh beliau, saya memaksa diri membaca buku THE TROUBLE WITH ISLAM TODAY, bagi memahami apakah yang melahirkan seorang ‘sarjana’ Muslim Refusenik bernama Irshad Manji. Saya juga mengambil peluang membaca buku ALLAH, LIBERTY AND LOVE yang dimuat turun secara percuma di internet.

Pendapat-pendapat Irshad Manji menyalahi segala usul Aqidah saya. Pendapatnya meruntuhkan banyak struktur utama beragama, walaupun mungkin tujuan asalnya adalah untuk meruntuhkan struktur institusi agama.

Sebagai Muslim saya menolak kepercayaan Irshad Manji.

Sebagai Muslim juga, saya mahu tahu mengapa kepercayaannya begitu?
Catatan ini bukanlah pendapat muktamad saya mengenai beliau dan ideanya. Ia hanya nota untuk diri saya menjelaskan apa yang berada di fikiran dan masih terbuka kepada kesimpulan-kesimpulan yang seterusnya.
MENETAPKAN SISI PANDANG

Bagi sesetengah kita, isu Irshad Manji hanyalah satu lagi intellectual discourse untuk dijadikan hidangan debat yang menjadi kegemaran kita. Tetapi saya melihat isu beliau dari sudut pandang seorang suami, bapa, ustaz, guru dan pemimpin. Ia mengkehendaki diri saya menilai perbuatan saya sebelum, semasa dan selepas ini, apakah ada tindak tanduk yang menyumbang kepada lahirnya Irshad Manji yang seterusnya.

Pihak berwajib menjalankan SOP mereka pada mengharamkan buku-buku Irshad Manji. Tetapi dengan ebook, pdf dan dunia internet yang tidak terbatas, segalanya tentang Irshad Manji kekal berada di hujung jari.

Tanggungjawab memahami masalah dan menghadapinya melalui saluran pendidikan, tidak dapat saya abaikan.

Saya mungkin berbunyi tidak cukup sarjana melalui sisi pandang sebegini, tetapi matlamat saya adalah mencari keselamatan Dunia dan Akhirat, bukan mengagungkan analytic philosophy bahawa membuktikan Irshad Manji salah, menjadikan saya betul.

SISI EMOSIONAL

Apabila saya mengajak rakan-rakan untuk meninjau sisi Male Chauvinism dalam memahami mesej Irshad Manji, ia bukan alasan atau satu format escapism.
Satu amalan biasa apabila kita membaca pemikiran seseorang, kita akan membaca biografinya. Sama ada dia itu Barrack Obama, Adam Smith, Einstein, Muhammad bin Abdullah mahu pun Irshad Manji. Tujuan kita membaca biografi, adalah untuk memahami, sejauh manakahpengalaman hidup seseorang mempengaruhi kecenderungannya dalam memahami sesuatu.

Teks adalah sesuatu.

Konteks adalah sesuatu.

Kefahaman adalah sesuatu.

Menghubungkan teks dengan konteks untuk menghasilkan kefahaman, banyak dipengaruhi oleh pengalaman sebagai salah satu input dirinya.

Apabila saya menyebut Irshad Manji sebagai ‘mangsa’ Male Chauvinism, ia adalah kerana empati saya yang mahu Irshad Manji lebih difahami oleh kita semua. Lihat sahaja komen-komen di Malaysiakini.Com. Ada yang memaki hamun, mempertikaikan dia memakai tudung atau tidak, malah mengejeknya dengan pelbagai gelaran. Malah ada yang berpendapat tidak perlu berhujah langsung kerana Irshad Manji tidak mempunyai sebarang nilai. Komen-komen itu tidak mengukuhkan Islam malah menyebabkan golongan Religious Scepticists semakin yakin bahawa ‘structured doubt’ mereka itu berasas.

Pendekatan Irshad Manji, mempunyai unsur ‘Tajdid’ iaitu mahu membebaskan Muslim daripada Institutionalized Islam. Tetapi versi yang dibawanya amat keterlaluan. Di dalam Islam, apabila ada unsur keterlaluan, biasanya di sebalik rasional ada emosional. Maka kalau rasional dibahas tanpa mengambil kira unsur emosional, kita akan berpusing-pusing pada presenting problem tanpa menyentuh langsung real problem.

‘MANGSA KELELAKIAN LELAKI’

Selalunya, seseorang yang berpemikiran seperti Irshad Manji ini mempunyai pengalaman pahit dengan lelaki. Sama ada lelaki itu adalah bapa yang abusive, suami yang mengecewakan, ustaz-ustaz yang menyakiti, hinggalah kepada ulama’ tafsir yang disyaki ‘gender bias’.

Ia mempengaruhi paradigma hidupnya hingga semua yang ditentangnya mempunyai unsur lelaki.

Sama ada ulama lelaki, ustaz lelaki, musuh lelaki, kekasih lelaki… kelelakian itu wujud secara subliminal di belakang mindanya.

Agama kelihatan hodoh di matanya kerana unsur male chauvinism.

Male Chauvinism adalah satu fitnah besar ke atas umat Islam kerana ia melahirkan manusia-manusia seperti Irshad Manji. Saya mengambil kes Irshad Manji ini sebagai peringatan kepada diri agar mempunyai empati yang lebih baik semasa berbicara tentang tanggungjawab-tanggungjawab beragama kepada bermasyarakat. Adakalanya kita boleh terlupa bahawa kita sedang berbicara dalam bahasa seorang LELAKI beragama Islam dan bukannya MUSLIM.

Orang Religious Scepticist seperti ini, hujah INTELEKTUAL sukar dibalas dengan INTELEKTUAL. Ia hanya menambah ego. INTELEKTUAL beliau perlu dibalas dengan EMOTIONAL.

“Are you a happy human?”

Soalan untuk Irshad Manji jawab sebelum tidur di atas katilnya sendiri.

SENJATA MAKAN TUAN

Saranan saya pada mengajak masyarakat mempertimbangkan latar belakang sosial dan emosional Irshad Manji, adalah agar pendapatnya tidak ditolak secara semberono. Namun Si Wartawan Malaysiakini ‘menuduh’ saya dengan tuduhan yang bukan-bukan walaupun dia sendiri mendakwa dirinya hanya melaporkan hasil temuramah, tanpa sebarang tanggungjawab untuk membela atau menentang Irshad Manji.

PRE CONCEIVED IDEA

Mungkin golongan ‘Muslim Progresif’ begitu yakin dengan pre conceived idea mereka bahawa lebai kampung seperti saya ini tipikal.

Mereka mungkin (sekali lagi mungkin) tidak sedar bahawa ramai sahaja lebai kampung ini yang membaca buku falsafah, cakap omputeh dan selesa makan Ribeye Steak. Kepala lebai kampung saya ini mungkin berbalut ‘tuala’, tetapi progresifnya minda tidak dijamin oleh kepala yang tidak bersarung!

Mereka itu sahaja yang mungkin belum habis-habis mengaji Muqaddam Muslim Weltanschauung!

Bukan menyombong, tetapi sukar merendah diri di ‘medan perang’.

IRSHAD MANJI MUNGKIN TIDAK PENTING

Bagi sesetengah kita, nama Irshad Manji mungkin hanya salah satu nama yang keluar entah dari mana, singgah ke telinga, yang boleh ‘dibuat bodoh’ sahaja.

Tetapi Irshad Manji adalah suara besar di pesada antarabangsa.

Dia mungkin tidak penting.

Tetapi idea yang dibawanya adalah realiti.

Idea yang mencabar structured hypocrisy (al-nifaaq al-munazzam) dalam kehidupan beragama kita.

Dan jika itu pun masih tidak mampu menjadi alasan mengapa kita perlu mengambil tahu akan hal ini, cukup saya katakan, di Mont Kiara, Subang, hatta Taiping, Kemaman dan Gua Musang pun boleh ada ramai Irshad Manji tanpa hujah dan suara!
Sesungguhnya, jika saya tidak menyayangi isteri dan anak-anak, mengherdik wanita dalam lingkungan hidup saya, berlawak lucah menjadikan maruah wanita sebagai senda gurau perbualan dan ceramah, saya mesti bertanggungjawab terhadap lahirnya Irshad Manji yang seterusnya.

MERAWAT MALE CHAUVINISM

Dalam pada itu, saya rasa bersyukur dan gembira kerana kebelakangan ini, para penceramah kita semakin selesa bercerita tentang isteri dan anak-anak secara sopan dan penuh nada positif, iaitu sesuatu yang amat jarang berlaku suatu ketika dahulu.
Ini akan sedikit demi sedikit mengembalikan kita kepada Sunnah Baginda SAW yang sangat ‘family-man’ dalam kepimpinannya, malah mencegah male chauvinism yang menghasilkan Islamo-tribalis yang tidak habis-habis dirungutkan oleh Irshad Manji, merujuk kepada budaya sesetengah kaum umat Islam yang menyembunyikan selain lelaki daripada suasana beragama awam.

Saya doakan agar golongan ‘Islamik’ bermulut cabul tidak diuji memiliki anak seperti Irshad Manji kerana jika ia lahir daripada keluarga mereka sendiri, baru mereka tahu langit itu tinggi atau rendah.

Ittaqullah!